|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Wednesday, 19 March 2008 |
Jumlah Hits: 546 kali
Entry ni aku tujukan untuk semua 'anak-anak pahang' di atas muka bumi ni. Walaupun aku ni lahir kat KL (kad pengenalan code '14'), dibesarkan di PJ, pas tu duk kat asrama di Taman Keramat sebelum menyambung pelajaran di Shah ALam dan akhirnya bekerja di Putrajaya, tapi bila orang tanya, suka-suka jer aku cakap aku ni orang pahang. Ahaks. Mak ayah aku memang anak jati Pahang. Dan aku rasa cambesh kalau aku pun anak Pahang la jugak kiranya. Huhuhuhu. Entry kali nih aku nak hightlight seberapa banyak yang mungkin perkataan-perkataan dan contoh-contoh ayat dari dialek Pahang dan juga loghat-loghat daerah. Kenapa? Sebab kalau melihatkan senario masyarakat majmuk kat Malaysia ni, kurang sangat pendedahan pasal loghat pahang ni. Malah masa aku study kat UiTM dulu sampai ada member campus aku yang tanya "Pahang ada loghat ke?". Dan yang paling aku hangin, bila aku berborak dengan member aku yang berasal dari temerloh, diorang boleh pulak tanya "Ko cakap bahasa apa tu?". Hampes! Kalau dalam filem-filem dan drama-drama kat TV, kurang sangat loghat daerah di pahang di ketengahkan. Balik-balik, loghat Kedah, loghat Negeri Sembilan, loghat Kelantan, Loghat Terengganu, Perak dan sebagainya. Pahang? Hampir tiada. Ada aku tengok dalam beberapa rancangan seperti salam pantai timur, si Syarifah Shahira ada bercakap slang kuala lipis. Tapi itu pun tak ramai yang perasan. Tenggelam dek memember tengganu dan kelantan yang lain dalam tu. Kalau ada pun pelakon yang cuba membawakan watak orang Pahang (contoh dalam cerita Bilut yang dilakonkan oleh Khir Rahman) membuatkan aku sakit hati jer mendengarkan loghat yang cuba dibawakannya. Wei! Belajar la dulu sebelum nak try test cakap Pahang!! Baru-baru ni, Pak Tam dari kuantan ada masuk Juara Lawak Astro dengan membawa trademark 'POHPALEH WEIH'. (favourite words for pahangrians). Mula-mula tuh pekat la loghat daerah dia. Bangga jugak. Tapi makin lama, makin KeyEl pulak sounds nya. Ceih! Aper ni Pak Tam? Actually, dalam Pahang sahaja, loghat terpecah kepada beberapa slang daerah yang mana bunyi percakapannya agak berbeza. Contoh, orang Pekan lain bunyinya. Orang Temerloh pula, lain bunyinya. manakala orang Lipis, ulu tembeling, lain pulak. Malah ada sesetengah perkataan, yang takde di tempat lain. Ini yang kita panggil loghat daerah. Bermakna, perkataan tu, orang kat daerah atau kampung tersebut tu je yang tahu. Orang tempat lain tak paham. Gamoknya mungkinlah tok penghulu kampung tersebut yang mencipta perkataan tuh berdasarkan keadaan, sosial, persekitaran dan pengaruh setempat. Malah, kampung mak aku dengan kampung abah aku yang jaraknya hanya 5,6 kilometer pun dah berbeza sangat bunyi percakapannya. Contoh, kampung abah aku sebut perkataan seperti 'kerbau', dan 'surau' dengan sebutan 'kerbo', sugho'. Tapi belah mak aku pulak menyebutnya dengan sebutan 'kerba', 'sugha'. Itu baru kampung sebelah menyebelah tuh! Begitu juga dengan kata ganti diri pertama seperti saya dan aku. kalau orang Pekan, mereka membahasakan diri sebagai 'kawan'. Kalau orang temerloh, 'Koi'. Dan kalau belah-belah raub, lipis dan sebagainya, jadik 'Kaeh'. Okeih... kita berlajar beberapa perkataan yang biasanya digunakan orang orang Pahang dan beberapa perkataan 'rare' yang digunakan orang orang tua-tua toghi (toghi bermaksud lama @ dahulu kala).
