Home
Propaganda kenaikan harga minyak PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 06 June 2008
Jumlah Hits: 500 kali

Negara-negara diatas semuanya negara pengeluar minyak sama seperti malaysia. Kalau kita nak bandingkan harga, maka bandingkan dengan negara-negara kat atas ni. Jangan la jadi bodoh nak bandingkan dengan USA, Singapura ataupun Thailand... Tu.. tengok Venezuela tuh!!

Brunei - RM1.30/litre (USD0.04/litre)

Bagaimana pula dengan Indonesia?
Indonesia - RM2.10/litre (rp6000/liter)

Disindir oleh seorang teman dari Indonesia di salah sebuah forum antarabangsa;

Lah...katanya malaysia negara petrol, kok indonesia masih bisa jual lebih murah.... padahal kan indonesia udah keluar dai OPEC

Semalam semasa membaca laporan di akhbar berita harian, beberapa persoalan timbul dikepala aku.

Klick 'read more' untuk artikel selengkapnya 

 
Penjimatan subsidi diagih semula
PUTRAJAYA: Kerajaan menganggarkan memperoleh penjimatan RM13.7 bilion menerusi penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan levi yang dikenakan terhadap syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP).

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penjimatan itu akan dibelanjakan semula bagi kepentingan rakyat dengan RM4 bilion diagihkan untuk dasar jaminan bekalan makanan negara, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi pembelian beras import (RM400 juta), subsidi tepung (RM200 juta), subsidi roti (RM100 juta) dan subsidi petrol, diesel dan gas (RM7.5 bilion)............
 

Seperti yang semua perasan, kebelakangan sehari dua ini setelah kenaikan harga petrol yang menggila, kita seakan cuba dialihkan perhatian kepada krisis bekalan makanan semula (padahal masalah ni datang sebelum masalah minyak lagi). Rakyat di sarankan supaya jangan terlalu memikirkan tentang kenaikan harga minyak sebaliknya harus lebih risau kepada krisis bekalan makanan dunia yang makin meruncing. Semua saluran tv dan berita menyiarkan krisis makanan bagi mengalih tumpuan rakyat. Setelah menaikkan harga sebanyak 78sen bagi petrol dan RM1.00 untuk Diesel, Kerajaan berjaya menjimatkan RM13.7 billion. Dan RM4 billion daripadanya akan digunakan bagi menyelesaikan masalah krisis bekanan makanan ini. Selebihnya? Ah! Jangan risau... pandailah pak-pak menteri ni pikir apa nak buat dengan lebihan berkenaan....

Oh ya! Satu lagi. Setelah menaikkan harga sebanyak 78sen bagi petrol dan RM1.00 untuk Diesel, Kerajaan berjaya menjimatkan RM13.7 billion, betul? RM13.7 daripada jumlah subsidi penuh yang dicanang-canangkan sebelum ini sebanyak RM56 billion betul? Jadi, walaupun setelah pengstrukturan semula harga baru ini, kerajaan masih menampung subsidi sebanyak RM42.3 billion?? Tapi baca pula laporan berita harian di bawah ini pada tajuk lain dalam hari yang sama.

 
Rakyat kena faham rasional kenaikan harga petrol, diesel
..............Apapun, kerajaan sebenarnya tidak menarik sepenuhnya subsidi apabila mengumumkan harga petrol dan diesel yang masing-masing meningkat 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, menjadikan harga baru petrol RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter kerana ia masih pada tahap bawah harga pasaran. Jika subsidi ditarik sepenuhnya, harga petrol tentunya mencecah RM3 seliter iaitu harga pasaran semasa.

Namun, rakyat harus bersedia untuk terus menikmati harga minyak lebih tinggi apabila ia diapungkan seperti harga di pasaran global menjelang Ogos nanti iaitu selepas kerajaan menemui mekanisme terbaik bagi mengurangkan bebanan rakyat................

 

hah! rupanya subsidi kerajaan cuma 30sen daripada harga asal RM3 setelah rakyat membayar pada harga RM2.70 seliter. Terasa macam tak logik la pulak bila subsidi 30sen ini menjadi RM42.3 billion, sedangkan setelah kenaikan 78sen kerajaan baru jimat sebanyak RM13.7 billion. Eh! Diorang kira macamana yer?

Anyway... dari berita diatas juga, faham-faham lah kenapa kerajaan terdesak sangat laksanakan harga baru ni serta merta walaupun pada asalnya dah dinyatakan hanya akan dinaikkan selepas belanjawan 2009 pada Ogos nanti. Rupanya, bulan ogos nanti diorang memang dah plan nak naikkan lagi. Mungkin menghapuskan terus subsidi minyak yang sedia ada.

 
Nak Tau Kenapa Minyak Naik?Nah...Ni Dia Sebabnya!!!

Petronas buys 40% stake in Santos LNG project
Reuters
Published: May 30, 2008, 00:04

Perth: Malaysian state oil company Petro-nas will buy a 40 per cent stake in Australian energy firm Santos Ltd's Gladstone liquefied natural gas project for up to .51 billion, to bolster its position as Asia's largest LNG producer as competition heats up.

State-owned Petronas' investment in the project, which plans to use coal seam gas as feedstock, follows a billion takeover bid last month by Britain's BG Group Plc for Australia's Origin Energy Ltd, and is considered a vote of confidence for Asia's young coal seam gas industry.

Santos shares, which have surged 51 per cent so far this year, jumped 15 per cent to a record A.75 yesterday before settling at A.08, up 11.1 per cent.

"As for Santos, on first glance it looks like they've got an excellent deal," said Aiden Bradley, an oil and gas analyst at ABN Amro in Sydney.

Kita tunggu jawapan dari Pak-Pak Menteri Kabinet kita tentang artikel diatas ni!!!

Depa meniaga,kita keluaq modal...untung,depa baham habis!!!Tengok depa nak belit macam mana...depa yang meniaga,kita rakyat yang menanggung!!! barua betoi!!!

Trackback: Tranungkite

 

Pada sesiapa yang ada berikan komen pada entry-entry di blog ini pada 5hb Jun 2008, harap maaf jika comen anda hilang. Ini kerana backup retore yang ada pada pihak hosting blog saya cuma ada yang bertarikh 4hb June 2008. Harap maaf. 


Share/Save/Bookmark
» 4 Comments
1Comment
at Friday, 06 June 2008 17:53by Jie
minyak mahal di Malaysia kerana pembaziran yang ketara dalam pengurusan ekonomi. Banyak perbelanjaan hangus kepada perkara² yang tidak penting. Majlis sambutan sesuatu perayaan secara besar-besaran melibatkan jutaan ringgit supaya nampak gah seperti pertunjukan bunga api, bayaran ganti rugi projek yang tak jadi, projek-projek terbengkalai, projek-projek mega, bail-out, komisyen yang tak sepatutnya, tajaan ekspedisi yang tak mendatangkan faedah seperti mendaki everest, kutub utara/selatan, kapal layar, ISS, pembinaan monument ratusan juta, anjuran sukan yang sampai hari ini rakyat tak faham-faham (Monsoon Cup lah tu..), koridor yang tak tentu jadinya tetapi dah melibatkan mungkin ratusan juta untuk pelancarannya sahaja, perbelanjaan pilihanraya.... 
 
yg terbaru...bayaran ex-gratia ( gantirugi kerana dipecat ? kepada hamim ,khabarnya seorg dapat setengah juta juga.
2Comment
at Saturday, 07 June 2008 00:23by Moderator01
ciss...kerana petro-nas nak beli share Santos Ltd's Gladstone,rakyat pulak kena tanggung beban kerajaan....
3Comment
at Saturday, 07 June 2008 08:35by iEn
adeh deh.... kene naik basikal lar pehni hehehe
4Comment
at Tuesday, 10 June 2008 00:50by rEStiNPeaCe
to Jie: sokong 100%!! 
 
to Mod: Hehehe tu la pasal. Time untung, takde pulak nak berbagi-bagi dengan rakyat yer tak? 
 
to iEn: hehehe. iEn, nanti leh kayuh beriringan dengan mat-mat burma time diorang balik dari kerja kontrak.
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Web Address
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
< Prev   Next >

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 23
Semalam: 179
Bulan ini: 1005
Keseluruhan: 21973
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 336
Pages yesterday: 1643
Pages this month: 6980
Pages total: 206621
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 1 guest online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsors

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL