Eh! Apa tajuk posting cam ni plak yang aku bubuh nih. Takper. Jap lagi aku terangkan. Actually topic ni mungkin dah 'agak basi', tapi tak berkesempatan nak menulis sebab balik kampung. Kat kampung surf guna laptop, memang khas untuk buat kerja jer. Nak menyelam atau update blog memang agak kurang sesuai.
Pasal apa ni? Pasal apa lagi kalau bukan pasal Sumpah Laknat si Saiful. Ish! Menyebutkan nama sumpahannya pun dah meremang bulu tengkuk aku. Meh kita baca balik lafaz sumpah budak yang kantoi kolej ni.
Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.
Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.
Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah.
Angkat sumpah ini dibuat atas kerelaan saya sendiri bagi menagkkan kebenaran sebagai seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia.
Saya juga amat memahami akibat bersumpah dengan nama Allah ini di mana jika ia tidak benar dan ciptaan saya, maka saya akan dilaknat dan ditimpa malapetaka serta bencana kepada diri saya, keluarga serta keturunan saya selamanya oleh Allah
Kata Mohd Saiful Bukhari bin Azlan (Jumaat, 15 Ogos 2008).
Tak meremang bulu tengkok korang membaca lafaz sumpah dia ni? MasyaAllah... Sangat dahsyat. Aku tak nak komen pasal sumpah ni sebab ini soal agama.. soal akidah... Marilah kita rujuk pendapat orang yang ternyata arif dalam bidang ini.
Nama Artis: Malique (Too Phat) featuring M. Nasir Nama Lagu: Mantera Beradu (2008)
Vanue: Meja makan. Situasi: Daddy baru habis makan, dah cuci tangan. Mummy tengah suapkan adik kentang lenyek. Danish sedang 'termonyeh-monyeh' cuba menghabiskan nasiknya.
Mummy: Abang.. amik adik ni jap.. (sambil passing adik kat aku) Danish: Abang.. dah! (sambil berdiri atas baby chair dia dan mengibas-ngibas nasik yang melekat kat baju dia.
Kalau 10 tahun dulu aku pelik nama bini dia panggil dia 'Papa' dan dia panggil bini sendiri 'Mama'. Skang bila dah ada anak, baru tau kenapa... Buku kat atas tuh hanya ilustrasi sahaja. Aku tak jual ebOOk. Nantilah.. Ada masa aku kongsikan pengalaman aku sebagai seorang Daddy.. mungkin berguna kepada orang yang 'baru dadik ayah'.
Umur antara 2 hingga 3 tahun merupakan 'period hantu paku' bagi kanak-kanak. Beerti dalam tempoh ini diorang cukup suka mengajuk dan meniru apa yang korang buat. Jadi memanjanglah Daddy 'kena kontrol napas'.
Nama Band: Kalahari Nama Lagu: Kesucian Cinta Tiada Tandingan (1990)
Saya mula ceburi Online Marketing secara total sejak saya mula mengenali MyMode. Masa tu saya bolehlah dikatakan dilakangan orang-orang yang terawal mengembangkan rangkaian perniagaan dengan pendekatan online menggunakan website. Pada masa itu, semuanya masih baru. Dan lazimnya semua benda baru, masih ramai yang belum tahu.
Lantaran itulah di masa itu pengiklanan melalui YahooGroups masih efective. Pengiklanan melalui email masih memberikan impak yang kuat. Apa lagi sekiranya anda berani mengeluarkan modal untuk pengiklanan berbayar di Website Berita Harian, Harian Metro atau Harakah Online. namun sekarang aku dapati feedback yang diterima berbanding kos yang terpaksa dikeluarkan agak tidak berbaloi. Jadi aku perlu kaedah lain yg lebih efective.
Sebelum ini, berbagai promosi yang datang kepada saya. Baik dari MasterEload, MobileWallet, CeramicClub, Empay, Jual Minyak Jimat Minyak, Skim derma, Perigi duit, sampailah ke ternak lintah, kambing dan sebagainya. baik dari serendah-rendah agent, sampai la kepada founder program tersebut yang berjumpa sendiri dengan saya. Tapi tiada satupun yang mampu mencuri perhatian saya sampailah hari ini bila seorang teman yang sama-sama buat MyMode memperkenalkan satu program yang dipanggil bulk sms (sms pukal).
Yang mana nampak lebih meyakinkan?
AWAS!! Jangan gunakan nama Company bukan milik anda seperti MyMode, Astro, Hotlink, Celcom, TV3, Prepaid4U dan sebagainya kerana anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
mybulksms.biz merupakan platform bagi anda yang berminat untuk menambahkan pendapatan dengan menjadi agen pemasaran bagi menyediakan perkhidmatan sistem Bulk SMS kepada individu, agen, syarikat dan sesiapa sahaja yang ingin menggunakan sistem tersebut.
Sistem bulk SMS membolehkan penghantaran SMS menggunakan komputer anda. Bukan hanya penghantaran SMS kepada satu penerima sahaja malah beribu-ribu penerima dengan beberapa klik sahaja. Bukan itu sahaja, anda boleh membuat sebarang nama sebagai "Sender id". Boleh digunakan bagi perniagaan, promosi, peribadi atau apa-apa tujuan hebahan. Sistem ini dilengkapi dengan berbagai aplikasi SMS/MMS seperti phone book, baki kredit, SMS peringatan, SMS scheduler, penghantaran bisnes kad, laporan berkaitan dan banyak lagi.
Untuk mendaftar menjadi ahli mybulksms.biz, anda dikenakan bayaran sebanyak RM250. Dengan jumlah itu, anda mendapat pakej permulaan yang bernilai RM2,000 iaitu:
Selepas tamat 250 credit yang sedia ada, kita boleh menambah nilai dalam akaun kita dengan kos hanya serendah RM12 untuk setiap 100 Bulk SMS ke mana-mana telco di Malaysia.
Ini memang sistem yang saya cari untuk mempromosikan perniagaan mymode saya setelah saya pastikan memang promosi cara SMS memberikan impak yang lebih besar berbanding Email. Tetapi apa yang menarik perhatian saya kepada sistem yang ditawarkan oleh mybulksms.biz adalah pelan pemasaran affiliate nya. Jadi, disamping saya memerlukan sistem ini untuk perniagaan saya, malah ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan yang lain pula. Ini pada saya merupakan satu bonus memandangkan senario hari ini, saya yakin perkhidmatan sebegini memang di cari-cari oleh usahawan-usahawan terutama usahawan online.
Secara lazimnya incentive tajaan yang ditawarkan terbahagi kepada 2 peringkat.
1) Direct Sponsor
- Sebanyak RM70 setiap seorang. - Bukan itu sahaja, Tambahan sebanyak RM100 setiap kali anda berjaya mendapatkan 3 orang direct sponsor. - Limit tajaan Direct Downline, Tiada Had! (rujuk gambarajah dibawah)
2) Spillover Auto Downline
- Matrik Force 3 X 10. - RM10 untuk setiap soorang sampai level 10 - Tak kira downlie siapa pun akan disusun mengikut turutan Force Matrix 3 X 10 (siapa dulu dapat dulu) - Plan pasif pada yang tak pandai menaja. (rujuk gambarajah dibawah)
Simulasi pendapatan untuk plan Spillover Auto Downline. Nampak mustahil untuk memenuhi 59 ribu orang ahli? Betul. Saya juga merasakan begitu suatu masa dahulu. Sehinggalah kini apabila setelah 2 tahun downline MyMode saya telah menjangkat ke angka 65 ribu orang ahli, barulah saya yakin tiada apa yang mustahil. Tak kisahlah setahun atau 2 tahun... Lama ker 2 tahun untuk mengumpul RM800 ribu?
Bagaimana susunan Spillover dibuat?
Anda rujuk carta di atas sebagai contoh bagaimana susunan matrix dari kiri ke kanan dibuat secara auto placement.
Katakan Si (A) mendapat 3 orang downline iaitu B, C dan D (MERAH).
Katakan D mendapat 3 orang iaitu E, F dan G (HIJAU). Lihat dengan teliti bagaimana penyusunan dibuat. Disebabkan spillover, susunan dibuat di bawah B.
Katakan F pula berjaya mendapat 4 penajaan iaitu H, I, J dan K.(KUNING). Disusun berbaris dari kiri ke kanan di bawah C dan D.
Katakan C pula mendapat 1 Penajaan iaitu L (UNGU). Diletakkan di bawah D.
Katakan J pula mendapat 4 Penajaan iaitu M, N, O dan Q (BIRU). Selepas M diletakkan di bawah D dan spillover, N, O dan Q diletakkan di bawah E.
Begitulah seterusnya sehingga matrix 3 X 10 lengkap sepenuhnya bagi setiap pelanggan.
Lihat B, sehingga ini beliau telah mendapat RM60 dan berpeluang mendapat sehingga RM885,720 walaupun tidak membuat sebarang penajaan.
Bagaimana pula D cari downline, tapi dapat kat B? Rugilah si D?
Tidak... Jangan lupa D tetap dapat RM70 seorang bagi setiap downline yang dicarinya sendiri sedangkan B tak dapat yang itu. Pelan Spillover ini hanya sebagai satu bonus sahaja dan dalam masa yang sama membuatkan setiap orang boleh dapat income pasif.
So dari sini saya lihat prospek terdiri dari 3 bahagian.
Orang yg memang mencari poerkhidmatan begini untuk mempromosikan perniagaan mereka. - Masih tetap menguntungkan daripada subscripe plan peiklanan bulk sms di tempat lain sebab yg lain tiada pelan affiliate.
Orang yang memang berniat untuk nak Duduk Diam-Diam Dapat Duit - Kalau anda dari golongan ni, maka sendiri mau ingatlat untuk register awal-awal. Sebab lazimnya sistem auto downline spillover force matrix begini memang memberikan keuntungan lebih kepada orang yang join awal. Tapi kalau lambat pun, apa nak heran... anda sendiri yang memilih untuk 'Duduk Diam-Diam', so... jangan la nak bising pulak, yer tak?
Orang yang nak gunakan sistem, disamping nak konsentrate buat penajaan langsung untuk insentif yang lebih lumayan. - Golongan ni baik join awal ke, join lambat ker, memang tetap akan berjaya insyaAllah.
Nama Band: Five Rockers Union (FRU) Nama Lagu: Di hari Minda Ku Terbuka (1988) Ni la band asal Hattan kalau korang nak tahu.
Okey... nostalgia kini bersambung ke part yang ke-2. Kali ni dengan tema yang relate dengan diri aku pasal komputer. Dan apa yang aku paparkan disini mungkin juga ada kena mengena dengan korang jugak. Meh la sesama kita imbau kenangan silam. Ahaks~!
1) Generasi disket.
Yang besar sekali tu nama dia CRV Disk. Atau ada juga yg memanggilnya 8 inch Disk. Gila besarkan? Sampai 8 inci untuk ruang storage 1.2MB. hehehe. Aku dah tak sempat dengan zaman ni. Tapi pakcik-makcik pegawai kerajaan yang dah berkhidmat lebih 20 tahun mungkin ada yg sempat kot? Yang kedua besar tu, dulu kita panggil dia cakera liut. Atau 5 quater inch disk. Ruang storage 1.2MB jugak. Yang ni aku sempat. Masa tu aku tingkatan satu kat Asrama Semai Bakti KL. Kelas komputer masa tu ajar guna windows 32. Semua kena type command. Nak buat tulisan warna-warni pun berjela command dia. dah la nak kena ingat color code bagai. isk! Dan yang terakhir tuh, masih ada di pasaran kini iaitu disket 3 and half inch yang kita cucuk kat floppy A drive tu. Well, ada lagi orang guna disket sekarang nih? I believe 1 or 2 years from now, buadak yg baru kenal komputer takkan pernah tahu apa itu disket lagi.
2) Floppy A Drive
Ada disket, maka perlulah ada readernya. Ni la Floppy A drive yang digunakan untuk membaca disket 3 1/2". Masih ada komputer yang mempunyainya, tapi aku yakin masing-masing dah mula untuk tidak menggunakannya dengan wujudnya replacement kepada disket ini yang digelar Thumbdrive.
Kalau korang perasan, kalau beli PC clone kat Lowyatt sekarang nih floppy A akan di gantikan dengan 'All-in-on memory card reader' dan bukannya floppy A lagi. Kenapa? Floppy A mudah rosak, file mudah corrupt, mudak dijangkiti virus dah sukar untuk disimpan. Aku ingat lagi bagaimana aku hampir separuh gila bila disket yang aku gunakan untuk menyimpan thesis aku yang setebal 157 muka surat tiba-tiba di delete oleh norton anti-virus kerana kononnya file tu mempunyai virus. Rasa nak menangis time tu bila mengenangkan aku kena taip semula thesis aku tu. Mujur brader CC tempat aku selalu lepak tuh boleh recover semula file aku.
3) Discette Case (Bekas Disket)
Masa kerja MOSTI dulu aku ada 2 bekas disket nih. Macam-macam disket ada dalam tu. Actually bukan aku punya tapi x-officer yang aku replace. Pelik aku kenapa budak lama tuh save semua dalam disket. Bila aku baca satu-satu label dekat disket, nak gelak pun ada: - Template Memo kepada YB Menteri - Template surat panggilan mesyuarat jawatankuasa bla.. bla.. bla.. - Contoh memo tempah bilik mesyuarat - template borang claim perjalanan - Contoh surat pengesahan bujang
Pergh.. semua nak simpan dalam disket. Seribu disket pun tak cukup kalau cam nih. Masa aku take over jer, perkara pertama yang aku buat, format PC tuh, buat 2 partition (Drive C dengan Drive D) dan semua file aku save kat dalam drive D. Aku buat sendiri jer. Kalau mintak bebudak Unit IT yang buatkan, banyak la pulak soalannya nanti. Skang nih aku rasa bekas-bekas disket nih semua dah leh buat tukun. Tak pun buat jadi bekas letak duit syilling atau barang kemas.
2. It's back to the grind for Ronaldo Brazilian striker Ronaldo said on Wednesday he had recovered from his knee injury and was ready for the painful battle to regain...
8. Bruising win for Nadal World number one Rafael Nadal advanced to his first US Open semi-final by battling back to defeat 35th-ranked American Mardy Fish 3-6,...
1. Ahmad: Why should I apologise? Bukit Bendera Umno division chief Datuk Ahmad Ismail has refused to apologise over his racist remark calling the Chinese community “immigrants who...
2. Fuming over secret camera in toilet Tutors and students of a driving school here got a shock when they discovered a surveillance camera secretly set up in the...
7. Let MPs go on the trip: PM Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said the Barisan Nasional MPs who want to go on an overseas study trip should...
8. Ahmad: I was referring to history Bukit Bendera Umno division chief Datuk Ahmad Ismail says he was merely referring to the country's history before Merdeka, when Chinese were...