Home arrow Sehari bersama Daddy
Sehari Dalam Hidup Aku..
Julai ada 31 hari la wei!!! PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Sunday, 31 July 2005
Jumlah Hits: 177 kali

Aper la punya sengal aku nih. Memati aku ingat malam ni dah 1hb Ogos 2005. So tadi dengan confident nyer aku shout kat SP yang aku akan open semua module pada malam ni. Ale-ale rupanya 31hb, sedangkan bandwidth ader 18mb jer lagi.

So nak tak nak aku terpaksa close lagik. Sebab kalau tak buat macam tu, means SP akan kena suspens dek hosting provider. Langsung satu message pun takleh nak baca melainkan page putih dengan tulisan "This website has been close because his/her owner have reach their monthly bandwidth". At least untuk sehari ni boleh gak divert ke blog aku. Dapat la jugak bagi info-info yang perlu.

p/s: Ni kes kalah bowling la aku jadik macam ni!! Hahahhaha

 
Yes! Siap banner baru!! PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 30 July 2005
Jumlah Hits: 199 kali

Dah kul 2:40am dah. Siap gak akhirnya banner baru aku. Anyway, esok lawan bowling ngan bebudak Speedfinger.Org. Heharap ramai ar yang datang. Yanie pulak tengah frust sebab dier ntah Gambar bekas operation kat kaki yanie yang menjadi onar..boleh main ker tak esok. Kalau ikut dia, memang melompat-lompat nak main jugak. Tapi kalau esok aku yang kena dukung dia bawak balik sebab tak boleh jalan, susah arr..

Ah! Gi jer. boleh main ker tak, itu lain cerita. Paling tak pun jadik aku nyer pom pom girl. Huhu huuhu.. Tidur dulu ar. Esok kul 10 pagi dah nak kena ada kat The MINES.

P/s: SP dah dibuka semula. Sukalah diorang...

 
Speedfinger.Org Bowling Tournament. PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 30 July 2005
Jumlah Hits: 302 kali

Baru sampai rumah. Boleh tahan gak yang datang.

SP Bowling TournamentAku,
aldrina,
yo_zack,
nora,
mawarmerah,
Putera_Owen,
azahianaz,
The_Royal_Harri,
Atie,
Emi
(duta kecik SP),
otapir,
Ned,
wan99cvm,
Adik azahianas,
Fazira
, dan sorang lagi aku tak ingat namanya.

Bukak dua lane jer. Main 2 game. Secara keseluruhan, yang paling 'menjadi' si yo_zack la. Hari 'bijak' dier gamaknya hari ni. ceh!! Berlagak dari mula sampai ke sudah dia dengan gaya ala-ala 'Vote for Arm'! Hahahahaa. Second runner up, si wan99cvm. Member kantoi 1 pin jer nak seri. hahahahah. Tention jer.

Otapir a.k.a Chek Lie balik lepas second game sebab ada hal. Kemudian terpaksa disambung oleh pemain importnya si Putera_Owen. Si Nora pulak takleh main takut cincin lekat dalam lubang bola bowling (Hehehe takde. ni aku sajer cakap). Dia lebih suka jadik pemerhati jer. Lepas tuh tolong gelak-gelakkan budak yang baling ke longkang. Tu je la kerja dia. Si mawarmerah geng dia. Boleh tahan gak gelakkan aku. Mementang tak main. Tak lama lepas tuh si Fazira ngan kawan dier plak mintak diri.

Aku? Heh! Hampeh!! aLdriNa yang terhincut-hincut sebab kaki belum sembuh lagi pun boleh kalahkan aku (9 pin beza). MengOng betul! Tu nanti dekat 2 tahun pulak la dier duk sebut pasal kes nih. Apa-apa pun saper memang saper kalah tu tak penting. Sebab kita turun ni pun main reason dia sebab nak kenal-kenal, nak sronot-sronot je. Yang nyata SP dah boleh hasilkan 1 team bowling untuk dihantar ke Sudan nanti. (Sajer jer aku nak hantar si yo_zack gi Sudan! Hahahhaha).

Lepas main bowling kitorang gi makan Kenny Roger Roaster. Lapor wei. Aku dah la tak sempat nak breakfast pagi tadik. Huha-huha tak sedar dah kul 4 lebih. Sorang-sorang plak balik. Tinggallah yang paling last Aku, aldrina, Owen, yo_Zack, mawarmerah ngan wan99cvm. Kitorang spilt lebih kurang kul 5 lepas tuh.

Otapir rupanya multimedia designer kerja kat Desa Pandan. Company dier boleh amik tempahan T-Shirt. Mungkin project untuk SP T-Shirt arituh aku boleh teruskan semula. Tapi kalau boleh aku nak redesign balik. Kalau nak simple, kita buat sulam jer. See? Kan dah bertambah contact sorang lagik? Sebab tuh kena bersocial sikit.

P/s: Social sihat tok mender nyer...........

 
Aku menconfigure router [Part 2] PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 29 July 2005
Jumlah Hits: 217 kali

 
Tadi aku import my brother in law si winterwish untuk tolong tengokkan aku nyer router. Semalam aku pening sorang. Hari ni biar dia pulak pening. Hahahahha. Tapi at least dia tahu la jugak aper yang dia buat. Compare ngan aku semalam, lagi lah. Main redah je terus. Tapi dah try-try tak leh jugak. Memang dia sendiri pun confused dengan control panel aku. Tak macam yang biasa. Mungkin sebab ni yang latest version kot. Tapi tak guna la latest version kalau makin menyusahkan!

Ni la gambar control panel router aku.


Apa-apa pun dia dah on remote server. So nanti dier akan configure dari rumah dia je la. Dan kalau tak boleh jugak, aku ingat nak cancel jer planning nak gi memancing ahad nih. Uik?!! Satu mender yang aku dapat detect, aku nyer Downstream Line Rate, 512 Kbps je. Means orang tm.net dah cuba nak kencing aku la nih. Aku bayar untuk streamyx 1.0Mb!! Nak kena report nih! Natee sungguh laa....

Susah-susah sangat, guna modem biasa jer lah! Tak payah la router² nih. Mengarut jer!!

 
Tukar templete baru la pulak PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 29 July 2005
Jumlah Hits: 224 kali

 

Templete lama dalam kenangan

Ni gambar templete lama arituh. Aku sempat guna seminggu je (tak sampai seminggu pun kalau ikut-ikutkan). Memang tak puas lah browse ikut tingkap kecik cam tuh. Aku suka yang boleh scroll kebawah macam ni. Puas mata memandang. Tambah lagi dengan base putih tu, tak berapa mempamerkan jiwa aku. ehheehehhe.

 

Templete ni aku suka. Tapi kena modified lagi. Mostly bahagian 'header' yg kat atas tuh. Serabut sangat. Nanti aku ingat nak buat yang aku sendiri. Tapi still menggunakan color scheme yang sama. Nanti la dulu. buat masa nih aku sibuk sangat nih..

*Harri, lek ar beb! Jangan jeles tengok blog aku!! Hahhahaha. Skuad! Lu nyer blog biler gua boleh tengok nih?!

 
Aku menconfigure router PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Thursday, 28 July 2005
Jumlah Hits: 191 kali

 
Biasalah baru seminggu melenjan streamyx nih. Dalam proses pembelajaran lagi. Selama ni aku ingat cucuk jer modem, masukkan username ngan password, dailing, settle macam tuh jer. Rupanya tak lah sesimple itu.

First aku perasan masa serve mp3 kat mIRC orang lain tak boleh nak amik file dari aku. Playlist boleh pulak. Yang best nya aku boleh get file dari user lain. Not fair betul. Kepala aku terus fikir, ni mesti Windows XP Service Pack 2 Firewall punya pasal! Then aku masukkan mirc dalam dia punya exception list. Still tak boleh. 2nd thing yang aku nampak, Norton Internet Security 2005 aku. So aku off dia punya worm protection. Sebab dari apa yang aku baca, mender nih antara punca utama gak dari menghalang orang DCC Get file dari kita. Takleh. Aku Disable terus auto scan. Takleh. Last-last aku off terus firewall, restart semula komputer, pun tak boleh jugak!! Mushkil nih.

Kebetulan aku jumpa ngan Fungkur kat IRC (Founder
http://fungkurs-network.net/). Borak jap ngan dia pasal ni.

"Ko pakai router tak?"

"Ntah? Aku guna modem percuma yang streamyx beri ni je la." Sambil tuh aku belek buntut modem aku. ader tulis Modem Type: Network Ethernet Bridge/Router. Ooo.. ader router la kot? (sure ader yang kutuk aku nih. Takper aku ngaku memang bodoh sket bab-bab IT ni. Ahaks!!) So dia suruh aku bukak http://portforward.com/ buat Port Fowarding. Huh! Mender pulak la ni gamaknya?


"Port Fowarding ni apa Fungkur?" Malu tanyer sesat. Baik aku tanyer jer.

"Okey. Dalam sistem kita ada beribu-ribu port. Setiap satu program menggunakan port-port tertentu. Contohnya FTP guna port 21, Telnet port 23..." Aku dah tahu bab ni. tapi memandang kan kesungguhan dia untuk explain kat aku aku bebuat blur je la. Tapi tu baru intro je. sebab soalan aku dia masih belum jawab lagi.

"Ooo.. cam tu. DCC guna port 1024-5000 kan?" Sajer aku tanya.

"A`ah. Ok.. Secara defaultnya biler install router dia akan tutup semua port-port ni untuk tujuan keselamatan. So kita kena identify la port mana untuk dibuka.." Okey. Now much more clear. Cuma aku lebih selesa kalau di panggil Port ON/OFF je. Hehehehhe..

Jumpa LePaK, tapi bila aku tanya camaner nak configure router streamyx selamba dier jawab.

"Ntah aku tak pernah guna streamyx. Aku guna dial up jer..." Hampess~!

Apa-apa pun, semalam merupakan experiment yang gagal (GaKegkaeL!!). Aku terpaksa stop sebab dah kul 2. Kang kena isi borang lewat datang kerja lagik macam hari semalam! Hehehehehhe. Takper. balik kerja kang aku sambung semula mengadap mender tuh. memang tak puas hati kalu tak settle.

 
Akhirnya.... PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Wednesday, 27 July 2005
Jumlah Hits: 173 kali

Akhirnya settle jugak blog bodoh aku nih. Mula-mula try jugak blog lain selain dari Blogspot. Aku register myblogsite, aku register blog-city, semata-mata sebab restinpeace.blogspot.com dah ader orang register. Frust tak dapat nak guna nama tu membuatkan aku try cari blog lain supaya aku dapat guna jugak nama restinpeace tu. Tapi bila aku dah explore-explore, blogspot jugak yang menarik minat aku. Ermm... Aku kena bagi nama ni. Aper aku nak namakan blog aku ni. Amik nama buku scrap aku masa Form 5 dulu lah. Dengan rasminya aku menamakan blog bodoh ni sebagai SNAP SEMELOON TELOON!!

Sambil-sambil tuh survey gak blog site orang lain. Sajer nak amik feel orang kata. Mana ada idea-idea yang boleh aku ceduk sket-sket untuk blog aku. Malu jugak biler nak dibandingkan SNAP SEMELOON TELOON ni dengan blog site orang lain. Diorang nyata dah jauh sangat ke depan. Memang tak larat nak kejar. Dahsyat-dahsyat semua. Tak tertiru dek aku!!

Tadi aku bubuh mousetrail nyer java script. Seronok pulak aku tengok bola tuh tergantung melantun-lantun macam tu. Itu pun 2,3 kali try jugak baru jadi. Aku amik menatang tu kat www.dynamicdrive.com Okey website dia. Sebab kita boleh tengok sample terus menatang tuh macamana rupanya. Banyak lagi yang best-best. Tapi kalau semua aku sumbat dalam blog aku nih, takut meletup pulak. Dan dalam yang banyak-banyak tuh, aku rasa ni la yang paling kena dengan jiwa aku.

* Try check bandwidth Speedfinger.Org tadi. Hari nih naik lagik 46mb. Aku dah close pun naik gak. Nampak sangat admin-admin SP memang takde tempat lain nak lepak melainkan dalam portal tuh. Hehehehe... Sian korang...

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>

Results 61 - 70 of 70
NukeSigs

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 91
Semalam: 234
Bulan ini: 1396
Keseluruhan: 42865
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 658
Pages yesterday: 1588
Pages this month: 9082
Pages total: 343988
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 2 guests online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL