Sehari Dalam Hidup Aku..
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Friday, 18 July 2008 |
Jumlah Hits: 323 kali
Wah... lamanya pending entry pasal ni. Sejak cerita jalan tanah runtuh lagi. Kalau nak ikutkan, memang dah expired dah cerita nih. Tapi bila fikir balik, elok juga kalau masukkan. Manalah tahu kalau-kalau ada yang bercadang nak makan angin kat Bukit Tinggi, sekurang-kurangnya ada sedikit review tentang destinasi ni. Bukit Tinggi is just over an hour's drive from Kuala Lumpur City centre and lies some 2,500 feet above sea level. Colmar Tropicale, located in Bukit Tinggi, Pahang, is a replica of a collection of buildings from a north-eastern village in France dating back to the 16th Century. It's just like a picture postcard. The French themed resort was opened in July 2000. Feels like we are not in Malaysia. Cam kat oversea ler pulak. It's surrounded by lush tropical forest land. Just RM 16 for adults and RM 8 for children below twelve, you can enjoy the various entertainment at Colmar Tropicale. A clock tower at the entrance welcomes the visitors. You need to walk up (and down) curvy concrete staircases to view the entire development. How much it cost? About RM800 for one night. Masa kitorang pergi got offer 50%. So RM400.   Actually it's not quite a room, but more like mini apartment. Ada dapur, ada bilik, ada living room. Quite a big space la jugak. So recommended to come in a big family. Family maksudnya bukan sekadar laki, bini dengan anak. Tapi angkut sekali mak, abah, adik beradik, ipar duai bagai. Tarak hal punya. Memang muat! Jangan lupa bawak stok makanan dari rumah cam air gas ker.. air kotak ker.. coklat ker.. meggi.. apa-apa jer lah. Then letak jer dalam peti sejuk yang ada tu.
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Saturday, 28 June 2008 |
Jumlah Hits: 397 kali
Hari Sembahjang Jumaat awal sikit ni keluar dari rumah. So dapat spot parking yang dekat sket dengan masjid. Kalau tak kena jalan jauh pulak nanti. Masuk-masuk jer cam biasa aku duk pat port biasa aku tepi pintu. Ada brader sorang dah duduk kat situ. Aku pun duduk sebelah dia. Sambil senyuman yang paling manis tengahari tu aku pun hulur tangan dekat dia bersalam. Dia sambut salam aku. Tapi usahkan memandang senyuman manis aku ni, pandang muka pun tak. Ak enna brader nih!
Kutbah ari ni cerita pasal ibu bapa. dalam pada tu aku teringat masa aku skolah kat Cochrane Road School dulu. Biasa kitorang sembahyang jumaat kat Masjid Jamek kat Jalan Pasar tu. Dan tetiap kali time kutbah, memang nya tak pernah kalau aku tak tidur. Tapi alhamdulilah skang ni dah tak lagi. Err... sekali pandang cam takde apa masalah dalam cerita aku kat atas tu kan? First I also thought like that until i figure out how danger my situation is...
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Sunday, 22 June 2008 |
Jumlah Hits: 302 kali
Waaaaa... busynyer aku minggu ni! Cek-konon-cek-konon-nyer la! Sampai nak update blog pun takde masa. Tu lah. Kekadang bila memikirkan keadaan sekarang berbanding masa yang lepas, aku rasa selesa sesangat. Syukur Alhamdulillah. Tapi bila memikirkan planning jangka panjang, persediaan dan apa yang akan jadi pada masa depan aku, mulalah jadik panik. So bagi memastikan 'income pipeline' aku akan sentiasa mengeluarkan duit belanja harian aku dan mampu menampung keluarga aku dimasa 10, 20, 30 tahun akan datang, samada dalam sedar atau dalam tidur, aku mula menyibukkan diri dengan projek-projek yang aku sendiri tak pasti keberkesanannya. Cuma sekadar usaha dan selebihnya aku serahkan pada Allah. Apa yang aku buat dalam masa 7,8 hari kebelakangan ni? Nah... kat bawah ni aku listkan. 1) Aku duk menyiapkan 2 web adsense ready http://info.bumicyber.org dengan http://lyrics.bumicyber.org dan memoga adalah orang dari search engine tersesat ke situ hendaknya. 2) Dengan terkedek-kedek dan dengan pengetahuan yang amat ciput tentang PayPal tanpa membeli mana-mana ebook berkaitan dengannya dan setelah berusaha untuk mendapatkan bantuan dari rerakan yang semuanya kononnya tak tahu, akhirnya aku berjaya mendaftarkan diri dengan paypal. Business Account lagik tuh! Hehehe. So skang nih secara automatiknya aku dah boleh menerima segala bentuk bayaran dengan credit card. Bagaimana methods nya, itu aku akan fikirkan kemudian. Tapi aku yakin, kalau ada account paypal ni, banyak la sikit lubang business yang bersifat lebih 'global' yang aku boleh try. One step at a time la. Street learner cam aku ni memang la slow sikit pergerakannya. Untuk kengkawan semua yang teringin nak register paypal, asalkan korang mempunyai Credit Card atau Debit Card, gi jer register. Pastikan korang menggunakan alamat email yang tetap sebab semua pengendalian akan di tide-up dengan address email ni nanti. Then, terus upgrade ke Business account supaya korang leh accept payment pula nanti (don't worry, it's free!). Selebihnya korang kena exsplore la sendiri. Aku nak bagitahu details pun, aku sendiri pun 'try and error'. Korang kena rajin membaca setiap keterangan yang ada kat web tu kalau nak faham. Kebanyakan orang, masalah utama mereka bukan kerana mereka 'tidak tahu', tetapi adalah kerana MALAS MEMBACA.  3) Dalam proses menyiapkan eShopping Cart untuk kedai Yanie, Busana Lavender. Kepada orang yang nak menjadi Baju2, tudung2, barangan nutrimetics, sendayu tinggi, avon dan lelain macam mender lagik, boleh la berkunjung ke gedung maya dia ni nanti. Buat masa ni masih belum siap sepenuhnya lagi. Masih dalam proses memasukkan databased dan keterangan produk. So aku takkan masukkan linknya lagi buat masa ni takut ada yang 'try-try' tapi kedai lum siap lagik. Nanti jadi masalah pulak. Nanti kalau dah siap, aku inform.
4) Sempat gak 'Googling' pasal projek ikan keli, projek lintah dan projek cacing. Geli..? Well korang akan hilang geli bila tahu info dibawah: - Ikan keli, harga pasaran RM2.60/kg - Lintah, harga pasaran RM60-RM70/kg - Cacing, harga pasaran RM500-RM700/kg (Ya! Harga sekilo!!) Macamana? geli lagi kat cacing bila dah tahu harga sekilo boleh bayar installment bulanan kereta korang? 5) UnMe - Simply Get Connected Web clone MySpace@Friendster+Youtube+Blogger+Forum+Audio+Gallery+Voice&Video Conference Chat+FriendFinder+Dating yang akhirnya siap aku usahakan. Paling banyak mengambil masa dan emosi minda aku sejak kebelakanganni. Skang ni on mood 'Invitation Members Only' untuk melihat kelancaran website terlebih dahulu. Kepada semua rakan-rakan, harapnya sudilah meregister account dan memeriahkan Myspace Versi Rakyat Malaysia aku tu di sini: http://unme.my/?idFriend=1
PS: ** Tolong-tolong promote kat blog-blog korang leh? Korang memang beh!
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Friday, 16 May 2008 |
Jumlah Hits: 337 kali
Hari ni, En. Zahari dari Bank Muamalat call lagi. katanya LO aku dah siap. So kena pergi ke office diorang kat Seremban untuk tandatangan. Pada aku, ini dah boleh la dikatakan confirm dah dapat loan, dan boleh la gamaknya dikatakan cita-cita aku untuk memiliki rumah sendiri dah termakbul. Bukan senang rupanya nak dapat loan kalau kita ni bukan pekerja kerajaan ataupun mereka yang mempunyai pay slipt tetap. Cam aku, semata-mata bergantung pada transaction saving account aku. Tak cukup statement 6 bulan, mintak lagi another 3 months. Sebelum bank muamalat, 2 bank dah reject application aku (CIMB dengan RHB). Main reject cenggitu jer. Takde pun panggil interview ker haper ker. Hampes. Ini pun mujur En. Zahari dari Bank Muamalat ni sungguh-sungguh 'siasat' aku. Sampai datang sendiri jumpa aku kat nilai, tengok prepis perniagaan, amik gambar, interview aku pasal apa statement bank aku banyak sangat transaction 'RM65' (pasal apa?) dan memacam lagik. Tadi masa nak sign LO, En. Zaki, officer kat bank tu explain kat aku content surat tu page by page. Kena bayar RM350 untuk 'wasiat', plus RM50 untuk buka akaun. Wasiat tu katanya untuk penyerahan kuasa supaya harta kita boleh diuruskan oleh Amanah Raya Berhad sekiranya aku mati. Kalau tak, susah nanti harta takleh nak disalurkan pada pewaris, jadi hanging cenggitu jer. So tu la tujuan dia. Aku pun actually tak faham sangat. Since ni Islamic Bank, aku yakin diorang buat mender-mender baik la untuk aku. Bersangka baik jer dah la. Tadi pun lepas tanda tangan siap baca 'aqad' lagik. Oleh kerana Bank Muamalat ni cuma boleh approvedkan 85% jer dari harga rumah... beerti aku kena topup dengan duit sendiri sebanyak lebih kurang RM42K. Seumpamanya aku membeli sebuah kereta MYVI 1.3 (Manual) Standard secara tunai. Tambah lagi RM3K dah leh beli Proton Persona 1.6 Base-line Manual. Pergh.. Apa giler... Haaa... pada sesiapa yang ada utang dengan pakcik tu... meh la bayar-bayar ek. Pak cik penting sangat nak pakai duit ni. Ahaks! Trivia: Jika loan yang diluluskan adalah sebanyak RM250,326.00 untuk tempoh masa 35 tahun dengan profit rate 3.75% - 9.75% (maksimum), berapakah jumlah keseluruhan yang perlu dibayar dalam tempoh itu? Jawapan: RM873,234.22 (Lebih kurang RM126K jer lagi nak cecah sejuta!)
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Saturday, 10 May 2008 |
Jumlah Hits: 250 kali
Akhirnya aku dapat gak luangkan masa untuk jawab TAG Moderator01 yang dah sekian lama aku pending. Walau bagaimanapun, harap ko tak marah. Ahaks! Dah la lambat, lagi pulak dengan selambanya aku modified dari yang asal kena bagi 7 facts setiap satu aku modified jadi 3 jer. Haha.. Versi ekspress yang sesuai untuk aku. Sorry la bro. Puas menung untuk cari 7 fact setiap satu soklan. Dah cut down to three pun termenung-menung pikir. *Otak memang lembab sket bila baru-baru berhenti merokok ni...
|
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Wednesday, 07 May 2008 |
Jumlah Hits: 301 kali
2, 3 hari ni macam cacing kena goreng jer aku. Bila duduk jer depan komputer, teringat si dia.. Yer la. Depan komputer ni paling banyak masa aku habiskan dengan dia. Dia banyak support aku dengan idea-ideanya yang bernas, teman aku buat kerja sampai kul 3 kul 4. Bila lepas makan, teringat si dia.. malam-malam bila stay-up sambil minum teh ais, teringat si dia gak. Sampai time nak berak pun teringat si dia gak! hish! Beginilah keadaannya bila lepas clash.. huk! Huk! Maka hari ni secara rasminya genaplah 3 minggu 3 hari asap rokok tidak menerjah ke tembolok aku. Hah?! Baru 3 hari ker? ya Allah... bior betul! Gila betul effect dia. Sampai aku fobia nak duduk depan komputer. Tempat yang paling selamat, dan paling berjaya mengurangkan memori aku pada cik tobacco adalah dalam bilik tidur. Sebab bilik ni pakai aircond. So aku memang dari dulu aku tak pernah hisap rokok dalam bilik samada bila time nak tidur ataupun nengok tv. So secara tak langsung otak aku tahu, bila boss duk dalam bilik, jangan mengada-ngada duk ingatkan pasal rokok! Hari ni tadi setan dalam darah duk bisik kat otak. "Bro.. ko series ker nak berenti ni... ko memain jer kan...? sajer nak test baper lama ko leh berenti. Ni 3 hari dah ni... respek la kat lu! Kira okey la tu... itu pun orang lain dah tak boleh buat dah. Dah la tu. Jom turun bawah, beli rokok. Lepas makan nasik kalau dapat sedut asap rokok.. perghh.. best bro... jom! jom!" Dan untuk sedetik hati aku berkata, "A'ah.. betul jugak. Aku bukannya series sangat nak berenti ni. Ari tu sajer jer cakap..." Isk! Gampang betul! Seminggu yang pertama ni adalah merupakan jangka waktu yang paling sensara untuk aku. Dan aku tak pernah nafikan itu. Tambah-tambah lagi biler time buat kerja mengadap komputer, lepas makan, sambil sulam dengan air red-bull. Arghhh! Tak banyak mender yang boleh aku buat melainkan kunyah Mentos Chewing Gum Xylitol White. Borang gunyah chewing gum, aku gi dapur kopeh barang-barang dalam peti sejuk. Pas tu bila mengadap komputer kunyah balik chewing gum sebelum aku kembali kedapur mencari barang makan lagik. Hantu betul!
|
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Sunday, 04 May 2008 |
Jumlah Hits: 336 kali
Arghh.. Banyak benda nak buat dan tak tahu nak mula dari mana. Yanie dengan Nana ada workshop solekan 2 hari ni. Dan Danish tinggal ngan aku. itu pun mujur nenek leh tolong jagakan buntat. Danish pulak meragam jer. Kekejap kena bawak dia keluar sebab boring duk rumah tengok mummy dia takde. Anyway, 2,3 hari lepas aku kept thinking nak quit smoking. Apa sebab? Ntah?! Aku pun tak tahu. Tetiber jer Allah bagi hidayat suh berenti merokok. Tapi aku senyap-senyap jer. bagitahu Yanie pun tak. Kebetulan masa makan malam dengan Aie, Keroll dan bini dia aku tercakap dengan diorang. Yanie ada lah masa tu. Eheks! Cam poyo jer.
Aku admit memang susah nak buang habit ni tambah pulak bila dah lebih 14 tahun berkawan dengan tembakau ni. Dan seingat aku, aku dah cuba quit dekat 5,6,7 kali jugak. Tak nyer pernah lebih dari seminggu. Cuma kali terakhir aku buat masa bini aku pregnantkan si Danish. Wah... baguskan aku, berenti merokok sebab bini mengandung? Tak juga... That time, memang miserable sikit hidup aku in financial wise. Miserable tahap dewa jugak lah kiranya. Ahaks.Yer la.. Gaji aku masa tu untuk support aku hidup bujang pun cukup-cukup makan jer. Ni pulak dah ada bini. Hutang credit card yang aku tonyoh 2,3 keping dulu untuk belanja nak kawin pun kena bayar 'installment' tetiap bulan. Mana nak simpan duit nak makan.. mana nak stanby untuk bini nak bersalin lagi... barang-barang baby... arghhh!!! So at that time aku pikir dengan quit smoking, at least aku save dalam RM150 sebulan. And that is the only reason and the only thing yang keep motivating me to quit at that time. Setahun berenti merokok sampai Danish lahir. Tapi tu lah.. bila puncanya sebab duit, maka duit jugaklah penyebabnya tangan ni gatal gi beli balik rokok. Alhamdulillah, lepas lahir Danish, rezeki aku memang murah Allah bagi. Masa tuh baru join mymode ni la. Tapi masa tuh bonus tak la macam sekarang lagi. Tapi adalah extra dalam 7,8 ratus sebulan selain dari gaji tetap aku kat MOSTI. So skang? What motivate me?
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>
|
| Results 13 - 24 of 70 |