Nama Penyanyi: Acha dan Irwansyah Nama Lagu: Menuju Puasa
3 tahun yang lepas, saya sering cemas bila ketibaan bulan Ramadhan. Ye lah... Banyak belanja bulan Ramadhan ni terutama untuk persiapan Hari Raya. Itu belum campur dengan perbelanjaan untuk balik kampung lagi. Kain untuk baju melayu, untuk baju kurung isteri, baju anak-anak (sure nak 'sedondon' punya satu family). Belum kira bab upah untuk tukang jahit lagi. Harga dari tahun ke tahun makin naik je. Nak beli yang dah siap, lagi mahal. Ah! tahun ni sepasang je baju baru dah la. Raya kedua guna baju lama! Tak pun pakai t-shirt je raya kedua. Langsir? Sarung kusyen baru? Ah! Guna yang tahun sebelumnya jer la. congak punya congak 2,3 ratus jugak kat situ...
Bulan puasa ni lagi di tahan nafsu makin menjadi-jadi pulak dia. Time bulan biasa reti pulak beli stock kat pasar basah untuk seminggu lepas tu masak sendiri. Tapi bila time puasa, perasaannya hari-hari nak gi ke pasar ramadhan beli ayam percik la, otak-otak la, tepung pelita la, murtabak la. Lauk yang masak dah sekian. Hilang kisah belanja 3-4 ratus sebulan untuk beli barang dapur, bulan puasa UP lagi extra RM300 untuk beli juadah berbuka. Congak punya congak 5,6 ratus jugak kat situ...
Stanby sikit duit untuk minyak dengan tol pergi balik kampung plus jalan-jalan rumah saudara. Mana yang balik ke utara, terasa macam nak bercinta je dengan perempuan jaga tol tu bagi dia lepaskan kita lalu secara percuma. Minyak dah la sekian. Dulu kalau balik, tuang full tank baru RM70. Skang full tank dah jadi RM120. Tu belum campur kos untuk beli 'minyak untuk jimat minyak lagi' (aku tak pernah percaya pada mender nih). Ada member kata leh campur minyak tanah, bagi jimat sikit tapi takut jahanam pulak enjin. Congak punya congak pergi balik 3,4 ratus jugak kat situ...
Stanby pula duit raya untuk adik-adik kat kampung (abang kerja KeyEl balik setahun sekali takkan la bagi RM5 jer abang?) So nak jaga standard punya pasal, gagahkan diri bagi kat adik-adik RM50 hengget sorang. 5 orang dah RM250 kat situ je. Nak hulur kat mak lagi? Takkan bagi kat mak RM50 jugak? Mesti kena 'UP' sket! Dah bagi kat mak, takkan takmo hulur kat abah pulak? Anak buah? Anak buah takper bagi RM5 jer sorang. Diorang kecik lagi. Congak punya congak 5,6 ratus jugak kat situ...
Mulalah draft atas kertas kira belanjawan. Isk! Pusing ikut mana pun Short jugak! Mujurnya gaji bulan ni bos bagi awal sempena menyambut raya katanya. So jarak dari gaji bulan lepas dalam 15 hari jer. Balance gaji lepas ada lagi, tambah pulak gaji bulan ni. Boleh la cover perbelanjaan hari raya. Dalam pada tu kita tak sedar yang lepas raya nanti terpaksa tunggu dekat 45 hari pulak untuk mendapatkan gaji bulan berikutnya. Duit dah habis dibelanjakan. Baru biru muka. Pampers anak pun kalau boleh recycle rasanya mau guna semula je untuk jimat belanja. Raya haji mulalah SMS kat bonda "Mak, tak dapat cuti... kena kerja". Padahal sebab takde budget dah nak balik...
Nama Band: Ariwatan Nama Lagu: Nyanyian Rebah (1989)
Ni la gambar ADSL modem Kasda (telekom punya modem) dan D-Link switch 4 port yang aku gunakan untuk connect streamyx dan buat networking untuk 2,3 PC dan laptop dalam rumah aku ni. Sedih kan? Memang patutlah tukar. Kalau tengokkan keadaan modem yang penutup pun dah hilang ntah kemana tu, nampak bukan main lagi. Arituh ada member yang tak berapa celik ITnya datang rumah terkejut tengok modem aku. Selamba jer aku cakap
"Kalau bukak tutup atas dia tu, sejuk sikit... baru connection internet laju.."
Melopong dia dengar aku kata cam tu. Ntah-ntah balik terus dia ikut ntah lah. Disebabkan modem dan switch yang saperate, korang leh imagine dengan wayar teleponnya.. cable networknya lagi.. wayar adapter lagi.. memang berselirat dibuatnya. Dahlah meja tempat aku letak modem ni sama tinggi dengan paras pinggang Danish jer. Nasib baiklah anak aku nih jenis takut kat aku reti bahasa la jugak. Bila sound kata jangan main, dia tak main.
2 minggu lepas gi jenjalan kat The Mines (Kedai-kedai komputer kat The Mines dah dipindahkan ke Tingkat 4 la pulak sama level dengan bowling. Dah la tu tak selonggok. Bersepah jer. Cam hampeh!), langsung beli Modem baru, BELKIN ADSL2+ Modem with Wireless-G Router. Modem + Router + Wireless + Switch. Senang. Guna satu jer untuk semua sekali. Wayar pun tak serabut,fungsi pun banyak. Harga pun baru RM240 (ni harga masa aku beli la. Skang mungkin dah murah lagi). Itu pun sempat call Moderator01 dulu mintak suggestion dia sebab dia baru lepas beli Lynsys nyer modem. Harga lebih kurang sama gak. Memandangkan Lynsys nyer brand takde kat kedai tu, dan lagi BELKIN nyer produk ada 'life time warranty' termasuk kena sambar kilat pun leh claim warranty, baik sambar BELKIN jer terus.
Allows you to connect to ADSL Internet access and share your highspeed connection, data files, and network peripherals without wires
Protects your network from outside intrusions by hackers using NAT and SPI firewalls
Allows you to connect up to 4 wired computers to your network with an integrated 10/100Base-T Ethernet switch
Works with and PCs and Macintosh® computers
Features advanced security modes including WPA Pre-Shared Key, WPA (Radius Server), 128-bit WEP, and 64-bit encryption
LifeTime Warranty
Installation & Configuration yang mudah dan user friendly. Nak buat port forwarding untuk utorrent dan bitcomet aku pun senang. Tak seperti modem yang aku guna sebelum ni.
Belia yang nyata bukan lagi remaja ini akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya pada 08-08-08 yang lalu. Poksu (Amir) ni aku kenal sejak tahun 1999 lagi di IRC. Masa tu aku founder kepada sebuah channel busuk yang bernama #newborn di webnet server. Dan Poksu pada masa tu salah seorang daripada penghuni channel aku yang terawal menggunakan nickname yang paling tak best iaitu 'Troot'. Lepas tuh barulah dia reti mempelbagaikan nick dia jadi macam-macam tapi yang paling glamer adalah 'happynightmare'.
Masa tu mIRC adalah hantu internet yang paling kuat sekali. Yer lah. Zaman tu tiada MySpace, tiada Frienster atau Facebook. YahooMesangger pun masih belum popular (zaman tu iM yang popular cuma ICQ). Kitorang masing-masing memang pen-chatting tegar lah kiranya. Channel #newborn tu pun walaupun kecik jer tapi banyak jugak lah activitinya. Siap ada website dan official script sendiri lagik. Time tuh baper kerat jer channel yang punya official website.
Dari IRC, ke real life, gathering, lepak, datang rumah, kerja sama-sama (watak Poksu ada dalam Journey Ngeri Daddy), last-last menusia yang asalnya hanya kawan di dunia cyber jadi cam adik-beradik. Malah jadi salah sorang dari anak angkat mak jugak. Sampai lah skang.
16hb Ogos 2008 yang lepas kitorang lambung ke Kemaman untuk majlis kenduri Poksu. Ni ada beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan. mummy tak pasal-pasal jadik mak andam ari tu. Ahaks! Semoga Poksu berbahgia kekal selamanya.
Eh! Apa tajuk posting cam ni plak yang aku bubuh nih. Takper. Jap lagi aku terangkan. Actually topic ni mungkin dah 'agak basi', tapi tak berkesempatan nak menulis sebab balik kampung. Kat kampung surf guna laptop, memang khas untuk buat kerja jer. Nak menyelam atau update blog memang agak kurang sesuai.
Pasal apa ni? Pasal apa lagi kalau bukan pasal Sumpah Laknat si Saiful. Ish! Menyebutkan nama sumpahannya pun dah meremang bulu tengkuk aku. Meh kita baca balik lafaz sumpah budak yang kantoi kolej ni.
Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.
Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.
Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah.
Angkat sumpah ini dibuat atas kerelaan saya sendiri bagi menagkkan kebenaran sebagai seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia.
Saya juga amat memahami akibat bersumpah dengan nama Allah ini di mana jika ia tidak benar dan ciptaan saya, maka saya akan dilaknat dan ditimpa malapetaka serta bencana kepada diri saya, keluarga serta keturunan saya selamanya oleh Allah
Kata Mohd Saiful Bukhari bin Azlan (Jumaat, 15 Ogos 2008).
Tak meremang bulu tengkok korang membaca lafaz sumpah dia ni? MasyaAllah... Sangat dahsyat. Aku tak nak komen pasal sumpah ni sebab ini soal agama.. soal akidah... Marilah kita rujuk pendapat orang yang ternyata arif dalam bidang ini.
3. Man United stay on course for quadruple Alex Ferguson may have said it was “not realistic” for Manchester United to win a unique European and domestic quadruple but he...
6. Villa: Let me fulfil my six-year deal Spanish international forward David Villa said on Sunday he wanted to stay with Valencia for “another six years” despite reports he will...
10. Downing hands in transfer request Middlesbrough's England winger Stewart Downing took a step closer to joining Premier League rivals Tottenham Hotspur by handing in a transfer request...
1. Luggage thief caught red-handed at KLIA A member of an international syndicate that steals luggage was caught red-handed after he snatched a bag at the KL International Airport.
3. Surcharge put off to March 1 Some 8,000 members with the Federation of Malaysian Schoolbus Operators Association have put off a 30% surcharge yesterday to March 1.
4. More questions over toll deals Confusion reigned at the library in the Works Ministry on the second day after toll agreements in the country were declassified.