Home arrow Bila Daddy berangan arrow Hidup Ini Penuh Nostalgia Part 2
Hidup Ini Penuh Nostalgia Part 2 PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 09 August 2008
Jumlah Hits: 308 kali



Nama Band: Five Rockers Union (FRU)
Nama Lagu: Di hari Minda Ku Terbuka (1988)
Ni la band asal Hattan kalau korang nak tahu. Cool


Okey... nostalgia kini bersambung ke part yang ke-2. Kali ni dengan tema yang relate dengan diri aku pasal komputer. Dan apa yang aku paparkan disini mungkin juga ada kena mengena dengan korang jugak. Meh la sesama kita imbau kenangan silam. Ahaks~!

1) Generasi disket.

Yang besar sekali tu nama dia CRV Disk. Atau ada juga yg memanggilnya 8 inch Disk. Gila besarkan? Sampai 8 inci untuk ruang storage 1.2MB. hehehe. Aku dah tak sempat dengan zaman ni. Tapi pakcik-makcik pegawai kerajaan yang dah berkhidmat lebih 20 tahun mungkin ada yg sempat kot? Yang kedua besar tu, dulu kita panggil dia cakera liut. Atau 5 quater inch disk. Ruang storage 1.2MB jugak. Yang ni aku sempat. Masa tu aku tingkatan satu kat Asrama Semai Bakti KL. Kelas komputer masa tu ajar guna windows 32. Semua kena type command. Nak buat tulisan warna-warni pun berjela command dia. dah la nak kena ingat color code bagai. isk! Dan yang terakhir tuh, masih ada di pasaran kini iaitu disket 3 and half inch yang kita cucuk kat floppy A drive tu. Well, ada lagi orang guna disket sekarang nih? I believe 1 or 2 years from now, buadak yg baru kenal komputer takkan pernah tahu apa itu disket lagi. 

2) Floppy A Drive

Ada disket, maka perlulah ada readernya. Ni la Floppy A drive yang digunakan untuk membaca disket 3 1/2". Masih ada komputer yang mempunyainya, tapi aku yakin masing-masing dah mula untuk tidak menggunakannya dengan wujudnya replacement kepada disket ini yang digelar Thumbdrive.

Kalau korang perasan, kalau beli PC clone kat Lowyatt sekarang nih floppy A akan di gantikan dengan 'All-in-on memory card reader' dan bukannya floppy A lagi. Kenapa? Floppy A mudah rosak, file mudah corrupt, mudak dijangkiti virus dah sukar untuk disimpan. Aku ingat lagi bagaimana aku hampir separuh gila bila disket yang aku gunakan untuk menyimpan thesis aku yang setebal 157 muka surat tiba-tiba di delete oleh norton anti-virus kerana kononnya file tu mempunyai virus. Rasa nak menangis time tu bila mengenangkan aku kena taip semula thesis aku tu. Mujur brader CC tempat aku selalu lepak tuh boleh recover semula file aku.

3) Discette Case (Bekas Disket)

Masa kerja MOSTI dulu aku ada 2 bekas disket nih. Macam-macam disket ada dalam tu. Actually bukan aku punya tapi x-officer yang aku replace. Pelik aku kenapa budak lama tuh save semua dalam disket. Bila aku baca satu-satu label dekat disket, nak gelak pun ada:
- Template Memo kepada YB Menteri
- Template surat panggilan mesyuarat jawatankuasa bla.. bla.. bla..
- Contoh memo tempah bilik mesyuarat
- template borang claim perjalanan
- Contoh surat pengesahan bujang

Pergh.. semua nak simpan dalam disket. Seribu disket pun tak cukup kalau cam nih. Masa aku take over jer, perkara pertama yang aku buat, format PC tuh, buat 2 partition (Drive C dengan Drive D) dan semua file aku save kat dalam drive D. Aku buat sendiri jer. Kalau mintak bebudak Unit IT yang buatkan, banyak la pulak soalannya nanti. Skang nih aku rasa bekas-bekas disket nih semua dah leh buat tukun. Tak pun buat jadi bekas letak duit syilling atau barang kemas. Laughing

4) Karateka

Inilah game komputer pertama yang aku kenal. KARATEKA. Masa kelas komputer selalu cover-cover bawak cakera liut yang ada game ni. Time tuh rasanya best sangat dah game nih. Siap berebut dengan memeber nak main. Memandangkan kelas komputer aku tu cuma 1 jam untuk 1 sesi, maka aku tak pernah dapat main game ni sampai habis (untuk selamatkan tuan puteri). Tetiap kali main duk repeat stage 1 dengan 2 dari mula. Tapi tetap tak bosan-bosan gak.
 

5) Random Access Memori (RAM)

Dalam gambar tu, yg atas tu nama dia EDO ram. Dah tak jumpa lagi RAM jenis ni sekarang. Dan dah boleh la konsider sebagai PUPUS. Aku pernah bukak PC lama yang pejabat felda lelong. Aku tengok RAM dia ada 4 keping. Excited la gi ambik. Bila check-check, rupanya setiap keping tu baru 4Mb. 4 keping baru 16Mb RAM dia. Perghh!!

Yang bawah tu nama dia SD RAM. Pun dah tak di produced oleh kilang lagi sekarang nih. Sekarang semua Motherboard baru hanya menggunakan DDR RAM atau DDR II. So SD RAM juga boleh di klasifiedkan sebagai PUPUS. Komputer pertama aku 32Mb RAM dia. Masa tu memang standard la komputer RAM 32Mb nih. Dapat jer duit PTPTN terus beli lagi sekeping RAM32Mb (dekat 2 ratus lebih harga), jadi 64Mb. Time tu 64Mb RAM dah leh kerek dah beb.. Hahaha.

6) Omega Zip Drive

 Ada yang sempat menggunakan mender nih? Disketnya kita panggil Zip Disc. Dia diperkenalkan dalam tahun 1994, tapi sampai ke malaysia dalam tahun 1997 gitu la.  Kapasiti sekeping disket dia adalah 100MB. Giler besar kalau nak dibandingkan dengan disket biasa time tu yg hanya mampu menampung 1.44Mb.

Tapi Kalau ada disket jer tak guna sebab kena ada drive dia baru boleh baca. Suatu masa dulu ini bolehlah dikatakan sebagai 'Portable DVD Writer' sekarang ni. Dan time tu, mungkin hanya 1 orang dari 100 pengguna komputer yg mampu memilikinya. member aku ada satu. Dia punya disket la jadi mangsa aku untuk bawak ke cc setiap kali aku nak cari dan download lagu-lagu mp3.

7) External Hard Disk

 Ni lah rupa External hard Disc yang boss aku dulu (Mr. Lee) bagi pakai. Usung ke hulu ke hilir sampai siap bawak balik kampung sebab dalam tu ada movie dengan mp3 bagai termasuk software-software semua. Skang ni? Saper nak usung harddisk yang beratnya dekat 2 kilo ni lagi gamaknya?

External HDD skang masih wujud tapi dalam size yang jauh lebih kecil (sebab diorang guna HDD laptop) dan muatan yang jauh lebih besar (dari 80GB hinga ke 300GB pun ada).

Dengan adanya gadget yang di panggil thumbdrive, pendrive, flashdrive dan seangkatan dengannya yang kecik, mudah dibawa dan mampu mengisi muatan sehingga 4 ke 8Gb, kini aku rasa manusia dah tak perlukan lagi gadget-gadget seperti external HDD ni kalau setakat untuk menyimpan file-file kerja, peribadi, atau gambar-gambar kahwin. :p

8) 5 Pin DIN keyboard

 Bagi yang baru setahun dua berjinak-jinak dengan komputer, rentikanlah kalau korang kata korang pernah jumpa dengan 5 pin connector keyboard ni. Tapi kalau korang sezaman dengan AMDK6, Cyrix processor, hard disk 2Gb, CD ROM 40x dan yang seangkatan dengannya, maka aku percaya. Hehehe

Seandainya komputer korang masih menggunakan Keyboard yang guna port ni, kalau rosak dan nak hantar repair ke kedai aku atau ke mana-mana CC repair computer, sila bawa sekali keyboard anda. Jangan bawa CPU jer. Sebab kitorang takde keyboard macam ni lagi. Paling busuk pun keyboard PS/2.

Rasanya kalau nak cari keyboard ni kat kedai samalah macam nak cari Cd karaoke Ibnor Reza kat Speedy.

 


9) Roller ball serial mouse

Ingat lagi tak time guna mouse nih. Bila cursor tak bergerak atau susah nak control jer, kita akan bukak dan bersihkan habuk kat bawah dia tu. Hehehe. I really miss that momment. Even macam tu punya senang pun, tak semua orang yang tahu buat. Aku ingat lagi dulu aku tolong bersihkan mouse komputer kawan aku, sampai dia siap berterima kasih bagai dengan aku kononnya aku dah tolong 'repair komputer dia'. Lawok la...

Kalau korang tengok connector dia tu, itu namanya serial port connector. So sama jugak seperti perihal keybord tadi, kalau korang masih gunakannya, dan nak hantar CPU korang yang rosak, sila bawak sekali mouse korang. Aku rasa habis minyak kereta pun belum tentu lagi boleh jumpa kedai yang jual mouse pesen ni lagi.

Sekian saja bab nostalgia kita untuk kali ini. Bersambung di part 3 pulak nanti.

Hidup Ini Penuh Nostalgia Part 1 boleh di baca di sini


Share/Save/Bookmark
» 5 Comments
1"http://xiean80.multiply.c"
at Saturday, 16 August 2008 20:58by zean
aku suka baca blog kau ni sbb nostalgia ni sumer 1 zaman ngan aku, lagi2 part asrama semai bakti. GOD!!!! xleh lupa smpai mati lar beb!! huhuhu
2"http://speedfinger.org/html/index.php"
at Wednesday, 20 August 2008 18:35by rEStiNPeaCe
sama lah dengan aku. walaupun 3 tahun jer. walaupun masa tuh 3 tahun tu rasa cam dah lama sangat mengadap muka andro (en. anuar) wardern kita tu. Tapi memori dia memang xleh luper. hehee
3"hydolarc.blogspot.com"
at Wednesday, 20 August 2008 21:17by Hydolarc
waaaaaaaaaaa...pc aku still guna kebod tu lagi..hahaha maknenyer pc aku dah outdated giler la niihhhhh
4Comment
at Thursday, 21 August 2008 00:30by rEStiNPeaCe
bro... malangnya, bila ngko kata ko masih guna keyboard jenih 5 Pin DIN tu, bukan jer keyboard ngko yg outdated, tapi termasuklah motherboard dan secara automatik lah proccessor dan RAM jugak. ekekkee 
Upgrade la machine baru terus bro.. hahaha
5"hydolarc.blogspot.com"
at Friday, 22 August 2008 19:55by Hydolarc
kan aku dah cakap mmg outdated giler pc aku nih....huhuhu..casing pun casing lame yg bukan tegak tu,yg melintang tuh,disket slot pun ader lg..hahaha..as long pc aku gerak lg,tenet aku bleh jalan lagi aku pakai jer...(smp kuar game baru yg pc aku takleh main baru konsider nak beli baru kot...hehehe)
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Title
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
Next >

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 157
Semalam: 247
Bulan ini: 1228
Keseluruhan: 42697
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1143
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 7979
Pages total: 342885
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL