Home arrow Pendapat Daddy arrow Tamat sudah Konsert Akhir Akademi Fantasia 6 (AF6)
Tamat sudah Konsert Akhir Akademi Fantasia 6 (AF6) PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Sunday, 25 May 2008
Jumlah Hits: 245 kali

Ramai yang tengok konsert akhir AF6 malam semalam? Bagaimana? Happy? Puas hati dengan keputusannya? Gembira? Ceria? Terhapus sudah segala duka? Boleh dah menjalani hidup degan penuh tekad dan bersemangat kerana orang yang kita sokong akhirnya dah berjaya memiliki segalanya? Dah la tu....

Habis dah akhirnya sebuah rancangan yang aku rasa 'makin tak relevan' lagi kewujudannya. Kenapa aku kata macam tu?

1) Malaysia ni dah takde lagi dah gamaknya orang yang boleh menyanyi. Sebab itu pusing satu Malaysia sekalipun untuk cari bakat-bakat baru akhirnya setara 'INI JER' bakat yang diorang mampu jumpa.

 2) Juri-juri yang memilih pun dah tak relevan. Kononnya amat straight sampai dari pagi sampai petang audition, sorang jer yang dapat dan sebagainya. Tapi ntah camana orang tone deaf macam faisal boleh terpilih, orang yang takleh nyanyi macam Ika, Stanley dan Saida leh masuk Top15. Pas tu mulalah kutuk kaw-kaw masa first konsert. Bengong! Sendiri pilih, sendiri kutuk.

3) Aku cuba bandingkan 'calon-calon juara' AF6 dengan peserta biasa dalam Gangstarz (Balik-balik pun diorang kena kongsi hidup dalam dunia hiburan ni) dan aku tengok jauh sangat perbezaannya. Cam KL dengan Hadyai.

4) Politik kotor yang dimainkan bagi menentukan kedudukan para pelajar amatlah aku meluat. Lihatlah pada props yang digunakan untuk setiap persembahan Stacy (Hari tu sofa set, malam tadi langsung katil bilik tidur pulak! Siap ada Awal Ashaari lagik! Aku pun tak tahu apa sangat kaitannya dengan lagu yang dipersembahkan) kemudian bandingkan dengan kedua-dua persembahan togel si Toi. Dah la sengaja diletakkan sebagai peserta yang membuat persembahan pertama. Lagu untuk dia pun diberikan sehari lebih lewat dari pelajar lain. Arituh bila mintak nak bawak angklong, macam-macam alasan Ramli M.S. Susah kena angkut dengan lori la.. apa la.. Katil tu angkut dengan kancil ker? Aku Sokong Stacy untuk menang, dan aku juga suka Toi kalah (in fact i think Nadia is much batter than him) tapi biarlah secara adil. Tak perlulah politik sampai macam tu sekali. Ini dah macam Barisan menyalah gunakan media dalam PRU12.

5) Golongan pengundi kini semakin bijak. Bijak pada aku adalah bijak untuk memilih supaya TIDAK MENGUNDI SESIAPA. Tagline 'Jari Jadi Juri' pada aku lebih kepada 'Jari Menghabiskan Duit'. kerana itu walau berbagai-bagai usaha dilakukan untuk menaikkan kadar undian SMS sepertinya dengan 'mengumpan' RM2,500 setiap minggu kepada pengundi terbanyak, menambahkan lagi siaran diari dengan adanya Diari Radar dan Diari EXT, mengadakan undian AFPOLL, malah menggunakan blogger sebagai medium untuk meraih perhatian masih gagal untuk memperbaiki keadaan. Malah jumlah keseluruhan undian yang diperoleh dalam AF6 langsung tak sampai 3 suku dari apa yang diperoleh dalam AF5 (walhal AF5 pun takdelah sehangat mana pun).

Jumlah Keseluruhan Undian SMS AF5 - 6.6 juta
Jumlah Keseluruhan Undian SMS AF6 - 3.8 juta

Tak mengapa. Dari awal lagi ASTRO dah menyedari hakikat ini. Maka kerana itu Joki Tua terpaksa digunakan semula untuk memperbaiki keadaan dan mengembalikan keuntungan kepada syarikat. Kali ini mereka tampil dengan sebuah rancangan baru yang diberinama 'Jangan Lupa lirik' yang akan ditayangkan sejurus sahaja tamatnya AF6. Ia merupakan sebuah pertandingan karaoke yang menawarkan hadiah sejumlah RM1 juta. Wah! Banyakkan? Apa ada kesah... sebusuk-busuk AF6 pun boleh buat berkali ganda keuntungan dari itu. Walaupun aku masih tak tahu format rancangan baru ni, tapi secara basicnya ia pada aku tetap akan menjana keuntungan diorang.

Dah la tu... jadi-jadi lah mengevote orang. Bukan apa... takut juga kalau-kalau dek kerana SMS kita, dia menang, jadi penyanyi termashyur, hidup dalam penuh glamour, kontroversi dan gossip, social melampau, lupa tuhan, lupa diri, dan sebagainya.... nah... tak pasal-pasal ada SHARE dari semua tu. Tak dapat kongsi kereta dengan rumah banglow, dapat kongsi dosa plak. Hahaha.

Meh join prepaid4u kalau terror sangat main SMS tu. Ada gak pekdah!


Share/Save/Bookmark
» 4 Comments
1Comment
at Monday, 02 June 2008 00:25by Moderator01
dh habis dh af? aku sokong nadia,sbb dia lawa...itu jek,haha...takde nak kata ada bakat menyanyi ke haper ke,etc...haha
2Comment
at Tuesday, 03 June 2008 14:37by rESt2Mod
Aku takde la sokong-sokong. Tapi aku sker gak nadia. Bagi aku dia antara org yg boleh nyanyi la dalam af6 tu. wonder why toi boleh duduk atas dari dia. ahaks.
3"http://kujie2.blogspot.co"
at Wednesday, 04 June 2008 08:04by Jie
suka tak suka...skrg ni rindu gak..hahaha..mlm minggu nk buat ape..nak kutuk sapa...kehkeh
4Comment
at Wednesday, 04 June 2008 23:17by rESt2jie
ooo gitu ler pulak. hahahhaha.
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Web Address
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
< Prev   Next >

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 20
Semalam: 179
Bulan ini: 1002
Keseluruhan: 21970
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 275
Pages yesterday: 1643
Pages this month: 6919
Pages total: 206560
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsors

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL