Home arrow Kisah Politik Malaysia arrow Anwar Ibrahim ditangkap polis bertopeng
Anwar Ibrahim ditangkap polis bertopeng PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Wednesday, 16 July 2008
Jumlah Hits: 247 kali



Belum sampai 24 jam dari sesi debat semalam, akhirnya Anwar Ibrahim ditangkap. Kenapa? Berikutan dari waran tangkap yang telah dikeluarkan untuk siasatan kes liwat si sepol. WTF?!! En Polis.. perogol a.k.a pembunuh bersiri kanak-kanak si 'Lelaki Kucing' dah tangkap ke belum?! Adik Sharlinie dah jumpa ke belum?!! Ooo bab ni bukan main lagi!

 Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Adakah kerana kenyataan Anwar untuk bertanding dalam jangkamasa terdekat? Atau setelah mendapati sesi debat ternyata dimenangi oleh DSAI? (rujuk survey pemenang debat isu minyak yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini )

Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.

Waran tangkap dikeluarkan sekiranya Anwar Ibrahim gagal untuk memberi keterangan di balai polis. Tapi kalau orang tu dah mengesahkan yang dia akan datang, Apa kejadahnya nak gi-gi tangkap pulak? Kalau orang tua tu nak lari, debat semalam pun for sure dia tak pergi. Dasar bangang! Apa yang diorang nak tunjukkan kepada rakyat sebenarnya ni? Ketegasan polis? Kecekapan polis menjalankan tugas? Atau apa?

 
Anwar ditahan polis bertopeng

Jul 16, 08 1:15pm

Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu. 

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 40 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

 

Looks like this conspiracy far beyond what had happen during Che det time. Macam nak bunuh terus jer gayanya...

 


Share/Save/Bookmark
» No Comments
There are no comments up to now.
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Title
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
< Prev   Next >
NukeSigs

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 42
Semalam: 234
Bulan ini: 1347
Keseluruhan: 42816
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 312
Pages yesterday: 1588
Pages this month: 8736
Pages total: 343642
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL