Just My Thoughts...
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Tuesday, 24 June 2008 |
Jumlah Hits: 292 kali
Aku dah lama ada akaun MySpace. Dari tahun 1983 lagi dah. Tapi tak nyer pernah aku bukak. Cuma bebaru ni, dalam rangka nak menarik bebudak melayu kat MySpace suh join UnMe pulak (huhuhu) rajin la aku jenguk. Dalam masa 2,3 hari dari 98 orang jer dalam friendlist aku, tetiber dah ada lebih 600 orang. uiks? Komen yg asalnya ada tak sampai 20 tetiber jadik seratus lebey. Huih! Tapi rupanya cara orang 'berMySpace' skang jauh berbeza dengan dulu. 1) Diorang communicate guna comment box kat profile area, not using the Private Message function. For what reason? I think simply because they want other people to read it as well at the same time promote him/herself to public. Zaman aku dulu comment box ni is like a friends testimonial like "Dia yang saya kenal sangat baik.. bla.. bla..". 2) Out of 10 girl, 8 will reply "Thanks for the add.. JANGAN LUPA COMMENT PICT KITA KEY?". Lawak betul aku baca. But that is the fact! Not just asking you to browse her picture gallery, but dont forget to give comment. Comment here definately does not mean KUTUK, but more to PUJI. In other words "Jangan lupa tengok gambar kita pas tuh puji kat ruangan comment tu key?" 3) Out of 10, 9 picture mesti possing dengan satu tangan menjulur kedepan. Biasalah. Snap sendiri pakai camera phone... 4) Most of them will give comment in your profile without even actually read your profile. That's why a lot of comment sounds very general such "Hi... asal mana?". No matter how big you write down about your bibliografi in there, they will still asking for the same question. So, dont wasting your time write about your personal stuff, if you still wanna do it, make sure you write it on others people comment box. So that you can drive his/her visitors traffic to yours as well. 5) Dont worry if you dont know what to comment on their profile. Simply put a cute picture especially with the one yang got glitter-glitter, sure they gonna like it. Not because you give comment to them, but more because you help decorating their page.
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Thursday, 12 June 2008 |
Jumlah Hits: 377 kali
Minggu lepas Abg Man ada mintak pendapat aku. Dia nak beli handphone baru dengan budget dalam 'seseribu' ringgit. Aku tanya dia, dia nak guna untuk apa? Dia cakap nak yang camera cantik. Terus aku suggest kat dia K800i. "Yang Dee guna tu okey dok?" Tanya dia merujuk kepada handphone SE K850i yang aku baru guna lebih kurang 3 bulan lepas. Aku beli time dia baru release. Masa tu kiranya keluaran Sony Ericsson yang paling gah la dengan camera cybershot 5MP yang pertamanya. Well... ni aku nak cerita sket. Especially kepada sesiapa kat luar tu yang bercadang nak beli SE K850i semata-mata kerana fungsi cameranya, better read my review first before you make a decision. Sepatutnya dah lama aku tulis pasal ni, tapi maklumlah. bila nak tulis review cam gini, banyak sket kerja berbanding cakap merapu tentang isu lain.
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Thursday, 12 June 2008 |
Jumlah Hits: 273 kali
Sejak kebelakangan ni kepala aku asyik duk pikir tentang kenaikan harga minyak ni dan impaknya dalam kehidupan dan perbelanjaan harian aku. Bila difikir-fikirkan sangat mulalah takut nak berjalan, takut nak balik kampung, takut nak belanja. Nak makan pun dan kena budget kaw-kaw dibuatnya. Lazimnya orang lelaki atau khususnya si suami, bila ada masalah melibatkan tentang belanjawan keluarga macam ni (mostly yang one man income) memang boleh termenung di buatnya. Kepala pun jadi berat jer. Kepala asyik kelain jer perginya. Bini cerita apa-apa pun takleh nak respon. No wonder pasal minyak naik harga pun kengkadang leh buat rumah-tangga jadi tunggang langgang. Dan pada peringkat paling kritikal, leh buat jadi cerai berai. Isk! Selisih! Lihatlah kisah brader kat bawah ni. Aku quote dari bahagian commment di our former prime minister punya blog, Che Det !
Corpetro said...
saya yg paling terkena bila minyak naik ni....ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan....itu minyak harga rm1.92 je....aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.
isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis...terima kasih kerajaan malaysia....
Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek...
Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1.....ahhh...malas nak pk apa lagi yg akan naik.... Terharu sangat bila aku baca komen dia tu. Pak Lah! Ko tak terharu ker?! Ker ngko takde prasaam*? Dalam duk fikir-fikir, rupanya apa yang aku buat bulan lepas sebenarnya membuatkan aku sedikitpun tak merasa impak dari kesan kenaikan harga minyak dalam perbelanjaan harian aku rupanya. Dan aku rasa korang pun leh ikut cara aku ni!
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Sunday, 25 May 2008 |
Jumlah Hits: 245 kali
Ramai yang tengok konsert akhir AF6 malam semalam? Bagaimana? Happy? Puas hati dengan keputusannya? Gembira? Ceria? Terhapus sudah segala duka? Boleh dah menjalani hidup degan penuh tekad dan bersemangat kerana orang yang kita sokong akhirnya dah berjaya memiliki segalanya? Dah la tu.... Habis dah akhirnya sebuah rancangan yang aku rasa 'makin tak relevan' lagi kewujudannya. Kenapa aku kata macam tu? 1) Malaysia ni dah takde lagi dah gamaknya orang yang boleh menyanyi. Sebab itu pusing satu Malaysia sekalipun untuk cari bakat-bakat baru akhirnya setara 'INI JER' bakat yang diorang mampu jumpa. 2) Juri-juri yang memilih pun dah tak relevan. Kononnya amat straight sampai dari pagi sampai petang audition, sorang jer yang dapat dan sebagainya. Tapi ntah camana orang tone deaf macam faisal boleh terpilih, orang yang takleh nyanyi macam Ika, Stanley dan Saida leh masuk Top15. Pas tu mulalah kutuk kaw-kaw masa first konsert. Bengong! Sendiri pilih, sendiri kutuk. 3) Aku cuba bandingkan 'calon-calon juara' AF6 dengan peserta biasa dalam Gangstarz (Balik-balik pun diorang kena kongsi hidup dalam dunia hiburan ni) dan aku tengok jauh sangat perbezaannya. Cam KL dengan Hadyai. 4) Politik kotor yang dimainkan bagi menentukan kedudukan para pelajar amatlah aku meluat. Lihatlah pada props yang digunakan untuk setiap persembahan Stacy (Hari tu sofa set, malam tadi langsung katil bilik tidur pulak! Siap ada Awal Ashaari lagik! Aku pun tak tahu apa sangat kaitannya dengan lagu yang dipersembahkan) kemudian bandingkan dengan kedua-dua persembahan togel si Toi. Dah la sengaja diletakkan sebagai peserta yang membuat persembahan pertama. Lagu untuk dia pun diberikan sehari lebih lewat dari pelajar lain. Arituh bila mintak nak bawak angklong, macam-macam alasan Ramli M.S. Susah kena angkut dengan lori la.. apa la.. Katil tu angkut dengan kancil ker? Aku Sokong Stacy untuk menang, dan aku juga suka Toi kalah (in fact i think Nadia is much batter than him) tapi biarlah secara adil. Tak perlulah politik sampai macam tu sekali. Ini dah macam Barisan menyalah gunakan media dalam PRU12. 5) Golongan pengundi kini semakin bijak. Bijak pada aku adalah bijak untuk memilih supaya TIDAK MENGUNDI SESIAPA. Tagline 'Jari Jadi Juri' pada aku lebih kepada 'Jari Menghabiskan Duit'. kerana itu walau berbagai-bagai usaha dilakukan untuk menaikkan kadar undian SMS sepertinya dengan 'mengumpan' RM2,500 setiap minggu kepada pengundi terbanyak, menambahkan lagi siaran diari dengan adanya Diari Radar dan Diari EXT, mengadakan undian AFPOLL, malah menggunakan blogger sebagai medium untuk meraih perhatian masih gagal untuk memperbaiki keadaan. Malah jumlah keseluruhan undian yang diperoleh dalam AF6 langsung tak sampai 3 suku dari apa yang diperoleh dalam AF5 (walhal AF5 pun takdelah sehangat mana pun). Jumlah Keseluruhan Undian SMS AF5 - 6.6 juta Jumlah Keseluruhan Undian SMS AF6 - 3.8 juta
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Tuesday, 25 March 2008 |
Jumlah Hits: 317 kali
Demam Akademi Fantasia kini kembali dengan AF6. Setelah 6 tahun, ini lah baru pertama kali aku nak mengomel pasal Akademi Fantasia ni. Bukan aku turut demam, tapi sengaja nak menyemarakkan lagi demam yang sedia ada. Bagi orang makin gila menge-Vote. Makin giler meng-SMS. Biar habis credit masing-masing. Aku? Hish! Adat pengedar dadah, jangan sesekali turut menghisap dadah! Ahaks! Maka, lazimnya tokey prepaid takkan turut join mengevote-ngevote nih. Dia hanya jual topup jer kepada yang nak menge-Vote!! Har! Har! Selepas menonton konsert pertama semalam, hari ni aku lihat beberapa blog dah mula meng-update entry tentang AF6 dengan komen masing-masing. Namun tak ramai yang mempunyai pendapat yang sama dengan aku. Well, ada manusia masing-masing punya pendapat tersendiri. Dan aku akan memberikan komen disini berdasarkan apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar. Aku mungkin bukan guru vocal atau ada background seni persembahan dan sebagainya. Tapi ternyata aku mempunyai telinga dan penglihatan yang baik. Dan sekiranya persembahan ini untuk penonton, maka diorang perlu respek pendapat aku walaupun aku ni bukan siapa-siapa. Bersedia untuk membaca pendapat aku yang mungkin korang tak setuju?
|
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Sunday, 17 February 2008 |
Jumlah Hits: 361 kali
Aku pernah baca entry mamat tentang 'Things That Annoy Me' kat blog mamat sebelum ni. Event though i'm kinda agree with him but not all the point he raise that bother me so much. But the first thing that he mention, 'Background music set to autoplay' yes, totally 115% agreed!!
Recently i can see many blogers use to put Background music set to autoplay especially for those yang using http://www.myflashfetish.com/ punya addon. Aiyark!! Why i hate this so much? - I use to listen my own favourite song when I'm browsing the net not your favourite numbers. Dont expect that I dont know how to use winamp.
- I like to surf at the middle of the night while my son already sleep. Suddently when i open certain web an unrecognised song play out loud from my Evo 5.
- Most of it set auto play and got no 'Stop' button. Whether you like it or not, you have to listen. The only easy way to escape, by closing that website.
- I'm using tab browser. And i use to open 10 to 15 web at one time. If 4 web got this un-needed value added features imagine how the sounds of 4 different songs and rythm playing in your ears.
- I hate sreaming version of an audio or video especially when my screamyx line not very stable. It just make my day getting worse.
This might be my problems instead of yours. But maybe got a lot of people browsing you web or blog agree with me. Then i think you should take consideration as you do the blogging things of course expecting some viewers to open your blog and read it. Sometimes we do want to share what we like to hear to others. But please give them an option whether they want to listen it or not. If you still want to put a background music, please provide the ON/OFF toggle. It just an opinion..
|
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Sunday, 02 December 2007 |
Jumlah Hits: 273 kali
Soalan ni Pak Tam tanya aku masa gi kenduri rumah Tok Chik kat Kulim hari tu. Kata dia ada seorang tokey Cina yang tanya soalan yang sama kat dia masa dulu. Pak Tam ni kontraktor. So banyak la jumpa orang. Kira experience gak la dengan projek besar-besar ni. So bila borak-borak tuh keluar la soalan ni. So bila dia tanya tu aku tak straight jawab. Tapi dalam kepala aku dah terlintas la sket-sket jawapan yang aku terpikir. - senyap-senyap, jangan bagitahu orang. - amik skit-skit, jual. Belum sempat aku nak jawab, Pak Tam jawab. Memang dia pun dulu pikir macam tu la jugak. So aku pikir, that is how the tipical Malay guys would think of la. Tapi tokey Cina tuh tanya balik kat dia. "U ingat paling kuat berapa kilo emas u boleh bawak keluar? U tahu tak kalau lu angkat sikit-sikit, 100 tahun pun belum tentu habis lagi ooo." Pas tuh dia kongsikan jawapan dia. "Kalau saya, saya akan panggil semua olang, pigi angkat itu emas. Kalau dia boleh angkat 10kg satu hari, itu 5kg saya punya sebab itu bukit emas saya punya. Kalau ada 100 orang angkut itu emas sorang dapat 10kg, saya sudah dapat 500kg satu hali. Kalau saya satu orang buat paling kuat saya cuma boleh dapat 10kg saja satu halii. Sekalang aaa saya lelek-lelek boleh dapat 500kg" Tokey ni pun tahu concept 'The Power of Leverage'.........
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
| Results 1 - 12 of 15 |