Friday, March 12, 2010

SDKD Power Search

Cara menangani blog berbackground music

Aku memang anti sangat dengan blog yang bila bukak jer tetiber ada pulak background music. Hehehehe no hurt feelings ek guys. Aku bukan cerita pasal blog korang... ni aku cerita pasal blog budak-budak kat Nigeria! Har! Har!

Actually aku dah tulis panjang lebar sebab musabbabnya kat sini. Jadi tak payah lah aku ulang-ulang cakap sebabnya. Baca jer la balik artikel tu. Tapi tak dinafikan kadang-kadangkan tulisan artikel-artikel diorang ni sangat menarik jugak untuk dibaca. Jadi untuk tidak mengganggu emosi aku dengan bunyi-bunyian yang boleh menyebabkan jalinan sel-sel otak aku terputus satu demi satu, aku pun terpaksalah mendeletekan embeded code audio di laman blog tersebut tanpa perlu meminta izin dari tuan tanahnya.

Caranya senang. Gunakan firefox untuk browsing dengan plugin firebug. Plugin ni korang boleh download free jer kat web firefox. Dan untuk contoh kali ni aku ambil blog yang menggunakan plugin dari Ghucy Music dari fullmusik.co.cc yang sangat menyakitkan hati sebab takde function untuk stop atau pausekan bunyinya. Adeh~!!

Ikuti 5 langkah mudah untuk membuangkan plugin ni dari web yang korang layari.

 


Bila browser firefox korang dah dipasang dengan plugin 'firebug', korang akan dapati ada gambar 'bapak lipas' kat bucubawah sebelah kanan browser korang. Klick pada lipas tuh.

 


Bila korang klick, dari frame kecik akan terpapar dibahagian bawah browser berkenaan. Sekarang klick pada button "Element to inspect".

 


Once ko click jer butang tuh, gerakkan mouse korang ke mana-mana bahagian di web berkenaan yang korang nak edit. Dan dalam subject kali ni, aku halakan kat bahagianplugin 'chucy music' tu. Biarkan kotak dia highlight betul-betul disekeliling element yang korang nak edit, dan klick sekali kat situ. then.. korang akan dapati di frame HTML dibahagian plugin firebug korang satu highlited code warna biru muda.

 


Actually inilah HTML coding yang merujuk kepada plugin chucymusic tersebut. So what we have to do, simple rightclick pada kod yang telah ditandakan warna biru muda tadi dan pilih "Delete Element"

 


Nah..... See? Nice and clean~! Tiada lagi bunyi-bunyian! Puas hati aku!! Dan bolehlah membaca dengan lebih tenang.... :P~

 

To my beloved sista achik, jangan marah ekAbang Dee amik blog aok buat sample tutorial ni. har! har!

actually bukan jer korang boleh buang music tu.. korang nak edit artikel, tukarkan dianyer color scheme, gambar gackground semua boleh.... tapi cuma pc korang jer la yang nampak cam tu. Then once korang refresh page berkenaan, dia akan back to normal semula. Plugin ni digunakan oleh 'webmaster' untuk inspect element-element pada website terutama css file dan sebagainya untuk kegunaan pembinaan website.

 

Mari kita pakat gelakkan orang tak sempurna sifat!!

Jangan marah dengan tajuk entry aku dikala ada pihak yang bergelak berguling-guling sambil mengaut keuntungan dengannya.

Lately ntah apa sabab-musabbabnya, mungkin dek kerana cuaca panas yang melampau ni buat otak semua pengiat-pengiat drama ni jadi cair sampai meleleh-leleh ikut telinga dalam melahirkan drama-drama yang kononnya lawak dengan menampilkan karekter-karekter orang yang tak berapa sempurna sifatnya.

Kalau sebelum ni sibuk dengan Halimah Jongang, siap dengan soundtracknya sekali "Jongang~ jongang~ jongang~! Halimah jongang~!" skang ni muncul pulak satu lagi karekter baru diketengahkan oleh ASTRO, Fatimah Juling! Jadi bersiap sedia sajalah selepas ini dengan drama-drama yang sinonim dengannya seperti Narimah Bibir Sumbing, Jamilah Tempang, Habibah Pekak,  Zaitun Rongak, Shakila kaki untut dan sebagainya. Lepas tu boleh lah kita layan gelak sampai pecah perut!

Apalah tak sensetif sangat jadinya orang-orang zaman ni. Dari 10 orang yang ketawa dengar lagu halimah jongang, ada berapa orang jongang yang akan turut gelak? Atau soalan yang lebih tepat, ada berapa orang jongang yang akan jadi bahan gelak dek lagu jongang~ jongang~ jongang~ ni tadi? Kalau yang jongang tu mak korang ker... kakak korang ker... atau adik korang yang masih bersekolah ker... try to imagine macamana budak-budak ni nak menjalani hidup dia. Dia punya self-esteem.. self confident... bila hari-hari kat kelas kena 'menganjing' dek member-member sekelas. Habis budak-budak jongang, skang budak-budak juling pulak yang jadi mangsa.

Aku rasa NGO-NGO OKU patut saman jer la penggiat-pengiat drama yang PANGANG LAUT macam ni. Dalam banyak-banyak material yang boleh dijadikan subject matter untuk menghasilkan karya, boleh pulak benda-benda macam ni yang dijadikan bahan.

** Bak kata Sudin: "bikin la cerita lain... cerita emas ka .. cerita ayam ka.. cerita ikan belaga ka.. cerita kumbang terbang ka.. tak boleh ?"

   

Abang ni ROCK ker?

Rambut panjang mesti 'mat rock'. Klise giler kan? No wonder why ada customer CC Bumicyber yang 'terjah' Abg Long dengan soalan

"Abang ni rock yer?" Erk!! Kalau korang yang kena soal macam ni, apakah jawapan yang paling sesuai untuk dijawab? Budak ni ikhlas ker nak tahu? Dia tahu tak apa yang dia tanya? Apa jawapan yang dia expect kita akan jawab? Adakah patut kita jawab "Ya... abang memang dari dulu rawk!!" kang di bantainya kuar pulak statement "Dah la tu abang... abang tu dah tua.. tobat-tobat lah!" Har! har! kan haru?!

Abih tu nak jawab guanner? "Takdelah dik... rambut panjang tak semestinya rock. Kan rock tu cuma salah satu genre music. jadi macamana kita nak samakan personality dengan cabang music. seolah-olah kita melabelkan orang yang berambut panjang takkan dengar lagu jamal abdillah atau ibnor reza.. lagi pun bla.. bla.. bla.." rasanya budak tu pun tak bersedia untuk dengar jawapan panjang lebar macam tu. "Leks la bro.. gelabah la lu. orang tanyer sikit jer.." Eheks!

Then how? senang jer... kalau aku, aku cuma jawab macam ni:

"Abang bukan rock, abang Pendekar Laut!"

 ** Dalam nak mendapatkan semula mood untuk membloggingkan diri diwaktu-waktu darurat ni, maka akan banyaklah artikel-artikel tak berkualiti begini yang akan aku publishkan! Hahahhahaha

   

Saleum Lagu Aceh dalam OST Ketika Cinta Bertasbih

Nama Artis: Mukhlis
Tajuk Lagu: Saleum (salam) OST Ketika Cinta Bertasbih 1


Lama aku tak menjenguk dan mengupdate blog. Jadi sementara nak dapat balik semangat untuk menulis dalam blog ni, layan je lagu emO dari Aceh yang ada dalam salah satu scene semasa persandingan aweknya si fadhil dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih 1.

Susah jugak bila suka lagu, tapi tak tahu tajuk dan tak tahu siapa penyanyinya. Biasa sangat terjadi kalau dengar lagu-lagu dalam filem ni. Tambah malang pulak bila tajuk lagunya atau lagu itu sendiri tiada dalam senarai OST rasmi filem tersebut.

Macam-macam keyword try search akhirnya barulah jumpa. Sedikit info mengenai lagu ini, tajuk lagunya adalah Saleum yang beerti 'salam' nyanyian asal oleh Nyawoeng (ker mukhlis?). Tapi yang versi untuk dalam filem Ketika Cinta bertasbih tu ia dinyanyikan semula oleh Indra Helmi

Lirik lagu Indra Helmi - Saleum (OST Ketika Cinta Bertasbih 1)

Salamu’alaikom warahmatullah

Jaroe dua blah ateuh jeumala
Kedua belah tangan di tas jemala

Jaroe lon siploh di ateuh ule
sepuluh tanganku ini di atas kepala

Meuah lon lake bak kawom dumna
Mohon maaf kuhaturkan kepada semuanya

Jaroe lon siploh di ateuh ubon
Sepuluh tanganku ini diatas ubun

Salamu’alaikom lon tegur sapa
Salam alaikum, ku tegur sapa..

Jaroe lon siploh beu ot sikureng
Jari tanganku yang sepuluh kuangkat sembilan

Syarat ulon khen tanda mulia
Sebagai syarat, tanda mulia

Jaroe sikureng lon beu ot lapan
Jari sembilan kuangkat delapan

Geunan to timphan ngon aso kaya
Ganti timphan dengan isi srikaya

Jaroe lon lapan lon beuot tujoh
Jari tanganku yang delapan kuangkat tujuh

Ranup lam bungkoh lon jok keu gata
Sirih dalam bungkus ku serahkan pada tuan

JavaScript is disabled!
To display this content, you need a JavaScript capable browser.

   

Page 1 of 82

Shouting Area

Important: Shoutbox ni aku bubuh untuk pengunjung dan kawan-kawan semua senang nak berkomunikasi ngan aku. BUKAN untuk korang jadikan PAPAN IKLAN. Harap Maklum. Hehehe

ShoutMix chat widget

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday51
mod_vvisit_counterYesterday1206
mod_vvisit_counterThis week7153
mod_vvisit_counterLast week8527
mod_vvisit_counterThis month14478
mod_vvisit_counterLast month36210
mod_vvisit_counterAll203043

Your IP: 38.107.191.117
,
Visitors Counter

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Disclaimer

Important: This private blog is totally belongs to me. I paid for the domain and hosting, I develope it and I am the one who wrote the content. So if you are not agree with some part of it, just keep reading this statement again and again. Peace~