at Friday, 01 August 2008 13:09by Eycha
| Iklan sengal di siaran radio Sinar.fm |
|
|
|
| Written by Eddie rEStiNPeaCe | |
| Thursday, 31 July 2008 | |
|
Jumlah Hits: 331 kali
Cik Nab: "Zulkifli .. Zulkifli ... Zulkifli" Kemudian baru keluar ayat promo berbunyi lebih kurang "bla.. bla.. bla... Pil Manjakani keluaran Syarikat Zulkifli Bamadhaj..." Sebelum aku buat ulasan ni ada gak aku search kat internet sama ada dah ada orang sentuh atau tak isu ni. Adalah jumpa a few seperti: izinnikb, malimkundang dan anakmelayu. Namun aku cuma jumpa seorang jer yang sependapat dengan aku iaitu 'rahman' yang aku jumpa di shukur.org (rujuk bahagian comment dia) Korang semua perasan tak? Perasan tak apa masalah pada iklan tu? Elemen isteri curang dan unsur lucah di jadikan seloka untuk mempromosikan produk. Mana perginya sensitiviti melayu yang kononnya tak dapat dipisahkan dengan adab sopan dan cara hidup Islam itu sendiri? Yer.. mungkin syarikat pengiklan ingin memasukkan unsur humour dalam iklan mereka, tetapi tiada lagikah elemen lain yang boleh dijadikan bahan? Lawak lucah macam ni kalau dekat kedai kopi, orang tua-tua lepak main dam biasa lah kita dengar. Tapi ini dalam radio, yang mana pendengarnya bukan hanya Cik Nab, Cik Mon ataupun En. Zulkifli, sebaliknya yang turut mendengar budak-budak berumur 5,6 tahun, pra sekolah, bebudak sekolah rendah dan lain-lain. Apa persepsi dan tafsiran mereka bila mendengar sandiwara begini dalam radio? BODOH! Siapa pun orang dibelakang tabir yang bertanggungjawab untuk melahirkan idea pengiklanan ini sememangnya pada aku terlalu lemah creativitinya dan hanya tahu mengambil jalan mudah tanpa memikirkan unsur-unsur lain yang sepatutnya dititik beratkan. Syarikat ini, syarikat milik melayu. Target pasaran juga orang melayu (kerana bahasa pengiklanan yang digunakan adalah bahasa melayu). Sedih, dan sangat menyedihkan! Adakah ini idea En. Zulkifli sendiri? Atau paling tidak for sure orang yang melahirkan idea ini telah merujuk kepada beliau terlebih dahulu. Apakah pada waktu itu responnya "Wah! Kelakar.. kelakar.. bagus.. proceed!". Jika ini adalah keadaannya, maka bolehlah dikatakan En. Zulkifli ni orang yang 'perasan' dan 'syok sendiri' apabila mengambil keputusan untuk memasarkan 'namanya' lebih dari produk yang hendak dijual. Jika aku sendiri misalnya suka pada nasi lemak yang dijual oleh Mak Cik Bedah, sudah pasti kalau aku mengigau pun, aku akan mengigaukan nasi lemak dan bukannya Mak Cik Bedah. Jadi bila ada orang jual nasi lemak yang mengharapkan pembelinya akan terngigau-igaukan dirinya, pada aku itu gila, perasan dan syok sendiri! Bukan itu sahaja... Tuan punya suara yang melakonkan iklan ni si Cik Nab dengan Cik Mon ni pun tak lari dari title bangang melantun-lantunnya. Sebagai perempuan yang bersuami, seharusnya mereka lebih peka dengan apa yang berlaku. (Suara sia tu ek? Bunyi macam Marlia Musa? Ah! Tak kiralah saper pun dia!) Nak buat iklan... buatlah. Tapi jangan la jadi bodoh.
» 1 Comment
1"Setuju...!!!"
at Friday, 01 August 2008 13:09by Eycha Mmg betul pun...geli geleman dgr iklan mengong tu... nasib baik ada gak org yang boleh voice out... banyak lg iklan bengong dorg..another one is iklan pasal org gemuk..suaranya dibuat mcm sound besar dan (i dont know how to explain) which aku rasa mcm menghina mereka-mereka yang berbadan besar dan obes...takde sensitiviti lgsg...
» Post Comment
|
| < Prev | Next > |
|---|
| Hari ini: | 189 |
| Semalam: | 247 |
| Bulan ini: | 1260 |
| Keseluruhan: | 42729 |
| Max.daily visits: | 1380 |
| occurred: | 2008-7-16 |
| Max.monthly visits: | 9793 |
| occurred: | 2008-7 |
| Pages today: | 1308 |
| Pages yesterday: | 1665 |
| Pages this month: | 8144 |
| Pages total: | 343050 |
| Data bermula: | 2008-06-12 |
|
|