|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Friday, 01 June 2007 |
Jumlah Hits: 267 kali
The beginning of the terrible journey. That is what I called it! Memandangkan aku tak macam orang lain, banyak mender nak tulis dalam blog, baik aku bercerita sikit pasal aku memula set kepala aku keluar dari kampung (Cini, Pahang) untuk start my new life. It was based on true story dan aku cuba melengkapkannya semula based on catatan-catatan yang aku pernah buat dalam diari, buku log dan kertas-kertas A4 yang aku kutip. Itupun ada berlubang gak here and there tapi seingat aku perjalanan ini memang tak pernah luput dari ingatan.
Bukan senang nak senang orang kata. Walau pun aku masih belum sesenang orang lain, tapi biler aku kenang masa lalu aku, this is far much better! And the stories begin.... DAY 1 Wednesday. 19th March 2003
Plan aku sepatutnya kuar dari rumah pukul 10 pagi tadi. Tapi biasalah kalau aku yang buat plan, sure flexible giler babeng punyer. Pukul 11 baru mandi. Pastu gi tuang minyak motor dulu. Memang tak rushing langsung. Dan sememangnya takde apa yang nak aku kejar. Malah tindakan yang aku ambil ni pun aku tak tahu apa kesudahannya. Dah bukan tahap plan koboi lagi dah nih. Dewa gamble pun tak buat kerja gila cam ni kot? Ntah lah. Betul atau tak tindakan yang aku ambil ni. Kalau ada yang menganggap aku cuba lari dari masalah, terpulanglah. Kerana sekiranya masalah ini memang muncul akibat dari kewujudan aku disini, aku rasa sememangnya aku harus pergi jauh dari sini. Kalau kewujudan aku disini akan menimbulkan lebih banyak masalah, jadi dengan pemergian aku mungkin akan menyettlekan banyak masalah jugak. Aku perasan Ngah dah bangun awal lagik. Cuma dekat time aku nak bla, dier masuk tidur kat bilik abah. Ermm.. benci betul Ngah dengan aku agaknya. Sampaikan aku dah nak blah pun dier tak nak tengok. ermmm.. sejak akhir-akhir ni teruk betul hubugan aku dengan ngah. Aku sendiri tak tahu camana boleh jadi teruk sangat sampai macam ni sekali. Tak pernah terbayang sampai macam ni jadinya. Dan yang paling mengecewakan aku, ngah langsung tak dapat terima apa sebenarnya yang aku harapkan. Memang aku terkilan. Bukan terkilan bila segala usaha aku tak dihargai. Tapi bila segala apa yang kita cuba buat, di salah tafsirkan.
"Tak salam dulu dengan Ngah?" Mak tanyer aku. "Takperlah mak. Dia tidur.malas nak pergi kejut." Mak senyum. Dia dah memang tahu tentang krisis aku dengan Ngah. Cuma sebagai seorang ibu, dia sendiri tak tahu nak sebelahkan sapa, ataupun menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah. Berat tanggungjawab mak untuk menjaga hati kesemua anaknya yang masing-masing pikir hati sendiri. Abah pun takde masa aku gerak. Dia dah ke ladang pagi-pagi lagi. Yang ada Cuma Ipin ngan adik-adik.
"Aok tolong-tolonglah jaga CC tu Ipin. Nak duit belanja ambik jerlah dari dalam laci tuh." Aku pesan kat Ipin. Lepas cium tangan mak, aku gerak.
Sampai Shah Alam lebih kurang pukul 6:30 petang. Dah tak tahu nak talaa ke mana. Pergi rumah Keroll kat sec 24. kalau dia ingat lagi masa aku duduk ngan dia kats sec 18 dulu mungkin dia bagi tumpang ban sehari dua. Keroll pulak takde. Aku tadinya dengan konfiden dah bawak emua beg-beg aku ke atas. Member dia yang tinggal kat rumah tu pulak sekor pun aku tak kenal. Semua budak-budak baru. Penat jangan ceritalah. Usahkan kalau jumpa bantal, jumpa batu blok pun boleh terlelap nih.
"Tolong cakap dengan Kerol, member dier Eddie tumpang letak beg." Itu jer lah yang boleh aku buat. Dalam blur tuh aku pulas motor pergi Sec 13, CC Pulse Network. Kebetulan pulak Sany ada. Ajak dia makan, dia kata dia tengah tunggu Wan. Mulanya aku tunggu jugak dia semawa aku ajak lepak rumah dia, tapi tak terkeluar pulak ayat tuh. Ale-ale keluar pulak plan nak duduk rumah Wan jer kat Sec 18.
Lepas Wan datang, makan-makan, diorang lepak semula kat CC. Aku menongok jerlah tengok Sany chatting. Nak main karang mengenangkan duit yang aku bawak pun tak sampai jumlah duit yang mamat-mamat Indon bawak masa nak datang Malaysia. Dari satu jam ke satu jam aku tunggu diorang ajak balik. Akhirnya diorang ajak jugak, pukul 6 pagi!! Gila. Aku dah nak tumbang jam tu jugak dah. Hala balik singgah rumah Kerol kejap ambik beg. Kerol pun dah tak macam Kerol yang aku kenal dulu. Ntah lah. Kot aku jer yang rasa lain kot? Banyak sangat perkara yang aku rasa dah lain sekarang ni. Sampai rumah Wan, terus tak sedarkan diri.
**** Keroll: Aku tengok berubah sket. Tak cam dulu. Mungkin sebab dah lama tak jumpa jadik cam tak baper mesra kot? Gamaknyerla...
Kamus Aku Talaa = tuju ban = lebih kurang semawa = pelawa Aok = awak/ngko Gamaknya = agaknya
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Saturday, 02 June 2007 |
Jumlah Hits: 279 kali
Thursday. 20th March 2003
Aku bangun Wan dah takde. Kerja gamaknya. Masa tu dalam kul 11 tengahari. Ada member dia baru lepas mandi, masuk bilik depan. Dah la sekor pun mamat dalam rumah nih aku tak kenal, diorang pun tak kenal aku, segannya tuksah cerita lah. Itu baru sorang. Wan cakap dia duduk berenam kat rumah nih. Lagi empat orang aku pun tak tahu kepala macamana. Ye tak ye, lepas mandi aku terus keluar. Dah la tak tahu pulak nak pergi mana. Kepala ni dari tadi memikir siapa lagik yang aku kenal dekat Shah Alam nih. Kalau tak cerita, mampus pun orang tak tahu keadaan aku masa tu. Lonely gila rasanya! Call Aie. Dia kat office. Pukul 4 petang kang baru balik. Call pulak Maz. Nak tanya dah ada orang masuk ke belum rumah dia. Sebab hari tuh memang dia tengah cari orang untuk menyewa dengan diorang. Segan jugak kalau nak ikutkan. Hari tu aku janji nak duduk dengan dia bulan 2 lagik. Tapi aku datang pun tak masa tu. Mujur dia kata kosong lagi. Aku ingat nak gak gi tengok keadaan rumah dia. Kalau aku rasa lebih bagus dari keadaan rumah Wan, baik aku duduk ngan Maz je. Cari tempat nak makan tengahari dulu. Memula teringat gak nak makan kat sec 2. Tapi malas pulak kalau terserempak dengan Sue. Buat tambah sakit aku jer. Kalau boleh biarlah aku dengar cerita tentang dia dari mulut orang jer. Tak sanggup aku nak tengok dengan mata kepala aku sendiri dia berkepit dengan balak baru dia. Apalagi kalau dia menccebik sambil meludah ke kaki aku melihat keadaan aku skang nih. Isk! Tak nak aku. Kalau aku dah pulas stering Honda CRX nanti, nak jumpa 10 kali pun takpe. Gi Sec rumah Sany, dia takde. Kereta pun tak nampak. Makan sensorang kat Sec 13. lepas makan aku masuk CC. jumpa plak ngan Yus (alexibodom). Duduk jer dalam tuh teman dia buat assignment.
Pukul 4:30 petang baru baru aku keluar masa Aie datang. Ajak Aie minum. Layan borak sampai kul 8. macam-macam yang kitorang borakkan. Nak balik karang, Wan dah tentu belum balik. Dia balik kerja pukul 10 malam kang. Itupun kannyer terus balik rumah. Aku? Nak gi mana? Ajak Aie pergi rumah Maz kat Sec 7. tengok jer keadaan rumah Maz, terus aku tak pikir panjang, terus kompom duduk dengan dia. Malam tu jugak aku amik beg rumah Wan. Dan seperti yang aku jangka, Wan belum balik lagi. Fuh~ Camaner dier boleh ajak aku port dengan dia? Sedangkan dengan memember rumah dia sorang pun dia tak kenalkan dengan aku. Hish~!!