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Sunday, 16 March 2008 |
Jumlah Hits: 283 kali
Almost 2 weeks aku kat kampung. And I'm starting to miss my workspace at BLUEBOX already. Walaupun BLUEBOX tu cuma sebuah rumah kotak yang sempit, lemas, rimas, panas dan segala benda yang tidak menyelesakan, tapi dia masih mampu memberikan sedikit inspirasi untuk aku bekerja. Di kampung ni, memang lah releks, tenang, sejuk, pendek kata tiada lagi impian semolek ini dari seorang penganggur. Tapi dek kerana keselesaan ini buat aku jadi malas.
Kalau kat BLUEBOX, rutin aku memang sangat rutin. Bangun tidur, terus mengadap 'Tengku'. Pas tu mandi, kuar gi makan. Balik dari makan, mengadap balik tengku sampai ke malam. Kuar, makan malam, balik mengadap semula Tengku sampai ke pagi pulak sebelum aku tidur pukul 3, pukul 4 pagi. Selain dari mengadap Tengku, aku dah tak tahu nak buat apa dah. Kekadang tu ada lah melayan Astro sambil nak menidurkan si Buntat. Agaknya kerana itulah bila aku duk kat BLUEBOX, macam-macam mender aku boleh buat. Tapi kadang-kadang sampai gak tahap boring nak muntah dengan rutin harian aku yang amat membosankan. I really need a place to call home........ P/s: Ni notice board aku dimana strategy placement aku untuk rangkaian downline mymode untuk diri aku sendiri. Dah 2 tahun join pun perlu recruit orang lagi... mana leh releks goyang kaki jer kalau nak berjaya. Ahaks! * Tengku = Aku punya PC. * BLUEBOX = Rumah kedai aku kat Nilai.
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Friday, 14 March 2008 |
Jumlah Hits: 272 kali
Hari nih dah seminggu tak sentuh rokok. Mulanya sebab selesema. Hisap rokok pun jadi takde feel. Lepas 3,4 hari selesema, terus kena batuk-batuk pulak. Kelmarin masa jemput Tang balik kat terminal kuantan, aku beli la ubat batuk kat 7'es. Nak beli Breacol dah pernah beli dulu. Tak berkesan pun kat aku. Cap ibu dan anak, cap kelapa laut afrika, semua aku dah try. So kali ni aku try 'Ubat Batuk Gamat Madu Ultra Plus' pulak. 2 hari aku makan, first time tuh sampai pening, mual, tak sedap badan nak muntah dibuatnya. Aku memang ada side effect bila makan madu lebah nih. Dulu masa Tenno gi memusung lebah, dapat madu, aku try l makan dengan telur mentah cam orang tua-tua selalu buat tuh. Cam ni la jugak effect nya. Tapi lepas sehari, badan aku dah leh terima ubat batuk tu. tapi masalahnya dah habis sebotol, batuk aku takde tanda-tanda nak hilang pun lagi. Arghhh!! Tadi Yanie, Hitomi (bonda koi) semua dah risau. Takut aku kena TB cam ngOh arituh. Isk!! Selisih! So diorang paksa aku suh gi Klinik Suleman (bukan nama sebenar). Kat sini ada 2 je klinik swasta selain dari klinik krujaan. Klinik suleman, dan klinik Bahrum (bukan nama sebenar jugak). Bonda kata klinik Suleman tutup kul 3, so kena gi cepat. Ni piun dah kul 2:30pm ni. "Klinik Bahrum tutup kul baper?" "Klinik Bahrum tutup kul 10." Bonda jawab "Kalau cam tu gi Klinik Bahrum je la." kata aku. "urh! menyampohnya dia tuh njuey dadoh je..." Huh! Dapat la citer. Rupanya klinik tuh jadi port bebudok (dan juga orang tua) untuk mendapatkan stok ubat. Bonda kata orang report pun polis buat tok tahu jer. Ada 'share' la gamoknya. Then....
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Monday, 10 March 2008 |
Jumlah Hits: 575 kali
Semalam berenti kejap melarik. Dah masuk 3 hari melarik tapi gasing lum siap-siap lagik. Banyak sangat dugaan dan rintangannya. Pertama, timing tak betul. Ntah kenapa tetiba skang ni musim hujan la pulak. Hari-hari hujan. Isk. Nak main gasing macam mana kalau macam ni. Kedua, tali yang digunaka untuk memusingkan kayu tu asyik putus jer. Dah pakai kabel besi ikat batang balak tu pun boleh putus jugak. Giler betul! So hari ni tadi menyambung sikit. Bergilir-gilir kitorang melarik. Pas aku, Long. Pas Long, Ngoh. Nak untut kaki rasanya mengenjut spring larik tu. Tenno Gelap pun tak ketinggalan. Memandangkan dia yang paling pakar dalam anatomi gasing pangkah nih, memang dia la yang kena guide kitorang. Buat gasing ni, bukan main 'tonyoh' jer mata kikir tu, Silap gaya, takleh nak ikat tali pada gasing tu nanti. Tali akan jadi mudah lucut. 'Bobos' orang sini kata. Danish memang suka sangat la dia. Kejap-kejap lepak kat kitorang. Tak lama lepas tuh hilang. Rupanya dah ke belakang dah lepasnya, duk mengejar anak ayam. Tenno punya jagung makanan ayam, stok untuk seminggu di habiskannya dalam masa sehari jer. Kenyangla ayam-ayam kat sini kalau Danish balik kampung. Ahaks! Untuk gasing permulaan yang menjadi bahan experimant mesin larik kitorang ni, kitorang tak gunakan teras kuran, teras tualang atau lain-lain kayu yang kebiasaannya orang gunakan untuk membuat gasing pangkah. Malas la sampai nak kena masuk hutan, cari banir pokok untuk buat gasing. Lagi pun ni untuk testing jer. So kitorang guna kayu 'blooty' tiang rumah lama jer. Bapok la keras rupanya kayu tiang rumah felda nih! Sambil Tenno melarik, Abg Long dan ngOh dah start 'menokek' kayu lain pulak. Huh! Ini terus untuk mass production nih!! Hahaha. Apa-apa pun, macam yang korang nampak, haa... dah nampak dah bentuk gasingnya tu kan? Pas ni nanti leh potong-potong, bubuh paksi. Sekali larik untuk jimatkan kayu dan masa, boleh buat 3 atau empat terus. Okeh. Cukup untuk hari nih. Nanti asing dah siap, kita leh buat entry lain plak.
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Monday, 10 March 2008 |
Jumlah Hits: 738 kali
Errmm.. lama nyer tread ni pending. Agaknya sebab demam pilihan raya kot? Ahaks. Sehari dua nih suka lah sangat pulak nengok TV. terutama waktu berita. Hahaha. Okey, back to the topic, aku nak cerita pasal Gasing Pangkah. Korang tahu apa itu Gasing Pangkah a.k.a Gasing Melayu? Pernah dengar? Tapi pernah main tak? Pada budak-budak kampung yang masing tebal sifat kampungnya (macam aku ni), for sure tahu. Tapi kalau bebudak bandar, yang dari kecil dah disajikan dengan PS2, Online games, ntah la diorang ni kenal ke tak apa tu gasing pangkah. Baru-baru ni aku cuti panjang sempena Yanie dalam pantang. Dia memang la berpantang, abis aku? Mati kutu lah kalau takda activiti. So aku planning ngan Long dan ngOh untuk 'hidupkan' semula budaya main gasing pangkah petang-petang kat kampung aku ni. Aku ingat lagi dulu, masa kitorang baru-baru lagi masuk ke tanah rancangan ni, inilah activiti 'pakcik-pakcik' kat sini. Kitorang masa tu baru dalam darjah 3 darjah 4. Best tul masa tu. Tapi makin lama orang makin sibuk dengan urusan dunia. Lama kelamaan takde lagi orang main gasing. Seingat aku sudah dekat 18 tahun orang tak main gasing pangkah kat sini.
So, untuk menghidupkan balik culture ni, first sekali, perlulah ada mesin larik (orang tua-tua panggil 'rumoh larik') untuk membuat gasing. Well.. bukan macam Gasing Cina (yang paku panjang kat bawah tu) leh la cari kat kedai. Lagi pun, gasing pangkah nih, dia punya 'feel' tu bukan lahir dari permainan nya jer. Tapi dari pemilihan kayu dan pembuatannya sekali.Berbekalkan dengan ingatan ingat tak ingat, kitorang pun design la mesin larik. Memula tuh dah go through dengan Tenno Gelap. So Tenno pun dah bagi la plan rumah larik dia. Tapi ale-ale masa buat, langsung tak guna plan yan g Tenno dah lukiskan. Ahaks!! Selepas 2 hari berempas pulas (hujan tek pong...) akhirnya siap jugak lah mesin larik kitorang. Tapi dalam 2 hari tuh 'kenyang' jugak lah dengan sindiran Tenno. Barang kali sebab dia jeles kitorang leh menghasilkan mesin larik yang jauh lebih kecil dan compack dari yang pernah dihasilkannya 18 tahun dulu kot? Hahahah
"Tak jadi buat macam tu.. caya lah cakap aboh. Kalau boleh pun gasing musing ketoyong tu nanti.." Huh! Satu cabaran nih. Di sebabkan kitorang nih memang jenis tak makan dek sindiran, akhirnya Tenno sendiri yang jadik tak puas hati. Terus gi belakang amik kayu. Dia nak buat gak mesin larik versi dia sendiri pulak. Har! har! Okey la tuh. Tapi sempat lah tunggu gasing kitorang siap dulu sementara nak tunggu aboh nyer rumoh larik tu siap nanti. hehehe Tak sabar nak melarik gasing nih! Okey... Nanti aku sambung citer bab-bab melarik gasing pulak.
|
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Saturday, 23 February 2008 |
Jumlah Hits: 267 kali
Tadi sajer jer nengok-nengok user stat yang mengunjung ke CNPG ni. Kebetulan kat MyBlogLog tu ada function untuk check 'Where Readers Came From'. Tengok punya tengok, ada satu yang mencuit hati kat sini. Selama ni memang banyak aku buat rujukan dari google searh engine. Tapi setiap kali cuba mencari penyelesaian kadang-kadang pening kepala nak memikirkan apakah keywords yang sesuai untuk aku search bagi mendapatkan jawapan yang aku nak. Or else aku hanya akan jumpa billion of listing that is not actually what i'm looking for. When I'm look at this searching phrase, I realized now days, ko type apa pun kat google, akan come out dengan result."bila on kunci bunyi ketek" To be frank, aku bukan nak gelakkan orang yang search keyword ni. I do sympathy for any kind of problems that you facing in you car rite now. (If it cannot be started, try check its alternator or battery). Cuma kind of curious how can this keywords can end up to my blog. So aku pun try la find-out.... It's true.. memang keluar link ke blog aku. No 2 pulak tuh. Rupanya dia link ke entry yang pernah aku cerita pasal kereta aku breakdown kat highway gambang malam merdeka tahun lepas.
Macam-macam ada...
|
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Friday, 15 February 2008 |
Jumlah Hits: 304 kali
Isnin - 11 February 2008 Bawak Yanie gi check-up kat Klinik Putrajaya. Dapat call dari Azry (Pakwe Teh). Dia kata family dia akan datang merisik Teh pada 3hb Mac depan nih. Then kalau takde aral, 10hb tuh mungkin diorang akan bertunang. Ntah la aku leh balik ke tak. Sebab Yanie dah tunggu time jer ni. Kalau bersalin awal, ok la. Buatnya 1hb tuh baru dia masuk ward, jawabnya tak balik gak la. Hai... besar dah adik aku rupanya. Selama ni aku treat diorang cam budak kecik jer... Hala balik singgah kat Kota Warisan. Nak survey rumah. Nak fullfillkan wishlist aku dan juga salah satu dari azam aku tahun ni. Yang available cuma dalam 6 unit tarrace 2 tingkat. Harga? RM305,000 selepas discount bumiputera. Booking fees RM5000, tapi kalau aku takleh settlekan loan aku within 2 weeks, duit burn. Fuh! Tapi nak try jugak. Tapi salesgirl tuh cam pandang slack jer ngan aku. Layan pun nak tak nak jer. Yer lah.. aku selekeh. Tak kisah la tuh. Mungkin orang cam aku nih dia rasakan tak layak untuk beli rumah sendiri gamaknya. "Kalau self-employed apa requirementnya?" aku tanya dia. Pas tuh dia bagi list. ada 6 Major document nak kena provide termasuklah cukai pendapatan, director income statement, j-form dan bermacam-macam lagik. Isk.. itu tak termasuk document sokongan yang dia minta. Mana aku ada semua nih!! Selasa - 12 February 2008 Bawak Yanie gi Giant kat Nilai. Singgah la kat POH KONG. Ahaks! Hadiah Birthday dia yang dah 5 hari pending akhirnya tertunai jugak. Belikan dia gelang tangan seutas. Halus jer... tak sampai RM300 pun. Nak besar-besar esok suh Danish belikan! Tetiba jumpa satu booth dari developer rumah 'Putra Nilai'. Tengok-tengok dia nyer rumah terrace 2 tingkat baru jer RM180,000. Compare dengan rumah yang aku survey dengan Yanie semalam kat Kota Warisan, Tarrace 2 tingkat dia dah RM305,000 itupunh lepas tolak discount 'BUMI' 9%. Isk baik amik yang ni. Tapi bila dalam tengok-tengok tuh, langsung terpaut pada rumah Semi-D 2 tingkat. Harga dia dalam RM285,000. Still lebih murah dari rumah semalam. Lepas gi tengok rumah contoh, langsung booked sebijik rumah nombor 69. Yang jadik senang, sebab diorang akan settlekan semua urusan loan, dan yuran guaman percuma. Lagi pulak requirement diorang simple jer. Duit booking pun cuma RM500 je. Maklum lah. aku nih Jobless, so takde pay slipt. So memang susah nak apply loan-loan cenggini. Tapi diorang cuma mintak ROC dengan bank statement 6 bulan jer. Well, aku rasa aku boleh sediakan semua tuh. Balik jer rumah Yanie dah start berangan. Plan rumah yang kitorang booked tadik dia dah print siap-siap pas tuh sibuk men-design interiornya. Ahaks. Abang nyer loan belum pun confirm dapat ke tak la cayunk.... Rabu - 13 february 2008 Gi maybank Putrajaya. Nak mintak statement bank untuk 6 bulan. Takleh siap hari ni pulak. Dia kata nanti tak esok, lusa diorang akan call untuk pic-up. Kena bayar RM5 untuk request statement. pas tu RM1 untuk setiap helai yang diorang print. Singgah carefour nak beli susu Danish. stanby untuk nak bawak balik kampung esok sekali. beli 3 tin terus. Ale-ale awek Maybank tadik call balik cakap dah siap akunyer statement. Esok leh amik. semua sekali RM32. Uiks? sampai 32 keping ker? Isk!! Bonda call. Cakap Andak (adik aku sorang lagik) call dia menangis-nangis cakap takleh nak jawab soalan periksa. Ermm.. Jadik kaunselor pulak aku malam tuh call dia. Aku tahu sebab dia rasa tertekan sebab takut takleh nak handle subject sedangkan yuran kolej dah la mahal. Tu yang tetiba 'blank' masa exam. Padahal dia kata soalan yang keluar semua soalan yang dia dah baca. Sian dia. Khamis - 14hb February 2008 Dapat SMS dari ngOh pasal SP Net. "Lesen mpk lulus dh huhu alhamdulillah gege ada ngan sid kt mpk ni rabu dpn dpt lps temuduga". Huh! Dari bulan 5 tahun lepas struggle untuk dapatkan permit cybercafe untuk CC SP Net kat Kempadang, Kuantan tu. Turun naik MPK, mintak surat sokongan YB itu... YB ini... Sampai surat sokongan dari MB Pahang pun dah kitorang usahakan. Tinggal lagi surat 'kuning cap gading' jer yang belum. Liat sungguh. Apa-apa pun alhamdulillah... dah dapat juga akhirnya. So takdelah 'kena kacau' dengan orang-orang berkenaan lagi harapnya lepas ni.
|
|
|