Home arrow Sehari bersama Daddy arrow Backdated Stories
Backdated Stories PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Tuesday, 08 April 2008
Jumlah Hits: 305 kali



Ahad lepas, kena hantar Andak adik aku yang belajar kat Puteri Nursing College (PNC) tu posting ke Hospital Tawakal, KL. Yearghh... Kat mana tu?! Aku tak tahu, Yanie pun tak tahu, so gamble jer la kononnya. main agak-agak jer. Masuk jer dalam kereta, aku try bukak perisian MapKing 2007 yang ada dalam PDA aku. Biasanya aku guna untuk routing offline Map jer. Kali ni aku nak try bebetul function GPS dia. Kebetulan jugak yang aku memang tak tahu kat mana Hospital Tawakal tu.

 Lepas on GPS (lama sket nak kena tunggu sebelum dia dapat scan position kita, dalam 5 minit gak la) pas tuh aku search destination. type 'Hospital Tawakal' jer nanti ada a few result come out. click kat situ. Then terus dia akan recommendkan jalan kemudian akan bagitahu jarak dan masa perjalanan. Huh! Cam real jer bila dia tulis Hospital Tawakal tuh cuma 41.9km jer dari Nilai ni.
Berbekalkan data Map yang aku update pada November 2007, aku pun memulakan perjalanan. Awal-awal lagi aku dah tak ikut suggestion dia. Bila dia suh amik simpang kanan, aku amik kiri. Tapi kelebihan dia, dia akan rerouting balik dan recommendkan jalan seterusnya based on jalan yang kita dah pilih. bini aku sket nyer suka bila voice dalam GPS tu sound aku

"Sila perhatikan tahap kelajuan anda dan pandu dengan cermat". kalau jalan kampung, atas 70km/j jer dia akan keluar suara tu. Kalau highway pulak, bila aku speed lebih dari 120km/j.

 Akhirnya sampai gak ke Hospital Tawakal dalam tempoh tak sampai setengah jam. (betullah dia kata 41.9km kalau kita ikut jalan yg betul...) walaupun beberapa kali gak terlepas simpang.

"Anda telah tersasar dari destinasi yang ditetapkan. Sila buat pusingan U 300 meter dihadapan". last sekali,

"Anda telah selamat sampai ke destinasi. Navigasi suara tamat."

Lepas hantar andak, ingat nak singgah KLCC. Tapi memandangkan 2-2 Hero aku bawak so aku rasa tak sesuai nak jalan kat KLCC. Plus, aku rasa takde langsung tempat yang menarik kat KLCC tu untuk seorang Daddy cam aku ni. Ahaks. Reroute pulak ke Mid-Valley. mummy beli stroller adik. Actually aku tak baper setuju sangat. Sebab stroller kecik Danish arituh still elok lagi. Sampul luar jer terkoyak sikit. Tapi dia nak gak. Sampai sanggup guna duit bonus leadership mymode dia untuk beli so okey la. Daddy tong-tong sket buat menambah. So mummy tambah the other half la. Terus pasang guna terus. Puas jugak nam membiasakan Faris dengan stroller tu. Jalan nyer jalan, nampak plak kedai henpon. Huhuhu.


 Terus SMS my brother in law, eyam tanya apa model SonyEricsson Cybershot yang paling ok skang ni. Dia ni kira aku nyer penasihat la dalam bab-bab henpon nih. Kalau rosak ker, trouble ker, nak mintak reccomendation ker, memang contact dia la. Terus dia recommen SonyEricsson K850i. Sebelum ni memang aku agak obses dengan LG Viewty bila melihatkan review tentang cameranya yang 'bapok nek moyang' canggihnya terutama yang orang upload kat you tube. Tapi bila mengenangkan LG viewty gunna fully touch on screen function, so agak leceh disitu. Aku dah guna Dopod D810 dan aku dah rasa bertapa lecehnya nak reply sms bila touch on screen ni.

Lama gak aku 'kelebet' handphone tu kat kedai tepon tu. Siap test camera lagik. Mulanya frust bila aku tengok preview gambar yang aku tangkap guna K850i agak kasar compare dengan K800i yang Yanie tengah guna skang. Uik? Takkan la 5MP takleh lawan 3.2MP kot? Rupanya, bila korang tangkap gambar guna SonyEricsson K850i, image preview tu memang agak kasar sebab dia load gambar resolusi kecil untuk mempercepatkan process loading. Tapi kalau dalam 'play' function, baru dia akan render gambar tu sepenuhnya. Memang superb kualiti gambar dia. Nampaknya bersawanglah Sony Cybershot T5 aku lepas ni..

Biasanya lepas aku dapatkan something untuk diri aku, balik tuh sure excited tak pasal-pasal. Ingat masa memula dapat 'Nokia Daun' dulu.. masa memula beli SE K800i, masa memula beli Dopod.. tapi kali ni tak sebab aku dah mula rasa pening-pening, selesema bagai. Arghh... nak demam plak dah.. huk~ huk~. Balik tuh terus try settlekan kerja aku cecepat. tido~!

P/s: Aku perasan kepala aku memula start pening, rasa cam nak muntah dan sebagainya bila tengok entry Abg Long yang ni .

P/s 2: yeashh dah leh slash satu lagi item kat wishlist box aku.


Share/Save/Bookmark
» No Comments
There are no comments up to now.
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Title
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
< Prev   Next >

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 33
Semalam: 234
Bulan ini: 1338
Keseluruhan: 42807
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 234
Pages yesterday: 1588
Pages this month: 8658
Pages total: 343564
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 1 guest online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL