at Sunday, 27 July 2008 00:17by KNizam
nak nangis baca entry neh. hehe :)
Bila Daddy berangan
Hidup Ini Penuh Nostalgia Part 1 | Hidup Ini Penuh Nostalgia Part 1 |
|
|
|
| Written by Eddie rEStiNPeaCe | |
| Saturday, 26 July 2008 | |
|
Jumlah Hits: 356 kali
Nama Lagu: Kata Yang Terindah (1994) (lagu tema posting ni kasi lagu lama-lama sket. baru feel. hehehe) Posting aku kali ini akan membawa kita semua mengimbau jauh ke belakang. Lecturer aku kata, sebagai 'Industrial Designer', untuk menjangka apa yang akan berlaku pada 10 tahun akan datang, kita kena lihat 10 tahun yang lepas. Tapi itu bukanlah tujuan utama aku. Bukan untuk mengajak korang semua menjangka apa yang bakal berlaku pada masa depan. Cuma untuk membangkitkan nostalgia dari dalam diri dalam mengenal asal usul kita di samping menyedari bertapa cepatnya masa berlalu. Sesetengah dari item yang aku pamerkan disini dah tak wujud atau tidak dipasarkan lagi tetapi kadang-kadang terasa bagai baru semalam kita menggunakannya. Dan sebagaimana tajuknya, aku terpaksa pecah-pecahkan entry ini kepada beberapa bahagian kerana terlalu banyak yang nak disentuh. Jadi untuk mengelakkan ia menjadi terlalu panjang, aku carita part by part. ![]() 1) Cartridge PlayerMungkin yang lapis-lapis aku, tak sempat dengan benda ni. Tapi inilah 'pemain lagu' sebelum wujudnya kaset. Ada versi stand alone, ada yang untuk dalam kereta. Malah masa diawal kewujudan kaset sekitar tahun 70-an, agak susah untuk pemilik cartridge player untuk berubah. Jadi diorang terpaksa menggunakan slot converter yang dicucuk kedalam cartridge player ni supaya boleh memainkan kaset. (Lebih kurang macam converter memory card reader tu la keadaannya lebih kurang) ![]() ![]() 2) Kaset a.k.a Compact CassetteKaset atau lebih popular dipanggil dengan panggilan 'tape', mula diperkenalkan oleh syarikat Philip pada sekitar tahun 1964. Ia akhirnya menjadi medium untuk merakamkan lagu yang paling popular pada tahun 1970-an ke 1990-an. Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik satu kaset original bernilai RM7.90 tapi kalau yg 'local' (kenapa dulu kita sebut barang cetak rompak sebagai 'barang local' ek?) yang kulit takde inlay lirik tu cuma RM3 je satu. Masa tu kalau rumah papan, kat dinding tu rentang jer tali, pas tuh susun kaset macam kat kedai kaset jer kaedahnya. 'Tape kosong' (ada 2 jenis, yang 60 minit dengan yang 90 minit) pun cukup laris masa tu sebab nak rekod lagu-lagu dari rancangan 'Pilihan Bersama' kat radio musik. Memula check dulu list lagu apa yang akan dimainkan oleh DJ malam tu dari surat khabar, pas tu stanby untuk rekod. Hehehe. Korang cam aku gak ker? Jika orang tanya aku bagaimana matinya era tape kaset ni, aku akan kata ia mati bukan kerana kehadiran CD, sebaliknya ia mati akibat MP3. :p~ ![]() 3) LP PlayerSebelum LP Player, alat pemain piring hitam cam yang dalam cerita P.Ramlee tu lah. Yang corong besar tu. Rumah To'ki aku ada sebijik dulu. Tapi masa tu aku kecik lagi. Dia pun dah ada mini compo time tu. Dah tak pernah nampak dia mainkan menatang tu. Tapi aku jumpa balik LP Player masa duduk kat Section 2 Shah Alam masa study kat UiTM. Time tu aku duduk serumah dengan editor fanzine hardcore tajuk XFORUMx (nama die eddie gak). So dia ni banyak trade stuff dengan inde band dari oversea dan most of them still guna 6" dengan 12" LP. Katanya kualiti sound lebih bagus. So kebetulan masa tu Brader Rosli (tuan rumah kitorang sewa tu) ada LP Player kat bahagian atas slot HiFi dia. So memang jadi bahan untuk meng-convert LP ke Kaset la. ![]() 4) Mini CompoHehehe. Sebut Mini Compo jer mesti ada antara kita yang dah terimbau ke belakang. Yer la. Terminology Mini Compo tu sendiri sangat-sangatlah popular dizaman awal 80-an dulu. Zaman-zaman gila-gila remaja, zaman-zaman Azura, di era 'breakdance' time tu. Dak-dak muda sure jenjeng sambil jalan. Ada yang letak atas bahu lah. Pas tuh duduk kat benteng, 5,6 orang buat breakdance. Hehehe. Kalau rumah Cik Kiah ada, Cik Bedah pun mesti beli gak sebijik. Biar pakai TV Itam Putih takper, janji ada Mini Compo! Time-time ni kalau nak berkelah jer, cam takde tempat lain selain dari Pantai PD dengan Pantai Morib. Pohpaleh... ![]() ![]() 5) TV Hitam PutihAku dah lupa cap apa TV yang kat rumah aku masa kecik-kecik dulu. Tapi rasanya time tu 2 jer brand yang popular. SHARP dengan SINGER. Semua stok main 'pulas' punya bila tiap kali nak alih siaran. Mujurnya siaran cuma ada 2 jer. TV1 dengan TV2. TV3 ada.... tapi kenalah sambung dua galah area TV tu, pas tuh jangan lupa letak tudung periuk untuk 'boost-up'kan tahap penerimaan gelombang dia. Time tu, kalau korang nampak rumah yang area TV dia ada tudung periuk, boleh la gi menumpang tengok TV3 dekat rumah dia. Siapa yang bagi kaedah ni aku tak tahu lah. Tapi aku tengok memang ramai yang buat macam tu. Rumah aku guna yang cam gambar kat atas tuh. Tapi masa aku darjah 2 TV tu rosak. Terus Hitomi (mak aku) convert jadik gobok tempat letak baju. Ahaks. ![]() 6) WalkmanMungkin inilah produk yang telah menjatuhkan generasi mini compo. Ahaks! Dulu kalau masa study kat university, tak sah rasanya kalau takde walkman ni. Lecture bagi lecture kat depan, kita sibuk dengar lagu Carburator Dung. Tak pun tape Nirvana. Tapi skang, try la search gambar walkman kat google, korang akan jumpa hanset sony erricsson la jawabnya! ![]() 7) DiscmanDiscman merupakan gelaran yang diberikan kepada produk pemain cd mudah alih yang mula-mula diperkenalkan oleh syarikat Sony. Masa aku study di Uitm dulu, dak-dak biasa, cuma mampu usung Sony Walkman jer. Yang high class sket, leh la kendong Discman ni. Tapi skang, saper yang nak usung discman yang gedabak cengginih bila masing-masing dah ada MP3 Player yang boleh muat masuk lubang hidung? Paling tidak, semua handphone mesti ada memory card ber-gig-gig punya untuk save lagu. Nak.. akhirnyaDiscman pun menjadi salah satu produk yang dah tak relevan lagi. ![]() 8) Video PlayerWah.. cukup susah nak dapatkan gambar 'video player' kat google sekarang ni kalau kita hanya type keyword 'video player'. Sebab korang akan dapat result gambar software jer semuanya. youtube video player lah... VLC video player la.. Window media player etc. Tapi apa yang aku maksudkan adalah VHS Video Player. Dulu masa aku sekolah, tak semua rumah ada benda ni. Rumah orang kaya jer ada. Ada sekali tu Tenno Gelap beli sebijik, bayar ansuran. Harganya dalam Rm900 lebih jer, tapi sebab bayar sket-sket sampai cecah RM2000 lebih jadinya. Tapi tenno terang tak bayar habih pun. sebab baru pakai 4,5 bulan dah rosak, so terus dia takmo bayar. Yang tukang kutip hutang tu pun orang sekampung gak, last-last burn cenggitu jer. 3,4 Tahun lepas daripada tu, masa aku study kat Uitm, aku belikan sebijik video player guna duit loan PTPTN untuk letak kat kampung. Harga Rm200 jer. Giler jauh beza dengan harga yang Tenno Gelap beli dulu. ![]() 9) Video tape kosongHaaa.. bila ada video player, maka akan adalah tape kosong. Yer lah.. Dulu kalau nak beli tape cerita yang original, harga dia RM19.90 satu. Kalu yang cetak rombak, RM10 satu kalau beli kat Petaling Street. Aku kalau time sekolah nak cuti, rajin la duk beli video tape kat Jalan Petaling Street (JPS) ni untuk bawak balik kampung masa study kat Asrama Semai Bakti dulu. Tapi takleh beli selalu-selalu sebab mahal. So tape kosong ni la yang jadi bahan untuk merakam segala cerita yang keluar kat TV. Biasanya bila aku dah record, aku akan labelkan kat tape tu. Tapi bila aku balik semula dari asrama time cuti, bila aku pasang balik, mesti dah jadi cerita Hindustan!! Tenno Gelap nyer kerja la ni.... Camana...? ada kisah aku yang ada persamaan dengan korang? Wait.. tunggu part 2. :)
» 4 Comments
1"http://knizam.com"
at Sunday, 27 July 2008 00:17by KNizam perghhh terkenang semasa dulu lah dengan cassette, walkman, mini compo, discman. semua aku ada tuh. hehe paling best pusing cassette dengan ballpen kilometrico sebab nak save battery walkman. hehe nostalgia sungguh
nak nangis baca entry neh. hehe :) 2Comment
at Sunday, 27 July 2008 00:44by Eddie2KNizam "paling best pusing cassette dengan ballpen kilometrico sebab nak save battery walkman"
Hahaha. tul.. tul tu bro... Sebab dulu dalam satu kaset tuh, cuma ada 2,3 jer killer song yang selalu keluar radio. Yang tu la yang dul nak hafal sambil tangan pegang kulit kaset. Hahahha. Camana aku leh lupa nak cerita part ni. 3"skolblog.com"
at Sunday, 27 July 2008 19:19by Bard wahhh aku sempat merasa gak ke semua benda yang berada di atas kecuali satu je ; Cartridge Player... (the heckkkk apekah itewww)
pilihan bersama radio muzik tuh pon aku sempat buat jugak...buat mixtape gitu... klaka plak biler pikir leeerrr 4"Tuan"
at Sunday, 27 July 2008 21:22by Hydolarc huhuhu same la gak..umah moyang aku ada LP player ngan TV itam putih tu,tp tv tu sbb dah rosak jd akuarium ikan..ngehehe.video tape kosong tu dulu2 ske wat rakam citer power rangers...almaklumla kekanak lg.AKu kaset player tu aku ada yg wartawan guna dulu2 wat rekod tuh....bleh guna lagi,cume keset jer dah takder...huhuh
» Post Comment
|
| < Prev | Next > |
|---|
| Hari ini: | 162 |
| Semalam: | 247 |
| Bulan ini: | 1233 |
| Keseluruhan: | 42702 |
| Max.daily visits: | 1380 |
| occurred: | 2008-7-16 |
| Max.monthly visits: | 9793 |
| occurred: | 2008-7 |
| Pages today: | 1164 |
| Pages yesterday: | 1665 |
| Pages this month: | 8000 |
| Pages total: | 342906 |
| Data bermula: | 2008-06-12 |
|
|