at Tuesday, 25 March 2008 01:33by anis
Pendapat Daddy
Bila aku bercerita pasal AF6 | Bila aku bercerita pasal AF6 |
|
|
|
| Written by Eddie rEStiNPeaCe | |
| Tuesday, 25 March 2008 | |
|
Jumlah Hits: 420 kali
Demam Akademi Fantasia kini kembali dengan AF6. Setelah 6 tahun, ini lah baru pertama kali aku nak mengomel pasal Akademi Fantasia ni. Bukan aku turut demam, tapi sengaja nak menyemarakkan lagi demam yang sedia ada. Bagi orang makin gila menge-Vote. Makin giler meng-SMS. Biar habis credit masing-masing. Aku? Hish! Adat pengedar dadah, jangan sesekali turut menghisap dadah! Ahaks! Maka, lazimnya tokey prepaid takkan turut join mengevote-ngevote nih. Dia hanya jual topup jer kepada yang nak menge-Vote!! Har! Har! Selepas menonton konsert pertama semalam, hari ni aku lihat beberapa blog dah mula meng-update entry tentang AF6 dengan komen masing-masing. Namun tak ramai yang mempunyai pendapat yang sama dengan aku. Well, ada manusia masing-masing punya pendapat tersendiri. Dan aku akan memberikan komen disini berdasarkan apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar. Aku mungkin bukan guru vocal atau ada background seni persembahan dan sebagainya. Tapi ternyata aku mempunyai telinga dan penglihatan yang baik. Dan sekiranya persembahan ini untuk penonton, maka diorang perlu respek pendapat aku walaupun aku ni bukan siapa-siapa. Bersedia untuk membaca pendapat aku yang mungkin korang tak setuju?
Pada mulanya aku nak bagi 5/10. Tapi dalam AF, personality dan karekter tetap menjadi elemen yang patut di titik beratkan. mengkala aku tidak berapa berkenan dengan makcik sorang ni dari segi attitudenya. Well, mungkin dia rasa dia berumur dan cikgu-cikgu sendiri patut respek dan beri kelonggaran pada dia. Pada aku, kalau dia belum cukup bersedia untuk semua tuh, why join this? Kepada kelab peminat makcik ni (andai ada) korang nasihat kan sikit dia. Memandangkan AF6 ni skang dah ada 'RADAR', so lagi lah bahaya kedudukan dia. Belajar dari kesilapan Dekna dulu. Walau suara best pun, tapi sebab attitude problem, keluar gak akhirnya. Persembahan nya semalam, aku leh kata okey jer bagi orang yg dah memang tetiap malam menyanyi di club. Tapi melihatkan dia menari lagu tema, buat aku rasa cam nak suruh dia baring bebuat mati jer.. Aku tak banyak komen pasal mamat nih sebab aku sibuk memandikan Danish time dia nyanyi. So aku quote lah pendapat sultanmuzaffar untuk dia ni. "Suara Alif agak baik. Saya lihat persembahannya di sesi rehearsal lebih baik dari persembahan sebenar. Benar, Alif antara pelajar yang agak gementar bila berhadapan dengan penonton. Begitu juga yang lain. Alif perlu buang rasa gementar tersebut untuk menjadikan persona pentasnya disukai." Aku tak tahu lagu ni. Tak pernah dengarpun. Bagi aku untuk concert pertama, pemilihan lagu amatlah penting. Penting untuk membawakan lagu yang orang mnat dan orang suka. Kerana sekurang-kurangnya aura lagu tadi akan membantu juga. Tapi kalau bawak lagu yang ngko suka tapi orang tak tahu pun, susah gak. takut jadi syok sendiri jer. Kenapa aku cuma bagi 2/10? Ntah la. Aku cam tak suka la orang yang muka cam dia nih! hahahah NAIM : 2/10 Budak nih pada aku mempunyai asset untuk naik. Tapi nyanyian dia semalam cam tak cukup kicap jer. Terlalu cuba untuk menyanyi macam Hattan buat dia fail. Pada aku, dari aku mendengar dia menyanyi 'sebijik macam Hattan', baik aku terus dengar Hattan nyanyi. Dik... improvise la sikit! Dan lagi satu.. Aksi melutut masa ending lagu tuh aku tak nak ko buat lagi. Itu zaman Ibnor Riza boleh la. Orang dah tak guna dah stail tuh. 'Cute la dia..'. Tu lah yang keluar dari mulut bini aku bila tengok dia. Tapi malangnya orang beli cd lagu bukan sebab penyanyi cute jer dik. Tengok apa dah jadi pada Ida Naim? Huhuhuhu. Sorry to say. Mulanya aku cuba nak sedapkan hati mungkin kerana 'roh' sarah terlalu tepu pada lagu ni buat dia gagal. Tapi bila dengar dia nyanyi lagu umbrella pun cam hampess, buat aku rasa dia ni memang tak patut berada dalam kelompok ni je. Just For the face, aku bagi 1/10. Pada aku lagu hujan ni tak akan menguji dan menyerlahkan kekuatan vocal Toi (apa nama dia? Mohd AzToi ker?) secara total. Sebab resamnya lagu-lagu band inde ni memang agak sempoi je. Tapi memandangkan dia tak banyak buat silap, maka takdelah markah kena potong sebab salah. Menarik pada aku bila Ogy kata tak faham dan keliru dengan lirik lagu part "Aku adikmu dan engkau abang" (tapi ogy sebut 'aku adikku dan engkau abangmu'). Apa ni? Dia tak dapat text lirik ker? ker sajer nak buat lawak? NADIA : 9/10 Aheks! Aku dah buat pilihan semenjak tengok video promo dia lagik. Tag line dia pun aku sker.. "Redah jer~!!". Dan bila mendengar first time dia bawak lagu ni dalam first concert buat aku rasa pilihan aku betul. Walaupun lagu ni dah berabad, zamam mak aku lagi, tapi bila dia bawak, terasa cam lagu ni tak lah 'se-season' itu. Cayalah dik. Suara memang best kalau di talakan lagu-lagu rock. Harap task lepas-lepas nih dapatlah lagu rock sket kat dia nak tengok camana. Cara dia handle AC Mizal pun aku suka. Looks very matured dan takdelah nampak 'gedik' tak bertempat sangat. Andai kata aku nak VOTE, aku akan vote dia. But, as I mention from the beginning, aku takkan sia-siakan credit aku untuk mender-mender macam ni! Tah camana aku kurang mengikuti diari pasal masalah attitude yang berlaku pada mamat ni. Kalau aku tengok mungkin akan mengeffectkan penilaian aku. So judgement aku based on persembahan dia malam tadi jer la. Pada aku dia pandai pilih lagu yang sesuai dengan suara dia. Dan dia pandai improvise kat certain place. That's good. Cuma ada ketika memek muka dia tak kena dengan emosi lagu ni. Aku tak suka lagu ni. Pada aku lagu ni tak besh. Tambah pulak dengan penyampaian dia. Lagu rancak adalah tidak sesuai sama sekali menggunakan 'tarian pokok pisang'. Aku setuju dengan pendapat juri. Bagi aku masalah dia ni adalah komunikasi. Sebab tuh kalau tengok video promo dia, bukan dia.. tapi aku plak yang rasa 'bacin'. Mungkin kerana kontrol hensem ker haper ker aku tak sure la. But surprisingly tone suara dia memang agak unik. At least bila dia menyanyi, orang akan senang ingat suara dia. Cuma satu yang aku pelik, di awal lagu tu aku rasa obvious sangat yang mamat ni tak ikut tempo. Peliknya tak sekor juri pun yang komen tentang ni. Diorang tak perasan ke haper? Apa diorang tak pernah dengar lagu ni atau mereka menganggap ini sebagai satu 'improvise'? Untuk imej, aku nak kasi dia 10/10. Ntah apa ke sawan nya aku memang dari dulu suka kalau pompuan pakai topi ni (Kecuali Siti Sarah). Nampak cute seh! Huhuhu. Nyanyian dia pada aku, ok. Soal diction, pada aku bukanlah soal pokok. Selagi boleh faham dia sebut apa, itu pun dah cukup bagus. Dr. Alban, Shaggy, Bob Marley, ada orang persoalkan diction diorang? Apasal time kita nak nyanyi lagu orang putih, kena sebut sama macam orang putih? Ogy suka sangat complain pasal diction orang nih. Pada aku dia nyer pronunciation takdelah betul sangat pun.. Bila orang kata dia nih ada aura mawi dan mungkin jadi juara, nak gelak aku. Pada aku dia ni 'sedikit poyo'. Untuk memancing undi dengan imej 'alim' dalam AF ni, rentikan lah. Kalau bebetul alim, takkan join AF ni at the first place. So aku andaikan dia sebagai 'peminat lagu-lagu nasyid' je la. Dan persembahan nya malam ni, Hancur! Dan pulak lagu yg dia pilih ni pada aku kurang sesuai untuk nyanyi solo. Kan banyak lagu nasyid lain yang jauh lebih best dari segi melodinya?? hish! Aku suka cik kak sorang ni satu jer. Sebab dia 'low profile'. Selain dari tu, memang takde. Pada aku suara dia tak besh, nyanyian dia tak best, teknik vocal dia pun masih banyak yang perlu diperbaiki. Aku cukup pelik kenapa vote dia paling tinggi (sebelum concert). Mujur lepas concert kedudukannya berubah. Harap-harap peminat tak bodoh kalau ada yang vote dia sebab dia kakak siti semata. Dan harap-harap keluarga dato' K tak masuk campur untuk melabur dan vote beramai-ramai. Hehehe. Face the fact la yang dia tak pandai nyanyi sebenarnya. Apasal Ajai boleh bagi 'freen flag' pada dia nih mulanyapun buat aku masih tertanya-tanya sehingga sekarang. Mungkin sebab ni la yang Ajai tetiba jadi lenience jer bila beri komen. Jangan hanya jadi aset untuk dipergunakan oleh astro. Dari nyanyiannya aku nampak macam dia nih hanya sesuai untuk lagu-lagu sebegini sahaja. Walaupun dia berjaya membawakan lagu tu dengan cukup baik, tapi pada aku itu sesuatu yang bahaya. Tambah parah, lagu-lagu macam ni memang tak boleh dijual di Malaysia. Ahaks! Ada orang kata aku patut bagi 10 markah untuk dia, tapi sorry, sebab aku dengar suaranya 'terkincit' masa menyanyikan lagu tema AF diakhir rancangan. So, terkantoi disitu.
Komen tentang sipemberi komen!Ning Baizura Ning pada aku terlalu 'lenience'. Dia mengingatkan aku kepada Fauziah Latif. Cuma lepas persembahan ke-3 baru dia agak jujur. Itupun mungkin kerana terkesan dek komen-komen dari Ajai dan Ogy. Well, orang macam ni akan selamat dari dikutuk oleh kelab peminat, tapi pada aku orang macam ni gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dah diamanahkan. Ajai Wah mamat nih. Laser sungguh kan? Tapi tu bagus, aku suka. Lagi dahsyat dari tu pun laser aku tak kesah. Tapi ape ke hey nyer bila time Saida yang ternyata nyanyi macam hampeh bukan main lembut pulak komen dia? Very un-professional, pilih bulu, dan langsung aku tak respek. Ko takutkan Dato' Siti ker Ajai? Ker ko takutkan Dato' K? One more thing, jangan lah risau sangat pasal 'sebutan' pelajar AF dalam nyanyian sebab ko sendiri tak reti sebut huruf 'S'. Ogy Errmm.. Dia ni dah jadi resamnya memang tak konsisten dan mudah terkesan dengan persekitaran. Minggu ni dia laser, pas tuh orang marah, minggu depan dia akan bebuat lawak bodoh pulak. Gitu lah keadaanya. Lagi satu dia suka komen pasal diction yang cukup aku tak setuju sebab aku sendiri meremang bulu roma bila mendengar dia bercakap bahasa inggeris. Adakah kerana dia menggunakan diction yang betul?
Komen tentang HostAC Mizal Untuk mengacara AF6 ni, aku tak nak comparekan dia dengan cara Aznil. Memang tak sama, tak akan sama dan sepatutnya tak sama. Kalau nak dia 'jadi Aznil' kat atas tuh, baik amik Aznil jer semula. Cuma dia seharusnya lebih bijak mengawal cara pengacaraannya agar tak sama seperti dia mengendalikan rancangan 'AC Di sini'. Itu jer. Dan satu lagi, ending rancangan semasa acara penyingkiran, kegagalan yang nyata disitu. Ternyata penonton gelak 2,3 kali pada keadaan yang sepatutnya mood sedih. Dan gimik yang ditampilkan agak mengelirukan. Sampai blur bebudak 3 orang tu dibuatnya. Sarimah Lu memang besh la sis~! Ahaks!
» 7 Comments
1Comment
at Tuesday, 25 March 2008 01:33by anis overall mcm ampesh...
2Comment
at Tuesday, 25 March 2008 01:35by aldrina cam hampes ker anis? hehehe.....AFUNDI RIZ....hehehe....
3Comment
at Tuesday, 25 March 2008 02:13by rESt2anis huhuhu. anis ni peminat af berapa ni? ahaks! aku secara overall takleh nak komen banyak lagi sebab baru 1st concert. dan af ni pun memang layan gitu-gitu jer. takdelah obses sangat. sajer cari bahan untuk ngutuk malam-malam minggu jer. Har har.
4Comment
at Tuesday, 25 March 2008 02:14by rESt2aldrina uiks? Peminat Riz ker? hahaha pas nih adalah entry pasal riz plak kot kat aldrina.blogspot.com ? Ahaks!
5Comment
at Tuesday, 25 March 2008 12:54by suzi bab pelajar idak le nak kutuk... bab pengkritik tu yang selalu my hubby n suzi kutuk. Lelebih kritik... tapi diorang tu idak le kemana sangat. heheh... untuk minggu pertama nih... nadia best ah. Tp tgk minggu depan plak.
6Comment
at Tuesday, 25 March 2008 16:51by rESt2suzi Yeassh, jumpa sorang lagik yg sokong nadia. kuehkuehkuehkueh
7Comment
at Tuesday, 25 March 2008 22:18by anis hehehe yanie minat riz erk ahaha dia nih b4 try nak msk gangstarz kan? tp tak dpt msk hehehe..tp sore dia ok ar...tpkana pd dak anis kan tukang kritik tu akakkkkk ogy mcm melampau tahap gaban la plak huhu...
dak anis tak minat pasal af nih cuma sekadar ngk2 cam2 tu je...but anis suker sore si nadia nih..beshhh..sore brutal seyh hahahaha » Post Comment
|
| < Prev | Next > |
|---|
| Hari ini: | 89 |
| Semalam: | 234 |
| Bulan ini: | 1394 |
| Keseluruhan: | 42863 |
| Max.daily visits: | 1380 |
| occurred: | 2008-7-16 |
| Max.monthly visits: | 9793 |
| occurred: | 2008-7 |
| Pages today: | 638 |
| Pages yesterday: | 1588 |
| Pages this month: | 9062 |
| Pages total: | 343968 |
| Data bermula: | 2008-06-12 |
|
|