Home
The Beginning Of Terrible Journey
Day 16 - Antara Graphic Designer & Tukang Cat PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 16 June 2007
Jumlah Hits: 347 kali

Tuesday. 3rd April 2003

Aku bangun jer pagi tu Poksu dah takde dalam bilik. Slow-slow aku ke bilik air. Kalau boleh aku tak nak kehadiran aku dalam rumah ni mengganggu ekosistem diorang. Memandangkan bilik air ada kat bawah memang dari dapur boleh nampak juga kelibat aku.

"Siapa nama member semalam..?"

"Eddie.."

"Eddie.. meh breakfast"

"A'ah.. mandi jap."

Lepas dah settle mandi semua aku turun semula ke bawah. Bukan sebab lapar, tapi sebab aku tak tahu apa nak buat. Aku cuba borak ngan abang ipar Poksu, tapi takde satu topic pun yang boleh aku keluarkan. Akhirnya, aku pikir baik senyap jer. Ada diorang tanya, aku jawab sepatah. Kelihatan seakan aku terlalu concentrate pada karipap dalam piring nih.

"Kemana kita hari ni Poksu?"

"Nak gi survey terus?"

"Dah tu...?"

"Makan arr dulu.."

Settle semua kitorang gerak ke tapak 'power plant' yang Poksu ceritakan malam tadi. Besar juga kawasannya. Didalamnya ada lagi beberapa kumpulan sub-contractor masing-masing ada yang bahagian welding, piping, mengecat, contructing dan memacam lagi. Sampai jer maka menononglah aku ngan poksu cuba masuk.

"Mat! Mat! Mana pas?" Uik? Pas apa pulak ni?

"Takde, kitorang baru nak cari kerja" Sound poksu.

"Takde pas tak boleh masuk. You kena tunggu sini" Isk! leceh giler la pulak jadinya. Nak kerja mengecat besi gaji RM6 sejam pun jadi ke leceh macam ni! Nak tak nak poksu call Ubi, budak chatting yang bagi lubang kerja ni. Kalau ada orang dalam yang dah kerja baru boleh bawak masuk orang luar.

Tak sampai 15 minit Ubi datang. Terus bawak kitorang jumpa mando dier. Rama, sorang lelaki berbangsa India. sekilas pandang kat sini rata-rata mando semuanya banyak bangsa India jer aku tengok.

"You isi borang ni, lepas tu bagi sama saya sekali itu pasport punya gambar 2 keping. Bila mau start?" Aku pandang poksu.

"Esok." kata poksu. Ceh! Nak releks lagik? Ingatkan start terus arini jer.

"Mana sempat... nak tangkap gambar lagi, nak cari safety boot lagi.." Errmm.. reasonable jugak alasan dia.

"Poksu.. kita makan kat luar je la tengahari ni?"

"Kenapa?"

"Takde... sajer.." Sebetulnya aku segan giler nak duduk semeja dengan akak dan abang ipar dia di meja makan. Terasa aku ni semacam satu beban yang terpaksa mereka pikul pulak dah.

Baru jer gerak nak balik aku terasa tayar belakang motor aku melelong-lelong. Uik? Aper kes plak nih? Poksu turun. Aku tengok tayar dah flat rapat ke rim. Kawasan pembinaan ni memang penuh dengan batu-batu kerikil. Dapat tajam sikit jer memang dah boleh buat tayar aku bocor. Mender memang dah nampak benang.

"Naik jer la poksu.."

"Giler.. habih la jahanam tayar"

"Abis tu? Sanggup menapak?" Dia sengeh. Naik. Nak mendapatkan kedai motor yang paling dekat dalam 4km juga. No wonder bila sampai tuh tiub motor aku dah sampai terkeluar dari tayar. Nyaris cina kedai tuh nak mengucap tengok keadaan tayar motor aku.

"Ini tayak kina tukak sikali la boss" Huh... nak tukak, tukak la.... Melayang RM30 kat situ untuk tayar sekali dengan tiub. Tayar second hand. Kalu baru, kurang-kurang dekat RM48 jugak. Tinggal RM70 lebih duit aku.

Settle semua poksu ajak gi survey kedai kasut, nak cari safety (kasut kerja yg ader besi kat depan dier tu). Ni antara syarat nak masuk ke tapak pembinaan tuh. Semua wajib pakai safety. Converse are not allowed!

Dari satu kedai ke satu kedai kitorang masuk. Semua harga dekat RM60 sepasang. Malah ader yang RM100 lebih pun ada. Giler! Ni aku nak buat kasut kerja la!! Kalau dah beratus lebih baik aku beli Dr. Cardin!

Last-last ader satu kedai tu jual yang harga RM35. Nampak cam safety boots tapi takde pelapik besi. So basicly macam kasut getah jer. Ah! Jadik la. Tawar punya tawar dapat kurang RM30. Aku hulur not RM50 terakhir yang ada dalam poket aku. Tinggal RM40 lebih. Melabur dah banyak ni. Kerja belum start pun lagik! Isk!! Baik aku berenti dari mengira balance duit yang tinggal!!

"Okieh, jom makan!"

"Mana?"

"Ntoh? Mana Dee tahu.. poksu la bawok."

"Haa... kita makan kat Lumut!"

Lumut.. ini merupakan first time sampai sini. Pemandangan pantai dengan angin yang bertiup laju kemuka buat aku lupa seketika masalah aku. Ya Allah, permudahkanla jalanku...



 

"Nampak pulau kat depan tu...? Tu dulu asal tuannya melayu, tapi skang cina beli. Tokey cina tu siap buat sign atas bukit tu tulis nama dia macam sign HOLLYWOOD tu."

"Mana poksu tahu?"

"Dia sendiri cerita. Dia skang bawak teksi. Dengan kereknya dia kata 'dulu ada tanah kat pulau tu, abih dah pakcik juai..' hehhee"

"Melayu.. biasa lah. Skang ni? Nak kata apa? Hang tengok pada jauh ja lah! Ahaks!"

 
Day 23 - Berbaloi Menjadi Anjing PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Monday, 31 December 2007
Jumlah Hits: 285 kali

Thursday: 10 APRIL 2003

Campur hari ni, masuk 3 hari kitorang kerja. Dalam group kitorang selain aku dengan Poksu, ada sorang mamat kelantan. Yang lain 4,5 orang lagi budak india. Aku kira diorang nih mesti suku-sakat Rama (mando). Kalau tak adik beradik, dia punya ipar-duai. Sebab tu diorang boleh buat site ni cam bapak diorang punya projek. 2,3 orang berlonggok satu petak. Diorang mengecat, 1 jam baru siap sepetak. Dalam masa yang sama aku sorang pun dah siap 3,4 petak. Haramjadoh sungguh!

Rutin harian kitorang:

Pagi keluar dari rumah, park motor kat site, beli nasik lemak (air dah stanby air kosong dari rumah) tunggu Rama & the gang pick-up dengan van, masuk dalam, amik tools, panjat tangga ke tingkat 40, pakai safety harness, yearrghhh rolling bebeh!! (ngecat la).

Personally, aku dah boleh kuasai watak baru aku kat sini. Dah boleh menyesuaikan keadaan di layan macam anjing. Teringat aku pada kata-kata Abang Long, kita kena jaga maruah. Jangan sampai orang pijak kepala kita. Camana agaknya dengan maruah aku sekarang? Skang ni aku macam menyerahkan diri aku kat Rama. Disuruh itu aku buat. Disuruh ini, aku buat. Takde sepatah arguement pun walau aku nampak layanan dia dengan perkerja-pekerja lain yang sebangsa dengan dia agak istimewa sedikit. Kena sound, aku angguk. Ada lagi ker maruah aku?

Dalam masa ini aku teringat komik Hong Kong 2 jilid tajuk EMPAYAR. Tak tahu lah ada orang pernah baca ker tak komik tu. Tapi dalam komik tu kisah hero dia palarian dari tanah besar China masuk ke Hong Kong. Kerja jadi buruh kasar. Dan pada waktu-waktu tertentu diorang ni akan jadi macam tentera upahan orang-orang kongsi gelap untuk bergaduh-berparang. Sekali bergaduh, dapat la 3,4 puluh ringgit. Yang putus tangan, sanggup tunggu untuk dapatkan upah 100 ringgit dari berkejar ke hospital. Di kala si Hero mengutip duit yang dibaling ke tanah sebagai upah, member kamceng yang sama-sama dengan dia sound.

"Walau terdesak mana sekalipun keadaan kita sekarang, perlukah kau memperlakukan diri sebagai anjing?" Dia hanya senyum sambil menggenggam duit tu.

"Berbaloi untuk aku jadi anjing sekarang.."

Kisah dia panjang lagi. Dari situ dia dapat pengaruh dan kepercayaan dari ketua kongsi gelap tuh dan kemudian dia akhirnya leh take-over jadik ketua. Tapi aku cuma berminat pada prinsip dia. Pada aku, kalau dengan jalan ini aku boleh dapatkan duit halal untuk survive tanpa menyusahkan orang, maka berbaloilah kalau aku jadi macam anjing sekalipun sekarang. Sebab kalau dek kerana ke-Egoan yang meletakkan kita dalam keadaan susah dan menyusahkan, maruah tiada lagi makna.


Balik kerja, aku tengok Poksu releks depan komputer. Terkekek-kekek depan PC. Uik? Mender haper la pulok buat dek orang tua nih? Bila intai sikit barulah nampak script mIRC kat monitor tu.

Aku terus landing kat lantai. Kalau ikutkan hati memang aku nak 'tumpey' jer Poksu dari kerusi tuh. Tapi kena paham la sket status aku kat sini. Kena tashkil la sikit 'hantu internet' dalam diri ni. 'Aku tak minat IRC, aku tak suka main internet, aku sket pun tak terkesan dengan mender-mender nih!!'. Syuh~!! Syuh~!!

Amik bantal satu, capai kertas A4 berlipat kat bawahnya. 3 keping dah penuh dengan tulisan-tulisan kecik journal aku sejak mula aku keluar dari Chini aritu. Ada sekeping setengah lagi yang masih kosong. Aku pun tak tahu lah apa motifnya aku catatkan setiap kejadian yang berlaku dalam perjalanan hidup aku ni? Nak beri Poksu baca untuk bahan riadah dia? Hish! Giler kebender!! Nak beri anak cucu esok-esok baca? Aper giler?!

Dulu masa zaman sepemerempatan aku lepas kena buang sekolah, ada gak tulis journal cam ni. Kononnya bila kita dah senang nanti, bila kita baca balik mender tak besh pun akan jadik besh. Mender yang dulu boleh buat kita menangis pun bila baca boleh buat kita gelak. Tapi lepas tu bila ada dak pompuan kelas aku sound "Tulis diari ni ciri-ciri orang romantik", terus aku stop. Hahaha. Lawoks! Time tuh malu sangat nak terima kalau orang kata aku ni romantik. Tok brutel lalu... Tapi skang ni baru aku realized, takde orang yang tak romantik sebenarnya. Sebrutel mana pun dia kat luar, tapi depan orang jer. Belakang orang jiwa-jiwa luka jugak dia. Dulu aku ada sorang member budak set-set flat kampung medan yang sama-sama belasah budak india kat pasar malam. Memang gangster giler. Pantang tengok mata dia terus ajak bertumbuk. Tapi dalam SMS dengan awek dia duk bahasakan diri 'papa' dengan 'mama'. Hukaloh... Guanner ceriter?

Kekadang persepsi kita sendiri sebagai seorang lelaki yang meletakkan lelaki itu harus kuat, harus cekal jiwanya, tak boleh sensetif, tak boleh nangis, tak boleh jiwang, tak boleh romantik, perlu brutel dan sebagainya. Come on... Bob Marley yang kata No Women No Cry tu pun kawen beb!

Bila Poksu angkat jubow jer dari kerusi nak gi mandi tu terus aku plak sambung.

"Jangan lama sangat. Kang orang nak guna telepon tak boleh pulak.." Pulok..... huk~ huk~


Kamus Aku
tumpey - tolak/humban


 
Day 26 - Melayan Emo PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Sunday, 20 April 2008
Jumlah Hits: 194 kali

Sunday, 13th April 2007

Nuthin' special but sucks!

Tadi Yanie call. Lama jugak borak. Best betul rasanya dapat berborak degan dia. Kekadang tu aku rasa macam dia jer yang aku ada buat masa ni. Ipin? Ah! Frust aku dengan mamat sekor ni. Belum lagi sebulan dia dengan azam berkobar-kobar dia nak buktikan dengan semua orang kononnya yang dia boleh survive sendiri, nak ubah nasib, nak buktikan dekat orang-orang yang mentertawakan dia. Ale-ale aku dengar cerita dia balik Pahang. Dia kencing uncle Carlos (pakcik tokey kedai rojak pasambor tempat dia kerja) yang dia kena balik pahang kejap nak settlekan masalah keluarga. Isk! Apa kena ni? Dah puas kena lecture dengan aku masih tak reti-reti lagi! Belum habis lagi penat memusing dari Shah Alam sampai ke PJ duk mencarikan kerja untuk dia, ale-ale quit macam tu je.

Duit dalam poket tinggal 3 keping. Aku sendiri tak tahu berapa nilainya sebab main rasa macam tu jer. Kalau kombinasi warnanya 3 keping merah, beerti boleh survive lama lagi. Kalau ketiga-tiganya warna biru muda? Argh!!

Lebih kurang pukul 6:30 petang kebosonan aku dah capai tahap dewa. Poksu aku tengok biasa je. Yer lah, yang merasa asing kat sini cuma aku sorang. For sure dia mungkin lebih selesa dengan keadaan sekeliling dia berbanding aku. Capai motor, pecut gi lumut sensorang. Lepak kat tembok tepi pantai tu lengok laut sambil togok air redbull dalam tin. Apasal jadi susah sangat jalan aku ni untuk aku punya life macam orang lain? Dengan degree yang aku ada ini saja ke kehidupan yang mampu aku dapat?

Duit dalam poket tinggal 3 keping. Aku sendiri tak tahu berapa nilainya sebab main rasa macam tu jer. Kalau kombinasi warnanya 3 keping merah, beerti boleh survive lama lagi. Kalau ketiga-tiganya warna biru muda? Argh!!

Balik jer rumah terus masuk bilik.

"Maner?" Poksu tanya

"Tok koner-koner.."  Aku jawab acuh tak acuh jer.

"Layan emo..?" Layan emo? Heh! Ntah? Yer kot.

Malam, sempat online kejap kat mIRC. Join jer channel #newborn, Ipin message. Apasal cari aku lagi? Seriously, memang banyak mender yang buatkan aku ralat dengan dia. Tambah ralat bila aku tanya dia cuma jawab "lallalalala" je. Buat sakit hati je dibuatnya. Langsung aku ignore terus semua message yang datang dari nick dia. From now on, buatlah apa yang ko nak buat, aku dah tak nak masuk campur lagik memandangkan dah sampai masanya untuk aku take care diri aku sendiri pulak.

Masa tengah nak baring nak tidur, Poksu baling Diari Prudential tahun 2002 kat aku. Walaupun tu diari tahun lepas punya tapi masih baru dan belum bersentuh lagi.

"Ambik, aok rajin menulis.." Kata poksu pendek. Huh! Aku appriciate sangat. Leh la aku tulis journey aku yang terrible ni dalam diari. Selama ni aku tilis atas kertas A4 recycle jer. Kadang-kadang tu hilang kena tiup angin, puas pulak mencari. Thanks bro.. 

Kamus aku
Tok koner-koner = tak kemana-mana


 
Day 27 - Nilai sekeping kertas PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Sunday, 20 April 2008
Jumlah Hits: 240 kali

Hari ke-4 kerja. Kalau dihitung-hitungkan, gaji aku dah ada dalam RM160. Boleh la kot kalau nak mintak advance dulu untuk belanja. Tapi baru nak masuk 4 hari kerja nak ker Rama bagi advance? Perghh... kerja bagai nak mati ni jer yang boleh aku dapat. Nilai nyawa aku cuma RM6.50 sejam bergayut atas structure power plan tingkat 44 ni dengan hanya ditambat dek safety harness selebar tali beg sekolah aku masa darjah 4.

Dalam pada tu kepala ayik berpikir, kalau sebulan aku kerja straight tanpa cuti sekalipun aku cuma berjaya kumpul RM900. Ini beerti 2 bulan aku kerja bagai nak mati kat sini, baru sama dengan sebulan gaji Apai yang kerja sebagai Management Trainee kat Giant.

Apai... budak Hotcat yang pernah menyewa sekali dengan aku masa di section 18 dulu. Baik dari sudut akademik, knowledge, cara berfikir atau apa sahaja aku tak fikir dia lebih dari aku. But life not just about how well you can perform in exam, not just about how smart you are or how telented you are but it also about LUCK!

Ingat lagi 3 minggu lepas masa jumpa dengan dia kat Kafe di section 13, Shah alam. Lain betul lagaknya sekarang. Sometime I wondering, ini ker budak Apai yang duduk berchatting, lawan script, sampai 5,6 jam kat CC dulu? Wah, sekarang dah tak main komputer lagi. Masuk internet pun dah jarang-jarang. Sibuk katanya. Dari 3 jam lepak, aku rasa 2 jam setengah berkisar pada pasal kerja dan planning masa depan dia jer malam tu. Aku? Aku takde cerita nak dikongsi, tapi at least aku seronok dengar.

Baik dari sudut akademik, knowledge, cara berfikir atau apa sahaja aku tak fikir dia lebih dari aku. But life not just about how well you can perform in exam, not just about how smart you are or how telented you are but it also about LUCK!

"Aku ingat nak angkat Honda ni bulan depan..." Fuh! Dia punya ayat memang aku takleh tahan. Biarlah. Rezeki dia. Rezeki aku pun ada esok. Cuma Allah KIV buat sementara waktu sebab nak tengok effort aku dulu. RM900 sebulan pun rezeki beb. Saper nak bagi ngko sajer-sajer RM900 sebulan?! Dan bila aku pikir-pikir balik, masa aku kat Chini dulu, aku perlukan sebulan setengah hanya untuk mengumpulkan seratus lebih sebagai modal aku nak keluar cari kerja. Mau taknya. Sehari aku cuma leh 'cherek' RM2 dari cash till. Campur-campur dengan duit repair computer yang orang hantar, barulah ada sebanyak tu.

Ish.. Boleh ker aku bertahan? Dan kalau benar inilah nasib yang Allah dah tuliskan untuk aku, namun sampai bila? Mulanya aku capai kerja ni untuk cari modal supaya aku boleh try cari lubang lain. Tapi bila dah kerja, makin sikit ruang aku untuk ushar peluang yang ada. Takde ker company yang boleh offer gaji mahal sikit kat aku ni?

Kamus Aku
cherek = cilok


 
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>

Results 15 - 18 of 18

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 51
Semalam: 234
Bulan ini: 1356
Keseluruhan: 42825
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 397
Pages yesterday: 1588
Pages this month: 8821
Pages total: 343727
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL