Home
Panggilan Misteri Dari Seorang Datin... PDF Print E-mail
User Rating: / 0
My Business - Mymode
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Monday, 09 July 2007
Jumlah Hits: 873 kali

     Zahirnya panggilan telepon nih memang biasa lah semenjak aku join mymode ni. Boleh kata dalam sehari, paling busuk pun dalam 20 call daripada orang yang aku tak kenal, mostly tanya pasal MyMode. Tapi petang nih lain, Mak Datin call!

 

Dalam pukul 6 petang kot kalau aku tak silap dia call. Aku angkat cam biasa je la. Sambil baring layan Astro je la.

 

     "Hello, ini Encik Adi ke?"

     "Ya saya.."

     "Encik Adi dekat mana sekarang?" Errmm.. bunyi cam bebudak prepaid4u. Ni nak ajak jumpa nak tanya pasal MyMode la ni. Alamak... malasnya... jumpa kat forum jer dah la. Ahaks!

     "Err... dekat rumah saya." Aku sengeh. Walaupun dalam tepon dia tak nampak aku sengeh, tapi kesan bunyi suara kita akan berubah bila kita bercakap sambil senyum.

     "oo ok.. rumah kat mana?"

     "Nilai.. err ni siapa?"  terus aku tanya. Malas nak intro panjang-panjang.

     "Saya Datin X dari Majalah Apprentice..." Terus terbangun aku dibuatnya.

     "Ya Datin.." Terus proffesional sikit. Ingatkan 'Datin Mymode' tadik. Rupanya Datin lain.

 

     Bla... bla.. bla... rupanya diorang nak temuramah aku untuk Majalah Apprentice keluaran Ogos depan. Katanya diorang 'agak kagum' dengan method yang aku gunakan dalam memperkembangkan jaringan perniagaan Mymode ni. Esok orang dia akan datang ke CC aku untuk temuramah tu. Majalah diorang memang banyak amik sample dari leader2 MLM dan usahawan-usahawan internet nih. Masih baru. First issues arituh katanya dapat dijual dekat 3000 copy gak. Ermm.. apalah yang aku nak cakap esok nih. Mintak-mintak jangan lah proper sangat. Kalau yg jenis santai-santai ni, ok lah. Esok kot terkejut pulak menengokkan keadaan aku. Hehehehe.

 

     Macam-macam. Kalau yer jadi, gamaknya adalah nanti cerita pasal temuramah tuh kat majalah dia. Kalau nyer jadi lah...


 
Reban Tenno Gelap Telah Di Upgrade PDF Print E-mail
User Rating: / 0
My Life - Dragon Family
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 07 July 2007
Jumlah Hits: 609 kali

Ahaks.. Balik kali ni aku tengok abah dah UPGRADE reban ayam dia. Nampak gayanya dia amik gak sket idea dari aku sebelum ni. Agaknya reban yang lama tuh dah tak dapat nak menampung jumlah ayam yang ada. Mulanya dia 'lok' kan ajer. Tapi bila beberapa ekor dari ayamnya mengambil tindakan drastik dengan memogokkan diri tidur atas pokok rambutan sebelah rumah aku, baru dia buat reban yang baru. Kali ni agak besar dari yang lama dengan keselesaan, sistem pengudaraan dan saliran air yang jauh lebih selesa. Cewah~!

Reban ayam lama
Ni gambar reban lama. Kapasiti maksimum 20 ke 30 ekor ayam yang disumbatkan secara berlapis-lapis.
Reban baru la pulak..

Hah! Ni reban baru. Rumah panjang 2 tingkat. Rekabentuk mudah alih yang boleh di angkat-angkat. Dengan tingkap kecil di bahagian tepi untuk melihat keindahan sinaran bulan dan kerdipan bintang diwaktu malam. Rasanya patut dinaikkan kadar sewaan bulanan nih.

Kalau tak silap aku ni dah kali ke 6 atau kali ke-7 abah buat reban ayam. Sebelum nih dah macam-macam design, dan macam-macam saiz dah. Dari ayam kampung, ke ayam sabung. Dari ayam sabung, ke ayam hutan. Tu belum camput dengan kandang si Badutt (Bear kitorang dulu), reban burung merpati (lama punya cerita ni). Ni dah balik semula ke ayam kampung balik.  Kadang-kadang bila pikir balik, tenno concern pasal rumah ayam lebih dari rumah sendiri. Hehehe.

Dalam lepak-lepak kat bawah pokok belakang rumah, aku nampak satu rak yg penuh dengan barang-barang komputer lama Hasil peninggalan Newborn dengan CC Allset. Errmm... Di mana silapnmya kita.......? 

Bangkai PC kat blakang rumah
Bangkai-bangkai monitor. Pinter dan scanner yg aku guna masa kat UiTM 8 tahun dulu pun ada gak kat situ. Ahaks!

 
Sireh pulang ke gagang PDF Print E-mail
User Rating: / 0
My Life - Dragon Family
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 06 July 2007
Jumlah Hits: 349 kali

Pagi ni aku bangun awal. Belum kul 12tgh aku dah bangun. Awal?! Hahaha... Usahawan internet masuk opis biasanya kul 2 petang. Bangun kul 11 tu dah kira awal la. Mandi-manda dulu, lunch, guling-guling ngan danish, (dulu guling2 ngan mummy dia jer. Huhuhu. Dalam kul 3 lebih aku gerak. Mintak-mintak selamat la perjalanan aku.

Dan seperti kebiasaannya kalau aku drive sorang balik Pahang, memang aku tak singgah mana-mana. One shot jer terus. Tapi tadi berenti gak kejap kat Petronas sebelum sampai ke Batu Kikir. Buat-buat beli RedBull sebotol. Padahal sebab aku ingat aku dah terlepas simpang. Patah balik. tak sampai 5 kilo, aku buat U-Turn semula. betul la jalan aku tadi. Isk!!

Sampai kat Chini dalam pukul 6:15pm terus call Yanie kata aku dah sampai. Terkejut gak dia bila awal sangat. biasanya 7 setengah nak kul 8 baru sampai. Matikan enjin, cabut kunci, kipas radiator tak padam gak. Uik? Teringat  masa engine overheat kat cheras masa accident dengan Harri dulu.. Terus aku start balik engine nak tengok meter tempreature. Sah! Memang naik. Camana aku boleh tak perasan tadik. Agaknya sebab aku henjut 150-160km/j start dari lepas bukit putus tadi tak berenti-renti kot?

Bukak bonet, aku biarkan jer dalam 15 minit baru engine cool-down balik. Check-check air radiator kurang. Isk! Jangan buat gila. Esok nak hantar Tang gi balik Dungun nih!!

Keadaan dirumah tak banyak yang berbeza. Ngah masih nampak tak sihat walaupun dia gagahkan diri untuk jemput aku kat luar. Mak, adik-adik semua sihat. Abah cam biasalah.  Sifat semula jadi Tenno Gelap memang dingin. Ahaks! Arinih planning nak tidur awal. Hopefully leh tidur awal. Ni aku nak settlekan registration bebudak join mymode. Pas ni nak terus tidur lah. handphone pun aku dah set mode untuk ignore all call. Malam ni aku nak privasy. Takmo orang call. Nnonenonenoneno... zZZzZzZzZzzZZzZzzzZZzz


 
Biar gambar ini saja yang berkata-kata PDF Print E-mail
User Rating: / 0
My Life - Daddy, Mummy & Sons
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 06 July 2007
Jumlah Hits: 565 kali

Adik Danish?
Ujian yang dibuat pada Jumaat 6hb Julai 2007 iaitu hari yang sama aku bertolak ke Chini.

 Tup-tup malam ni, dapat MMS dari mummy Danish, dengan tajuk "Adik Danish?". Err... Kita dah bersedia ke nih untuk ada sorang lagi budak nakal cam Danish ni? Ahaks! Tapi kalau dapat baby gurl pulak, ok gak. Yanie memang suka sangat la. Aku? Aku apa-apa pun boleh. Rezeki Allah semua tu...

 


 
<< Start < Prev 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 Next > End >>

Results 181 - 184 of 259

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 163
Semalam: 247
Bulan ini: 1234
Keseluruhan: 42703
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1175
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 8011
Pages total: 342917
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 1 guest online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL