|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Friday, 08 June 2007 |
Jumlah Hits: 240 kali
Wednesday. 26th Marh 2003
Hari hi memang aku tak dapat nak buat kerja lain lagi. Ikut macamana pun, aku kena settlekan dulu hal Ipin ni. Kalau tak alamatnya dua-dua la melingkup. Aku dah mula fobia nak belek wallet tengok berapa duit yang tinggal. Orang Giant pun takde call aku untuk interview.
Bawak Ipin dari kerja kat CC. ada satu jer yg nak pakai pekerja. Tapi murah sangat bayarannya. Dua ringgit jer sejam. Memang takleh nak survive kalau macam tuh. Makan hari-hari lagi. Rumah pun diorang tak sediakan. Camaner nak carikan kerja yang boleh sediakan rumah. Ipin kata ada Abang Mat tuh pernah ajak jaga dia kat PJ. Aku suruh dia call abang Mat tu. Orang tu suruh dia gi cc kat Desa Pandan. Kebetulan Yanie pulak call. Beria dia nak ikut biler kitorang kata nak gi cari kerja untuk Ipin. Terus pergi sekali. Kelang-kabut jugak mencari CC yang Abang Mat tu cakap. Masing-masing have no idea kat mana tempat tuh. Dua tiga kali jugak la Yanie kena marah ngan aku. Sebab kebetulan dia yang drive. Kesian. Aku bukan nak marah dia sebenarnya. Cuma aku sendiri blur dengan keadaan aku sekarang. Pressure kot?
Sampai jer, Abang Mat tu takde. Anak dia jer yang jaga cc. Kerek la pulak budaknya. Macam bagus jer. CC takde la besar mana pun. Dier kata dia akan call kalau nak pakai orang. Uik? Pulak! Aku tak nampak ader peluang pun kat situ. Ermmm... come on... idea!! Idea!!!
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Saturday, 09 June 2007 |
Jumlah Hits: 277 kali
Thursday. 27th March 2003
Bagun hari dah petang. Aku pun tak sure pukul berapa. Dalam 3 lebih kot? Maz takde. Ada kelas gamaknya. Lebih kurang dalam kul 4 petang, kitorang kuar makan. Tetengah makan tu Yanie call. Cakap ader kerja untuk Ipin kat medan selera perint 8. so kalau boleh, on the spot gak dier nak bawak Ipin gi tempat tuh. Dengan sehelai sepinggang, aku hantar Ipin sampai kat proton section 27.
"Takper. Pakai arr dulu apa yang ada. Esok lusa Dee hantor baju untuk aok" Ermm... dengan selamatnya Ipin, bermakna beban masing-masing dah kurang 50%. Dengan duit yang tinggal sekarang ni, memang susah nak survive 2 orang. Sorang pun belum tentu dapat bertahan dampai bila ni. Ada baiknya dia amik je kerja tuh. Rumah dapat, duit poket pun tokey bagi RM10 sehari. Pas tuh hujung bulan dapat lagi RM500. kira dah cukup bagus dah tuh. Aku perasan mulanya cam berat hati gak dia nak pergi. Takut gamaknya. Maklum arr. Dia bukannyer tahu apa tentang keadaan kat sana. Tapi lepas aku support dia, nampak dia ada semangat semula. Ermm... aku? Aku pulak skang nih!! Huh~!!
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Monday, 11 June 2007 |
Jumlah Hits: 254 kali
Saturday. 29th March 2003
Beria betul Yanie suruh aku pergi Putrajaya. Isk. Masalahnya sekarang ni, duit yang ada usahkan nak buat tuang minyak. Untuk nak makan pun seksa ni. Tadi masa dia datang dia bukak lagi cerita pasal suh aku pergi Putrajaya. Kononnya suh aku tengok-tengok keadaan Ipin. Sambil-sambil tu aku tanyer gak dia macamaner keadaan Ipin kat sana. Dari gaya excited dia bercerita tu, nampak macam Ipin seronok kat situ. Okeylah tuh. Ah! Tengok la dulu camaner. Panjang langkah aku sampai la nanti ke Putrajaya tu. Jangan sampai aku terguna duit ni untuk beli mender makan sudah...
