Home arrow Sehari bersama Daddy
Sehari Dalam Hidup Aku..
Spring Cleaning Merdeka 51 PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 30 August 2008
Jumlah Hits: 103 kali

Nama Artis: Jason Mraz Featuring 50 cents - DJ Joe & DJ Izzo
Lagu: I'm Yours (Remix Version)


Hari ni tetiber angin rajin ler pulak. Dek kerana rimas dengan suasana tempat kerja aku yang bersepah, so dengan tak teragak-agak aku buat keputusan untuk mengemas workstation aku. Dan 'tengku' pun dapat lah berehat sekejap bila aku shutdown dia sementara aku nak mengemas wayar-wayar yang berselirat di bawah meja tu. Bukan tak harap kat mummy tapi daddy memang tak kasi orang kemas tempat daddy nih. Kang ada jer menda yang daddy nak guna tetiba hilang tak tahu simpan kat mana. Tu yang malas tuh.

Aku start mengemas dari lepas lunch, sampailah kul 4 kira-kira 2 jam lebih. Kalau nak di convert dengan jumlah kalori yang terbakar agaknya lebih kurang 2 dulang nasi minyak gamaknya. Ni termasuklah dari aktiviti mengemas, mengelap, mem-vacuum, menyusun dan memilih mana sampah, mana dokumen penting. Lihatlah gambar sebelum dan selepas ini


Gambar sebelum


Gambar selepas..

Huh! Cam takde perbezaan pun!! Ni yang daddy malas nak mengemas nih! Mujurnya tengah-tengah ngemas, daddy jumpa something! Jeng jeng jeng!! 

 
Happynightmare a.k.a Poksu akhirnya kawin jua PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Wednesday, 20 August 2008
Jumlah Hits: 193 kali

Nama Band: Panji
Nama Lagu: Semilir (1993)


Belia yang nyata bukan lagi remaja ini akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya pada 08-08-08 yang lalu. Poksu (Amir) ni aku kenal sejak tahun 1999 lagi di IRC. Masa tu aku founder kepada sebuah channel busuk yang bernama #newborn di webnet server. Dan Poksu pada masa tu salah seorang daripada penghuni channel aku yang terawal menggunakan nickname yang paling tak best iaitu 'Troot'. Lepas tuh barulah dia reti mempelbagaikan nick dia jadi macam-macam tapi yang paling glamer adalah 'happynightmare'.

Masa tu mIRC adalah hantu internet yang paling kuat sekali. Yer lah. Zaman tu tiada MySpace, tiada Frienster atau Facebook. YahooMesangger pun masih belum popular (zaman tu iM yang popular cuma ICQ). Kitorang masing-masing memang pen-chatting tegar lah kiranya. Channel #newborn tu pun walaupun kecik jer tapi banyak jugak lah activitinya. Siap ada website dan official script sendiri lagik. Time tuh baper kerat jer channel yang punya official website.

Dari IRC, ke real life, gathering, lepak, datang rumah, kerja sama-sama (watak Poksu ada dalam Journey Ngeri Daddy), last-last menusia yang asalnya hanya kawan di dunia cyber jadi cam adik-beradik. Malah jadi salah sorang dari anak angkat mak jugak. Sampai lah skang.

16hb Ogos 2008 yang lepas kitorang lambung ke Kemaman untuk majlis kenduri Poksu. Ni ada beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan. mummy tak pasal-pasal jadik mak andam ari tu. Ahaks! Semoga Poksu berbahgia kekal selamanya.

 
Menjejak lagu misteri PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 19 July 2008
Jumlah Hits: 188 kali

Tolong... tolong.. Heheheh.. Aku perlukan bantuan korang semua untuk menjejak lagu dibawah ni setelah bermacam-macam cara nak mengingatkannya semula. Actually dulu aku memang ada MP3 lagu ni. Dan lirik lagu ni aku buat jadi theme kat blog lama aku di speedfinger.blogspot.com (yang tulisan scrolling marquee kat atas tu). Sekali aku lupa plak apa tajuk lagu tu dan siapa penyanyi dia. MP3 nyer pun ntah kemana. Aku bagi lirik dia kat bawah nih.

Tidurlah.. tidurlah... wahai mata
Dodoikan jiwanya dengan lena....
Mimpikan yang indah Berseruling sukma.....
Doa ku untuknya.... seizinnya...

Lupakan sengsara yang cemburu
Tenggelam menjadi senda sayu
Semakin terhimpit.... Semakin ku kuat...
Untuk bersamamu.....

Banyak dugaan....
ingin pisahkan kita berdua...
Beranjau dan duri... Bernista ketawa....
Kita teguh bersama...

Biarkan ku sapu....
Air mata hati yang mulia...
Memadamkan api... Menyembuhkan luka....
Semegahnya murni cinta kita selamanya

Engkaulah ratuku.... Engkau mutiara....
Seumur hidupku tiada bandingan...
Andai esok hari.....
Masih berkelana.. Kau tetap ku bawa....
bersama bahgia

Ada sesaper yang tahu? Err.. lagu kumpulan DATA ker? Arghh!! blur! Bila serch kat google, petikan dari lirik diatas, yang aku jumpa blog aku sendiri. Seolah-olah takde sorang pun atas muka bumi ni yang pernah submit lirik lagu ni kat internet! Saper yang tahu, tolong kasi tahu ek... leh guna comment column tu.

update: Akhirnya lagu misteri yang dicari-cari telahpun dijumpai. Terima kasih kepada j@nggut kerana bagitahu melalui YM. Jam tu gak aku download. Pada korang yang belum pernah dengar, ni ada aku masukkan kat sini. Klick jer button Play tu.
lagu dari Kumpulan screen - mutiara
p/s: credit to bard sebab tolong carikan plugin audio player ni


 
Makanan Eksotik Minggu Ini - Siput Pahat PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 18 July 2008
Jumlah Hits: 156 kali

Meh kita cerita bab makan pulak. 2,3 minggu ni cam tema minggu makanan eksotik pulak. Memula Mummy masak 'Lala', minggu lepas Siput Sedut, kali ni, kita makan Siput Buluh pulak. Ada yang tak tahu apa itu Siput Buluh? Meh baca sikit bibliografi menatang nih yang aku ceduk dari wikiapadia .

Siput buluh atau juga dikenali sebagi siput pahat-pahat, atau ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

They can also be found in Sabah but are known by a different name — pahat-pahat, Terengganu (siput pahat), Sarawak (ambal) — and were recently discovered in Kuala Langat, Pahang. In fact, species of ambal are found in California, USA, China and Hong Kong as well.

Peliknya bini aku ni, makanan eksotik macam ni takde hal pulak dia nak masakkan. Tapi agakkan kepala ikan haruan, nak keluarkan dari dalam plastik untuk masukkan dalam tupperware nak simpan dalam peti sejuk, sampai menangis-nangis pulak dia. Hish!


 
Cuti-cuti Malaysia - Bukit Tinggi, Pahang PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 18 July 2008
Jumlah Hits: 132 kali

Wah... lamanya pending entry pasal ni. Sejak cerita jalan tanah runtuh lagi. Kalau nak ikutkan, memang dah expired dah cerita nih. Tapi bila fikir balik, elok juga kalau masukkan. Manalah tahu kalau-kalau ada yang bercadang nak makan angin kat Bukit Tinggi, sekurang-kurangnya ada sedikit review tentang destinasi ni.

Bukit Tinggi is just over an hour's drive from Kuala Lumpur City centre and lies some 2,500 feet above sea level.

Colmar Tropicale, located in Bukit Tinggi, Pahang, is a replica of a collection of buildings from a north-eastern village in France dating back to the 16th Century. It's just like a picture postcard. The French themed resort was opened in July 2000. Feels like we are not in Malaysia. Cam kat oversea ler pulak. It's surrounded by lush tropical forest land. Just RM 16 for adults and RM 8 for children below twelve, you can enjoy the various entertainment at Colmar Tropicale. A clock tower at the entrance welcomes the visitors. You need to walk up (and down) curvy concrete staircases to view the entire development. How much it cost? About RM800 for one night. Masa kitorang pergi got offer 50%. So RM400.

Actually it's not quite a room, but more like mini apartment. Ada dapur, ada bilik, ada living room. Quite a big space la jugak. So recommended to come in a big family. Family maksudnya bukan sekadar laki, bini dengan anak. Tapi angkut sekali mak, abah, adik beradik, ipar duai bagai. Tarak hal punya. Memang muat! Jangan lupa bawak stok makanan dari rumah cam air gas ker.. air kotak ker.. coklat ker.. meggi.. apa-apa jer lah. Then letak jer dalam peti sejuk yang ada tu.


 
I thought I was right... PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 28 June 2008
Jumlah Hits: 295 kali

 Hari Sembahjang Jumaat awal sikit ni keluar dari rumah. So dapat spot parking yang dekat sket dengan masjid. Kalau tak kena jalan jauh pulak nanti. Masuk-masuk jer cam biasa aku duk pat port biasa aku tepi pintu. Ada brader sorang dah duduk kat situ. Aku pun duduk sebelah dia. Sambil senyuman yang paling manis tengahari tu aku pun hulur tangan dekat dia bersalam. Dia sambut salam aku. Tapi usahkan memandang senyuman manis aku ni, pandang muka pun tak. Ak enna brader nih!

Kutbah ari ni cerita pasal ibu bapa. dalam pada tu aku teringat masa aku skolah kat Cochrane Road School dulu. Biasa kitorang sembahyang jumaat kat Masjid Jamek kat Jalan Pasar tu. Dan tetiap kali time kutbah, memang nya tak pernah kalau aku tak tidur. Tapi alhamdulilah skang ni dah tak lagi.

Err... sekali pandang cam takde apa masalah dalam cerita aku kat atas tu kan? First I also thought like that until i figure out how danger my situation is...


 
Kesibukan seminggu PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Sunday, 22 June 2008
Jumlah Hits: 197 kali

Waaaaa... busynyer aku minggu ni! Cek-konon-cek-konon-nyer la! Sampai nak update blog pun takde masa. Tu lah. Kekadang bila memikirkan keadaan sekarang berbanding masa yang lepas, aku rasa selesa sesangat. Syukur Alhamdulillah. Tapi bila memikirkan planning jangka panjang, persediaan dan apa yang akan jadi pada masa depan aku, mulalah jadik panik. So bagi memastikan 'income pipeline' aku akan sentiasa mengeluarkan duit belanja harian aku dan mampu menampung keluarga aku dimasa 10, 20, 30 tahun akan datang, samada dalam sedar atau dalam tidur, aku mula menyibukkan diri dengan projek-projek yang aku sendiri tak pasti keberkesanannya. Cuma sekadar usaha dan selebihnya aku serahkan pada Allah. Apa yang aku buat dalam masa 7,8 hari kebelakangan ni? Nah... kat bawah ni aku listkan.

 

1) Aku duk menyiapkan 2 web adsense ready http://info.bumicyber.org dengan http://lyrics.bumicyber.org dan memoga adalah orang dari search engine tersesat ke situ hendaknya.

2)  Dengan terkedek-kedek dan dengan pengetahuan yang amat ciput tentang PayPal tanpa membeli mana-mana ebook berkaitan dengannya dan setelah berusaha untuk mendapatkan bantuan dari rerakan yang semuanya kononnya tak tahu, akhirnya aku berjaya mendaftarkan diri dengan paypal. Business Account lagik tuh! Hehehe. So skang nih secara automatiknya aku dah boleh menerima segala bentuk bayaran dengan credit card. Bagaimana methods nya, itu aku akan fikirkan kemudian. Tapi aku yakin, kalau ada account paypal ni, banyak la sikit lubang business yang bersifat lebih 'global' yang aku boleh try. One step at a time la. Street learner cam aku ni memang la slow sikit pergerakannya. Untuk kengkawan semua yang teringin nak register paypal, asalkan korang mempunyai Credit Card atau Debit Card, gi jer register. Pastikan korang menggunakan alamat email yang tetap sebab semua pengendalian akan di tide-up dengan address email ni nanti. Then, terus upgrade ke Business account supaya korang leh accept payment pula nanti (don't worry, it's free!). Selebihnya korang kena exsplore la sendiri. Aku nak bagitahu details pun, aku sendiri pun 'try and error'. Korang kena rajin membaca setiap keterangan yang ada kat web tu kalau nak faham. Kebanyakan orang, masalah utama mereka bukan kerana mereka 'tidak tahu', tetapi adalah kerana MALAS MEMBACA.

 

 

3) Dalam proses menyiapkan eShopping Cart untuk kedai Yanie, Busana Lavender. Kepada orang yang nak menjadi Baju2, tudung2, barangan nutrimetics, sendayu tinggi, avon dan lelain macam mender lagik, boleh la berkunjung ke gedung maya dia ni nanti. Buat masa ni masih belum siap sepenuhnya lagi. Masih dalam proses memasukkan databased dan keterangan produk. So aku takkan masukkan linknya lagi buat masa ni takut ada yang 'try-try' tapi kedai lum siap lagik. Nanti jadi masalah pulak. Nanti kalau dah siap, aku inform.


4) Sempat gak 'Googling' pasal projek ikan keli, projek lintah dan projek cacing. Geli..? Well korang akan hilang geli bila tahu info dibawah:
- Ikan keli, harga pasaran RM2.60/kg
- Lintah, harga pasaran RM60-RM70/kg
- Cacing, harga pasaran RM500-RM700/kg (Ya! Harga sekilo!!) Macamana? geli lagi kat cacing bila dah tahu harga sekilo boleh bayar installment bulanan kereta korang?

 

5) UnMe - Simply Get Connected

Web clone MySpace@Friendster+Youtube+Blogger+Forum+Audio+Gallery+Voice&Video Conference Chat+FriendFinder+Dating yang akhirnya siap aku usahakan. Paling banyak mengambil masa dan emosi minda aku sejak kebelakanganni. Skang ni on mood 'Invitation Members Only' untuk melihat kelancaran website terlebih dahulu. Kepada semua rakan-rakan, harapnya sudilah meregister account dan memeriahkan Myspace Versi Rakyat Malaysia aku tu di sini: http://unme.my/?idFriend=1

PS: ** Tolong-tolong promote kat blog-blog korang leh? Korang memang beh!


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>

Results 1 - 12 of 62

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 19
Semalam: 179
Bulan ini: 1001
Keseluruhan: 21969
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 270
Pages yesterday: 1643
Pages this month: 6914
Pages total: 206555
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsors

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL