Jumlah Hits: 874 kali
Hari ni tadi sajer cari sebab jer nak bawak wife ngan anak aku keluar jenjalan. Aku sendiri pun dah lama sangat terperap kat BLUEBOX ni. Kebetulan nak amik stock CD kosong dengan thumbdrive untuk Speedfinger Station. Jenjalan la terus. Manalah tahu kot-kot dah ada 5,6 bijik banggunan baru kat sebelah The Mines yang diorang dah bangunkan sepanjang aku duk kat rumah ni. Parking kat 'Kuda'. Ntah apasal suka pulak park kat level kuda ni (1A). Kalau dulu asal parking jer mesti kat Kambing. Pas tuh berpusing-pusing cari jalan keluar. Masa first time masuk The Mines dulu memang tention betul nak cari jalan keluar dari parking dia. Ntah la. Aku sorang jer kot yang rasa cam tu. Masuk jer terus gi QA Computers. Amik CDR 3 pack yang 100pcs tu, Refell Ink preinter 4 kotak, thumbdrive 1 GB 4 ketul, pas tuh untuk aku sendiri aku amik Notebook cooler Pad satu untuk laptop Fujitsu aku yang satu lagik tuh. Kebetulan kat tetengah ruang legar tuh ada diorang jual barang-barang permainan banyak. Geram tul tengok remote control car dia. tapi biler pikir-pikir balik, isk! membazir la, Dah ada sebijik yang kecik tuk main-main ngan Danish kat rumah. Untuk lari dari keter kontrol tadik, kitorang lencong ker Reject Shop. Nak cari T-Shirt la sket tuk pakai kat rumah. Asyik ulang 2,3 lai yang sama jer. Balik-balik T-shirt ijau florosent yg Yanie belikan kat Aquaria ni jer. Mamak gunting rambut kat kedai bawak ni pun dah meloya tengok aku pakai baju ni gamaknya. Belilah dua lai. T-shirt plain color hitam ngan meroon. Kalau selai RM19, beli 2 dapat less jadik RM33. Beli jer la 2 lai terus. Cam best gak t-shirt tuh. Sebab bila aku test kat fitting room, nampak 'cam kurus' sket. Hahahaha!! Cam gampang!
Best kluar jenjalan skang nih. Sebab Danish dah reti jalan terkedek-kedek. Cuma dia takut-takut lagi nak lepaskan tangan aku. Berpimpin jer la ngan aku sepanjang jalan sambil tangan kenit dia tuh pegang kat jari telunjuk aku nih. Agak-agak dah penat berpusing-pusing kitorang gi makan kat 'Spice of Malaysia'. Lepas makan terus kena gerak balik. Malas lambat sangat. Nanti nak hantar barang-barang ni lagi kat CC. Nak topup Touch N Go lagik kat Maybank. On the way balik aku terasa seperti ditarik oleh satu kuasa halus yang susah aku nak describe. Cam aku takleh nak kontrol kaki aku. Menonong jer. Tak tahu lah Yanie perasan ker tak. Melantun-lantun Danish kena heret dengan aku. "Abang nak beli gak la keter kontrol tadik untuk Danish.." "La kan dah ada?" "Ooo yang ni lain.." Lepas belek 2,3 model remote control car yang ferrari punya, price around RM299 sebijik, akhirnya aku beli satu. Tapi bukan yang ferrari tu. Aku beli yang 'Cap 3 Ayam' jer. Harga RM49.90. Siap tadah tangan lagik kat brader tuh suruh dia pulang lebih 10sen kat aku. Ahaks!! Duit nih!! Takde 10sen mana nak cukup sejuta duit saving aku. Hahahaha.  Yeah!! Daddy dah ada dua bijik keter kontrol!! Eh! Danish dah ada dua bijik keter kontrol!! *** Pengumuman kepada semua awek-awek penjaga tol, Lain kali kalau aku bagi salam tu, sila jawab! Ni dah la tak jawab, pandang muka pun tak. Pas tuh bebuat kerek cam bagus pulak. Aku dah la bengang sebab kena bayar tol nih karang dengan ngko-ngko aku terajang!! Opss... emosional plak.. Hahhaahahah
|