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Tuesday, 12 June 2007 |
Jumlah Hits: 319 kali
Sunday. 30th March 2003
Bangun pukul 2 petang. Mender pulak aku nak mentekedarah hari nih? Duit dalam poket, campur dengan duit yang Yanie bagi untuk tuang minyak gi purtajaya semalam sepuluh ringgit, jadi aderlah dalam RM13. Patutlah pun dia suruh sangat aku turun sana. Rupanya diorang nak celebrate birthday aku esok. Birthday? Aku sendiri pon tak pernah nak ingat pasal tuh. Rupanya esok baru genap umur aku 24. Aku ingat aku dah 28. giler!
Minyak motor dah 2 hari guna yang dalam tank reserve. Bukak peti sejuk, tengok ader kentang goreng. Aku gaul-gaul ngan black pepper source, makan cam makan nasik. Ni la makan tengahari aku hari nih. Meggie dah habis semalam yang last. Rokok semalam aku confident boleh bertahan lagi 2 hari.
Petang tuh dalam kul 6, aku dah 'paner' giler. Tak tahu nak buat aper. Terus keluar. Tak tahu pun nak gi mana. Call Aie, tak dapat pulak. Ale-ale baru aku perasan handphone aku tertinggal kat rumah. Patah balik.
Tetiba Poksu Call. Aritu pun dia ada call, dalam minggu lepas kalau aku tak silap. Dia tanya aku nak kerja kat sana ker tak. Sebab sana ada kerja. Tapi aku kata biar aku cari sini dulu. Masa tu aku konfident boleh dapat kerja kat Giant.
"Camaner?" Dia tanya aku.
"Tak dapat lagik..."
"Dah tu jadik kerja sini?" aku blur. Betul-betul blur. Dan aku rasa keadaan aku sekarang banyak mempengaruhi apa jawapan yang bakal keluar dari mulut aku. Dengan duit aku yang tinggal RM13, dan takde kerja, aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan dekat sini. Takkan aku nak balik bodo jer ke Chini semula? Giler! Aku nak mati kebulur pun aku takkan balik. Tu nekad aku keluar kali ni.
"Poksu turun sini dulu... pastu kiter balik sana naik motor." Kata-kata aku tu dah jelas menyatakan persetujuan aku. Ntah lah betul ker tak keputusan yang aku ambik. Tapi kalau salah sekali pun, sekurang-kurangnya itulah keputusan yang aku buat tanpa pengaruh dari sesapa. Poksu kata, tak esok lusa dia akan turun sini. Ermmm... Masa atas motor, dalam pada tak tahu nak gi maner, aku dah ambik hala ker putrajaya. Nak sangat jumpa Ipin tengok keadaan dia skang nih. Sampai-sampai jer, pamcit pulak tayar depan. Macam sengaja di setting-setting pulak. Bebetul kat depat medan selera percint 8. hari dah mula gelap. Dah kat pukul tujuh kalau tak silap. Habis serata tempat aku melilau nak cari public phone. Nak call Yanie tanyer kat mana tempat kerja Ipin. Satu public pun takde. Kalau ader pun guna kad. Babi betul. Hari dah pukul 9 malam. Harapan aku Cuma tenggu Yanie call. Kalau dia tak call, alamat tidur atas papan aku arinih. Ipin dah tentu habis kerja pukul 10. pas tuh diorang akan hantar balik hostel. Alamatnya memang langsung takleh jumpa lah kalau cam tuh.
Last-last aku gamble main jenguk jer setiap kedai yang ada kat situ sampailah dengar suara Ipin menjerit panggil aku. Huh! Nak mujur betul! Yanie call dalam pukul 9:30mlm. terus dia datang bila tahu aku ada kat situ. Terdiam dia biler sampai-sampai jer terus aku bagitahu aku plan nak ikut poksu, kerja kat Ipoh. Senyap. Tak bercakap-cakap.
"Kita gi tempat lain bang.." aku ikut jer biler perasan mata dia dah start berair.
"Kerja apa?" dia tanya. Tapi tak pandangpun muka aku. Agaknya kalau boleh dia tak nak aku nampak dia nangis. Makin lama makin laju airmata yang mengalir. Tak sampai hati biler tengok dia sampai teresak-esak menangis. Tapi aku diam jer. Berlagak macam tunggul yang sikit pun takde perasaan. Perlukah aku kata sesuatu masa tu? Dan jika perlu, apa yang nak aku cakapkan? Aku Cuma mampu berharap agar dia dapat faham keadaan aku walaupun dalam keadaan yang dia sendiri tak rela. Kejam ker aku? Sayang... jika kau tahu, kerana perasaan kasih inilah aku buat semua ni. Semoga kita sama-sama tabah dengan dugaan demi dugaan yang bakal kita lalui.
Ipin pulak? Mengelupur nak ikut bila aku cakap aku nak pergi Manjung. Sampai dia mintak gaji dia yang 3 hari tu kat boss dia. Selamba dia kencing kata nak balik kampung kejap amik baju. Aku sendiri tak sure patut ker tak aku bawak dia. Tapi terus terang cakap, kalau dia ikut, takde la rasa 'alone' sangat. Pakai duit Ipin buat tuang minyak keter Yanie mintak dier tolong hantar kitorang balik. Motor aku tinggalkan dulu kat rumah dia. Kot macamanapun esok pagi-pagi sebelum mama dia balik dari mengajar, aku kena ambik motor ni.
** Malam: Aku jadi tak sedap hati dengan plan untuk bawak Ipin gi Manjung. Betul kalau bawak dia mungkin aku akan jadi lebih kuat. Tapi kekuatan tu aku takut akan jadi punca kelemahan aku. Aku tak yakin dia akan sanggup hadap semua dugaan yang bakal berlaku di Manjung nanti. Dengan kerja tak tentu lagi, rumah tak tentu lagi. Malam tu tidur lewat. Aku nak Ipin pikir habis-habis. Dia patut tahu apa risiko yang bakal dia hadapi. Aku tak nak yang dikejar tak dapat, yang dikendong cicir. Dia berhak untuk buat keputusan bagi diri dia sendiri.
Kamus Aku mentekedarah = makan paner = pening/bengong/blur kencing = tipu
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Wednesday, 13 June 2007 |
Jumlah Hits: 319 kali
Monday. 31st March 2003
"Happy birthday to myself......." 3 orang jer yang wish birthday aku tahun nih. Agaknya 3 orang tu jer yang ingat. 1st, aku punyer handset. Sebab hari tuh aku ada set reminder kat dalam tu. 2nd Yanie, dan last sekali Teh, adik aku. Dia hantar SMS wish me happy birthday. Itu jer. Hehehe...
Lepas kena brainwash ngan aku malam tadi, Ipin buat keputusan untuk teruskan bekerja kat medan selera percint 8 tu. Hakikatnya, aku sendiri nak dia kerja kat situ jer. Aku tak jamin peluang kerja macam yang dia dapat skang akan datang lagi lepas ni. Dan kalau boleh aku tak nak dia balik Pekan lagi. Biar sampai dia dah stabil sikit baru balik. Biar dia jadi role model aku yang mana aku nak orang tengok macamana orang buta boleh jalan lagi lurus dari orang celik waktu malam asalkan ada tongkat.
Aku sedar, hari dah pukul 11. Giler! Sepatutnya aku dah bangun pukul 9 tadi lagik. Aku seboleh-bolehnya nak settlekan tayar motor tu sebelum mama Yanie balik dari mengajar. Aku masih belum sedia untuk berdepan dengan mak dia. Belum bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang dia akan tanya pada aku. Tanya pasal kerja... pasal life aku... Isk!! Turun dari rumah, hari dah pukul 12. Boleh ker ni? Mak Yanie balik pukul 2 petang. Sempat lagi kot? Kebetulan Aie call. Mintak tolong dia callkan Kerol nak mintak tolong dia hantar gi putrajaya kejap. Kat sini memang takde public phone. Hari pulak hujan. Sampai sidang hujan, Kerol masih tak datang. Dah pukul 1 tengahari. Nak tak nak, menapak lah aku ke sec 7. Situ je yang ader public phone. Makan masa 45 minit jugak berjalan. Tengah-tengah hari buta mengenjut atas jalan tar. Berpeluh satu badan. Habis basah baju. Seksa betul kalau takde transport nih. Call Kerol.
"Aku ada test la bai pukul 2 ni..." Tak boleh ker ko call balik bagitahu yg ko ada kelas? Takdelah aku menunggu macam busut kat sini. Bengang betul aku! Tapi kenapa pulak aku nak marah? Dah adat mintak tolong dengan orang. Biasa la tu... Call pulak Wan papan. Sebab aku rasa dia senang sikit. Dia just tolong jaga-jagakan kedai handset member dia je. Bukannya kerja tetap pun kat situ. Saja duduk lepak-lepak je.
"Aku kerja ni..."
"Mintak la member ngko kaverkan untuk ngko kejap.."
"Nanti aku bagitahu member aku" menangok pulaklah aku ngan Ipin kat depan kedai Khalifah. Hari dah pukul 2:45 pm. Sedar-sedar ada SMS. Ntah dah berapa lama aku pun tak perasan.
 Member aku keluar. Takde orang nak jaga kedai -Wan-
Mula-mula aku ingat dah cukup susah kalau kita takde transport. Tapi rupanya lagi susah kalau takde member yang nak tolong kita time kita susah. Ermm... mula-mula terbangun lambat, pas tu hujan pulak. Then, Kerol ada test. Wan pulak takleh tolong sebab kerja. Macam dah di set-set yang aku tetap kena mengadap mama Yanie jer...
"Ipin... ada syilling?" Ipin hulur 30 sen. Sapalah pulak aku nak call ni. Sany? Heh! Dreamin’!! Susahnya aku cuma ramai member ketawa. Scroll punya scroll nombor telefon dalam bookmark aku, nampak nombor Ramlee.
"Aku kat kilang lagik ni. Ko tunggu aku habis la. Nanti aku hantar la."
"Kul baper balik?"
"5 setengah" okeh! Terpaksalah aku terpacak sampai kul 5 setengah. That means aku kena bertapa kat bus stand ni lagi 3 jam. Nak balik memang dah tak sanggup nak berjalan kaki semula. So plan skang, Lee hantar aku gi Putrajaya dengan motor dia, repair motor aku, tukar tiub, pastuh aku patah balik ambik Ipin, hantar semula dia gi Putrajaya. Pergh!! Itu jer solution yang aku ada buat masa nih. Nak buat camana? Memember yang ada kereta semua taknak tolong.
Pukul 4:30 pm kitorang dah tak larat nak tercongok kat bustop. Bustop pun dah takde tempat teduh dah sebab matahari dah condong. Perut dah tak tertanggung lapar dah ni. Dari pagi seulas nasik pun tak masuk. Kalau tahu tadi baik baca niat puasa je!!
"Jom kita lepak kedai mamak tu la. Kita order air jer.." Ipin bagi idea. Aku tahu dia ada lagi RM2. Sebab tu dia berani ajak aku minum air ni. Aku seluk poket, tengok ader dalam RM5. Amik 2 ringgit.
"Nok roti canei?" Aku tanya dia pulak.
"Nok! Nok!" Ahaks! Time-time macam ni, dapat roti kosong dah macam dapat nasi ayam. Memang kitorang belum makan pun hari nih. Duit aku?? Tinggallah lagi 3 ringgit.
Nak mujur Lee datang dengan member dia, 2 bijik motor. Terus boleh hantar Ipin balik putrajaya sekaligus. Dia siap singgah rumah member dia ambik kelengkapan untuk tukarkan tiub motor aku. Sedangkan aku sendiri tak terfikir pasal tu. Sampai sana dah kul 6:45pm. Settle semua pukul 7:30pm. Sempat gak aku salam dengan mama Yanie masa nak balik tu.
"Kerja kat Ipoh tu kerja apa?"
"Err.. kat advertising company jugak... graphic" laju jer mulut ni menipu. Tak sanggup nak kasi tahu aku gi sana kerja sebagai tukang cat je. Kontrak kat power plant, Manjung tuh!
Yanie kasi kain gebar, buat bekal gi sana. Tinggalkan Ipin kat tempat kerja dia. Aku ngan yang lain balik. Sampai kat Puchong, aku berpecah dengan Lee. Aku nak jumpa Aie dulu. Nak pinjam duit dia sikit untuk modal gi Perak. Sampai jer puchong, aku terus call Aie. Rupanya dia ada dekat Kajang la pulak, rumah member dia. Hish! Duit dah tinggal RM2.10 jer nih. Gamble buat tuang minyak 2 ringgit tuh buat gi Kajang. Dia memang takleh balik sebab motor dia rosak kat sana.
Sampai bandar Kajang, aku kuarkan duit sepuluh sen yang terakhir tu. Nak telepon dia nak tanyer dia kat mana. Aku emmang tak tahu nak cari. First time aku sampai Kajang ni. Skang nasib aku terletak pada duit sepuluh sen nih.
Plup!! Duit kena telan, divert ke voice mail.. Arghhhhh!! Termenung aku cam orang bodoh dekat depan KFC tu. Baru teringat selalunya aku tinggalkan duit syilling dalam poket beg. Seluk-seluk jumpa 2 ketul duit 20sen. Still sama. Divert gak. 10sen yang last tuh aku tukar plan. Call Kerol suh kerol hantar sms kat Aie kata yang aku dah sampai Kajang. Plup! Mender yang sama terjadi!! Giler gini. Apa punya malang la nasib aku nih?!
Dalam 15 minit lepas tu Aie call. Rupanya handset dia habis bateri. Tu yang kekejap divert tu. Tunggu pulak dia sampai. Nak jadi lagi payah, rupanya ada 2 KFC kat Kajang nih. Hish!! Kelam-kabut betul!! Mujur jumpa jugak last-last.
Balik Puchong, Aie kuarkan duit dia RM150 untuk bagi pinjam kat aku, pastuh aku ajak Aie makan dulu. Hari nih sari sontok makan roti canai kosong jer masa ngan Ipin tadik. Dah la semalam pun makan sekali jer. (One of the reason kenapa berat aku Cuma 52kg je kot masa ni?)
Kat umah, aku story ngan Maz pasal nak kerja kat Perak. Tapi walaupun aku nak blah, aku bayar jugak duit sewa rumah yang RM80 tu. Memang dari mula aku dah asingkan duit ni siap-siap. Tak sedap betul rasanya. Sebab harituh aku yg beria nak duduk kat sini. Takkan ale-ale nak blah cam tu je lepas dah lepak sini dekat 2 minggu? Esok nanti kuar pulak cerita yang aku sajer nak tumpang free kat sini.
Ermmm... Penat... Penat betul rasanyanya dengan dugaan Allah hari ni. Agaknya inilah birthday present aku yg ke-24 ni. Esok? Hanya tuhan yang tahu...
**** Ramlee: Aku tak rapat sangat dengan dia masa sekolah dulu. Aku tak banyak sangat spent time dengan dia masa kat Shah Alam. Tapi rupanya dia yang Allah hantarkan untuk tolong aku dimasa aku sesak macam hari ni...
Kamus Aku menapak = berjalan kaki menangok = duduk sambil tak buat apa-apa kain gebar = kain selimut sari sontok = sehari suntuk/the whole day!
|
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Thursday, 14 June 2007 |
Jumlah Hits: 271 kali
Tuesday. 1st April 2003
Ngah hantar SMS. Katanya diorang turun Shah Alam, ngan bebudak Kelab Bomba. Kebetulan diorang ader hal kat sini. Aku gi jumpa diorang kat PKNS. Gi makan jer. Sepanjang makan tu kitorang tak borak sangat. Ngah pun tak banyak bercakap. Jumpa Zahar, Bad ngan yang lain-lain jer bukak mulut.
"Ipin mana Dee?" Bad tanyer aku. Aku yakin soalan yang sama juga nak ditanya pada aku oleh yang lelain. Tapi tak tahu sebab apa diorang segan nak tanya.
"Ipin kerja, kat Putrajaya. Anjer la... kuat sangat ngutuk dia sampai takut budok tuh nok balik Chini." Selamba aku taler ker Njer. Hakikatnya aku nak talerkan pada semua yang pernah kutuk Ipin.
"Aper pulok koi. Bad ni ha yang kuat sekali ngutuk." Anjer pulak cuba backing diri sendiri. Ah! Tak kiralah saper pun.
Lepas makan aku semawa diorang untuk lepak rumah aku. Takkanlah drive terus balik pahang kot. Sure penat gilernyer. At least sempat gak rest kejap kat rumah aku. Biarlah apa budak rumah aku nak cakap. Yang nyata aku tak nak diorang kater aku tak dapat nak ditumpang. Sebab walau macamaner teruknyer pun kehidupan aku kat sini, diorang tak tahu dan diorang tak patut untuk tahu. Yang diorang tahu, aku dah senang duduk KL. Aku yakin itulah gambaran semua orang.
Lebih kurang dalam kul 7 diorang gerak. Ngah hulur kat aku RM20. Sebolehnya aku nak tolak pemberian dia. Tapi keadaan aku membuatkan tangan aku sendiri mula tak sefahaman dengan otak. Tunggu Poksu, dia tak sampai-sampai gak. Dekat pukul 4 pagi baru sampai. Wan yang hantar. Aku turun minum ngan diorang kat kedai mamak. Masa tu jugaklah aku pulangkan paku buah keras dekat Wan pasal dier tak tolong hantarkan aku ke Putrajaya masa motor aku pamcit hari tuh. Power jugak aku bagi. Sampai tak tawan nak cakap dier. Tapi aku sound dalam gelak jer la. Tapi aku rasa dia boleh faham. Kamus Aku taler = tuju koi = aku/saya
|
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Friday, 15 June 2007 |
Jumlah Hits: 314 kali
Esoknya takdelah pagi sangat aku ngan poksu bangun. Mujurnya barang aku tak banyak. Habis packing semua baru dalam 1 beg galas jer. T-shirt 3 lai, Jeans 2 lai ngan towel. Tadi pun aku dah settle semua ngan Mas, bayar duit sewa RM80 macam yang aku janjikan. Walaupun aku baru duduk dalam seminggu, tapi disebabkan aku dah janji, so aku bayar full jugak. Kalau budak perempuan dah tentu diorang ada calculation sendiri. Tak kena gaya dia akan bayar RM16.70 sen jer bab baru duduk 7 hari. Hehehehe. Pompuan... Memang berkira! Ahaks!! Tinggal RM30 pada tangan. Tu pun dicampur ngan not RM20 yang Ngah hulur semalam. Nak tak nak aku kena jumpa Aie kejap, adjust duit dia sikit RM100 untuk buat bekal aku. So ada RM130. Hrmm... hopefully enough alrealdy lah..
Lebih kurang pukul 2 petang kitorang gerak menghala ke Manjung. Ikut jalan lama. Tawakal jer lah yang motor nih boleh sampai kesana. Kalau nak menengokkan pada tayar, pejam mata jer la. Aku sendiri takut melihatkan benangnya. Buatnya meletup tetengah jalan ni karang, ish!!
Sampai di Manjung dalam pukul 5 lebih dah nak pukul 6 petang. Barulah aku tahu yang 'rumah Poksu' yang aku bayangkan rupanya rumah kakak dia. Rupanya dia sendiri menumpang kat rumah kakak ngan abang ipar dia ni. Dan aku pula? Mana pula tempat aku dikalangan family diorang ni nanti? Selama ni aku membayangkan dia duduk rumah bujang. Kalau aku tahu ini situasinya tobat aku tak naik sini. Dalam pada duit ada RM100 lebih dalam poket bila ditolak ngan duit minyak + rokok tadik, aku dah mula bawak keluar idea untuk cari rumah sewa lain dengan Poksu. Aku rasa asing sangat disini. Nak duduk kat meja makan masa diorang ajak dinner sesama pun aku tak tak boleh nak imagine aper kaler yang terpapar kat muka aku waktu tu. Ah! Nekad betul nih!!
"Hisap rokok hembus ke luor." kata Poksu masa kat bilik. Aku pun mengesot ke pintu balkoni.
"Kat rumoh nih takde orang yang isap rokok. Poksu sorang jer. Kang bising pulok orang tuer tu" Ah! tak kesahlah. Dalam situasi skang ni, kalau dia kata aku tak boleh isap rokok pun aku akan berenti. No question asked!
"Skang apa plan kita Poksu?"
"Esok kita pergi la tempat tu tanya ada kerja ker tak." Uik? apa selama ni Poksu tak sure lagik ker situ ader kerja ke tak? Besok baru nak gi tanya?
"Sebab ada member bagitahu... situ memang nak pakai orang.. tapi malam ni takde pulak dia online." Kata Poksu yang tengah chatting kat mIRC. Pergh... dia 'bergamble' dengan nasib aku ni. Rupanya budak chatting jer yg bagi lubang kerja ni kat dia. Even dier sendiri pun tak sure ader ke tak.
Weak betul rasanya. Buntut ni tak hilang lagi kebas naik motor dari Shah ALam tadi. Dapat terlentang atas tikar pastik berbantalkan beg baju aku ni pun dah merupakan satu rahmat terbesar untuk hari ni. Dalam proses untuk melelapkan mata terlintas wajah mak... ipin.. yanie.... plup~!! Gelap!
|
|
|