Home arrow Kisah Politik Malaysia arrow Debat Anwar Ibrahim vs Ahmad Shabery Cheek
Debat Anwar Ibrahim vs Ahmad Shabery Cheek PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Wednesday, 16 July 2008
Jumlah Hits: 3197 kali



Mungkin ramai yang menyaksikan debat terbuka anjuran Agenda Daily antara Anwar Ibrahim vs Ahmad Shabery Cheek (menteri penerangan) yang ditayangkan secara langsung di TV9 (aku takleh bukak TV9, so kena tengok dari Astro Awani) di bawah tajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!". Dari tajuk perdebatan pun dah nampak menunjukkan yang 'mereka' cuba memberikan sindiran sinis pada parti Rakyat. Pedulikkan. Yang penting isi perdebatan. Pada yang tidak berkesempatan menyaksikannya, korang boleh tengok kat sini (click Read More..).

Dari apa yang aku sempat tengok, sesungguhnya aku agak kecewa dengan perdebatan yang berlangsung. Ahmad Shabery Cheek ternyata takde point lain melainkan menyerang peribadi Anwar Ibrahim dengan zaman demonstrasi pelajar dahulu. Pada aku ni macam budak kecik bergaduh. Ingat tak macamana kita masa kecik-ecik dulu kalau bertengkar dengan kawan kita? Bila dah takde point, mulalah main nama mak ayah. Ini lah yang berlaku. Bila tak boleh nak tangkis hujah lawan, mula ungkit rapat umum tahun 73-74 yang pernah dianjurkan oleh Anwar Ibrahim satu masa dulu. Isu ini diulang-ulang dua tiga kali. Apa ni? Ko nak bincang apa yang berlaku dulu atau apa yang berlaku sekarang?

Lihat pada soalan yang diajukan oleh saudara Zulkifli Sulong Ketua Pengarang Siasah kepada beliau. Dah la tak menjawab soalan. Orang tanya lain, dia melencong kot lain. Hentam kawan tu kaw-kaw, tapi dia sendiri tak menjawab soalan. Orang tanya pasal jumlah duit yang berjaya dijimatkan yang tak dibelanjakan dia cerita pasal harga minyak naik, pasal vanuzuela, pasal inflasi, pasal beras thailand, apa ni? Sama ada dia pekak, atau kerana jawapan nya takde dalam text ucapan yang dah di hafalnya sejak minggu lepas. Mungkin dia takkan meletakkan jawatan sebagai menteri penerangan kerana merasakan dia telah 'berjaya' dalam sesi perdebatan ini. Tapi kalau macamni hasil hujah yang keluar dari mulutnya yang dia rasakan bernas, aku rasa baik dia berhenti jadi orang.

Agak lawak bila ada satu scene kelihatan bila orang bersorak pada hujah Anwar, ada pulak yang tukang suruh diam (buat sign 'payung' cam mintak time-break masa main bola). Apa la. Soalan Wakil Ahmad Shabery, si Nordin Kardi pun boleh tahan gak. Tapi bukan soalan. Lebih kepada ucapan penggulungan pulak kaedahnya. IPP pun dia tak faham, macamana tu?!

Bila nak tolong orang miskin, subsidi. Bagaimana tentang prasarana infrastruktur? Berpuluh billion ringgit yang disediakan untuk pedagang-pedagang, untuk industri, untuk pelabuhan, bukankah itu satu bentuk subsidi? Prasarana disediakan dengan jumlah yang besar kita sebut insentif. Tolong rakyat miskin dengan subsidi minyak, kita panggil subsidi. Jumlah nak tampung kerugian PERWAJA, MAS dan pelbagai bill-out, kita sebut bill-out, bantuan menyelamatkan ekonomi. Nak bantu nelayan dan petani dan melayu miskin, namanya subsidi dan subsidi itu namanya cukup negatif dan busuk sekali... - Anwar Ibrahim


Part 1


Part 2


Part 3


Part 4

Percayalah sebagaimana yang saya katakan tadi, dalam kesusahan yang ada sekarang.. rakyat cukup makan. -Ahmad Shabery Cheek

 


Share/Save/Bookmark
» 6 Comments
1"Tak puas hati"
at Wednesday, 16 July 2008 10:29by olie
Aku memang tak puas hati cara Shabery Cheek memberikan hujah, banyak yang keluar dari tajuk. Aku rasa dia takde 'point' yang bernas untuk hentam Anwar. Berbeza dengan Anwar, (pada pandangan aku) hujahnya agak bernas dan boleh diterima pakai serta diteliti. Betul juga kata Anwar, apa salahnya 'ambil' RM1 billion dari keuntungan Petronas untuk menampung kenaikan harga minyak, tak la rakyat terasa sangat bebannya.
2Comment
at Wednesday, 16 July 2008 12:28by rEStiNPeaCe
Actually, banyak yang leh di rumuskan dari hujah DSAI. Contoh seperti yang ditulis oleh rakan kita d Tranungkite. 
 
RUMUSAN, hujah DSAI 
 
* Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih. 
* Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya. 
* Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP 
* Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta 
* RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia 
* RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion. 
* Maka selesailah masaalah
3"ckup la.."
at Wednesday, 16 July 2008 18:18by pejuang kebenaran
ckup la kite biakan bn perintah...kate nk bela rakyat tp pd mase yg sme menekan rakyat sedangkan diri dorang sume brade dlm keadaan senang lenang..dorng tk dpt rse kepayahan rakyat sbb dorng ade kt atas kte kt bwh..mri lah bersame2 kte memilih kerajaan yg btol2 dpt membela nsib kite bkn stakat dgn kate2..wallahua\\\\\\\\\\\\ \\\\\\\\\\\\\\\\\\\\ \\\\\\\\\\\\\\\\\\\\ \\\\\\\\\\\'lam..
4Comment
at Wednesday, 16 July 2008 22:19by rEStiNPeaCe
Bak kata Ahmad Shabery, rakyat kita masih cukup makan. Rupanya itu indicator pemimpin kita sekarang ni. Tunggu sampai rakyat takleh nak makan cukup baru nak sedar. Apa dia tak tengok ke TV3 arituh dah tayang orang makan siput babi. Skang ni kalau di jejak semula keluarga tu, ntah makan apa pulak agaknya.
5"jebat"
at Friday, 18 July 2008 15:59by HanG JebaT
marah dgn atuk amat sabri rakyat cukup makan konon x semua cukup makan atuk. Maka rakyat malaysia sapa yang cukup-cukup makan masa nilah nak tukar govrmn sebelum anda x cukup makan, & tpaksa mencuba resepi siput babi cam kat bersamamu tv3 aritu.
6"cukup makan"
at Sunday, 20 July 2008 21:56by amrixxxx
huhu.. cukup makan!!! 
tepung, gula n beras kejap ada kejap xda!! kate cukup makan!!! 
mujur ar siput babi.. klu babi x tau ar nk ckp pe!! darurat kot m\\\'sia ni!!! 
 
elok wat je ar projek babi 100 juta takut m\\\'sia darurat!! huhuhu...
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Title
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
< Prev   Next >

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 145
Semalam: 247
Bulan ini: 1216
Keseluruhan: 42685
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1077
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 7913
Pages total: 342819
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL