|
My Anger -
My Anger
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Tuesday, 25 September 2007 |
Jumlah Hits: 1354 kali
Bagi penonton setia arus perdana pasti dapat melihat kesedisan dan tekanan yang dialami oleh keluarga si mangsa. Dari masa hilang, masa mencari, masa diketemui hingga masa setelah dikebumi ada saja cerita baru. Malangnya bukan cerita pembunuh dijumpai atau telash ditangkap, sebaliknya cerita pasal nak dakwa kes cuai pulak. Aku pun heran bila manusia-manusia yang kononnya bijak sana ini sampai jupa priority. Yang mana satu lebih penting. Adakah ini 'kes cuai' atau 'kes pembunuhan'? Adakah ibu bapa Nurin yang lebih merbahaya atau pembunuh psycho tu yang lebih bahaya? Kot yer nak dakwa ker nak apa ker, reti-retikanlah settle kes sesatu. Mak bapak Nurin tuh tak payah cara lah diorang memang hari-hari ada kat rumah. Dia pun takkan bunuh anak orang. Tapi penjenayah sebenar tuh kalau lambat tangkap, tak mustahil kes macam ni akan berulang lagik? Takkan lah mender simple macam ni pun nak aku bagitahu? Bangang!
Some video made by frien as a tribute to Arwah Nurin Jazlin..
Running Away by Midnight Hour (click to listen!)
Don’t lie and say that it’s okay It’s all right if there’s nothing more to say So I’m running away, I’m leaving this place Yeah I’m running away, I’m running away Don’t tell me I’m the one to blame It’s too late for you to make me stay No I won’t stay So I’m running away, I’m leaving this place Yeah I’m running away, I’m running away And faster than you can follow me from this lonely place And farther than you can find me, I’m leaving, yeah I’m leaving today And I, I’ll never let you find me I’m leaving you behind with the past, no I won’t look back And I don’t wanna hear your reasons Don’t wanna hear you tell me why I should stay And try, try to understand me Try to understand what I say, when I say I can’t stay I, I’m moving on from this place, I’m leaving and I won’t wait, I’m running away I’m running away, I’m leaving this place Yeah I’m running away, I’m running away
|
|
|
My Life -
Sehari Bersama Aku
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Monday, 24 September 2007 |
Jumlah Hits: 657 kali
Kebelakangan ini makin banyak SMS Berantai yang aku terima. Macam jadi trend pulak. Lepas surat, email. Lepas email, kini SMS. Betul-betul mengikut peredaran zaman!! Tak kiralah dari no yang memang ada dalam senarai Phonebook aku sampai la ke ntah mana-mana nombor yang aku tak kenal. Tambah menyedihkan bila aku dapat dari adik-adik aku sendiri.
Korang tahu apa yang aku maksudkan SMS Berantai? Iaitu satu SMS yang menyuruh anda menghantarkan kembali kepada orang lain dengan menjanjikan macam-macam faedah malah keajaiban yang tak terlintas di akal fikiran. Tambah menyesatkan bila kononnya kalau tak forward kat orang, atau jika kita terus delete SMS berkenaan, akan di timpa malang atau kecelakaan. MasyaAllah...
Dia ada macam-macam jenis. Ada yang kononnya datang dari TELCO sebagai promosi atau hadiah ulang tahun yang mana jika kita forward kepada 10 orang akan mendapat kredit percuma RM50 dan sebagainya. Wah... jika benar, aku rasa dah bungkus lingkup telco tuh. 10 sms kosnya baru RM2.00 tapi kena beri RM50 sebagai ganjaran. jika ada 50,000 (total pengguna handphone hampir 22juta orang) orang yang menghantar sms tersebut kepada 10 orang kenalannya beerti syarikat berkenaan terpaksa memberikan RM2.5 juta credit airtime percuma kepada pelanggannya. Logik ker? Tapi benda yang tak logik macam ni pun ramai yang terpedaya. masing-masing dengan fikiran "Alah... 10 SMS apalah sangat... tapi kalau dapat RM50 airtime, dah kira untung gila ni". Sorry to say, BODOH!! Tak pernahkan terfikir di kepala hotak yang mender ni memang scam? Satu jenaka suka-suka yang dibuat oleh orang yang memulakannya? Atau mungkin juga propaganda dari company tertentu untuk membuatkan anda menghantar sms bodoh tersebut? Jika 50,000 orang terpedaya, beerti 500,000 sms akan dihantar dan keuntungan yang dijana adalah sebanyak RM200,000.
Tambah mendukacitakan ada pihak yang menghantar sms berkaitan keagamaan khususnya islam dengan menjanjikan bilamana sms berkenaan dihantar kepada 10 atau 12 orang anda akan mendapat satu perkara baik keesokan harinya ataupun dikurniakan rezeki yang tidak terduga. Kebiasaannya mesej berantai yang mengandungi maklumat atau peringatan yang elok dan jika sekali pandang memang tidak nampak sebarang kesalahan untuk menyebarkannya. Perharikan contoh-contoh sms berantai yang pernah saya dapat dibawah:
"لااله الاالله محمدرسول الله Send this kalimat to 12 nice persons and your financial position improves within 12 hrs. 100% gerenti. Memang aneh tapi NYATA."
” assalamualaikum jurukunci makam Sayyidina Rasul dr makah telah bertemu dngn Rasullullah sambil bepesan rajin-rajin lah beribadah kerana sudah tua dan goyah, sebarkan sms ini kepda 10 orang, dlm waktu 10 hari dpt rezki besar, kalau tak disebarkan maka dpt kesulitan yang tak henti-hentinya, ini amanah wsalm”
"al-qayyum, al-majid, al-wajid, al-wahid, al-ahad, al-samad, al-qadir, al-malik, al-rehman, al-rahim, "Allah never fails". Send this message to 9 people. You will get good news tomorrow.If u neglect, bad luck for 9 years, this is proved true."
" Yaasin, Walqur a-nilhakim. Innakala minal mursalin. A'la siratil mustaqim. Tanzilal azizir rahim. Litunzira qaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun. Kirim surah Yaasin ini kpd 7 insan digelar Islam. Insya Allah esok anda akn m'nerima khbr yg baik dan rezeki anda sentiasa brda di tngn anda. JGN DELATE INI BETUL2 JD KENYATAAN. "
Lihatlah sendiri. dibahagian awal mengandungi mesej-mesej baik dan mulia bunyinya. Tapi lihat dibahagian hujungnya. Siapa yang berjanji tu? Siapa yang memberi jaminan tu? Dari Allah s.w.t atau dari Si pengirin SMS?!!
Bila makin banyak sms-sms begini aku terima makin menyadarkan aku bertapa ceteknya pengetahuan kita. bertapa bodohnya dan bertapa dangkalnya ilmu agama dalam diri kita. Perkata ni bukan baru. Ianya dah terjadi semenjak 30 tahun dulu lagi. Tapi saman tuh mereka menggunakan surat. Sehinggalah Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 memutuskan bahawa hukum mempercayainya adalah khurafat dan BOLEH MENJATUHKAN MURTAD. Lihatlah bertapa bahayanya keadaan kita. Sudahlah murtad, malah dalam tidak sedar kita cuba memurtadkan orang lain pula.
Kadang-kadang bila dapat SMS begini, malas juga saya nak layan. Tapi terasa berdosa pula jika tak mengingatkan dia. Mungkin dia tak tahu. Kita yang tahu, jadi tanggung jawab kita untuk mengingatkan mereka. Kalau tak, nanti makin ramai orang yang dihantarnya. At least bila dia dah tahu, nanti dia dah tak buat lagi. Dan lagi bagus nanti dia sendiri boleh memberitahu yang lain bahawa mender tu salah.
Kalau nak sangat forwardkan SMS sms begini sekalipun, saya cadangkan agar buang bahagian yang mengarut-mengarut yang menjanjikan kesenangan dan juga kecelakaan tuh. Memberi garenti seperti ini, boleh jatuh syirik jika kita mempercayainya. Harap maklumkan kepada rakan-rakan lain agar tidak menyebarkannya. Ia seolah-olah kita percaya kalimat yang disebarkan tersebut lebih berkuasa dari Allah SWT.
Mengingatkan rakan-rakan untuk selalu menyebut nama Allah SWT adalah baik, tetapi memberikan gerenti itu yang salah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------- Contoh surat berantai
SURAT DARI ARAB SAUDI
(WASIAT UNTUK UMAT ISLAM SELURUH DUNIA)
Assalamualaikum.
Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad (Saudi Arabia)
Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.
a) Isteri tidak mendengar suami b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyebarkan kepada orang Islam yakni supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di masa bintang terbit dari langit. Sesudah itu pintu matahari akan turun di atas kepala.
Pesanan Hamba ini
a) BERSELAWATLAH kepada junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. b) BERTAUBATLAH Dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka. c) BERSEMBAHYANGLAH Kamu sebelum kamu disembahyangkan d) BERZAKATLAH Jangan tinggalkan e) JANGAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA Hormatilah mereka. f) MENUNAIKAN FARDU HAJI Bila berkemampuan.
UNTUK MAKLUMAT
1) Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Dia kemudiannya dianugerahi oleh Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengindahkannya dan menganggap wasiat ini palsu. Maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia. 2) Tan Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak sebanyak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau tidak menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan terus mengirimkannya kepada orang lain dan selang beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi Menteri Kabinet Perdana Menteri.
3. Pada tahun 1977 Tun Dato' Mustafa bekas Ketua Menteri Sabah menerima surat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantar kepada orang lain maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah pertama dari loteri Kebajikan Masyarakat Timur.
4. Zulfikar Ali Bhuto telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya dan menganggap palsu lalu dibuangkan kedalam tong sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
5. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak. Lalu beliau membuat cetakan sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis yang berakhlak mulia sepertimana yang dituntut oleh Islam. Baginya anugerah Allah ini paling agung dan tidak ada bandingnya.
6. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini dari orang yang tidak dikenali lalu beliau tidak mengindahkannya. Beliau mengatakan yang ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit yang ganjil dan penderitaannya amat menyedihkan. Setelah 3 minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya masih disimpannya lalu menyuruh sepupunya mencetak 20 salinan dan diedarkan kepada orang lain. Seminggu kemudian barulah beliau sembuh sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh orang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikannya kepada orang lain di mana mereka mendapat malapetaka. Setelah kejadian yang menggembirakan dan menakutkan ini, anda jangan lupa mencetak 20 salinan wasiat ini dan disebarkan kepada orang lain dalam masa 90 jam dari masa anda menerima wasiat ini anda akan memperolehi sesuatu dari ALLAH YANG MAHA ESA. Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:
Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979). Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."
Wassalam
|
|
|
My Life -
Sehari Bersama Aku
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Friday, 21 September 2007 |
Jumlah Hits: 360 kali
Pejam celik, pejam celik dah puasa... Macam-macam pengalaman dalam bulan puasa nih. Secara tak langsung membawa aku mengimbau semula jauh ke belakang.
Kalau masa study kat UiTM Shah Alam dulu, masa tuh duduk menyewa ramai-ramai kat section 2. Selalunya makan kat kedai akak kelantan (dah lupa nama dia) kat medan selera section 2 tu la (skang nih dah kena tutup kononnya MBSA nak buat bangunan baru. Tapi aku tengok dah 4,5 tahun tak siap-siap gak lagik). Masa tuh Poktar yang kerja part time kat kedai makan tuh duduk serumah dengan kitorang. So tak kira macammana full pun kedai makan kat situ, tapi dia kul 6 lagik dah reserved kan siap. Menu rasmi, Nasik Paptik Sotong. Tak pun Nasi Goreng Kampung Pedas Giler. Tu jer la dua menu makanan aku. kalau time hari-hari biasa, 'Nasi Hardcore' (Nasi Putih, Kuah sup kosong, dengan telur mata. Harga Sernggit) jer.
Lepas pindah dari rumah section 2, menyewa kat flat section 18. Time nih ekonomi jauh lebih teruk dari masa aku duduk kat section 2 dulu. So berbuka tapau bawak balik rumah. so save untuk duit air. Pernah aku berbuka dengan roti john jer sebab duit dalam poket memang ada cukup-cukup 2 ringgit jer.
Lepas habih belajar, bawak diri duduk kat Puchong dengan Aie dan Ipin. Zaman ni tak kurang hebatnya dugaan bila nak dibandingkan dengan masa duduk Shah Alam. So zaman nih jangan mimpi nak berbuka dengan makanan kat kedai. Nak makan, kena masak sendiri la. Menu utama, telur! Telur masak tumis, telur dadar dan kadang kala telur mata kerbau. Setiap minggu, kena beli telur satu sarang. Biasanya 30 biji tuh cukup untuk seminggu kitorang bertiga survive. Ipin tak kerja lagi masa tuh. Aie pulak kerja kontrak kat kilang Neslea Shah Alam. Gaji pun ciput lagi. Aku pun baru start kerja kat MOSTI (masa tu MOSTE). Kena time-time lepas gaji, merasalah nak makan daging kotak. Tak pun Aie beli ikan kembung buat ikan bakar cecah air asam. Hish!! Nikmatnya puasa zaman tu.
Tahun 2005, aku dah kawin. Duduk kat Pinggiran Putra. So buka puasa dengan isteri la time tuh. Berdua jer. Kekadang time balik kerja singgah jap kat pasar ramadhan precint 2 beli tepung pelita dengan otak-otak. Tak pun beli air tebu. Tapi Masa ni Yanie kerja lagi kat HSBC. Leceh betul. Aku kerja kul 8 pagi balik kul 5 petang, Dia kerja kul 4 petang balik kul 2 pagi (call center ikut waktu UK). Tapi lama-lama pandai pulak manage time. Memang kalau dia tak kerja, susah gak nak idup. Dah la 3,4 keping credit card semua dah maximum aku tenyeh masa nak buat belanja kawin dulu. Ni la masanya nak membayar balik semua utang-utang tuh. Mujurnya aku tak sampai meminjam dengan orang. Kalau tak, lagi parah.
Setahun lepas tuh Danish dah lahir. So berbuka bertiga lah. Danish biasanya duduk dalam car seat jer. Kekadang dia tidur. Yanie pun dah tak kerja. Start dari cuti bersalin tu terus dia pakat tak gi kerja. Langsung kena kompaun dek HSBC 2 bulan gaji. Dekat RM4000 jugak. Gila. Buat bodoh macam tu jer. Banyak lagi aku nak buat dari beri ker bank yang dah sedia kaya tu RM4000. Baik bagi kat mak kat kampung. Tak pun habihkan utang credit card aku. Yang nyata, walaupun dah ada anak sorang, utang yang aku buat untuk belanja kawin dulu masih lagik berbaki. Hish!
Tahun ni bulan puasa kitorang sambut kat Nilai. Duduk rumah kedai kat Busana Lavender. Tapi Alhamdulillah ekonomi dah stabil sikit. Sebulan boleh 2,3 kali balik jenguk mak kat kampung. Kalau dulu seingat aku, Setahun sekali jer balik Chini. Cuti Raya Haji pun aku tak balik. Cakap ngan mak aku tak dapat cuti. Padahal aku nak jimat duit. Skang dah lain. Bila rasa boring jer, malam tu pun aku boleh balik alasan nak bersahur kat kampung. Boleh dah nak hulur kat mak lebih sikit untuk persiapan raya. Danish pun dah besar sikit. Cuma rintangannya takde lah macam setahun lepas. Kalu tahun lepas dia boleh baring jer dalam car seat sementara kitorang makan, sekarang jangan mimpilah. Paling tak lepas makan kena bersihkan sepinggan nasik yang melekat di serata badan dia.
Hai... detik demi detik yang ditinggalkan terasa macam baru semalam semuanya berlaku. Selamat menyambut ramadhan al mubarak buat semua..
|
|
|