Jumlah Hits: 471 kali
Semalam, tengah baring-barang tengok TV aku bukak idea nak balik kampung.
"Kita celebrate merdeka kat Chini la tahun ni nak?" Aku tanya kat yanie. Biasanya kat Chini memang ada buat sambutan. tetiap tahun kekadang ada expo, ada bunga api. Kekadang ada live performance (dari band bebudak Chini gak). Tapi meriahlah. Tua muda semua ada. Memang kalau nak ikutkan happeningnya tak la macam kat Bintang Walk, KLCC, Dataran Merdeka dan sebagainya. Tapi aku tak suka yg macam kat KL tuh. Serabut. Mati lemas aku. Bagi aku dah takde lagi keseronokan dalam crowded macam tuh. Baik aku duk rumah layan astro jer.
Dalam pada serabut Yanie memikirkan barang-barang nutrimetics yang orang order dia tak gi amik lagi kat stokis, dia terpaksa akur dengan kehendak aku. Ahaks. Yerlah. kena ikut cakap Boss. So kemas-kemas barang, pack Danish nyer stuff sekali, dalam kul 4 kitorang gerak. Tapi singgah dulu kat rumah mama di Putrajaya. So, balik ikut Karak la nampaknya. Biasanya aku balik ikut senawang Batu Kikir - Muadzam - Chini jer kalau dari Nilai nih. Tol pun baru seringgit lebih jer. Kalau ikut Karak nih, kurang-kurang RM25 untuk tol sehala jer.
Di awal perjalanan macam biasa jer. Aku yakin yg kitorang boleh sampai Chini paling lewat dalam kul 11mlm. Sempat la nak check transaksi maybank orang bayar yuran mymode dulu sebelum keluar nanti. Tapi dek kerana lama plak sangkut umah mama tadi, plus berenti makan McD dulu kat Genting Sepah, Layan Danish main papan gelongsor, timing dah lari. SO aku tekan 150 -160km/j start dari tol Karak. Cerita pun bermula....
Lebih kurang 18km lagi nak sampai tol Gambang aku terasa speed keter aku menurun. Aku tekan minyak, kuar bunyi 'ketek ktek ketek' gitu jer. Baru perasan tempreture meter dah out meter, angine dead. Yanie tak perasan lagi. Aku buat selamba jer tak bagitahu dia pun. Terus menyusur ke lane tepi dan akhirnya berenti atas bahu highway.
"Kenapa bang..?"
"Releks jap... bagi engine sejuk. Overheat" Releks jer aku. Malasah ni memang dah lama. Start lepas aku excident dengan Harri aritu lagi. Lampu engine failure tuh memang asyik menyala jer. Tapi ntah aper ke antu yang jadikan malas sangat nak hantar ke workshop. Agaknya sebab mash boleh start... masih boleh bawak..
Aku keluar gi bukak boot depan. tunggu sejuk sket, aku tambah air dalam radiator. Pas tuh dul dalam keter jer. Takut kat malam-malam tetengah highway nih. Buatnya ada roadbully datang nak merompak ker aper ker. Lebih kurang dalam 15 minit ada kereta berenti di jalan bertentangan. Seorang lelaki berbangsa Cina yang berbadan sedikit gempal keluar kearah kitorang.
"Ngaper nyer ni boss?" Tanya dia. Loghatnya memang loghat sini. Cina kuantan biasanya tak pandai cakap pahang. Ni mesti Cina-cina belah luar bandar sket nih.
"Overheat." Jawab aku pendek. Yanie dah jeling-jeling kat aku. Tambah pulak Cina tadi terus gi kedepan sambil suluh-suluh engine aku. Isk! Serba-salah la pulak. Nak keluar ke tak nak? Nampak sangat tak sopan kalau duduk jer dalam kereta sedangkan dia cuba nak tolong aku. Nak tak nak aku keluar. Pas tuh aku pesan kat Yanie suh kunci keter dari dalam.
Elok jer aku keluar kereta, 2 orang lagi lelaki keluar dari kereta dia menyeberang jalan ke arah aku. Uik? Suspen kejap.
Di pendekkan cerita, diorang nih pomen keter. Tokey workshop kat Seri Jaya. Cina tuh yg bagi tahu keter aku memang dah takleh jalan. Gasket dah terbakar. Roger Ngoh suruh dia pick-up kitorang kat Tol Gambang. Kitorang pulak terpaksa tunggu tow truck peronda. Kalau nak call tow truck workshop, kurang-kurang seratus hengget gak terbang. Sambil tunggu-tunggu tuh 2,3 callman datang nak kenen aku dengan workshop diorang. Aku tolak cara baik. Dallam keadaan macam nih susah nak pikir cara waras. nanti orang senang amik kesempatan. Cara yang terbaik, baik aku balik rumah settlekan anak bini aku dulu. Esok baru pikir camana nak buat dengan kereta nih.
Dalam pada nam menyambut kemerdekaan ke-50 di bumi Chini terchenta, akhirnya aku sendiri tak sedar yang jarum jam dah melewati angka 12mlm. Usahkan liveband, expo, suara riuh rendah dan sebagainya, satu babi percikan bunga api pun tak nampak. Pukul 1am baru tow truck sampai. Dalam 20 minit baru sampai kat tol gambang. Ngah dah ada kat sana. Siap ada mechanik sekali dari workshop yg kat Gambang. Elok jugak. Terus tarik bawak gi workshop. Nak estimate, memang takleh nak estimate lagi berapa kos untuk membaik pulih tengku muda tuh sebab tak bukak lagi. Nak tak nak esok baru tahu. Tokey tu kata dalam kul 11 diorang akan call. Biarlah. yang penting kena balik dulu. Sampai rumah dalam kul 3:30 pagi.
"Esok sebelum dia bukak, kita gi dulu kat workshop dia. Tengok sendiri apa yg rosak" kata Ngah kat aku. errmm.. boleh ker aku nak bangun pagi ni esok ni?? Ahaks!! Danish pulak dah hilang mengantuknya. Kul 4pagi duk tarik-tarik tangan aku lagi suruh bukak game dynomite kat laptop. Isk!! Yanie dah lama berlayar. Sian dia penat. So dah jadi tugas aku untuk menidurkan 'Buntat' sorang nih. Akhirnya berjaya jugak. Kul 4:45am dia tidur. Aku? Ermm.. kalau aku tidur skang jangan mimpilah nak bangun kul 8 pagi esok. Stay up terus jer lah!!
Buat itu.. buat ini... sedar-sedar dah kul 7:30am. Ayam dah mula memekak dalam reban mintak dilepaskan. Gi belakang, bukak reban, bagi ayam makan, wah... releks betul duduk kampung. Aku kalau Chini ni ada Maybank atau paling tak pun ATM Maybank, dah lama aku bersarang kat sini. Mak pun pelik camana aku boleh bangun awal. Sedangkan biasanya kalau pepagi cam ni orang call aku, pasti yang mengangkatnya si Dian Sastrowardoyo mengejutkan aku bangun, tak bangun-bangun.
Pagi tuh aku, Ngah ngan Abang Man jer yang pergi. Mujur diorang belum bukak lagi keter aku. Bila aku sampai baru diorang bukak engine satu-satu. Gasket bakar, Air dah masuk dalam head, piston pun dah goyang, radiator cap yg belah bawah tu pun pecah, kena potong head balik. rod kena hantar engineering, bla.. bla.. bla... RM1,335!! Ermm... nak malang betullah! Puas kawtim dapatlah tawar jadi RM1,250. Hai... kalau bagi kat mak untuk raya pun dah okey. Memandangkan arituh ari Merdeka, Engineering memang tak bukak. Nak tak nak gamble tunggu hari Sabtu. itupun kalau diorang tak sambung terus cuti.
Balik rumah (Chini), line telepon kat rumah pulak problem. Takleh nak connect streamyx. Isk!! Susah tul nak buat kerja kalau cam nih. Aku siap masukkan Streamyx kat kampung nih supaya aku senang nak buat kerja-kerja mymode aku bila balik kampung la. Terpaksa la ke kedai handphone Abng Man. tumbang streamyx dia. Memang seminggu aku tersadai kat kampung kali nih, tunggang langgang sket la urusan pendaftaran. ada yang delay sampai sehari lebih, forum aku tak dapat nak reply, Tokey MyPoint pun terpaksa tutup kedai sebab takleh nak validate payment dsb. Masaelah betullah.
Ahad tuh aku ingat keter aku boleh siap. Tokley tu pun kata tengah pasang masa call petang tadi. so malam tuh gamble aku gi ngan yanie ngan ngah sekali. Kononnya on the way balik nanti terus nak singgah Giant beli bebarang dapur. Sampai jer test2 tak okey gak. Berasap-rasap engine. Rupanya baru perasan head dah pecah. Masa bukak arituh memang tak perasan sebab lubangnya kecik jer terselit kat celah tepi. Adik ipar aku dah gelak-gelak dalam tepon.
"Tukar engine terus la abang eddie.. angkat Mivec terus..." Hampess. tapi kalau tetiber tokey nih kata kena tukar head, memang 3,4 ribu la kosnya. memang overall total pun dah lebih kurang tukar engine terus nih.
"So camana?"
"Kita kena bawa balik engineering la. Kasi water test dulu tengok boleh tampal ke tak" Ermm... pas satu, satu. Balik la chini semula. Plan nak balik Nilai esok, cancel lagik.
Petang isnin tu (dah dekat senja gak la) tokey workshop tu call. cakap keter aku dah siap. Mujur boleh tampal, water test approved. so kena tambah dalam RM250 jer lagi. Malam tu gak aku ngan Ngah chargas gi Gambang amik keter aku. Bawak kancil tunang Ngah. nak pakai keter Tenno Gelap, keter dia takde aircond. Ari hujan macam nih susah la. Hala balik tuh bawak slow jer. Cucuk belakang kancil la katakan. Insaf pun yer jugak. Ahaks. Nak jadi cerita tayar depan pulak pecah kat Jalan Kampung Salong. Isk!! Tak habis lagi... Ni betul "Sudah jatuh ditimpa tangga, tertumus pulak atas taik!" Puas pulak menukar tayar spare tengah-tengah hujan malam-malam buta kat tepi jalan tetengah hutan nih. Dalam kepala pening memikir mana pulak aku nak cari Tayar 17" kat Chini nih. Tayar spare ni pulak dah la cam tayar keter sorong jer.
Esok nya gi jumpa Abng Man. dia ramai sikit contact memember kedai pomen kat Chini nih. Call orang tu, call orang nih, ada 1 kedai jer yang ada jual tayar 17". itupun second hand punya tayar. Ah! Okey la tuh. Asal aku lepas balik Nilai jer dah la. Sampai kat sana nanti tukar la tayar baru plak. Tapi kedai member. dia tolak murah jer. siap pasang baru RM45. Kalau kat sedang nih cam ni nyer adal;ah 70-80 hengget gak nih.
Errmm.. Inilah erti kemerdekaan yang ke 50 bagi aku............
» No Comments
There are no comments up to now.
» Post Comment
|