**** Wan: Best kalau lepak untuk enjoy, time kita ada duit.
Kamus aku Port = duduk/tinggal/lepak
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Sunday, 03 June 2007 |
Jumlah Hits: 247 kali
Friday. 21st Marh 2003.
Ermm... secara keseluruhannya rumah ni (rumah Maz) dah cukup bagus. Sewa murah (RM80 sorang), fully furnish. Well... asalnya memang rumah kosong, tapi memember Maz ni memang jenis budak yang mengupul reter. Ada yang beli TV, ada yang beli peti sejuk, ada yang beli sofa, dan diorang dah start kumpul barang dari memula belajar kat sini lagi. Mungkin ini salah satu sebab buat pergerakan aku dalam rumah ni rasa canggung sikit. Yer lah. Aku masuk sini sehelai sepinggang jer. Aci ke selimut pun takde!! Dan selain dari Maz, memang aku dah tak kenal sesapa kat rumah nih. Yang ada skang ni pun Cuma sorang budak bilik depan ngan member school diorang. 2 orang lagi budak bilik sebelah Maz kater balik rumah diorang kat KL. Walaupun pergerakan aku kat sini sedikit terbatas, aku banyak habiskan masa dalam bilik jer, tapi sekurang-kurangnya berjaya menahan aku dari ingin keluar, nak gi CC, nak gi sec 13, nak jumpa bebudak. Kiranya aku dah dapat semula mood masa zaman duduk sec 18 dulu. Erm... aku rindu pada Brigade 405!! (nama gelaran rumah sewa lama aku kat sec 18). Tapi di sebabkan rumah ni pun duduk berlima jer termasuk dengan aku, so aku tak lah terasa sangat. Dan Maz pulak takdelah tinggalkan aku sensorang tercongok kat umah.
**** Maz: Selama ni aku ingatkan dia ni gila. Rupanya jauh lebih waras dari manusia lain...
Kamus aku Aci ke = sampaikan
reter = harta
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Monday, 04 June 2007 |
Jumlah Hits: 294 kali
Saturday. 22nd March 2003.
Takde aktiviti sangat. Sini aku bebetul terpisah dengan dunia luar. Sampaikan nak pergi telefon pun, paling dekat aku kena menapak 2 kilometer untuk turun ke Sec 2. Situ je pun dah banyak plan untuk cari lubang kerja terkantoi. Setakat ni harapan aku untuk dapatkan kerja cuma 2 orang. Ejoy yang kerja kat SPA, ngan Apai. Tapi biler call Ejoy tak pernah ngan dapat. Asyik divert jer. Aku sendiri confuse sama ada dia still guna nombor nih atau dah tukar. Call Apai pulak. Tanya apa lagi yang perlu ada masa hantar resume untuk post management trainee kat Giant. Insyaallah, hari Isnin nih aku redah gi Giant plak.
Malam, Maz sibuk ngan plan dia nak masukkan barang-barang dalam bilik dia. Katil, almari, macam-macam lagik. Aku? Hehehhe nak contribute apa yer? Stok meggie kot?!
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Tuesday, 05 June 2007 |
Jumlah Hits: 247 kali
Sunday. 23rd March 2003.
Ajak Aie datang rumah. Aku mintak tolong dia potongkan rambut aku. Esok nak pergi Giant nih. Kot-kot la terus kena interview, manalah tahu. Potong pendek terus. Cam budak tingkatan 4 jer. Aku dah tak pikir sangaat pasal rambut dalam keadaan macam ni. Walaupun dulu pernah gak pasang cita-cita nak simpan rambut sampai paras pinggang. Hish! Tak tahulah biler termakbul hajat tuh.
Lepas potong rambut, kitorang duduk dalam bilik jer. Aie pun aku suruh overnight kat sini jer malam ni. Ale-ale budak bilik depan yang 2 lagi tu balik. Memang aku sendiri pun belum pernah jumpa dengan diorang. Sebab masa mula-mula aku datang sini hari tuh diorang balik KL.
"Hai… meriah la pulak rumah aku malam ni?" dengar diorang cakap kat luar. Bunyi seakan menyindir pun ada jugak. Aku buat-buat tak perasan. Aku tak nak Aie berasa hati pulak nanti. Tak tahulah sama ada dier dengar atau tak. Otometik kepala aku set yang bebudak rumah nih jenis tak suka kalau bawak masuk orang luar datang rumah.
"Mas. Bebudak rumah ni stail takleh bawak member datang rumah ker?"
"Isk, takde lah"
"Bis tuh yang diorang sound macam tu tu?"
"Ntah?" gitu pulak dier jawab. Isk! Segan giler plak aku ngan Aie.
|
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Wednesday, 06 June 2007 |
Jumlah Hits: 243 kali
Monday. 24th March 2003
Hari ni aku bangun awal. Banyak mender nak kena settlekan hari ni. Nak gi print resume, hantar kat Giant, then nak turun KL pulak, amik proessor komputer yang hantar claim warranty hari tu, pas tuh nak gi pulak KLIA jemput Yanie. I miss her so much. Tapi dalam keadaan aku yang masih macam ni? Ntahlah.
Ermmm... pack giler shadule hari nih. Lepas mandi-mandi, sempat aku repair sket apa yang aku type dalam resume aku semalam. Pas tu baru gi CC Matrix (kat section 7), print. Buat fotocopy sijil-sijil tak laku aku yang 2,3 keping tu. Mujur aku siap terus pakai slack ngan kemeja. Kalau tak memang tak sempat nak balik salin baju. Terus rushing gi Giant. Resume aku, dia suh tinggalkan jer atas meja receptionist tuh. Erm... diorang tengok ker tak nanti resume aku tuh?
Settle tu aku singgah makan dulu. Ale-ale mak call, bagitahu yang Ipin turun KL. Nak mintak aku tolong gi ambik kat medan MARA kul 1:30 tengahari. Tengok jam, dah pukul 12. Isk!! Dah tahu nak turun, apasal tak call pagi-pagi tadi? Ni dah sampai baru nak call. Bengang aku. Dah semua plan aku kena rombak semula. Terus balik, mandi-mandi, pecut KL. Sampai Medan MARA dalam pukul 2:15 petang. Kalau ikutkan takde la lambat sangat. Lewat dalam sejam jer. Takkan tak boleh tunggu kot? Memusing pulak cari dia. Sampai ke Pertama Kompleks aku cari, takde. Call rumah, Ngah angkat. Dia kata baru jer tadi Ipin call. Memusing lagi cari dia. Sampailah dekat pukul 3 lebih, Long pulak call aku.
"Dee. Ipin dah sampai. Ambik dia dekat Wisma Safuan."
"Long dekat mana ni?" Aku tanya dia.
"Long kat Sg. Besar lagi ni..." Uik. Masa tuh jangan cerita la bengang nyer aku. Dah kalau tak jemput, yang gi suruh Ipin pergi Wisma Safuan tuh buat aper? Tunggu jer la kat sini. Ingatkan kot la dia ader kat Wisma Safuan. Long selalu macam nih. Kalau dia buat plan, sure dia anggap macam orang lain ni takde plan sendiri.
"Dee sibuk ni Long. Ni karang nak gi ambik Yanie pulak kat KLIA."
"Ermm... kalau dah sibuk tak payah la! Biar jer la Ipin tunggu kat situ sampai Long datang." lain macam jer dah bunyi cakap dier. Marah? Aik? Saper yang sepatutnya marah nih? Sekarang aku bengang dengan Ipin pulak. Dia pun satu bangang. Kejap suruh aku ambik. Kejap suruh Long. Aku dengan Wisma Safuan pun tak tahu rentang mana nih. Isk! Bertuah betul!! Memang nak kena maki nih. Ikutkan hati memang aku nak lantak kan jer. Tapi nanti kuarlah pulak cakap belakang yang kononnya aku ni langsung tak leh nak mintak tolong. Itu yang aku tak nak dengar. Redah jugak cari Wisma Safuan. Sesat-berat aku dibuatnya. Dah jumpa Wisma Safuan, mengelalah pulak cari Baitul Uk'wah (kedai Long kerja). Betimpa-timpa susah aku. Hari dah petang. Ni karang ntah sempat ke tidak nak gi Plaza Low Yatt. Dekat ½ jam melilau, baru jumpa. Rupanya tingkat 3 kedai tu. Nampak Ipin tengah releks kat dalam. Bara betul aku. Kat situ jugak aku sembur. Turun bawah gi minum aku sembur lagik. Dia senyap jer. Aku dengan penat, lapar, jangan cerita lah. Tapi bengang punya pasal tak kira dah semua tuh.
"Aok tunggu la Long! Dee nak gerak. Hari pun dah nok hujan dan nih. Banyok lagi kerja." Aku blah macam tu jer. Salam pun tak. At least biar dier tahu aku tak suka tindakan bangang dia tuh. Lain kali biar dia pikir sebelum buat memender.
Settle ambik processor komputer kat Low Yatt, terus gi KL Central, ambik KLIA Transit. Burn RM20 kat situ jer. Sampai dalam pukul 7. Yanie kata dalam kul 9 dia sampai. Excited gak. Dah lama tak jumpa dia. Ntah macamana keadaan dia skang nih. Tak tahu pulak flight dier delay. Nak tak nak kena tunggu la. Dalam pada tu sempat gak aku hitung-hitung duit yang tinggal dalam poket aku. Perut berbunyi. Lapar. Last aku makan pukul 12 tengahari tadik. Takpe. Tunggu je la. Kang makan sekali je dengan Yanie.
Kul 10 malam baru dia sampai. Tak gi memaner pun. Duduk jer kat airport tuh sementara nak tunggu pagi, naik train first esok. Blanjer dier makan McD. Malas nak berkira sangat. Bukan nak tunjuk yang aku banyak duit. Tapi dah memang itu jer tempat makan yang ada, dan aku memang lapar. Tambah pulak dier sendiri tengah kering. Dah la kena denda sebab baggage overload. Dan yang paling aku tak nak, aku tak nak pisang berbuah dua kali!
Kamus aku rentang = bahagian lantak = biarkan sembur = maki hamun, sumpah seranah etc. memender = apa-apa
|
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Thursday, 07 June 2007 |
Jumlah Hits: 327 kali
Tuesday. 24th March 2003
Sampai kat umah pukul 10.15 pagi. Penat jangan cerita lah. Dari semalam tak tidur. Tak lama aku dapat lelap mata, Ipin pulak call cakap nak datang Shah ALam. Ermm... datang lah. Sampai karang call. Aku dah ajar dia macamana nak naik bas sampai sec 2. At least aderlah dalam sejam lebih lagi untuk tidur. Ipin sampai dalam pukul 1 tengahari. Masa tu barulah aku tanya apa tujuan dia turun KL. Dia kata dia nak jumpa awek dia, nama Ju. Ju ada turun shah alam. Ada persembahan tarian dari jabatan diorang katanya. Diorang datang satu bas dari UiTM Kelantan. Aku senyap jer. Memang logic apa yang dia buat tuh. Dan aku tak sangka pulak bebudak Chini boleh kutuk dia kaw-kaw sebab apa yang dia buat tuh. Aku tak pasti sama ada diorang masih belum faham reality hidup atau hipokrit semata-mata nak menutup sifat 'jiwang' masing-masing. Padahal Fikrie sampai bermasam muka dengan memember semata-mata sebab perempuan. Mie Ikan (Arwah) yang mengelupur nak beri duit RM600 pada budak yang dia baru kenal dalam IRC, sebab perempuan. Ngah sampai sewa kereta jemput, hantar, Zura, sebab perempuan. Aku sendiri pernah amik upah membaja pokok kelapa sawit 5, 6 puluh beg masa umur aku 16 tahun untuk nak turun Kedah semata-mata sebab perempuan! Abis? Mana lawaknya tindakan Ipin tuh? Giler! Dalam reramai tu rupanya Bee jer yang paham.
Aku bawak Ipin kat Dataran Shah Alam. Tadi Ju kata diorang rehearsal kat sana. Sampai-sampai jer langsung takde kesan orang practise menari kat stage tuh. Ipin call semula Ju. Ju kata diorang baru jer bertolak dengan bas. On the way gi KLCC. Sebab persembahan tu kat sana. Aku dah start rasa macam lain. Kesian pulak kat Ipin. Dengan duit RM50 yang Zaibee pinjamkan, dia gamble turun KL semata-mata nak jumpa budak nih. Ale-ale jadi macam ni pulak. Kalau takdirnya tak dapat jumpa, sure dier malu giler nak balik Chini semula. Sah-sah lagi teruk kena kutuk ngan bebudak.
"Releks. Pin. Kiter tunggu jer dia balik semula kat sini."
"Dee... Aok rasa dapat ker koi jumpa ngan dia?"
"Aok nok Dee terus-terang ker... ato pun nok nyedapkan ati aok jerk?"
"Bagi sedapkan ati pun jadik la.."
"Dapat nyer... gerenti!!" Ahaks! Tipu dia, tipu diri aku sendiri jugak!
Malam tu Yanie datang. Kitorang bawak Ipin pusing-pusing kat Alam Sentral jer. Dalam masa tu, Ipin kejap-kejap gi telefon. Aku rasa duit dia banyak habis ke telefon jer. Sampai lah yang last tu biler dier telepon Ju, Minah tu kata diorang dalam perjalanan balik ke UiTM Kelantan dah. Citer pun tak guna keadaan dia masa tu. Yang peliknya aura membunuh yang terbit dari aku pulak yang lebih-lebih. Siut betul. Awek species apa nih. Sempat aku sendiri yang sound awek dier dalam phone. Tambah bengang biler dengar suara dia sket nyer galak dalam telepon tuh. Hish. Kalau awek aku yang macam ni, aku rasa aku dah tahu ending ceritanya.
"Awok tahu dok saya datang sini bawok 50 ringgit jerk. Ni nok balik pun doh tok lepas doh nih. Duit habih ke telepon jerk. Kejark awok kabor kat saner. Kejark awok kabor kat sini." Tu dialog Ipin. Nak tahu apa pulak dialog awek dier?
"Awok duduk la dulu situ, cari kerja untuk duit tambang balik..." Huuhuhuhu... Cam apa ni kiter nak gelarkan ek? Skang for sure dia memang tak berani nak balik Chini. Nak datang aritu pun dah giler-giler nyer kena kutuk. Balik ni nanti ntah la agaknya.
"Balik nanti kalau diorang tanyer, cakap jer la awok dapat jumpa ngan Ju. Kalau diorang tanyer awok bawok jalan gi maner, awok cerita jer la semula tempat-tempat yang komer bawok awok nih." Malam tuh memang aku jadi tourist guard dier jer. Bukan nak bawak berjalan sangat. Cuma nak kurangkan sket rasa hampa dia. Well... dia perlu ada kenangan macam ni dalam hidup dia. Sebab memender cam ni bagi aku tak boleh nak belajar dari cerita2 orang lain. Sekurang-kurang nya dia belajar sesuatu yang baru dalam hidup dia hari ni.
"Skang ni, aok rasa awok nok balik Chini, atau pun nok cari kerja jer kat sini?"
"Dee rasa?"
"Jangan tanya Dee... Mender ni awok sendiri kena buat keputusan"
"Koi nok kerje Dee..." Ermm... skang baru turn aku nyer trouble. Camaner aku nak tolong Ipin. Dengan aku sendiri tak kerja lagik. Even malam ni pun aku tak tahu nak bawak dia lepak kat maner. Nak bawak balik rumah, dah serik masa aku bawak Aie hari tuh. Yer tak yer aku suruh Yanie balik dulu. Sambil-sambil tu survey gak kedai-kedai makan kat sec 2 kot ader nak pakai orang. Takde la pulak.
Memula lepak sec 2 minum. Sampai kul 12mlm. Lepas tuh lepak kedai Khalifah. Minum lagik. Lepak pulak sampai kul 2:30 pagi. Aku dah la tidur 3 jam jer hari ni jangan ceritalah penatnya. Yer tak yer gi sec 13. kalau boleh nak tumpang rumah Wan ker... Sany ker... asal dapat landing kepala sejam dua pun jadik lah. Tapi selama duduk minum ngan diorang, sekor pun tak semawa. Padahal diorang kannyer tak tahu keadaan aku masa tuh. Aku dah cerita habis dah. Takkan sampai nak aku tanyer kot? Tahan diorang ajak aku lepak sec 7 sampai pagi. Dalam kul 6 pagi aku dah tak tahan dah. Ini kerja giler nih. Abis? Esok takkan aku nak sambung berjaga? Gamble arr bawak Ipin balik!! Diorang nak cakap apa, cakaplah!!
Kamus Aku Aok = Awak Koi = Aku Ato = atau Ati = hati Jerk = saja nok = nak komer = kitorang Dee (pronounce as 'the'. Gelaran anak ketiga dalam family aku.)
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
|
| Results 1 - 7 of 18 |