Home arrow Sehari bersama Daddy
Sehari Dalam Hidup Aku..
Cuti-cuti Malaysia - Langkawi la pulak... PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Wednesday, 28 November 2007
Jumlah Hits: 651 kali

25hb arituh, anak Tok Chik di Kulim, nikah. So kitorang satu family dah planning nak pergilah kiranya. Tapi dah alang-alang naik kesana, terus plan untuk cuti-cuti Malaysia la pulak.

Kitorang gerak 24 haribulan, petang. Sampai jer sana check-in dulu kat Sunway Hotel semalaman. Abah yang booked. Dia blanjer. Ahaks~! Ni kali yang ke-3 check-in kat sini. Based on experience, memang takde masalah. Yang penting, ada in room Broadband service. So kerja-kerja aku tetap boleh berjalan lancar.

 Kekadang pikir balik, best jugak kerja sendiri nih. Bebas aku nak pergi ke mana-mana. Tak pening pikir pasal cuti tahunan dah tinggal sikit la. Nak kena apply cuti la.

Esoknya lepas kenduri jalan-jalan kejap rumah saudara belah-belah sana. Malam tu Overnight kat rumah Mak Teh kat Sungai Ular. Masalah sikit sebab internet takde. So mana payment mymode yang buat kat aku lepas pukul 11 pagi tadi, secara automatiknya sangkut.

Esoknya breakfast Mak Teh dah masak macam-macam siap dengan kasi kepala ikan plak tuh. Huish!! Breakfast ker haper nih? Melantak sekat-sekat nak la pagi tu (pagi yg dah tak berapa pagi la jugak). Siap-siap, terus gerak!

 Kitorang naik langkawi ikut Kuala Perlis sebab dekat sikit kalau nak compare naik ferry dari Kuala Kedah. Sampai jer kat Kuala Perlis masa cari parking dah kena kerumun dengan set-set parking bermotor guide untuk pergi park kat parking lot diorang yang kononnya parking berbumbung. Berpusing-pusing follow diorang last-last aku suh nana park jer kat tempat biasa. Ini ulat-ulat nih nak makan duit kes nampak plate Putrajaya la nih. Ntah berapa plak kena ketuk kalau park kat tempat diorang tu nanti.

Ferry kitorang gerak pukul 4:30pm. Kat jety Kuala Perlis tuh terus booked untuk Island Hoping (pusing2 pulau) dengan kereta sewa. Kebetulan musim cuti nih kereta sewa pun naik harga la. Biasanya RM50-RM60 dah leh dapat. Ni Wira pun dah RM70. Sebab kitorang berlima kitorang booked WAJA, RM90 sehari. so 2 hari jadik RM180 la. Tapi bila sampai ke Jetty Kuah, Kereta plak takde sebab orang yg sewa sebelum nih sambung bayar. So owner dia tukar dengan kereta lain, Toyota Vios (baru 3 bulan pakai, meter pun tak cecah seribu lagik). Isk! Lagik best per?!

Dalam fery tuh orang Helang Hotel call. Kata kitorang nyer reservation terpaksa dipindahkan ke Langkasuka Resort(induk diorang). Kononnya Aircond rosak. Uik? Cam pelik jer bunyinya kan? Masalahnya Langkasuka Hotel nih takde In room internet servis. Kat lobby jer ada. Ah! Problem nih. Dah la tuh... kena main guna PC diorang (ala-ala cybercafe gitu) RM6 sejam. Kalau nak guna laptop, kena bayar RM30 untuk sehari. Nak tak nak, kena amik gak sebab aku nak buat kerja. Sejam lebih jer aku duduk kat lobby tuh dah sakit pinggang. Mujur kerja sempat settlekan. Malam ni takde banyak aktiviti. Esok pagi kul 9 nak bangun untuk gi Island Hoping.

First destination, Tasik Dayang Bunting. Nampak la bukit yang bentung macam perempuan mengandung tengah telentang tu. Naik ke atas tuh, ada tasik air tawar. Kalau nak mandi leh manti. Tapi dalam giler weis. Aku try terjun tak cecah dasar pun. Dan pada yang ada basic berenang sket-sket jer tu better masa turun bot, bawak sekali life jacket tuh sebab air tasik ni dia tenang, pas tuh takde daya apungan cam air laut. So nak menimbulkan badan tuh banyak tenaga kena guna.

Danish pulak bila dah nampak ada orang mandi mengelupur nak turun gak. Nak tak nak turun kat gak la. Dah la baju pelampung dia untuk saiz budak besar. Cam nak terjerlus jer. Aku dengan nak apungkan badan sendiri lagi... nak pegang dia lagi.. Isk. Buatnya terlepas ke dalam tasik ni, aku tak tahu la saper yang leh tolong. Dah la takde 'baywatch' kat sini.

Bila naik jer dari air tuh aku dah rasa pening-pening cam nak blackout. Mama kata tengah pepanas mana leh terus terjun. Tu yang pening tu. Amik masa gak nak ok. Minum 100plus setin, akhirnya ok balik. Go for the next destination, tampat bagi makan burung Helang yg cam kat Explore race tuh.

Lepas bagi makan Helang, gi pulak ke Pantai Beras Basah (Beras Basah ke Pasir Basah aku dah tak ingat). Kat sini ingat nak main banana boat. Tapi mengenangkan Yanie takleh nak naik sebab pragnent, so aku ajak dia Snookling jer. Tapi salah pilih location. Duk snookling kat tempat orang mandi. So memang takde la coral ngan ikan. Ahaks!

Danish pun lepas mandi-mandi leh plak ajak daddy main pasir. Kali nih aku layan. Dulu masa kat Cherating aku sempat letak dia 2 minit jer atas pasir pas tuh terus kena angkat balik bila dia start nak makan pasir tuh nak tahu rasa dia camana. Masa tuh dia kecik lagik. So skang nih aku pikir basic knowledge dia dah ada sket yang pasir tuh bukan benda yang boleh dicekik.

Abis jer tour dengan Island Hoping, kitorang gi cari tempat makan dengan tempat nak salin baju. Sempat gak shopping lagi tuh.

 Danish dah boring dah. Ajak makan pun tak nak bila tengok pasir ngan air laut. Dia nak main air lagik la tuh. Isk!

 Fisrt destination, Cable Car kat Gunung Mat Cincang. Menengokkan dari bawah dah start terasa thrill nya. 3 kali ganda lebih thrill dari Cable Car Genting Highland. Sebab yang nih betul-betul naik dari kaki bukit sampai 700meter ke atas. huh!

mummy bukan takat gayat jer. siap menangis kat dalam cable car. Tapi memang best. Dari atas tuh boleh nampak telaga tujuh dengan lain-lain tempat lain. Memang salah satu tempat wajib pergi bila dah ke Langkawi. Tempat-tempat lain cam Underwater world, Taman Buaya, Taman Ular, Taman Burung, ni mender-mender biasa yang kat tempat lain pun ada so kitorang decide untuk skip jer. Sebab 2 hari jer pun. Memang tak boleh nak pergi semua tempat.

 Kat atas tu pada ketinggian lebih kurang 678meter dari aras laut ada jambatan gantung berbentu U-Shape. Memang cantik permandangan kat situ. Kebetulan cuaca time kitorang pergi tuh baik sangat. Biasanya kalau mendung, hujan, kilat, guruh dan sebagainya jambatan ni akan di tutup. Kalau dah sampai kat atas, tak pergi jambatan ni, memang menyesal beb.

 Pas dari cable car, kitorang pusing-pusing jer. Pergi ke tempat Beras terbakar masa zaman jajahan siam dulu. Dah takde dah berasnya sebab dah dilarikan air dan ditutup dek rumput. Yang ada cuma sepinggan sampel dalam peti arcrilic. Yang aku muskil, kat mana-mana tempat mesti ada peti untuk derma duit. Aku pun tak faham untuk apa sebab kebanyakan tempat nak pergi tuh semua ada jualan tiket. untuk saper derma nih?

Lepas tuh terus gerak ke Makam Mahsiru. Ari pun dah pukul 6. Makam Mahsuri bukak sampai 6:30pm jer. Gi tengok rumah asal Mahsuri. Seni bina tradisionalnya memang boleh buat kagum. Dengan sistem pengudaraan dan ukiran awan larat. Susun atur ruang dalaman (buat aku teringat rumah pusaha arwah to'ki kat tebing).

Danish plak dan-dan nak basuh muka dengan air telaga Mahsuri. Masa ni dia berak nih. Tapi nak basuh berak dia guna air telaga Mahsuri, takut marah plak dek Mahsuri nanti. Hehehhehehe.

Makam Mahsuri nih tempat last lawatan hari nih. Terus ke Helang Hotel. Dari segi ruang dalaman, 2 kali lebih bagus dari Langkasuka Resort. Kalau kat langkasuka dahla lantai kotor, aircond problem, bilik air tak best. Katanya sebab tsunami dulu buat mereka jadik downgrade macam nih. Kalau dulu memang kira dahsyat gak diorang nih. Tapi skang dah nak masuk 4 tahun dari peristiwa tsunami, takkan takleh recover lagi kot?

Kat sini masalah internet jugak. Arghh!!! Tention betul aku kalau macam nih. Memang kena beli gak Celcom 3g Broadband kalau macam nih!!

Esok nya pepagi diorang dah ajak turun mandi swimming pool lepas braekfast tuh. Aku breakfast pun tak turun sebab sayang sangat nak tinggalkan bantal. Aku suh Yanie jer yang turun bawak Danish dengan yang lelain. Malas aku nak mandi kolam nih.

Tapi akhirnya terjebak jugak bila Mama call. "Eii.. turun la!!" Yer la... yer la.. Danish ntah berapa banyak minum air kolam aku pun tak tahu. Dekat 7,8 kali aku benamkan dia dalam air swimming pool tuh. Seronok sangat dia.

Kul 12 check out. Gi shopping lagi kat pekan Kuah. Abah dah kirim beli rokok. Yani ngan Nana nak shopping perfume dengan chocolate. Aku? Aku sibuk cari Celcom service centre untuk nak subscribe 3g broadband. Hehehhee! Hampeh. Tapi sempat la beli rokok sekatun untuk aku.

Ari dah kul 3. Ferry paling awal yang available pukul 5:30pm. Beerti kul 7 lebih paru sampai kuala perlis. So kembali dilemma sama ada nak terus balik Nilai, atau overnight semalam lagi rumah Mak Teh. Kalau terus balik, beerti aku kena drive dekat 7 Jam dan sampai nilai dalam kul 2,3 pagi. Still tak sempat aku nak validate payment bagai. Kalau over night rumah Mak Teh kat Kulim, still takde internet gak. Agrhhh!!!

 tetengah Blur tuh aku terpikir, StarBuck mesti ada wireless hot spot. Terus cari port yg dekat dengan power point, setting laptop aku, order chocholate shake, duduk terus buat kerja. Yang lelain sambung shopping lagik. Nak tunggu ferry pun lama lagik.

Ni la percutian kitorang kali nih. Skang aku dah nampak kepentingan untuk aku beli 3g broadband yang USB tu....


 
Berbuka di Tanjung Harapan PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 28 September 2007
Jumlah Hits: 394 kali

Petang tadi gi tukar Tayar kat Klang. Punya la jauh dari Nilai ke Kelang hanya untuk tukar tayar. Tapi sebab kan memang banyak jauh bezanya harga tayar kat tempat lain kalau nak comparekan dengan Klang, so tetap berbaloi untuk aku ke sana. Yer la... Kalau beza RM30-RM40 untuk 1 tayar lebih murah dari tempat lain, kalau 4 bijik, aku dah save dalam RM160. Banyak tu... Minyak nak gi sini baru baper jer...

Settle semua sekali dengan balancing dan alignment kena RM800. Aku stanby RM1000 tadik. ada lebih dalam 2 rat. Langsung keluar plan nak berbuka kat Tanjung Harapan (aku dulu panggil tempat ni Tanjung Gila). Besh~!!

Last time makan kat sini kalau aku tak silap 4 tahun lepas. Aku bawak adik aku jenjalan gi sana. Masa tu first time pergi. Amik ikan tu suh masak ni, amik udang ni, suh masak tu. Ale-ale lepas makan sampai RM89 kena charged. Giler betul rasanya. Yerlah. First time aku makan 4 orang sampai cam tuh bill nya. biasa tuh sorang RM4.00, kalau 4 orang baru dalam RM16.00. Tapi sebab sekali sekala adik aku turun kl, bawak makan luar, kontrol jer la.


Kali ni datang jer aku dah set dalam kepala tuksah la nak amik lauk bagai-bagai sangat. Dah la nak makan 2 orang jer, mengarut jer kalau order bebanyak nanti. So aku amik ikan kerapu jer sekor (saiz boleh tahan la untuk ngadap 2 orang) suh dia masak sweet sour. Niat nak amik udang buat masak pedas dengan sotong untuk goreng tepung aku pendamkan jer. Huk~ Huk~



Sampai kat meja, order plak kangkung goreng belacan, tomyam ayam dengan kerang rebus. Nak mujur timing kitorang cantik sket. Kitorang sampai sana pukul 6:45pm, tempat masih belum full house (rasanya dulu lagik susah nak dapat tempat kosong), elok-elok makanan sampai jer terus dah berbuka. Takdelah tersiksa sangan jiwa mengadap makanan lelama.

Danish? Untuk 15 minit pertama aku masih kenal lagik.. Tapi 30 minit selepas tuh aku pun dah tak cam ni anak saper. Hehehhee Comot habih!

*** Permandangan memang cantik. Tapi duduk kat open air area la. Jangan duduk bawah bumbung. Tapi kalau nak menikmati keindahan laut dan sunset, datangl;ah awal sikit. Sebab mengkala makanan dah terhidang didepan mata, dalam kelaparan sehari berpuasa, aku tak yakin korang akan menikmati pemandangan lain selain dari makanan diatas meja.


 
Isu jari tengah lagi PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Tuesday, 25 September 2007
Jumlah Hits: 387 kali

Ni ada sikit conversation yang aku sempat copy dari GoogleTalk aku. Ada downline tegur kenapa gambar dalam avatar aku tunjuk jari tengah. Ni ntah kali ke 3 ker kali ke 4 aku pun tak ingat. Jadi tak nak memanjangkan cerita, plus aku sendiri tak tahu nak jawab apa... aku jawab jer la macam ni...


DL: ni pesal gamba camtu ?

Aku:  gambar camana?

DL:
 tuh tangan tu

Aku:
 ya tangan, kenapa dengan tangan?

DL:
 jari tu

Aku:  a`ah jari... Kenapa dengan jari ????

DL:
 jari tgh tu

Aku:
 ooo... tu waris jari hantu namanya.  takde apa.. tu. jangan takut

DL:  apsal buat camtu

Aku:
 kenapa tak boleh?

DL:
 x elok la

Aku:
 kenapa tak elok?

DL:
 x elok la org tgk. cam mencarut

Aku:  isk... ader ker... definasi tuh hanya datang dari tafsiran otak daripada pantulan cahaya yang dibawa dari rentina mata.  jadi, orang yg menafsifkan mender tu tak elok, biasanya berdasarkan pengalaman dari proses pembelajaran hidup dia sendiri.  nampaknya.. awak menafsirkan jari tengah jauh dari peranan jari tu sendiri. :)

 descriminasi terhadap jari tengah.  sudahkan tak muat nak korek hidung,  tak cantik kalau nak disarung cincin..  tak digunakan untuk menunjuk, maka ia kononnya tak penting.  lebih malang lagi, tuduh dia macam-macam... sian dia.....   :P

DL:  (...silent....)


 
SMS Berantai - Akidah rosak dalam tak sedar.. PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Monday, 24 September 2007
Jumlah Hits: 657 kali

Kebelakangan ini makin banyak SMS Berantai yang aku terima. Macam jadi trend pulak. Lepas surat, email. Lepas email, kini SMS. Betul-betul mengikut peredaran zaman!! Tak kiralah dari no yang memang ada dalam senarai Phonebook aku sampai la ke ntah mana-mana nombor yang aku tak kenal. Tambah menyedihkan bila aku dapat dari adik-adik aku sendiri.

Korang tahu apa yang aku maksudkan SMS Berantai? Iaitu satu SMS yang menyuruh anda menghantarkan kembali kepada orang lain dengan menjanjikan macam-macam faedah malah keajaiban yang tak terlintas di akal fikiran. Tambah menyesatkan bila kononnya kalau tak forward kat orang, atau jika kita terus delete SMS berkenaan, akan di timpa malang atau kecelakaan. MasyaAllah...

Dia ada macam-macam jenis. Ada yang kononnya datang dari TELCO sebagai promosi atau hadiah ulang tahun yang mana jika kita forward kepada 10 orang akan mendapat kredit percuma RM50 dan sebagainya. Wah... jika benar, aku rasa dah bungkus lingkup telco tuh. 10 sms kosnya baru RM2.00 tapi kena beri RM50 sebagai ganjaran. jika ada 50,000 (total pengguna handphone hampir 22juta orang) orang yang menghantar sms tersebut kepada 10 orang kenalannya beerti syarikat berkenaan terpaksa memberikan RM2.5 juta credit airtime percuma kepada pelanggannya. Logik ker? Tapi benda yang tak logik macam ni pun ramai yang terpedaya. masing-masing dengan fikiran "Alah... 10 SMS apalah sangat... tapi kalau dapat RM50 airtime, dah kira untung gila ni". Sorry to say, BODOH!! Tak pernahkan terfikir di kepala hotak yang mender ni memang scam? Satu jenaka suka-suka yang dibuat oleh orang yang memulakannya? Atau mungkin juga propaganda dari company tertentu untuk membuatkan anda menghantar sms bodoh tersebut? Jika 50,000 orang terpedaya, beerti 500,000 sms akan dihantar dan keuntungan yang dijana adalah sebanyak RM200,000.

Tambah mendukacitakan ada pihak yang menghantar sms berkaitan keagamaan khususnya islam dengan menjanjikan bilamana sms berkenaan dihantar kepada 10 atau 12 orang anda akan mendapat satu perkara baik keesokan harinya ataupun dikurniakan rezeki yang tidak terduga. Kebiasaannya mesej berantai yang mengandungi maklumat atau peringatan yang elok dan jika sekali pandang memang tidak nampak sebarang kesalahan untuk menyebarkannya. Perharikan contoh-contoh sms berantai yang pernah saya dapat dibawah:

"لااله الاالله محمدرسول الله Send this kalimat to 12 nice persons and your financial position improves within 12 hrs. 100% gerenti. Memang aneh tapi NYATA."

” assalamualaikum jurukunci makam Sayyidina Rasul dr makah telah bertemu dngn Rasullullah sambil bepesan rajin-rajin lah beribadah kerana sudah tua dan goyah, sebarkan sms ini kepda 10 orang, dlm waktu 10 hari dpt rezki besar, kalau tak disebarkan maka dpt kesulitan yang tak henti-hentinya, ini amanah wsalm”

"al-qayyum, al-majid, al-wajid, al-wahid, al-ahad, al-samad, al-qadir, al-malik, al-rehman, al-rahim, "Allah never fails". Send this message to 9 people. You will get good news tomorrow.If u neglect, bad luck for 9 years, this is proved true."

" Yaasin, Walqur a-nilhakim. Innakala minal mursalin. A'la siratil mustaqim. Tanzilal azizir rahim. Litunzira qaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun. Kirim surah Yaasin ini kpd 7 insan digelar Islam. Insya Allah esok anda akn m'nerima khbr yg baik dan rezeki anda sentiasa brda di tngn anda. JGN DELATE INI BETUL2 JD KENYATAAN. "

Lihatlah sendiri. dibahagian awal mengandungi mesej-mesej baik dan mulia bunyinya. Tapi lihat dibahagian hujungnya. Siapa yang berjanji tu? Siapa yang memberi jaminan tu? Dari Allah s.w.t atau dari Si pengirin SMS?!!

Bila makin banyak sms-sms begini aku terima makin menyadarkan aku bertapa ceteknya pengetahuan kita. bertapa bodohnya dan bertapa dangkalnya ilmu agama dalam diri kita. Perkata ni bukan baru. Ianya dah terjadi semenjak  30 tahun dulu lagi. Tapi saman tuh mereka menggunakan surat. Sehinggalah Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 memutuskan bahawa hukum mempercayainya adalah khurafat dan BOLEH MENJATUHKAN MURTAD. Lihatlah bertapa bahayanya keadaan kita. Sudahlah murtad, malah dalam tidak sedar kita cuba memurtadkan orang lain pula.

Kadang-kadang bila dapat SMS begini, malas juga saya nak layan. Tapi terasa berdosa pula jika tak mengingatkan dia. Mungkin dia tak tahu. Kita yang tahu, jadi tanggung jawab kita untuk mengingatkan mereka. Kalau tak, nanti makin ramai orang yang dihantarnya. At least bila dia dah tahu, nanti dia dah tak buat lagi. Dan lagi bagus nanti dia sendiri boleh memberitahu yang lain bahawa mender tu salah.

Kalau nak sangat forwardkan SMS sms begini sekalipun, saya cadangkan agar buang bahagian yang mengarut-mengarut yang menjanjikan kesenangan dan juga kecelakaan tuh. Memberi garenti seperti ini, boleh jatuh syirik jika kita mempercayainya. Harap maklumkan kepada rakan-rakan lain agar tidak menyebarkannya. Ia seolah-olah kita percaya kalimat yang disebarkan tersebut lebih berkuasa dari Allah SWT.

Mengingatkan rakan-rakan untuk selalu menyebut nama Allah SWT adalah baik, tetapi memberikan gerenti itu yang salah.

 

--------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Contoh surat berantai


SURAT DARI ARAB SAUDI


(WASIAT UNTUK UMAT ISLAM SELURUH DUNIA)


Assalamualaikum.

Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad (Saudi Arabia)

Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.

a) Isteri tidak mendengar suami
b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin
c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.


Oleh itu wahai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyebarkan kepada orang Islam yakni supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di masa bintang terbit dari langit. Sesudah itu pintu matahari akan turun di atas kepala.

Pesanan Hamba ini

a) BERSELAWATLAH kepada junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W.
b) BERTAUBATLAH Dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
c) BERSEMBAHYANGLAH Kamu sebelum kamu disembahyangkan
d) BERZAKATLAH Jangan tinggalkan
e) JANGAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA Hormatilah mereka.
f) MENUNAIKAN FARDU HAJI Bila berkemampuan.


UNTUK MAKLUMAT

1) Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Dia kemudiannya dianugerahi oleh Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengindahkannya dan menganggap wasiat ini palsu. Maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
2) Tan Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak sebanyak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau tidak menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan terus mengirimkannya kepada orang lain dan selang beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi Menteri Kabinet Perdana Menteri.




3. Pada tahun 1977 Tun Dato' Mustafa bekas Ketua Menteri Sabah menerima surat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantar kepada orang lain maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah pertama dari loteri Kebajikan Masyarakat Timur.

4. Zulfikar Ali Bhuto telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya dan menganggap palsu lalu dibuangkan kedalam tong sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

5. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak. Lalu beliau membuat cetakan sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis yang berakhlak mulia sepertimana yang dituntut oleh Islam. Baginya anugerah Allah ini paling agung dan tidak ada bandingnya.

6. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini dari orang yang tidak dikenali lalu beliau tidak mengindahkannya. Beliau mengatakan yang ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit yang ganjil dan penderitaannya amat menyedihkan. Setelah 3 minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya masih disimpannya lalu menyuruh sepupunya mencetak 20 salinan dan diedarkan kepada orang lain. Seminggu kemudian barulah beliau sembuh sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikannya kepada orang lain di mana mereka mendapat malapetaka. Setelah kejadian yang menggembirakan dan menakutkan ini, anda jangan lupa mencetak 20 salinan wasiat ini dan disebarkan kepada orang lain dalam masa 90 jam dari masa anda menerima wasiat ini anda akan memperolehi sesuatu dari ALLAH YANG MAHA ESA.

 

Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1978


KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:

Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),
adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan
anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."

Wassalam
 


 
Puasa Datang Lagi PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 21 September 2007
Jumlah Hits: 360 kali

Pejam celik, pejam celik dah puasa... Macam-macam pengalaman dalam bulan puasa nih. Secara tak langsung membawa aku mengimbau semula jauh ke belakang.

Kalau masa study kat UiTM Shah Alam dulu, masa tuh duduk menyewa ramai-ramai kat section 2. Selalunya makan kat kedai akak kelantan (dah lupa nama dia) kat medan selera section 2 tu la (skang nih dah kena tutup kononnya MBSA nak buat bangunan baru. Tapi aku tengok dah 4,5 tahun tak siap-siap gak lagik). Masa tuh Poktar yang kerja part time kat kedai makan tuh duduk serumah dengan kitorang. So tak kira macammana full pun kedai makan kat situ, tapi dia kul 6 lagik dah reserved kan siap. Menu rasmi, Nasik Paptik Sotong. Tak pun Nasi Goreng Kampung Pedas Giler. Tu jer la dua menu makanan aku. kalau time hari-hari biasa, 'Nasi Hardcore' (Nasi Putih, Kuah sup kosong, dengan telur mata. Harga Sernggit) jer.

Lepas pindah dari rumah section 2, menyewa kat flat section 18. Time nih ekonomi jauh lebih teruk dari masa aku duduk kat section 2 dulu. So berbuka tapau bawak balik rumah. so save untuk duit air. Pernah aku berbuka dengan roti john jer sebab duit dalam poket memang ada cukup-cukup 2 ringgit jer.

Lepas habih belajar, bawak diri duduk kat Puchong dengan Aie dan Ipin. Zaman ni tak kurang hebatnya dugaan bila nak dibandingkan dengan masa duduk Shah Alam. So zaman nih jangan mimpi nak berbuka dengan makanan kat kedai. Nak makan, kena masak sendiri la. Menu utama, telur! Telur masak tumis, telur dadar dan kadang kala telur mata kerbau. Setiap minggu, kena beli telur satu sarang. Biasanya 30 biji tuh cukup untuk seminggu kitorang bertiga survive. Ipin tak kerja lagi masa tuh. Aie pulak kerja kontrak kat kilang Neslea Shah Alam. Gaji pun ciput lagi. Aku pun baru start kerja kat MOSTI (masa tu MOSTE). Kena time-time lepas gaji, merasalah nak makan daging kotak. Tak pun Aie beli ikan kembung buat ikan bakar cecah air asam. Hish!! Nikmatnya puasa zaman tu.

Tahun 2005, aku dah kawin. Duduk kat Pinggiran Putra. So buka puasa dengan isteri la time tuh. Berdua jer. Kekadang time balik kerja singgah jap kat pasar ramadhan precint 2 beli tepung pelita dengan otak-otak. Tak pun beli air tebu. Tapi Masa ni Yanie kerja lagi kat HSBC. Leceh betul. Aku kerja kul 8 pagi balik kul 5 petang, Dia kerja kul 4 petang balik kul 2 pagi (call center ikut waktu UK). Tapi lama-lama pandai pulak manage time. Memang kalau dia tak kerja, susah gak nak idup. Dah la 3,4 keping credit card semua dah maximum aku tenyeh masa nak buat belanja kawin dulu. Ni la masanya nak membayar balik semua utang-utang tuh. Mujurnya aku tak sampai meminjam dengan orang. Kalau tak, lagi parah.

Setahun lepas tuh Danish dah lahir. So berbuka bertiga lah. Danish biasanya duduk dalam car seat jer. Kekadang dia tidur. Yanie pun dah tak kerja. Start dari cuti bersalin tu terus dia pakat tak gi kerja. Langsung kena kompaun dek HSBC 2 bulan gaji. Dekat RM4000 jugak. Gila. Buat bodoh macam tu jer. Banyak lagi aku nak buat dari beri ker bank yang dah sedia kaya tu RM4000. Baik bagi kat mak kat kampung. Tak pun habihkan utang credit card aku. Yang nyata, walaupun dah ada anak sorang, utang yang aku buat untuk belanja kawin dulu masih lagik berbaki. Hish!

Tahun ni bulan puasa kitorang sambut kat Nilai. Duduk rumah kedai kat Busana Lavender. Tapi Alhamdulillah ekonomi dah stabil sikit. Sebulan boleh 2,3 kali balik jenguk mak kat kampung. Kalau dulu seingat aku, Setahun sekali jer balik Chini. Cuti Raya Haji pun aku tak balik. Cakap ngan mak aku tak dapat cuti. Padahal aku nak jimat duit. Skang dah lain. Bila rasa boring jer, malam tu pun aku boleh balik alasan nak bersahur kat kampung. Boleh dah nak hulur kat mak lebih sikit untuk persiapan raya. Danish pun dah besar sikit. Cuma rintangannya takde lah macam setahun lepas. Kalu tahun lepas dia boleh baring jer dalam car seat sementara kitorang makan, sekarang jangan mimpilah. Paling tak lepas makan kena bersihkan sepinggan nasik yang melekat di serata badan dia.

Hai... detik demi detik yang ditinggalkan terasa macam baru semalam semuanya berlaku. Selamat menyambut ramadhan al mubarak buat semua..

 
Merdeka 2007 - Bintang-bintang jadi saksi PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 31 August 2007
Jumlah Hits: 470 kali

Semalam, tengah baring-barang tengok TV aku bukak idea nak balik kampung.

"Kita celebrate merdeka kat Chini la tahun ni nak?" Aku tanya kat yanie. Biasanya kat Chini memang ada buat sambutan. tetiap tahun kekadang ada expo, ada bunga api. Kekadang ada live performance (dari band bebudak Chini gak). Tapi meriahlah. Tua muda semua ada. Memang kalau nak ikutkan happeningnya tak la macam kat Bintang Walk, KLCC, Dataran Merdeka dan sebagainya. Tapi aku tak suka yg macam kat KL tuh. Serabut. Mati lemas aku. Bagi aku dah takde lagi keseronokan dalam crowded macam tuh. Baik aku duk rumah layan astro jer.

Dalam pada serabut Yanie memikirkan barang-barang nutrimetics yang orang order dia tak gi amik lagi kat stokis, dia terpaksa akur dengan kehendak aku. Ahaks. Yerlah. kena ikut cakap Boss. So kemas-kemas barang, pack Danish nyer stuff sekali, dalam kul 4 kitorang gerak. Tapi singgah dulu kat rumah mama di Putrajaya. So, balik ikut Karak la nampaknya. Biasanya aku balik ikut senawang Batu Kikir - Muadzam - Chini jer kalau dari Nilai nih. Tol pun baru seringgit lebih jer. Kalau ikut Karak nih, kurang-kurang RM25 untuk tol sehala jer.

Di awal perjalanan macam biasa jer. Aku yakin yg kitorang boleh sampai Chini paling lewat dalam kul 11mlm. Sempat la nak check transaksi maybank orang bayar yuran mymode dulu sebelum keluar nanti. Tapi dek kerana lama plak sangkut umah mama tadi, plus berenti makan McD dulu kat Genting Sepah, Layan Danish main papan gelongsor, timing dah lari. SO aku tekan 150 -160km/j start dari tol Karak. Cerita pun bermula....

Lebih kurang 18km lagi nak sampai tol Gambang aku terasa speed keter aku menurun. Aku tekan minyak, kuar bunyi 'ketek ktek ketek' gitu jer. Baru perasan tempreture meter dah out meter, angine dead. Yanie tak perasan lagi. Aku buat selamba jer tak bagitahu dia pun. Terus menyusur ke lane tepi dan akhirnya berenti atas bahu highway.

"Kenapa bang..?"

"Releks jap... bagi engine sejuk. Overheat" Releks jer aku. Malasah ni memang dah lama. Start lepas aku excident dengan Harri aritu lagi. Lampu engine failure tuh memang asyik menyala jer.  Tapi ntah aper ke antu yang jadikan malas sangat nak hantar ke workshop. Agaknya sebab mash boleh start... masih boleh bawak..

Aku keluar gi bukak boot depan. tunggu sejuk sket, aku tambah air dalam radiator. Pas tuh dul dalam keter jer. Takut kat malam-malam tetengah highway nih. Buatnya ada roadbully datang nak merompak ker aper ker. Lebih kurang dalam 15 minit ada kereta berenti di jalan bertentangan. Seorang lelaki berbangsa Cina yang berbadan sedikit gempal keluar kearah kitorang.

"Ngaper nyer ni boss?" Tanya dia. Loghatnya memang loghat sini. Cina kuantan biasanya tak pandai cakap pahang. Ni mesti Cina-cina belah luar bandar sket nih.

"Overheat." Jawab aku pendek. Yanie dah jeling-jeling kat aku. Tambah pulak Cina tadi terus gi kedepan sambil suluh-suluh engine aku. Isk! Serba-salah la pulak. Nak keluar ke tak nak? Nampak sangat tak sopan kalau duduk jer dalam kereta sedangkan dia cuba nak tolong aku. Nak tak nak aku keluar. Pas tuh aku pesan kat Yanie suh kunci keter dari dalam.

Elok jer aku keluar kereta, 2 orang lagi lelaki keluar dari kereta dia menyeberang jalan ke arah aku. Uik? Suspen kejap.

Di pendekkan cerita, diorang nih pomen keter. Tokey workshop kat Seri Jaya. Cina tuh yg bagi tahu keter aku memang dah takleh jalan. Gasket dah terbakar. Roger Ngoh suruh dia pick-up kitorang kat Tol Gambang. Kitorang pulak terpaksa tunggu tow truck peronda. Kalau nak call tow truck workshop, kurang-kurang seratus hengget gak terbang. Sambil tunggu-tunggu tuh 2,3 callman datang nak kenen aku dengan workshop diorang. Aku tolak cara baik. Dallam keadaan macam nih susah nak pikir cara waras. nanti orang senang amik kesempatan. Cara yang terbaik, baik aku balik rumah settlekan anak bini aku dulu. Esok baru pikir camana nak buat dengan kereta nih.

Dalam pada nam menyambut kemerdekaan ke-50 di bumi Chini terchenta, akhirnya aku sendiri tak sedar yang jarum jam dah melewati angka 12mlm. Usahkan liveband, expo, suara riuh rendah dan sebagainya, satu babi percikan bunga api pun tak nampak.  Pukul 1am baru tow truck sampai. Dalam 20 minit baru sampai kat tol gambang. Ngah dah ada kat sana. Siap ada mechanik sekali dari workshop yg kat Gambang. Elok jugak. Terus tarik bawak gi workshop. Nak estimate, memang takleh nak estimate lagi berapa kos untuk membaik pulih tengku muda tuh sebab tak bukak lagi. Nak tak nak esok baru tahu. Tokey tu kata dalam kul 11 diorang akan call. Biarlah. yang penting kena balik dulu.  Sampai rumah dalam kul 3:30 pagi.

"Esok sebelum dia bukak, kita gi dulu kat workshop dia. Tengok sendiri apa yg rosak" kata Ngah kat aku. errmm.. boleh ker aku nak bangun pagi ni esok ni?? Ahaks!! Danish pulak dah hilang mengantuknya. Kul 4pagi duk tarik-tarik tangan aku lagi suruh bukak game dynomite kat laptop. Isk!! Yanie dah lama berlayar. Sian dia penat. So dah jadi tugas aku untuk menidurkan 'Buntat' sorang nih. Akhirnya berjaya jugak. Kul 4:45am dia tidur. Aku? Ermm.. kalau aku tidur skang jangan mimpilah nak bangun kul 8 pagi esok. Stay up terus jer lah!!

Buat itu.. buat ini... sedar-sedar dah kul 7:30am. Ayam dah mula memekak dalam reban mintak dilepaskan. Gi belakang, bukak reban, bagi ayam makan, wah... releks betul duduk kampung. Aku kalau Chini ni ada Maybank atau paling tak pun ATM Maybank, dah lama aku bersarang kat sini. Mak pun pelik camana aku boleh bangun awal. Sedangkan biasanya kalau pepagi cam ni orang call aku, pasti yang mengangkatnya si Dian Sastrowardoyo mengejutkan aku bangun, tak bangun-bangun.

Pagi tuh aku, Ngah ngan Abang Man jer yang pergi. Mujur diorang belum bukak lagi keter aku. Bila aku sampai baru diorang bukak engine satu-satu. Gasket bakar, Air dah masuk dalam head, piston pun dah goyang, radiator cap yg belah bawah tu pun pecah, kena potong head balik. rod kena hantar engineering, bla.. bla.. bla... RM1,335!! Ermm... nak malang betullah! Puas kawtim dapatlah tawar jadi RM1,250. Hai... kalau bagi kat mak untuk raya pun dah okey. Memandangkan arituh ari Merdeka, Engineering memang tak bukak. Nak tak nak gamble tunggu hari Sabtu. itupun kalau diorang tak sambung terus cuti.

Balik rumah (Chini), line telepon kat rumah pulak problem. Takleh nak connect streamyx. Isk!! Susah tul nak buat kerja kalau cam nih. Aku siap masukkan Streamyx kat kampung nih supaya aku senang nak buat kerja-kerja mymode aku bila balik kampung la. Terpaksa la ke kedai handphone Abng Man. tumbang streamyx dia. Memang seminggu aku tersadai kat kampung kali nih, tunggang langgang sket la urusan pendaftaran. ada yang delay sampai sehari lebih, forum aku tak dapat nak reply, Tokey MyPoint pun terpaksa tutup kedai sebab takleh nak validate payment dsb. Masaelah betullah.

Ahad tuh aku ingat keter aku boleh siap. Tokley tu pun kata tengah pasang masa call petang tadi. so malam tuh gamble aku gi ngan yanie ngan ngah sekali. Kononnya on the way balik nanti terus nak singgah Giant beli bebarang dapur. Sampai jer test2 tak okey gak. Berasap-rasap engine. Rupanya baru perasan head dah pecah. Masa bukak arituh memang tak perasan sebab lubangnya kecik jer terselit kat celah tepi. Adik ipar aku dah gelak-gelak dalam tepon.

"Tukar engine terus la abang eddie.. angkat Mivec terus..." Hampess. tapi kalau tetiber tokey nih kata kena tukar head, memang 3,4 ribu la kosnya. memang overall total pun dah lebih kurang tukar engine terus nih.

"So camana?"

"Kita kena bawa balik engineering la. Kasi water test dulu tengok boleh tampal ke tak" Ermm... pas satu, satu. Balik la chini semula. Plan nak balik Nilai esok, cancel lagik.

Petang isnin tu (dah dekat senja gak la) tokey workshop tu call. cakap keter aku dah siap. Mujur boleh tampal, water test approved. so kena tambah dalam RM250 jer lagi. Malam tu gak aku ngan Ngah chargas gi Gambang amik keter aku. Bawak kancil tunang Ngah. nak pakai keter Tenno Gelap, keter dia takde aircond. Ari hujan macam nih susah la. Hala balik tuh bawak slow jer. Cucuk belakang kancil la katakan. Insaf pun yer jugak. Ahaks. Nak jadi cerita tayar depan pulak pecah kat Jalan Kampung Salong. Isk!! Tak habis lagi... Ni betul "Sudah jatuh ditimpa tangga, tertumus pulak atas taik!" Puas pulak menukar tayar spare tengah-tengah hujan malam-malam buta kat tepi jalan tetengah hutan nih. Dalam kepala pening memikir mana pulak aku nak cari Tayar 17" kat Chini nih. Tayar spare ni pulak dah la cam tayar keter sorong jer.

Esok nya gi jumpa Abng Man. dia ramai sikit contact memember kedai pomen kat Chini nih. Call orang tu, call orang nih, ada 1 kedai jer yang ada jual tayar 17". itupun second hand punya tayar. Ah! Okey la tuh. Asal aku lepas balik Nilai jer dah la. Sampai kat sana nanti tukar la tayar baru plak. Tapi kedai member. dia tolak murah jer. siap pasang baru RM45. Kalau kat sedang nih cam ni nyer adal;ah 70-80 hengget gak nih.

Errmm.. Inilah erti kemerdekaan yang ke 50 bagi aku............


 
Tak suka! Tak suka! Tak suka! PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 18 August 2007
Jumlah Hits: 917 kali

Semalam aku dah start rasa lain macam jer dah. Pangkal hidung terasa panas jer. Tekak dah mula rasa kering. Kalau ikut firasat, ini petanda nak demam nih. Tapi aku buat tak tahu je. Cam biasa lah aku buat kerja aku. Tak nak sampai Yanie tahu, nanti dia gelakkan aku. Yer la... aritu aku yang gelakkan dia bila dia kata dia nak demam. Aku kata kat dia, "Orang kalau boleh tak nak demam, ini boleh pulak kata 'Yanie Nak Demam'. hehhee" Haa sekarang... apa dah jadik? kan dah kena sumpah! Hish!!

Tengahari ni karang nak gi Birthday Party anak As + Yusop. Arituh Danish nyer birthday kat diorang ada turun. Tapi tak selesa betul bila tak sihat macam nih. Arghh!!! Tak best nyer!!


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>

Results 37 - 48 of 70

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 208
Semalam: 247
Bulan ini: 1279
Keseluruhan: 42748
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1481
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 8317
Pages total: 343223
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 2 guests online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL