Jumlah Hits: 703 kali
Hari ini saya ditanya oleh seorang downline melalui SMS,
Akum adi, maaf btanya dlm mymode brapa org dah jd jutawan sbb ada org dk kondem mymode,katanya mymode xda jutawan, saya dgr pun panas tlinga. Akhirnya saya ltak ayat skit2 lama2 jadi bukit. Errmm.. saya jawab senang jer. Jutawan saya tak pasti, tapi kalau dengan hanya mengekalkan cara hidup sebagai pengguna prepaid dan berpendapatan 5-angka, memang dah ramai dalam MyMode. Kemudian saya tanya dia, orang tu buat program apa? Jutawankah dia tu? Downline saya jawab,
Dia agen rafa, dia kata dia baru masuk 3 bln. Income dia dah 20000 sbln. Dia kata rafa dh ada jutawan. Mymode ada ka? Then saya kata dkt dia mymode mmg xda jutawan lg sbb bisnes mymode utk long term kami ramai akn jd jutawan. Product depa ada pakej rm2060, rm900, & pling murah rm320 Melihatkan penerangan ringkas tersebut, saya merasa agak lucu. Ternyata orang yg merasakan dirinya hebat itu dalam tak sedar rupanya 'agak bodoh' juga. Barang harga RM2000 dengan profit margin RM200-RM300 nak disamakan dengan barang harga RM10 yang margin profitnya cuma 20-30 sen. Bukankah bodoh namanya? Tidakkah bangang sekiranya tokey kedai kereta pergi 'menganjing' dengan tokey kedai otak-otak yang kononnya income dia lebih besar?
Dia cuba menggoyahkan sahabat saya ini dengan kenyataan yang kononnya program yang diceburi telah melahirkan ramai jutawan. Pada hemat saya kiranya orang yang berpendapatan antara RM85,000 sebulan dan keatas dan pembayar cukai pendapatan antara RM150,000 ke RM250,000 setahun. Wah hebat. Yang peliknya, saya sendiri baru first time dengar syarikat MLM yang bernama 'RAFA' ni. Seriously, bukan nak tipu. Secara tak langsung saya terfikir, bagaimana program seposen, dua posen MyMode boleh jadi jadi perhatian orang macam dia, sedangkan program juta-juta ni saya langsung tak tahu? Ahaks! Kalau CNI, Zhulian, biasalah dengar. Mungkin dia tak faham, dia 'buat rafa', hakikatnya amat berbeza dengan kami 'buat mymode'. Sebab kitorang tak buat MyMode pun sebenarnya. Kitorang hanya pengguna prepaid handphone biasa jer. Bezanya kami tak beli topup dikedai, sebab kitorang masing-masing ada kedai topup bergerak 24 jam guna SMS je. Hakikatnya, buat mymode ker, tak buat ker, kitorang tetap pakai prepaid. Dan kami bukanlah golongan orang yang terpaksa telan 'makanan kesihatan' setiap pagi semata-mata sebab dah 'terbeli' dengan harga RM300-RM400 sebotol. Saya pasti orang yang join MyMode tak mimpikan untuk jadi jutawan (angan-angan perlulah realistik bro...) cuma sekadar mahukan 'kebebasan kewangan' sahaja. Seharusnya dia lebih bijak dalam process 'closing' ni. Harus lebih professional. Tak perlu condemn apa perniagaan yang orang lain buat. Saya sendiri selama ini tak pernah kata MLM lain tidak bagus. Saya sendiri pernah menyertai CNI, Zhulian dan beberapa MLM lain lagi yang mana memang terbukti ramai jutawan telah dihasilkan. Cuma saya merasakan ianya terlalu susah untuk saya melakukannya. Ianya bukan untuk orang yang macam saya. Tapi takde lah saya condemn mereka. Kalau begini caranya dia approach saya sebagai prospect, ilang kisah nak join, lagi meluat lagi adalah. Bila timbul isu ni, tertarik saya untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai RAFA ni. Meng-google lah saya... Dari apa yang saya jumpa, company ni baru dilancarkan pada March 2007 (sorry kalau salah. Sebab memang dalam website rasmi korang pun takde state mengenai latar belakang company. Jumpa ni pun dari 3rd party blog) dan produknya? Macam biasa... 'Makanan kesihatan'!!CNI yang top tu pun memerlukan 18 tahun untuk melahirkan tak sampai 40 orang 'intan jutawan'. Company ni dahsyat, setahun jagung pun dah ramai millionaire kononnya. Okey la tu. Tak kisahlah. Ko jaja lah kisah jutawan korang tu dan dalam masa yang sama cari lah seramai yang boleh orang yang nak kaya cepat yang sangup untuk invest RM2060 kalau dapat. pas tu esok, biar dia pulak mengelupur nak cari orang lain. Yang nyata, dengan sistem binary dan pairing korang ala-ala piramid scheme tu, memang logik akan ada yang jadi jutawan, tapi the first two level jer la kot? Anyway, all the best. Kebelakangan ini terlalu banyak program 'money game' dan 'sistem piramid' yang bertopengkan MLM dan berwayangkan produk-produk yang tak masuk dek akal. Yang peliknya bukan produk yang jadi bahan marketing point, sebaliknya pakej yang beharga beribu-ribu dengan janji pulangan tetap sehingga setengah juta dalam tempoh 5,6 bulan. Akal yang waras biasanya dapat menilai, cuma kadang-kala nafsu dan kehendak nak cepat kaya membuatkan kita jadi buta. Lantas memperalatkan orang lain untuk memastikan kejayaan kita.
» 5 Comments
1"usaha tangga kejayaan" at Friday, 02 May 2008 23:39
ako xnafikan apa2 perniagaan MLM ni mmg leh wat jadik jutawan... tapi mane ade nak jadi jutawan ngan cepat...easy get, easy go... so, ako pon bnyak da org rekomen join MLM diorg, smua sbb tgok ako wat bisnes mymode ni ako cepat leh dapat downline.so diorg ajak ako pon sbb nak amik kesempatan.no way man... ako da study bisnes mymode ni ,mmg bisnes ni xmenyusahkan agent dia. just beli topup, paling tidak pon tuk diri sendiri jek... so idup mymode!!!idup p4u!!!
2Comment at Sunday, 04 May 2008 15:36
hehe..tul tuh bro. nampak pendek akal je bandingkan mymode dengan mender tuh. jujur aku cakap, kalau bukan sebab aku mesti topup prepaid selalu, aku tak join mymode. itu memang sasaran awal aku masa masuk, nak senang topup, dapat beli topup diskaun setiap masa, pun dah ok sangat. tapi bila dah masuk, dah nampak potensi, sambil2 la promote. kalau takde yang join dulu pun, aku sebenarny tak kisah. dan masih terus aktif topup diri sendiri. MyMode totally berbeza dengan mender2 camtuh..kita guna barang yang wajib guna, bukan guna barang barang yang terpaksa diguna ;) peluang dah ada depan mata, sambil topup,sambil dapat untung, tak nak ker? sendiri jawab la ye :)
3Comment at Wednesday, 07 May 2008 03:33
Tu la pasal. Aku tak faham betul lah dengan orang-orang macam nih. Tak pe kalau dia rasakan apa yang dia buat tu betul. Tapi jagan lah kondem usaha yang orang lain buat. Nak promote, promote jer la. Ni bila sampai macam memaksa nak suruh kita join, buat aku tertany-tanya "apasal yang diorang desperate sangat ni?" Korang pernah dengar tak kempen yang berbunyi begini: "TERBARU! HEBAT! MODAL HANYA RMXXX DAN BOLEH DAPAT RMXXX,XXX DALAM MASA 3 BULAN. TAK PERLU MENAJA, TAK PERLU CARI DOWNLINE. SERTAI SEKARANG.. BLA.. BLA.. BLA.." Pelik tak, dalam pada dia kata tak perlu cari downline, dia sendiri sibuk duk kempen sana sini nak suruh orang join. Tak masuk akal kan?
4"Senior CM" at Friday, 09 May 2008 21:33
Akum,Adi, terima kasih kerana memasukkan persoalan yang saya hantarkan kepada adi, memang perkara ini saya berdebat dengannya didalam mesej sehinggakan orang yang cuba promote saya dengan RAFA itu tidak lagi menjawab mesej saya bila saya letak ayat, tak rugi orang yang bersabar, kerana dari sikit, lama-lama akan jadi bukit. saya cuma maklumkan kepadanya bahawa kita bukanlah nak cari kekayaan,tapi cuma nak mencari kebebasan kewangan, alhamdulillah macam sekarang saya dah pangkat Sr.CM saya dah nampak kebebasan kewangan saya. ya la tujuan saya menyertai mymode ini ialah untuk anak&isteri saya, kerana saya ada seorang pesakit Leukimia, jadi seandainya saya telah tiada maka isteri&anak saya boleh mewarisi MyMode ini. Terima kasih kepada Adi, kerana banyak memberi tunjuk ajar,(Syed Langkawi) 0175775441 kalau mai langkawi contact lah kita
5Comment at Sunday, 11 May 2008 00:31
duk langkawi ker? arituh ada gak gi langkawi, cuti-cuti malaysia la kononnya. kalau tahu leh call masa tu mintak blanjer teh ais. hehehehe. bro, mana ada usaha dan kerja keras, disitu adanya nusrah Allah... percayalah.
» Post Comment
|