Jumlah Hits: 334 kali
Inner Monologue. Aku dapat term ni bila terdengar ia disebut dalam satu siri sitcom Scrub kat TV. Rupanya mender alah yang menjadi konflik dalam kepala hotak aku ni, Inner Monologue la gamaknya.
Pernah tak korang buat simulasi dalam diri terhadap sesuatu perkara? Contohnya bila naik kapal terbang, korang membayangkan yang ia akan jatuh terhempas? Ini biasa. Satu tahap lagi bila tanggapan tadi korang stimulatekan sampai mempengaruhi pergerakan fizikal. Contohnya bila tengah-tengah bawak motor, korang membayangkan kalau lah tiba-tiba rantai terputus... pas tuh motor menyasar ke tengah jalan melelong-lelong.. ale-ale datang lori dari depan lenyek kita. Dan secara tak langsung dek kerana imaginasi tadi kita secara spontan menarik brek. Giler!! Ini kesan peringkat awal inner monologue aku.
Lagi, pernah tak korang berdepan dengan satu keadaan yang korang cuma nak lafazkan sesuatu tapi tak boleh, tak mampu, tak sanggup dan sebagainya? Contoh bila cuba menegur kesilapan yang abang kita lakukan... cuba nak mengayat awek yang baru kita jumpa... menjawab pada boss kat office, dan bermacam lagi situasi yang seangkatan dengannnya. Lantaran itu dimasa yang lain apabila peluang keemasan tadi telah terlepas kita mula membuat simulasi dalam siri bagaimana sepatutnya dialog-dialog yang harus keluar tadi. Sepatutnya aku cakap begini... pas tu dia mungkin akan balas begitu.. jadi aku akan kata pula begini.. bla.. bla.. bla.. sampailah ianya menjadi sebuah cerita lengkap mengikut story board yang kita inginkan. Ini mungkin orang tafsirkan sebagai mengelamun, khayal dan sebagainya. Tapi itu kalau time duduk termenung sorang-sorang takper. Apa yang jadi kat aku, aku berdialog dalam minda hampir setiap masa sampai takde time otak aku nak rehat. Tengah drive, tengah makan, tengah hisap rokok. Ish!!
Aku perasan mender ni dah lama, tapi bagi aku selagi is tak memberi effect negative, lantak lah. Kadang-kadang inner monologue macam ni banyak membantu aku dalam membuat keputusan. Simulation yang dibuat dalam imaginasi akan dibuat dari segala sudut dan kebarangkalian sebelum sesuatu keputusan aku ambik. Bagi aku mender ni ok. Cuma dalam proses simulasi dialog dalam diri ini, walaupun tak mengeluarkan suara, tetapi kadang-kadang melibatkan pergerakan fizikal. Kadang-kadang tangan terangkat-rangkat, jari tertunjuk-tunjuk, memek muka, yerla... ibarat macam kita bercakap dengan orang jugak la. Walaupun ia hanya imaginasi, tapi perbualan tadi terasa cam real. Tapi kalau tengah makan nasik sorang-sorang kita buat aksi-aksi pelik macam ni, itu dah kes berat. Giler!!
2,3 kali terkantoi dengan Yanie bila aku ber-inner monologue tengah-tengah makan. Sampai dia pegang tangan aku. "Abang tengah pikir apa..?" Perghh!! Malu ler pulak bila terkantoi macam nih. Aku gelak jer. Lepas dua tiga kali terkantoi dengan dia, dia pulak gelak kat aku. "Abang jangan la pikir kuat sangat... duit banyak pun tak guna kalau gila, hehehe" oooo gelak kat aku... Agaknya memang betul aku dah gila...............
» No Comments
There are no comments up to now.
» Post Comment
|