|
My Life -
Sehari Bersama Aku
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Wednesday, 07 September 2005 |
Jumlah Hits: 205 kali

Tak sangka rupanya cerita pasal Badutt (Bear yg kitorang bela tuh) jadi perhatian jugak. Ada 2, 3 orang message aku kata nak tengok gambar (ader yang siap mintak kat shoutbox Speedfinger.Org lagik tuh. Har! Har!). Errmm... Malangnya yang baru nih arituh aku tak tangkap gambar dia sangat. Tapi aku ader la record dalam handset dalam format video (*.3gp). So kalau aku uploadkan kat sini sekalipun tak semua orang boleh view file tu.
Walau apa pun, aku ader simpan gambar badut masa aku balik kampung '5 bulan lepas'. So, kalau ini gambar masa dia 5 bulan lepas, korang gunakan je la imaginasi korang untuk mentafsirkan saiz badannya sekarang. Masa dalam gambar ni, umur dia baru 8 bulan lebih sikit.

Ahaks!! Isn't he so cute? Kitorang bela dari dier belum celik mata lagik. Ada orang asli bagi. Katanya Mama Bear tu kena tembak. So tinggal dia ni terkonteng-konteng. Masa dier kecik dulu, bulu pun tak berapa nak ada. Kepala botak jer. Basar jendul dier. Kalau tengok muka dier time tuh memang kelakar giler. That's why kitorang panggil dier Badutt je.

So sekarang macamaner? Kalau ko rasa ko dah brutel sangat bela kucing 2,3 ekor kat rumah... atau bela anak ular sawa yang baru besar lengan budak darjah 4... ko bandingkanlah pulak ngan aku nyer pet nih. Har! Har! Tak brutel lagik tuh?!!
|
|
|
My Life -
Dragon Family
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Sunday, 04 September 2005 |
Jumlah Hits: 176 kali
2 hari di kota naga cukup menenangkan fikiran aku. Ketenangan yang tak dapat aku cari kat mana-mana. Kalau aku ader pilihan aku akan bersarang terus di sana. Tambah sekor lagi naga dibawah jajahan bumi ayahanda. Tapi terlalu banyak komitmen yang aku kena tanggung sekarang. Last week masa Long tanyer aku nak balik Chini ke tak, laju aku jawab "Takde keperluan la long..." Seminggu aku dihantui dek jawapan yang aku sendiri berikan. Setahun 2,3 kali jer aku dapat tatap wajah mendung bonda. Aku tak nak kesibukan aku ni nanti membuatkan aku menyesal sepanjang hidup. Lantaran tu, balik je dari office Jumaat minggu lepas aku menung jap pikir. Yanie memang dah plan nak gi Alamanda. Tak pun gi pasar malam kat Bangi gi cari DVD pirate (Isk~!!). Ntah camaner tetiber terpacul kat mulut aku "Kita balik Chini nak?" Dengan pantas aku suruh grab apa yang patut, masukkan dalam kereta.
Kitorang bertolak dalam pukul 8:30mlm. From the beginning aku dah budget memang dalam kul 2 pagi gak baru sampainyer campur ngan berenti makan malam. Tambah pulak bila aku bergilir dengan Yanie. 70-80km/j jer dier bawak. Isk~! Ale-ale aku gak yang bawak biler aku rasa lambat sangat nak sampai. At least pun maintain la 140 - 150km/j.
Sampai rumah kul 1.00am. Puas gak mengetuk pintu. Esoknya terasa cam banyak mender aku nak buat. Nak lepak ngan Ngah, pusing Chini, gi ladang tengok Badut (anak beruang yang abah aku bela). Dah dekat sama besar ngan perut aku dah badan dia. Kekadang terpikir gak aku. Kalau baru setahun dier dah besar ni, lagi setahun besar mana la agaknya beruang ni yerk? Gila!! Pas tuh jenjalan pekan sehari. Belikan baju untuk Yanie selai. Dah lama aku nak belikan baju tuk dia. Malam, gi rumah Kak Long, tengok anak lelaki Long yg baru lahir. Mohamad Hakimi Alias Seri Indera Putera. Quite a long name huh?! Tapi tu lah hakikatnya. Tak tahulah camaner diorang nak masukkan dalam kad pengenalan tu esok Ekekkekeke.
Dan pagi tadi pukul 9, kitorang bertolak balik. Harap-harap Allah jagakan bonda untuk aku....
|
|
|
My Life -
Daddy, Mummy & Sons
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Friday, 26 August 2005 |
Jumlah Hits: 186 kali
Pagi tadi elok nak pergi kerja tayar belakang motor aku pamcit. Aku pump pun kuar jugak anginnya. Jam dah tunjuk pukul 8:15am. Lambat lagik aku hari ni karang! Tak! Aku takleh lambat. Tak terdaya dah nak bagi alasan dekat boss. memanjang motor problem, letey la. Last-last aku suh Yanie amik kunci kereta. Lunch karang baru aku balik settlekan hal tayar motor nih. Yang penting buat masa nih clock punch aku sebelum pukul 8:30am!!
Yanie hulur kunci sambil menyengih kat aku. Cam takleh nak dikontrol-kontrol lagik dah. For sure hal semalam masih berlegar-legar kat kepala dia.
"Yanie tak period la abang.." dia sengeh lagik.
"Abis tu kenapa? Apa masalahnya?" Aku bebuat tanyer sambil pakai kasut.
"Takde la... Ihik" Dier sengeh lagik.
"Dah la tu.. gi tidur dulu. Kang tengahari abang amik kiter gi klinik."
On the way nak gi kerja tuh 170km/j aku tekan. aku kena sampai opis dalam masa 10 minit plus dengan masa untuk cari parking. Parking kat MOSTI antara menda paling susah nak dapat gak. Tu antara sebab lain aku tak pernah berminat nak drive gi kerja. Mujurnya sempat gak aku punch kul 8:30. Tepat-tepat pulak tuh. Kalau aku berenti kejap korek idung je pun tadi sure dah short seminit! Fuh~! So close man!!
Kul 11:30am aku balik. First aku settlekan motor dulu hantar gi workshop. Kul 12:30tgh siap. Releks-releks jap terus chargas gi klinik kat precint 8. Kebetulan orang takde, so takdelah kena que panjang. Sampai jer, tunggu jap isi borang terus doktor panggil. Aku masuk sekali. Nak tahu gak..
Lepas Yanie story sikit-sikit kat doktor india tuh dia nyer kronologi, terus doktor tuh buat assumtion,
"I think you pregnant. Tu memang antara tanda-tanda seseorang itu pregnant" Yanie tambah excited. Tapi doktor suggest untuk buat pregnancy test. But kena bayar RM25, sebab tu takleh claim untuk Lion Group nyer insyurans. Kebetulan pulak aku tak bawak cash.
"Nak buat ke abang?"
"Yanie rasa?"
"Yanie nak buat.."
"Ermm.. Yanie tunggu sini, abang gi withdraw duit jap kat BCB" Mujur la BCB just around the corner!
Balik jer aku tengok doktor tengah check Yanie nyer blood pressure sambil explain dier nyer condition sket-sket. Aku duduk bebetul depan doktor.
"So macamaner doktor?"
"Tak pregnant." Dengar tak dengar jer katanya. Taku tanyer sekali lagik
"Camaner?"
"Bukan pregnant. Kemungkinan masalah hormon bla.. bla.. bla.." Pas tu dier explain sket pasal ubat itu ini. Aku perasan Yanie tak bercakap masa tu. Senyap jer. Masa aku bawak dier keluar jer dari bilik doktor tuh air mata dier terus keluar takleh ditahan-tahan lagik. Erm... Aku faham camaner dier rasa. Sure frust giler.
"Alah... tuk sah cayer cakap doktor tu.. dia bukan tuhan...." dan Yanie terus juga menangis.......
|
|
|
My Life -
Daddy, Mummy & Sons
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Thursday, 25 August 2005 |
Jumlah Hits: 195 kali
Semalam macam biasa aku tunggu Yanie balik. Aper jer lagik yang aku buat melainkan mengadap depan komputer sambil tengok download progress file-file torrent aku ni. Dalam pukul 1:15am dia sampai. Menangis terus peluk aku. Apasal nih sayang? Saper buli sayang ni? Meh cakap abang. Biar abang korek pankreas dia!
"Abang... takde baby..." Muka dia masih lagi disembamkan kat dada aku. So skang aku dah paham aper masalah nyer.
"Dah takde rezeki.. nak buat camana.." dia nangis lagik. Aku usap rambut dia.
"Adalah tu sebabnya Allah taknak kasi kita baby lagik..." sambung aku lagi. Memang aku tahu yang dia excited giler sejak kebelakangan nih biler period dier datang lambat. Tambah pula bila aku suka sangat menyakat kata yang dia pregnant. Pantang dier kata dier pening sikit jer terus aku 'sudi' kater dier pregnant. Tapi biler aku cakap macam tuh biasanya dia akan cover kata,
"Takdelah.. Yanie tak nak taruh harapan tinggi sangat, takut nanti frust" But deeply inside, aku tahu dier sendiri takleh nak tipu diri sendiri. Aku? Aku terima jer apa yang Allah takdirkan untuk aku. Kalau ada, adalah. Kalau takde, maka takde lah. Tanggungjawab aku sekarang untuk menenangkan dia.
Dekat nak tidur, dia datang kat aku semula.
"Abang... Yanie peliklah.."
"Kenapa?"
"Dah takde darah.. kuar sikit jer." Dan jam tu jugak terpacul kat mulut aku..
"Hah.. tu tanda Yanie pregnant ar tu..." Ahaks~!! Apa-apa pun, esok kena bawak dia gi klinik. Pregnant ker tak ker, belakang kira!
|
|
|
<< Start < Prev 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 Next > End >>
|
| Results 193 - 196 of 223 |