Home arrow Kisah Politik Malaysia arrow Habis semua dah nak jadi monyet pulak
Habis semua dah nak jadi monyet pulak PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Wednesday, 16 April 2008
Jumlah Hits: 277 kali



Dulu, aku ingat lagi bila Brader no. 1 Malaysia, si Khairy Jamaluddin mengatakan yang blogger-blogger ni sebagai monyet tak lama dulu. Tapi yang peliknya, lepas tsunami PRU12 ni, ramai pulak yang nak jadi monyet. Malah siap 'di sarankan' agar kalau boleh, masing-masing, jadi monyet. Ahaks. Agaknya ni la wabak yang dibawa selepas tsunami tersebut melanda. Orang tua-tua kata lepas banjir, memang selalunya akan ada wabak penyakit...

Pertama sekali, lahirnya (tak tahulah nak klasifikasikan sebagai blog, web, portal atau apa) 'Warkah Untuk PM '. Memang best kalau nak salurkan ketidak puasan hati atau komplain. Sebab direct to PM la katanya. Tiada lagi karenah birokrasi. Apa lagi kononnya tagline yang digunakan "Dapatkan respons secara terus daripada Perdana Menteri". Fuh~! Tapi dengarnya, 2,3 hari pertama pun feedback yang diterima telah mencecah angka ratusan ribu. Mungkin PM dah tak perlu buat kerja lain melainkan mengadap PC menjawab soalan-soalan rakyat. Benarkah begitu?

 Tak lama selepas tu aku jumpa pulak blog Dr Mohamad Khir Toyo, ex-menteri besar selangor yang sekarang ni sibuk dengan agendanya supaya Pak Lah menyerahkan tampuk pimpinan kepada Najib. Ni sorang lagik. Membaca 2 posting pertama beliau yang mana komen daripada pebaca mencecah 500 ke 700 lebih komen, aku mulanya rasa pas ni sure dia stop blogging sebab tak tahan dengan kutukan bernas dari pengunjung blognya. Tapi, tahan jugak dia. Namun, terlalu jelas ketara yang mamat ni sekarang dah kemaruk nak meraih kesian dari pembaca melalui medium yang baru ditemuinya ni. Sebab tu lah siap buat posting khas semata-mata nak bagitahu yang dia nak menunaikan umrah pada 9hb4 sehigga 18hb 4. Yang peliknya, dalam tempoh berkenaan, banyak pulak posting yang baru diterbitkan dalam tempoh sepatutnya dia menunaikan ibadah umrah tersebut. (Teringat cara-cara menunaikan Haji yang dibuat dek Ahmad Tarmimi Saregar dalam cerekarama 'Tanah Kubur').

 
 Dalam terus menyurfing, terjumpa pulak blog si Mohd Ali Mohd Rustam. Ni pun tak kurang jugak lawaknya.Baru jer semalam aku melawat blog dia untuk entry beliau yang bertajuk "Ladang ternakan babi hadiah pilihan raya" . Itu pun kerana terdapat ulasan khas berkenaan artikel tersebut di Harakahdaily yang mana entry beliau berkenaan mendapat feedback yang amat menggalakkan. Tapi malangnya bukan feedback dari orang yang menyokong beliau, sebaliknya orang yang menghentam dia.

Semalam sempatlah aku membaca beratus-ratus komen pembaca di blog berkenaan. Memang bisa. Aku rasa sure merah ke-pepel-pepel-an muka dia bila baca semua komen-komen tersebut. Tapi yang ajaibnya, hari ni dah takde. Malah ruangan komen di blog berkenaan telahpun di'disable'kan. Bapak lah tidak gentlemannya. Elok lagi Khir Toyo kalau macam ni. Pak Tam... komen tu untuk dapat feedback dari pembaca, supaya Pak Tam boleh berikan penjelasan. Dah la tak jawab komen orang itu satu hal, yang pergi close terus tu kenapa? Baik tak yah jadik 'blogger'. Ini baru betul 'monyet'. Heheheh


Share/Save/Bookmark
» 6 Comments
1Comment
at Wednesday, 16 April 2008 15:12by edyanie
hahaha..biaselah..baru tau kuasa blogger malaysia, mampu ubah senario politik malaysia ;) boleh pulak diorang "telan" balik ludah sendiri ek..huhu.. 
 
blog sekaran bukan setakat diari sendiri dah sekarang, dah multi purpose..hebat tul ek penangan blog ni, politik pun mampu diubah ;) 
 
justmy2cent 
zaidirazali.com
2Comment
at Wednesday, 16 April 2008 22:22by Moderator01
quite bahaya sket web pak lah nie...silap ari bulan dia blacklist nama kita sbb aduan ke hape ke yg bertentangan dgn dia..ada brani kah anda?
3Comment
at Thursday, 17 April 2008 01:43by rESt2edyanie
tul tuh.. Pak Lah sendiri terpaksa akui: 
 
“We didn’t think it was important. It was a serious misjudgment. We thought that the newspapers, the print media, the television were important but young people were looking at text messages and blogs.” he said at the opening of Invest Malaysia 2008. 
 
Ahaks!!
4Comment
at Thursday, 17 April 2008 01:45by rESt2moderator
alah.. tak semestinya ko komplain pasal government, sokong pembangkang ke haper ker. At least kalau tak puas hati dengan layanan polis, sektor perkhidmatan awam, karenah biroksari dan sebagainya dengan majlis perbandaran ker haper ker, kita leh buat komplain kat situ gak. Takde sebab la dia nak blacklist ker haper ker..
5Comment
at Thursday, 17 April 2008 08:31by iEn
testing2.... lepas ke idak nih... blog itu best!! Menteri2 baru nak berjinak2.. label kami monyet wat apaaa.. zaman IT dah skarang nih!
6Comment
at Thursday, 17 April 2008 08:32by iEn
alamak.. sekali salah topik la plak.. maksud aku previous topic koekeoekeoek!
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Title
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
< Prev   Next >

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 27
Semalam: 234
Bulan ini: 1332
Keseluruhan: 42801
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 183
Pages yesterday: 1588
Pages this month: 8607
Pages total: 343513
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL