Home
Mana Leadership Bonus Ni... PDF Print E-mail
User Rating: / 0
My Life - Sehari Bersama Aku
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Wednesday, 04 July 2007
Jumlah Hits: 282 kali

ImageSemalam stay-up sampai pukul 4:30am sebab menunggukan leadership bonus. Bukan apa... ada 3 orang lagi yang dah buat pembayaran agent MyMode yg aku belum daftarkan. MyPoint tak cukup. Tu yg desperete sampai tunggu bonus leadership tu. Ale-ale aku terpaksa beli Mypoint dari Philip RM175. Mujur dia pun stay-up malam tadi tak tidur gak. Ada kerja katanya

Kalau dulu, tetiap bulan gaji pada 26hb kekadang 27hb.. lepas tu bayar-bayar bill semua, masuk jer 1hb duit dah tinggal 'serdak' jer.  Skang ni semenjak fulltimer mymode ni, income mujurnya seminggu sekali. Bonus bulanan 4hb nih kira macam bonus hujung tahun yang aku pernah terima masa kerja gomen dulu la.

Jap lagi nak keluar. Nak servis keter. Esok planning nak balik Chini. Nak hantar Tang balik UiTM Dungun lusanya. Pas tuh Tulat pecut semula balik sini. Perghh.. aku dah buat sekali arituh. Memang letih beb. Tapi siapa lagi nak arapkan?

Semalam Shidah call. Dia ada kursus Bahasa Inggeris untuk cikgu-cikgu math kat Genting. Dia tanya "Bila nak buat adik Danish pulak?" Terus aku teringat kat gambar yang aku pernah save dalam PC aku dulu.

Image


 
Danish Layan Lagu Rihanna Umbrella PDF Print E-mail
User Rating: / 0
My Life - Daddy, Mummy & Sons
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Tuesday, 03 July 2007
Jumlah Hits: 725 kali

 

Ermm.. kalau bab music, rasanya dia jauh lagi advance dari daddy dia. Sebab tuh dia bantai leh layan joget bila dengar orang Zikir. Ntah mana ditirunya aku pun tak tahu. Ni MTV punya penangan la gamaknya.

Rakaman ni aku ambik secara curi-curi kut celah ketiak masa dia layan lagu Rihanna - Umbrella. Umur dah setahun 14 hari dia time ni. Cerita banyak pun tak guna... Ahaks~!!



 
Apa perasaan bila kena iiieeeekkkk PDF Print E-mail
User Rating: / 0
My Life - Daddy, Mummy & Sons
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Tuesday, 03 July 2007
Jumlah Hits: 332 kali


Video ni aku jumpa bila sedang kemas-kemas file dalam video cam aku. Adik ipar aku yang record. Aku pun tak perasan mulanya. Ket bila tengok-tengok balik, lawak la pulak. Masa ni umur Danish 8 bulan lebih kalau tak silap.

Actually ieeekk nih kalau kita nak suruh dia luahkan something yang dia masukkan dalam mulut dia. Tapi nampaknya anak aku ni dah 'tersalah konsep' la pulak... Ahaks~!


 
BOHSIA SUCI PDF Print E-mail
User Rating: / 0
My Cerpen - Cerpen Merapu
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Tuesday, 03 July 2007
Jumlah Hits: 1697 kali

     Hari panas terik. Suasana section dua mula lengang semenjak semalam. Memang begitulah selalunya. Mana-mana student UiTM yang tiada kelas pada hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. Cuma mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggui mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan mereka.
 

     "Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan.
 

     "Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black... tak baik tahu?" Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi kepada mereka. Heh! Section 2... apalah yang nak dihairankan..?
 

     "Butuh la!!! Kau biarkan jantan-jantan suldal tu peluk kau, raba seluruh badan kau, usik itu, usik ini, macam tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black!
 

     "Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku... aku nak buat macamana? Takkan aku nak gigit sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black..." Muka Katy dah mula berubah. Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.
 

     "Kasih-sayang.... Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Kau paham?!!" Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar.
 

     Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.
 

     Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni... kejap lagi bebudak UiTM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sanggup membawanya kerumah demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black... selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau... dan akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih 'raa' dari aku. Hati Katy terus merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk mencecah lantai bus stand.
 

     "Eh! cutenya kau... mari sini. Sini." Katy menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki . Cerita tentang kemuliaan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti inilah yang paling dibenci oleh Black!
 

     Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy membiarkan dirinya dipeluk kemas oleh Zaki. Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini.
 

     "Ikut aku balik rumah, nak?" tanya Zaki. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat 'makan sedap' . Bisik hati Katy.
Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang...
 

     "Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"


PERSOALANNYA...
• Pernahkah anda melihat seekor kucing menyapu-nyapu mukanya ditepi jalan?
• Pernahkah anda melihat seekor kucing menundukkan mukanya sehingga mencecah lantai?
• Bohsiakah si Katy?
• Power sangatkah si Black?
• Sapa yang betul? Black, Katy, atau abang Rosli?
• Siapakah yang cukup membenci insan bernama Zaki?

SOALAN MENCABAR MINDA
• Apakah perasaan seekor kucing setiap kali dibelai oleh Zaki?!!!


P/s: Kepada sesiapa yang teringat akan cerpen bodoh yang aku tulis masa part 4 kat UiTM Shah Alam ni kontek-kontek la. Anyway, Zaki pun dah kawin. Aku rasa dah ada anak pun skang ni. Pernah jumpa 2,3 kali masa dia kerja kat Kementerian Pertanian Putrajaya dulu. Skang ni, lost kontek balik. Ntah apa la yang jadik kat dia. Utang aku pun dia lum bayar. Opss... hehhee
.


 
<< Start < Prev 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 Next > End >>

Results 185 - 188 of 259
NukeSigs

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 52
Semalam: 234
Bulan ini: 1357
Keseluruhan: 42826
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 416
Pages yesterday: 1588
Pages this month: 8840
Pages total: 343746
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL