| Dilema Menjelang Ramadhan |
|
|
|
| Written by Eddie rEStiNPeaCe | |
| Friday, 22 August 2008 | |
|
Jumlah Hits: 416 kali
Nama Lagu: Menuju Puasa 3 tahun yang lepas, saya sering cemas bila ketibaan bulan Ramadhan. Ye lah... Banyak belanja bulan Ramadhan ni terutama untuk persiapan Hari Raya. Itu belum campur dengan perbelanjaan untuk balik kampung lagi. Kain untuk baju melayu, untuk baju kurung isteri, baju anak-anak (sure nak 'sedondon' punya satu family). Belum kira bab upah untuk tukang jahit lagi. Harga dari tahun ke tahun makin naik je. Nak beli yang dah siap, lagi mahal. Ah! tahun ni sepasang je baju baru dah la. Raya kedua guna baju lama! Tak pun pakai t-shirt je raya kedua. Langsir? Sarung kusyen baru? Ah! Guna yang tahun sebelumnya jer la. congak punya congak 2,3 ratus jugak kat situ... Bulan puasa ni lagi di tahan nafsu makin menjadi-jadi pulak dia. Time bulan biasa reti pulak beli stock kat pasar basah untuk seminggu lepas tu masak sendiri. Tapi bila time puasa, perasaannya hari-hari nak gi ke pasar ramadhan beli ayam percik la, otak-otak la, tepung pelita la, murtabak la. Lauk yang masak dah sekian. Hilang kisah belanja 3-4 ratus sebulan untuk beli barang dapur, bulan puasa UP lagi extra RM300 untuk beli juadah berbuka. Congak punya congak 5,6 ratus jugak kat situ... Stanby sikit duit untuk minyak dengan tol pergi balik kampung plus jalan-jalan rumah saudara. Mana yang balik ke utara, terasa macam nak bercinta je dengan perempuan jaga tol tu bagi dia lepaskan kita lalu secara percuma. Minyak dah la sekian. Dulu kalau balik, tuang full tank baru RM70. Skang full tank dah jadi RM120. Tu belum campur kos untuk beli 'minyak untuk jimat minyak lagi' (aku tak pernah percaya pada mender nih). Ada member kata leh campur minyak tanah, bagi jimat sikit tapi takut jahanam pulak enjin. Congak punya congak pergi balik 3,4 ratus jugak kat situ... Stanby pula duit raya untuk adik-adik kat kampung (abang kerja KeyEl balik setahun sekali takkan la bagi RM5 jer abang?) So nak jaga standard punya pasal, gagahkan diri bagi kat adik-adik RM50 hengget sorang. 5 orang dah RM250 kat situ je. Nak hulur kat mak lagi? Takkan bagi kat mak RM50 jugak? Mesti kena 'UP' sket! Dah bagi kat mak, takkan takmo hulur kat abah pulak? Anak buah? Anak buah takper bagi RM5 jer sorang. Diorang kecik lagi. Congak punya congak 5,6 ratus jugak kat situ... Mulalah draft atas kertas kira belanjawan. Isk! Pusing ikut mana pun Short jugak! Mujurnya gaji bulan ni bos bagi awal sempena menyambut raya katanya. So jarak dari gaji bulan lepas dalam 15 hari jer. Balance gaji lepas ada lagi, tambah pulak gaji bulan ni. Boleh la cover perbelanjaan hari raya. Dalam pada tu kita tak sedar yang lepas raya nanti terpaksa tunggu dekat 45 hari pulak untuk mendapatkan gaji bulan berikutnya. Duit dah habis dibelanjakan. Baru biru muka. Pampers anak pun kalau boleh recycle rasanya mau guna semula je untuk jimat belanja. Raya haji mulalah SMS kat bonda "Mak, tak dapat cuti... kena kerja". Padahal sebab takde budget dah nak balik... Saya yakin, antara kita masih ada yang mengalami dilema seperti saya sebelum ini. Dan jika kini anda masih mempunyai dilemma yang sama, maka tibalah masanya untuk anda buat perniagaan mymode ini dengan bersungguh-sungguh. Saya sering dihujani oleh soalan seperti:
Untuk makluman semua, Saya fokus untuk buat MyMode selama 8 bulan untuk mendapatkan bonus di atas angka Rm1000 saya yang pertama. Pada bulan ke-9 bonus saya menjadi RM4,650.82. Bulan ke-10 meningkat kepada RM8,401.19. Rupanya di tahap ini dalam masa sebulan pun peningkatan bonus boleh jadi se-drastik ini. Berbaloi rasanya usaha saya 7,8 bulan sebelumnya. Bulan berikutnya naik lagi kepada RM12,101.67 sebulan. Sehinggalah saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan pada March 2007 apabila incentive bulanan saya dalam MyMode melebihi angka RM20,000 sebulan. Kini telah setahun setengah saya menampung keluarga saya sepenuhnya dengan hasil perniagaan ini. Dan kini terasa 'sangat excited' untuk menyambut Ramadhan, untuk pulang beraya dikampung dan sebagainya. Saya bertanya kepada diri saya.
Dari 7 persoalan yang saya ketengahkan ini, sekiranya terdetik dalam hati dan fikiran anda menyatakan "YA" maka usahalah untuk menjadi seorang yang berjaya dalam perniagaan ini. Sebagai 'employee' yang makan gaji di tempat kerja anda sekarang, tak semua usaha anda terbalas. Tiada jaminan untuk setiap ketekunan dan kerja keras anda itu akan dibalas dengan kenaikan gaji atau pangkat. Malah ada kisah si A yang rajin buat kerja, si B pula yang kena promote naik pangkat. Tetapi dalam MyMode setiap usaha yang anda lakukan pasti akan ada ganjaran. Jika di tempat kerja anda mati hidup balik pun belum tentu gaji anda boleh menyamai boss atau melebihi gaji boss anda, Tapi dalam MyMode anytime anda boleh menyamai dan melebihi bonus insentif upline anda sendiri. Jika di tempat kerja anda mungkin perlu kipas boss, politik sket sana sini untuk memastikan kejayaan anda, dalam MyMode sesiapa saja yang berusaha pasti ada ganjaran yang setimpal dengan usaha anda. Saya cabar anda semua untuk mengubah nasib masing-masing bermula detik ini :)
Kepada sesiapa yang:
» No Comments
There are no comments up to now.
» Post Comment
|
| < Prev | Next > |
|---|
| Hari ini: | 221 |
| Semalam: | 247 |
| Bulan ini: | 1292 |
| Keseluruhan: | 42761 |
| Max.daily visits: | 1380 |
| occurred: | 2008-7-16 |
| Max.monthly visits: | 9793 |
| occurred: | 2008-7 |
| Pages today: | 1541 |
| Pages yesterday: | 1665 |
| Pages this month: | 8377 |
| Pages total: | 343283 |
| Data bermula: | 2008-06-12 |
|
|