Nama Band: Brainwash Nama Lagu: Ke Pangkal Impian (1991)
Ini merupakan kali ke-3 mymode menganjurkan promosi sebegini sepanjang aku bergelar Agent MyMode. Aku ingat lagi sewaktu ia pertama kali dibuat (masa zaman aku, kalau yg sebelum aku, tu aku tak tahu lah) kalau aku tak silap sekitar Julai - August 2006. Masa tu aku dapat First place dengan 46 orang tajaan (masa tu ni dah kira banyak dah ni) dengan hadiah tempat pertama sebanyak RM1,600 tidak termasuk RM828 dari incentive tajaan MP. Dulu bukan macam sekarang. Dulu sikit punya payah nak ajak orang untuk join MyMode. Orang langsung takde idea apa itu MyMode masa zaman tu. Tapi masa tu aku makan gaji lagi. Dapat 2,3 ribu extra sebulan dah bukan main lagi rasanya. Hampir culture shock dibuatnya. Tambah-tambah lagi bila setiap bulan dapat Leadership bonus. Wah! Beli laptop, tukar handphone, pasang skirting kereta, spray kaler hitam, tukar sport-rim. Giler.
Aku dah laaaaaama sangat nak ulas pasal iklan ni. Kepada sesiapa yang gemar mendengar Sinar FM, pas ti pernah dengar. Aku memang kalau bawak kereta aku akan dengar Sinar FM especially time tengahari sebab ada ruangan seleksi lagu-lagu rock kangkang. Lagu-lagu zaman aku dolu-dolu la kiranya...
Cik Nab: "Zulkifli .. Zulkifli ... Zulkifli" Cik Mon: "Eh! Bukan ke nama suami awak Hashim?" Cik Nab: "Ya, Tapi Kalau sehari tak jumpa Zulkifli rasa tak bermaya lah Cik Monnnnn!" Cik Mon: "Isyy .. Biar betul Cik Nab. Cik Hashim tak marah ke?" Cik Nab: "Tak adalah. Dia sukaaa.. dia la yang kenalkan saya dengan Zulkifli."
Kemudian baru keluar ayat promo berbunyi lebih kurang "bla.. bla.. bla... Pil Manjakani keluaran Syarikat Zulkifli Bamadhaj..."
Sebelum aku buat ulasan ni ada gak aku search kat internet sama ada dah ada orang sentuh atau tak isu ni. Adalah jumpa a few seperti: izinnikb, malimkundang dan anakmelayu. Namun aku cuma jumpa seorang jer yang sependapat dengan aku iaitu 'rahman' yang aku jumpa di shukur.org (rujuk bahagian comment dia)
Lately aku memang jarang ada kerempatan untuk check YahooMail aku (aku lebih kerap check Gmail). So seperti yang dijangka, memang penuhlah dengan unread message and mostly email-email forward dari kengkawan. Tu belum campur email spam lagik. So bila dah ada dekat 300-400 unread message, memang aku tak bercadang nak bukak satu demi satu sebab as I said, I'm very busy lately. So next time jer lah.
Dalam pada nak tutup email tu, terpandanglah satu email dengan tajuk "4 madu bersama atas satu katil". Ternyata sangat-sangatlah terrtariknya untuk aku baca. Hahahhaha. (Kalau tajuknya "PELUANG BAIK UNTUK JANA RM300,000 DALAM MASA 14 HARI!!" jawabnya aku akan 'AUTODELETE' jer).
Errmm.. sorry kalau image yang terpapar di ruangan ini mengganggu emosi korang. 18 tahun kebawah tuksahlah tengok...
Nama Band: Missi Nama Lagu: Kata Yang Terindah (1994) (lagu tema posting ni kasi lagu lama-lama sket. baru feel. hehehe)
Posting aku kali ini akan membawa kita semua mengimbau jauh ke belakang. Lecturer aku kata, sebagai 'Industrial Designer', untuk menjangka apa yang akan berlaku pada 10 tahun akan datang, kita kena lihat 10 tahun yang lepas. Tapi itu bukanlah tujuan utama aku. Bukan untuk mengajak korang semua menjangka apa yang bakal berlaku pada masa depan. Cuma untuk membangkitkan nostalgia dari dalam diri dalam mengenal asal usul kita di samping menyedari bertapa cepatnya masa berlalu. Sesetengah dari item yang aku pamerkan disini dah tak wujud atau tidak dipasarkan lagi tetapi kadang-kadang terasa bagai baru semalam kita menggunakannya.
Dan sebagaimana tajuknya, aku terpaksa pecah-pecahkan entry ini kepada beberapa bahagian kerana terlalu banyak yang nak disentuh. Jadi untuk mengelakkan ia menjadi terlalu panjang, aku carita part by part.
1) Cartridge Player
Mungkin yang lapis-lapis aku, tak sempat dengan benda ni. Tapi inilah 'pemain lagu' sebelum wujudnya kaset. Ada versi stand alone, ada yang untuk dalam kereta. Malah masa diawal kewujudan kaset sekitar tahun 70-an, agak susah untuk pemilik cartridge player untuk berubah. Jadi diorang terpaksa menggunakan slot converter yang dicucuk kedalam cartridge player ni supaya boleh memainkan kaset. (Lebih kurang macam converter memory card reader tu la keadaannya lebih kurang)
2) Kaset a.k.a Compact Cassette
Kaset atau lebih popular dipanggil dengan panggilan 'tape', mula diperkenalkan oleh syarikat Philip pada sekitar tahun 1964. Ia akhirnya menjadi medium untuk merakamkan lagu yang paling popular pada tahun 1970-an ke 1990-an. Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik satu kaset original bernilai RM7.90 tapi kalau yg 'local' (kenapa dulu kita sebut barang cetak rompak sebagai 'barang local' ek?) yang kulit takde inlay lirik tu cuma RM3 je satu. Masa tu kalau rumah papan, kat dinding tu rentang jer tali, pas tuh susun kaset macam kat kedai kaset jer kaedahnya. 'Tape kosong' (ada 2 jenis, yang 60 minit dengan yang 90 minit) pun cukup laris masa tu sebab nak rekod lagu-lagu dari rancangan 'Pilihan Bersama' kat radio musik. Memula check dulu list lagu apa yang akan dimainkan oleh DJ malam tu dari surat khabar, pas tu stanby untuk rekod. Hehehe. Korang cam aku gak ker? Jika orang tanya aku bagaimana matinya era tape kaset ni, aku akan kata ia mati bukan kerana kehadiran CD, sebaliknya ia mati akibat MP3. :p~
3) LP Player
Sebelum LP Player, alat pemain piring hitam cam yang dalam cerita P.Ramlee tu lah. Yang corong besar tu. Rumah To'ki aku ada sebijik dulu. Tapi masa tu aku kecik lagi. Dia pun dah ada mini compo time tu. Dah tak pernah nampak dia mainkan menatang tu. Tapi aku jumpa balik LP Player masa duduk kat Section 2 Shah Alam masa study kat UiTM. Time tu aku duduk serumah dengan editor fanzine hardcore tajuk XFORUMx (nama die eddie gak). So dia ni banyak trade stuff dengan inde band dari oversea dan most of them still guna 6" dengan 12" LP. Katanya kualiti sound lebih bagus. So kebetulan masa tu Brader Rosli (tuan rumah kitorang sewa tu) ada LP Player kat bahagian atas slot HiFi dia. So memang jadi bahan untuk meng-convert LP ke Kaset la.
4) Mini Compo
Hehehe. Sebut Mini Compo jer mesti ada antara kita yang dah terimbau ke belakang. Yer la. Terminology Mini Compo tu sendiri sangat-sangatlah popular dizaman awal 80-an dulu. Zaman-zaman gila-gila remaja, zaman-zaman Azura, di era 'breakdance' time tu. Dak-dak muda sure jenjeng sambil jalan. Ada yang letak atas bahu lah. Pas tuh duduk kat benteng, 5,6 orang buat breakdance. Hehehe. Kalau rumah Cik Kiah ada, Cik Bedah pun mesti beli gak sebijik. Biar pakai TV Itam Putih takper, janji ada Mini Compo! Time-time ni kalau nak berkelah jer, cam takde tempat lain selain dari Pantai PD dengan Pantai Morib. Pohpaleh...
5) TV Hitam Putih
Aku dah lupa cap apa TV yang kat rumah aku masa kecik-kecik dulu. Tapi rasanya time tu 2 jer brand yang popular. SHARP dengan SINGER. Semua stok main 'pulas' punya bila tiap kali nak alih siaran. Mujurnya siaran cuma ada 2 jer. TV1 dengan TV2. TV3 ada.... tapi kenalah sambung dua galah area TV tu, pas tuh jangan lupa letak tudung periuk untuk 'boost-up'kan tahap penerimaan gelombang dia. Time tu, kalau korang nampak rumah yang area TV dia ada tudung periuk, boleh la gi menumpang tengok TV3 dekat rumah dia. Siapa yang bagi kaedah ni aku tak tahu lah. Tapi aku tengok memang ramai yang buat macam tu. Rumah aku guna yang cam gambar kat atas tuh. Tapi masa aku darjah 2 TV tu rosak. Terus Hitomi (mak aku) convert jadik gobok tempat letak baju. Ahaks.
6) Walkman
Mungkin inilah produk yang telah menjatuhkan generasi mini compo. Ahaks! Dulu kalau masa study kat university, tak sah rasanya kalau takde walkman ni. Lecture bagi lecture kat depan, kita sibuk dengar lagu Carburator Dung. Tak pun tape Nirvana. Tapi skang, try la search gambar walkman kat google, korang akan jumpa hanset sony erricsson la jawabnya!
7) Discman
Discman merupakan gelaran yang diberikan kepada produk pemain cd mudah alih yang mula-mula diperkenalkan oleh syarikat Sony. Masa aku study di Uitm dulu, dak-dak biasa, cuma mampu usung Sony Walkman jer. Yang high class sket, leh la kendong Discman ni. Tapi skang, saper yang nak usung discman yang gedabak cengginih bila masing-masing dah ada MP3 Player yang boleh muat masuk lubang hidung? Paling tidak, semua handphone mesti ada memory card ber-gig-gig punya untuk save lagu. Nak.. akhirnyaDiscman pun menjadi salah satu produk yang dah tak relevan lagi.
8) Video Player
Wah.. cukup susah nak dapatkan gambar 'video player' kat google sekarang ni kalau kita hanya type keyword 'video player'. Sebab korang akan dapat result gambar software jer semuanya. youtube video player lah... VLC video player la.. Window media player etc. Tapi apa yang aku maksudkan adalah VHS Video Player. Dulu masa aku sekolah, tak semua rumah ada benda ni. Rumah orang kaya jer ada. Ada sekali tu Tenno Gelap beli sebijik, bayar ansuran. Harganya dalam Rm900 lebih jer, tapi sebab bayar sket-sket sampai cecah RM2000 lebih jadinya. Tapi tenno terang tak bayar habih pun. sebab baru pakai 4,5 bulan dah rosak, so terus dia takmo bayar. Yang tukang kutip hutang tu pun orang sekampung gak, last-last burn cenggitu jer. 3,4 Tahun lepas daripada tu, masa aku study kat Uitm, aku belikan sebijik video player guna duit loan PTPTN untuk letak kat kampung. Harga Rm200 jer. Giler jauh beza dengan harga yang Tenno Gelap beli dulu.
9) Video tape kosong
Haaa.. bila ada video player, maka akan adalah tape kosong. Yer lah.. Dulu kalau nak beli tape cerita yang original, harga dia RM19.90 satu. Kalu yang cetak rombak, RM10 satu kalau beli kat Petaling Street. Aku kalau time sekolah nak cuti, rajin la duk beli video tape kat Jalan Petaling Street (JPS) ni untuk bawak balik kampung masa study kat Asrama Semai Bakti dulu. Tapi takleh beli selalu-selalu sebab mahal. So tape kosong ni la yang jadi bahan untuk merakam segala cerita yang keluar kat TV. Biasanya bila aku dah record, aku akan labelkan kat tape tu. Tapi bila aku balik semula dari asrama time cuti, bila aku pasang balik, mesti dah jadi cerita Hindustan!! Tenno Gelap nyer kerja la ni....
Camana...? ada kisah aku yang ada persamaan dengan korang? Wait.. tunggu part 2. :)
2. It's back to the grind for Ronaldo Brazilian striker Ronaldo said on Wednesday he had recovered from his knee injury and was ready for the painful battle to regain...
8. Bruising win for Nadal World number one Rafael Nadal advanced to his first US Open semi-final by battling back to defeat 35th-ranked American Mardy Fish 3-6,...
1. Ahmad: Why should I apologise? Bukit Bendera Umno division chief Datuk Ahmad Ismail has refused to apologise over his racist remark calling the Chinese community “immigrants who...
2. Fuming over secret camera in toilet Tutors and students of a driving school here got a shock when they discovered a surveillance camera secretly set up in the...
7. Let MPs go on the trip: PM Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said the Barisan Nasional MPs who want to go on an overseas study trip should...
8. Ahmad: I was referring to history Bukit Bendera Umno division chief Datuk Ahmad Ismail says he was merely referring to the country's history before Merdeka, when Chinese were...