Home
Jalan Putus? Apasal Tak Cakap?! PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Tuesday, 20 May 2008
Jumlah Hits: 329 kali



Semalam lepas 'cuti-cuti malaysia' ke Bukit Tinggi (hutang dulu entry pasal ni) aku terus balik Chini. Biasanya kalau dari Nilai kitorang balik ikut Senawang, Kuala Pilah, keluar kat Muadzam. Tapi dah kebetulan dari bukit tinggi, terus la ikut highway Karak, nanti nak keluar susur ke Chenor/Kampung Awah. So tol baru dalam RM6 lebih. Kalau keluar kat Gambang, dekat RM17 lebeh ooo. Save... save..

Dari situ leh ikut short-cut dari Chenor, Kampung Paya Ladang, Kampung Pesagi, Pejin, Kuala Wau, Terpai, Tanah Merah, Kampung Melayu, Kampung Duri, Kampung Salong Tengah, Kampung Baharu sebelum masuk ke Simpang masuk ke Chini. Dekat sikit jalan ni walaupun agak Horror. Kalau korang terus lagi, leh terus tembus ke Kampung Gaung, Kampung Kepuh, Kampung Sepaku, Kuala Mentiga, Kampung Batu Balik, sampailah ke Simpang Paloh Hinai.

Untuk location Google Map bagi jalan yang aku ceritakan ni, korang leh tengok kat sini.

Runtuhan pertama. Bukit batu kapur kat tepi tu runtuh sampai tutup separuh jalan. Fuh.. ini batu kalu jatuh atas kepala, tarak ampun punya boss. Tapi diorang dah buat lencongan. Okey la.

Ni runtuhan yang paling tragis. Tapi aku tak terkejut. Sebab kat sini memang setahu aku dah kali ke-4 berlaku. Mulanya makan separuh jalan jer yang runtuh. Pas tuh kali kedua, keseluruhan jalan runtuh. Kali ni pulak lencongan dah sampai terpaksa di buat rapat ke kaki bukit sebelah sana. Kalau runtuh lagi lepas ni, tak tahulah diorang nak buat macamana lagi.

Ahh.. ini kecik punya hal...

Ni lagi satu. Actually sebelum ni ada satu lagi runtuhan macam ni tapi aku tak sempat nak ambik gambar. Ini pun bini aku dah merepak macam-macam bila aku park kat tebing gaung untuk tangkap gambar runtuhan ni. Dan kalau korang perasan, pada gambar kedua yang kat atas ni ada gambar van datang dari arah depan. So walaupun banyak runtuhan, tapi aku yakin jalan ni masih boleh tembus ke Chini memandangkan masih ada orang lalu dari arah bertentangan. Malangnya...

Aku get stuck di kawasan runtuhan terakhir...

Yang mana memang totally terputus dah tiada lagi lencongan. Oh ya. Lupa nak mention, sepanjang-panjang jalan ni, 80% kawasannya tiada liputan maxis. So kalau korang trouble, tayar pamcit ker, enjin broke-down ker, jatuh gaung ker, SENDILI MAU INGAT LA.... Tak horror lagik ?

Keseluruhan jalan rendap sehingga 4 kaki kebawah. Sebelah kiri gaung ladang kelapa sawit, sebelah kanan bukit.

Katakanlah.. Aku selamba bawak laju-laju dan terjun kebawah ni, means aku dah boleh lepas satu halangan..

Dan halangan kedua ni pun sure boleh lalu kalau aku bawak pelan-pelan..

Macamana dengan part ni? Errmm.. boleh kot.. slow-slow..

Yang nyata walau bertapa hebatnya skill pemanduan aku dan kereta yang aku bawak, aku tetap tak sure samada yang teakhir ni aku leh lepas. Dalam pada tu aku cari-cari jugak kot kot ada jalan alternative lain. Palik gak kalau tak van tadi datang dari mana pulak?

Arghhh!! Celaka sungguh! Aku dah drive 35km dan sekarang aku kena patah balik sebelum ikut jalan lama KL-Kuantan dan masuk semula ikut simpang Paloh Hinai. Means kat sini sahaja aku dah membazir 70km perjalanan. Dah la takleh nak bawak laju kat sini. Suppose pukul 3:30pm dah leh baring depan TV, skang ni pukul 5pm pun leh tentu sampai lagik!

Apasal takde satu signboard pun mention pasal jalan ni terputus sepanjang-panjang perjalanan tadi? Dan apasal brader yang bawak van tu dah tahu jalan depan tu terputus leh buat dek jer?! Hampeh!!

** Kalau dari simpang paloh Hilai, ada 3 signboard selang setiap 50 meter mengatakan jalan ke Kuala Wau terputus akibat tanah runtuh. Macam tu la sepatutnya. Jadi orang boleh tahu..

Moral: Lain kali nak balik kampung, roger-roger la dulu orang kampung jalan situ okey ker dok sebelum menonong jer ikut sana..


Share/Save/Bookmark
» 6 Comments
1"giler terer.."
at Tuesday, 20 May 2008 21:50by joe
mak aih...ni jlan pe nih...kalo ako naik moto ako pon blom tentu ako brani jalan kat situ...
2Comment
at Wednesday, 21 May 2008 12:00by Moderator01
joe...pakai motocross bru boleh lalu...keke 
hujan lebat ke kt situ?smpi teruk cm tu slope failure
3Comment
at Wednesday, 21 May 2008 21:10by rEStiNPeaCe
to joe n mod: Sini memang kawasan 'tanah aktif' kot. hehe. Memang selalunya penyebab dari hujan. tapi kadang-kadang tu takde la lebat sangat hujan nya pun leh jadi tanah runtuh gak.  
Actually kalau bukan masalah jalan runtuh, jalan ni memang dikira short cut ke kampung aku plus pemandangan di sepanjang perjalanan dia sangat cantik. tapi ni la masalahnya..
4Comment
at Wednesday, 21 May 2008 22:18by anis
warghhh..spenajang2 jalan cenggini gilooo..kalo anis kompem dah panic gila babas aahahaha...takde ke signboard or warning board ke..ape ntah nama dia iskk..kat depanjang2 jalan tu bro mengatakan jalan runtuh ke, tanah runtuh ke? huhu
5Comment
at Saturday, 24 May 2008 02:36by eiza
mak ai..scary gila jalan ni...mcm takde org lalu.. 
dah check ke van tu ade pemandu ke tak? tak pun pemandu van tu alex yoong ke..hehe
6Comment
at Sunday, 25 May 2008 13:39by rEStiNPeaCe
to anis: itu la pasal yang hangin satu badan tuh.. sampai dah 35km-40km sekali takleh terus. Kena patah balik. tention sungguh. 
 
to eiza: memang ar. Aku pun kalau malam atau ari dah nak senja-senja sket, tobat tak lalu ikut jalan ni. Siang pun kalau nak lalu kena make sure condition kereta 100% sehat. kalau tak, baik jangan.
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Title
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
< Prev   Next >

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 180
Semalam: 247
Bulan ini: 1251
Keseluruhan: 42720
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1265
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 8101
Pages total: 343007
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL