Home
Makanan Eksotik Minggu Ini - Siput Pahat PDF Print E-mail
User Rating: / 0
My Life - Sehari Bersama Aku
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 18 July 2008
Jumlah Hits: 156 kali

Meh kita cerita bab makan pulak. 2,3 minggu ni cam tema minggu makanan eksotik pulak. Memula Mummy masak 'Lala', minggu lepas Siput Sedut, kali ni, kita makan Siput Buluh pulak. Ada yang tak tahu apa itu Siput Buluh? Meh baca sikit bibliografi menatang nih yang aku ceduk dari wikiapadia .

Siput buluh atau juga dikenali sebagi siput pahat-pahat, atau ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

They can also be found in Sabah but are known by a different name — pahat-pahat, Terengganu (siput pahat), Sarawak (ambal) — and were recently discovered in Kuala Langat, Pahang. In fact, species of ambal are found in California, USA, China and Hong Kong as well.

Peliknya bini aku ni, makanan eksotik macam ni takde hal pulak dia nak masakkan. Tapi agakkan kepala ikan haruan, nak keluarkan dari dalam plastik untuk masukkan dalam tupperware nak simpan dalam peti sejuk, sampai menangis-nangis pulak dia. Hish!


 
Cuti-cuti Malaysia - Bukit Tinggi, Pahang PDF Print E-mail
User Rating: / 0
My Life - Sehari Bersama Aku
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 18 July 2008
Jumlah Hits: 132 kali

Wah... lamanya pending entry pasal ni. Sejak cerita jalan tanah runtuh lagi. Kalau nak ikutkan, memang dah expired dah cerita nih. Tapi bila fikir balik, elok juga kalau masukkan. Manalah tahu kalau-kalau ada yang bercadang nak makan angin kat Bukit Tinggi, sekurang-kurangnya ada sedikit review tentang destinasi ni.

Bukit Tinggi is just over an hour's drive from Kuala Lumpur City centre and lies some 2,500 feet above sea level.

Colmar Tropicale, located in Bukit Tinggi, Pahang, is a replica of a collection of buildings from a north-eastern village in France dating back to the 16th Century. It's just like a picture postcard. The French themed resort was opened in July 2000. Feels like we are not in Malaysia. Cam kat oversea ler pulak. It's surrounded by lush tropical forest land. Just RM 16 for adults and RM 8 for children below twelve, you can enjoy the various entertainment at Colmar Tropicale. A clock tower at the entrance welcomes the visitors. You need to walk up (and down) curvy concrete staircases to view the entire development. How much it cost? About RM800 for one night. Masa kitorang pergi got offer 50%. So RM400.

Actually it's not quite a room, but more like mini apartment. Ada dapur, ada bilik, ada living room. Quite a big space la jugak. So recommended to come in a big family. Family maksudnya bukan sekadar laki, bini dengan anak. Tapi angkut sekali mak, abah, adik beradik, ipar duai bagai. Tarak hal punya. Memang muat! Jangan lupa bawak stok makanan dari rumah cam air gas ker.. air kotak ker.. coklat ker.. meggi.. apa-apa jer lah. Then letak jer dalam peti sejuk yang ada tu.


 
Anwar Ibrahim ditangkap polis bertopeng PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Umum - Politik Malaysia
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Wednesday, 16 July 2008
Jumlah Hits: 114 kali

Belum sampai 24 jam dari sesi debat semalam, akhirnya Anwar Ibrahim ditangkap. Kenapa? Berikutan dari waran tangkap yang telah dikeluarkan untuk siasatan kes liwat si sepol. WTF?!! En Polis.. perogol a.k.a pembunuh bersiri kanak-kanak si 'Lelaki Kucing' dah tangkap ke belum?! Adik Sharlinie dah jumpa ke belum?!! Ooo bab ni bukan main lagi!

 Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Adakah kerana kenyataan Anwar untuk bertanding dalam jangkamasa terdekat? Atau setelah mendapati sesi debat ternyata dimenangi oleh DSAI? (rujuk survey pemenang debat isu minyak yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini )

Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.

Waran tangkap dikeluarkan sekiranya Anwar Ibrahim gagal untuk memberi keterangan di balai polis. Tapi kalau orang tu dah mengesahkan yang dia akan datang, Apa kejadahnya nak gi-gi tangkap pulak? Kalau orang tua tu nak lari, debat semalam pun for sure dia tak pergi. Dasar bangang! Apa yang diorang nak tunjukkan kepada rakyat sebenarnya ni? Ketegasan polis? Kecekapan polis menjalankan tugas? Atau apa?


 
Debat Anwar Ibrahim vs Ahmad Shabery Cheek PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Umum - Politik Malaysia
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Wednesday, 16 July 2008
Jumlah Hits: 2689 kali

Mungkin ramai yang menyaksikan debat terbuka anjuran Agenda Daily antara Anwar Ibrahim vs Ahmad Shabery Cheek (menteri penerangan) yang ditayangkan secara langsung di TV9 (aku takleh bukak TV9, so kena tengok dari Astro Awani) di bawah tajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!". Dari tajuk perdebatan pun dah nampak menunjukkan yang 'mereka' cuba memberikan sindiran sinis pada parti Rakyat. Pedulikkan. Yang penting isi perdebatan. Pada yang tidak berkesempatan menyaksikannya, korang boleh tengok kat sini (click Read More..).

Dari apa yang aku sempat tengok, sesungguhnya aku agak kecewa dengan perdebatan yang berlangsung. Ahmad Shabery Cheek ternyata takde point lain melainkan menyerang peribadi Anwar Ibrahim dengan zaman demonstrasi pelajar dahulu. Pada aku ni macam budak kecik bergaduh. Ingat tak macamana kita masa kecik-ecik dulu kalau bertengkar dengan kawan kita? Bila dah takde point, mulalah main nama mak ayah. Ini lah yang berlaku. Bila tak boleh nak tangkis hujah lawan, mula ungkit rapat umum tahun 73-74 yang pernah dianjurkan oleh Anwar Ibrahim satu masa dulu. Isu ini diulang-ulang dua tiga kali. Apa ni? Ko nak bincang apa yang berlaku dulu atau apa yang berlaku sekarang?

Lihat pada soalan yang diajukan oleh saudara Zulkifli Sulong Ketua Pengarang Siasah kepada beliau. Dah la tak menjawab soalan. Orang tanya lain, dia melencong kot lain. Hentam kawan tu kaw-kaw, tapi dia sendiri tak menjawab soalan. Orang tanya pasal jumlah duit yang berjaya dijimatkan yang tak dibelanjakan dia cerita pasal harga minyak naik, pasal vanuzuela, pasal inflasi, pasal beras thailand, apa ni? Sama ada dia pekak, atau kerana jawapan nya takde dalam text ucapan yang dah di hafalnya sejak minggu lepas. Mungkin dia takkan meletakkan jawatan sebagai menteri penerangan kerana merasakan dia telah 'berjaya' dalam sesi perdebatan ini. Tapi kalau macamni hasil hujah yang keluar dari mulutnya yang dia rasakan bernas, aku rasa baik dia berhenti jadi orang.

Agak lawak bila ada satu scene kelihatan bila orang bersorak pada hujah Anwar, ada pulak yang tukang suruh diam (buat sign 'payung' cam mintak time-break masa main bola). Apa la. Soalan Wakil Ahmad Shabery, si Nordin Kardi pun boleh tahan gak. Tapi bukan soalan. Lebih kepada ucapan penggulungan pulak kaedahnya. IPP pun dia tak faham, macamana tu?!

Bila nak tolong orang miskin, subsidi. Bagaimana tentang prasarana infrastruktur? Berpuluh billion ringgit yang disediakan untuk pedagang-pedagang, untuk industri, untuk pelabuhan, bukankah itu satu bentuk subsidi? Prasarana disediakan dengan jumlah yang besar kita sebut insentif. Tolong rakyat miskin dengan subsidi minyak, kita panggil subsidi. Jumlah nak tampung kerugian PERWAJA, MAS dan pelbagai bill-out, kita sebut bill-out, bantuan menyelamatkan ekonomi. Nak bantu nelayan dan petani dan melayu miskin, namanya subsidi dan subsidi itu namanya cukup negatif dan busuk sekali... - Anwar Ibrahim


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 21 - 24 of 223

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 19
Semalam: 179
Bulan ini: 1001
Keseluruhan: 21969
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 255
Pages yesterday: 1643
Pages this month: 6899
Pages total: 206540
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsors

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL