Ini lah dia Caller Ringtone yang sudah hampir setahun aku gunakan untuk nombor handphoneHotlink aku. Sebelum ni aku tak pernah suka atau setuju kalau bini aku sanggup subscribe caller ringtone RM3 sebulan. Tapi bila terdengar tone yang ni, langsung aku tertarik nak guna. Sedar tak sedar dah dekat setahun duk membayarnya. Ahaks!
Inilah dia tuan punya suara Caller Ringtone aku tu - Dian Sastrowardoyo
Kepada yang biasa menghubungi aku, mungkin korang dah biasa mendengar caller ringtone ni. Apa yang nak aku kongsikan disini adalah pengalaman aku sepanjang aku menggunakan caller ringtone ni. Memang banyak yang kelakar sebenarnya,
Tenno Gelap (Abah aku) call. Bila aku angkat jer, dengar suara dia cakap dengan mak aku "Ntah...? Budak Indon yang angkat...". Tu kang ada yang dia ingat dia call salah nombor plak tu kang.
Kebetulan sebelum ni, memang ada dak perempuan Indonesia yang kerja jaga Butik bini aku. Abis tu masa balik kampung mak tanya aku "Kenapa tiap kali telepon ke Der (Uda), pekerja Yanie tu yang angkat?" Hah! lagi haru!
Adik aku call. Bila aku angkat telepon diorang leh sound "Laa.. kenapa Der angkat cepat sangat. Orang nak dengar suara Indon tu.. Hik hik hik" Hampeh! Call aku semata-mata nak dengar aku nyer Caller ringtone rupanya!
Downline mymode call. Aku angkat dengar dia duduk berborak dengan caller ringtone aku "Betul ker ini nombor 017.. bla.. bla.. bla.." Selamba aku sound dia "Akak borak dengan saya punya Caller Ringtone ker?" Gelak sakan dia.
Orang pejabat peguam yang uruskan loan rumah aku terpaksa delay untuk tandatangan agreement sebab setiap kali call, ada minah Indon kata aku tidur lagi. Selamba aku cakap "Ooo.. memang la.. office saya bukak pukul 2 petang."
"Hello.. ini nombor En. Adi ker..?" Dengar orang tanya macam nih dengan caller ringtone aku memang perkara biasa la.
Kalau orang call aku pagi, biasanya bini aku akan angkat. Langsung bila dia cakap "Hello.. hello.." orang yang call tu senyap jer sebab dia ingat bini aku ni pun caller ringtone jugak. Hampeh! Hahaha
Itu mana yang sempat bercakap dengan aku. Mana yang bila dengar jer suara awek Indon angkat terus letak telefon pun aku rasa tak kurang juga banyaknya bila aku tengok hari-hari tak kurang dari 10 ke 20 misscall kat handphone aku. Kekadang terasa gak nak tukar Caller ringtone lain. Cam sesetengah orang tu, sebulan kekadang 2,3 lagu tukar. Tapi buat masa ni belum ada 'sound' yang betul-betul menarik minat aku lagi.
Nama Penyanyi: Acha dan Irwansyah Nama Lagu: Menuju Puasa
3 tahun yang lepas, saya sering cemas bila ketibaan bulan Ramadhan. Ye lah... Banyak belanja bulan Ramadhan ni terutama untuk persiapan Hari Raya. Itu belum campur dengan perbelanjaan untuk balik kampung lagi. Kain untuk baju melayu, untuk baju kurung isteri, baju anak-anak (sure nak 'sedondon' punya satu family). Belum kira bab upah untuk tukang jahit lagi. Harga dari tahun ke tahun makin naik je. Nak beli yang dah siap, lagi mahal. Ah! tahun ni sepasang je baju baru dah la. Raya kedua guna baju lama! Tak pun pakai t-shirt je raya kedua. Langsir? Sarung kusyen baru? Ah! Guna yang tahun sebelumnya jer la. congak punya congak 2,3 ratus jugak kat situ...
Bulan puasa ni lagi di tahan nafsu makin menjadi-jadi pulak dia. Time bulan biasa reti pulak beli stock kat pasar basah untuk seminggu lepas tu masak sendiri. Tapi bila time puasa, perasaannya hari-hari nak gi ke pasar ramadhan beli ayam percik la, otak-otak la, tepung pelita la, murtabak la. Lauk yang masak dah sekian. Hilang kisah belanja 3-4 ratus sebulan untuk beli barang dapur, bulan puasa UP lagi extra RM300 untuk beli juadah berbuka. Congak punya congak 5,6 ratus jugak kat situ...
Stanby sikit duit untuk minyak dengan tol pergi balik kampung plus jalan-jalan rumah saudara. Mana yang balik ke utara, terasa macam nak bercinta je dengan perempuan jaga tol tu bagi dia lepaskan kita lalu secara percuma. Minyak dah la sekian. Dulu kalau balik, tuang full tank baru RM70. Skang full tank dah jadi RM120. Tu belum campur kos untuk beli 'minyak untuk jimat minyak lagi' (aku tak pernah percaya pada mender nih). Ada member kata leh campur minyak tanah, bagi jimat sikit tapi takut jahanam pulak enjin. Congak punya congak pergi balik 3,4 ratus jugak kat situ...
Stanby pula duit raya untuk adik-adik kat kampung (abang kerja KeyEl balik setahun sekali takkan la bagi RM5 jer abang?) So nak jaga standard punya pasal, gagahkan diri bagi kat adik-adik RM50 hengget sorang. 5 orang dah RM250 kat situ je. Nak hulur kat mak lagi? Takkan bagi kat mak RM50 jugak? Mesti kena 'UP' sket! Dah bagi kat mak, takkan takmo hulur kat abah pulak? Anak buah? Anak buah takper bagi RM5 jer sorang. Diorang kecik lagi. Congak punya congak 5,6 ratus jugak kat situ...
Mulalah draft atas kertas kira belanjawan. Isk! Pusing ikut mana pun Short jugak! Mujurnya gaji bulan ni bos bagi awal sempena menyambut raya katanya. So jarak dari gaji bulan lepas dalam 15 hari jer. Balance gaji lepas ada lagi, tambah pulak gaji bulan ni. Boleh la cover perbelanjaan hari raya. Dalam pada tu kita tak sedar yang lepas raya nanti terpaksa tunggu dekat 45 hari pulak untuk mendapatkan gaji bulan berikutnya. Duit dah habis dibelanjakan. Baru biru muka. Pampers anak pun kalau boleh recycle rasanya mau guna semula je untuk jimat belanja. Raya haji mulalah SMS kat bonda "Mak, tak dapat cuti... kena kerja". Padahal sebab takde budget dah nak balik...
Nama Band: Ariwatan Nama Lagu: Nyanyian Rebah (1989)
Ni la gambar ADSL modem Kasda (telekom punya modem) dan D-Link switch 4 port yang aku gunakan untuk connect streamyx dan buat networking untuk 2,3 PC dan laptop dalam rumah aku ni. Sedih kan? Memang patutlah tukar. Kalau tengokkan keadaan modem yang penutup pun dah hilang ntah kemana tu, nampak bukan main lagi. Arituh ada member yang tak berapa celik ITnya datang rumah terkejut tengok modem aku. Selamba jer aku cakap
"Kalau bukak tutup atas dia tu, sejuk sikit... baru connection internet laju.."
Melopong dia dengar aku kata cam tu. Ntah-ntah balik terus dia ikut ntah lah. Disebabkan modem dan switch yang saperate, korang leh imagine dengan wayar teleponnya.. cable networknya lagi.. wayar adapter lagi.. memang berselirat dibuatnya. Dahlah meja tempat aku letak modem ni sama tinggi dengan paras pinggang Danish jer. Nasib baiklah anak aku nih jenis takut kat aku reti bahasa la jugak. Bila sound kata jangan main, dia tak main.
2 minggu lepas gi jenjalan kat The Mines (Kedai-kedai komputer kat The Mines dah dipindahkan ke Tingkat 4 la pulak sama level dengan bowling. Dah la tu tak selonggok. Bersepah jer. Cam hampeh!), langsung beli Modem baru, BELKIN ADSL2+ Modem with Wireless-G Router. Modem + Router + Wireless + Switch. Senang. Guna satu jer untuk semua sekali. Wayar pun tak serabut,fungsi pun banyak. Harga pun baru RM240 (ni harga masa aku beli la. Skang mungkin dah murah lagi). Itu pun sempat call Moderator01 dulu mintak suggestion dia sebab dia baru lepas beli Lynsys nyer modem. Harga lebih kurang sama gak. Memandangkan Lynsys nyer brand takde kat kedai tu, dan lagi BELKIN nyer produk ada 'life time warranty' termasuk kena sambar kilat pun leh claim warranty, baik sambar BELKIN jer terus.
Allows you to connect to ADSL Internet access and share your highspeed connection, data files, and network peripherals without wires
Protects your network from outside intrusions by hackers using NAT and SPI firewalls
Allows you to connect up to 4 wired computers to your network with an integrated 10/100Base-T Ethernet switch
Works with and PCs and Macintosh® computers
Features advanced security modes including WPA Pre-Shared Key, WPA (Radius Server), 128-bit WEP, and 64-bit encryption
LifeTime Warranty
Installation & Configuration yang mudah dan user friendly. Nak buat port forwarding untuk utorrent dan bitcomet aku pun senang. Tak seperti modem yang aku guna sebelum ni.
Belia yang nyata bukan lagi remaja ini akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya pada 08-08-08 yang lalu. Poksu (Amir) ni aku kenal sejak tahun 1999 lagi di IRC. Masa tu aku founder kepada sebuah channel busuk yang bernama #newborn di webnet server. Dan Poksu pada masa tu salah seorang daripada penghuni channel aku yang terawal menggunakan nickname yang paling tak best iaitu 'Troot'. Lepas tuh barulah dia reti mempelbagaikan nick dia jadi macam-macam tapi yang paling glamer adalah 'happynightmare'.
Masa tu mIRC adalah hantu internet yang paling kuat sekali. Yer lah. Zaman tu tiada MySpace, tiada Frienster atau Facebook. YahooMesangger pun masih belum popular (zaman tu iM yang popular cuma ICQ). Kitorang masing-masing memang pen-chatting tegar lah kiranya. Channel #newborn tu pun walaupun kecik jer tapi banyak jugak lah activitinya. Siap ada website dan official script sendiri lagik. Time tuh baper kerat jer channel yang punya official website.
Dari IRC, ke real life, gathering, lepak, datang rumah, kerja sama-sama (watak Poksu ada dalam Journey Ngeri Daddy), last-last menusia yang asalnya hanya kawan di dunia cyber jadi cam adik-beradik. Malah jadi salah sorang dari anak angkat mak jugak. Sampai lah skang.
16hb Ogos 2008 yang lepas kitorang lambung ke Kemaman untuk majlis kenduri Poksu. Ni ada beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan. mummy tak pasal-pasal jadik mak andam ari tu. Ahaks! Semoga Poksu berbahgia kekal selamanya.
2. It's back to the grind for Ronaldo Brazilian striker Ronaldo said on Wednesday he had recovered from his knee injury and was ready for the painful battle to regain...
8. Bruising win for Nadal World number one Rafael Nadal advanced to his first US Open semi-final by battling back to defeat 35th-ranked American Mardy Fish 3-6,...
1. Ahmad: Why should I apologise? Bukit Bendera Umno division chief Datuk Ahmad Ismail has refused to apologise over his racist remark calling the Chinese community “immigrants who...
2. Fuming over secret camera in toilet Tutors and students of a driving school here got a shock when they discovered a surveillance camera secretly set up in the...
7. Let MPs go on the trip: PM Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said the Barisan Nasional MPs who want to go on an overseas study trip should...
8. Ahmad: I was referring to history Bukit Bendera Umno division chief Datuk Ahmad Ismail says he was merely referring to the country's history before Merdeka, when Chinese were...