| Dalam rangka penghapusan subsidi minyak |
|
|
|
| Written by Eddie rEStiNPeaCe | |
| Wednesday, 04 June 2008 | |
|
Jumlah Hits: 450 kali
Wah.. petang tadi lepas pengumuman Dolah bila kata harga minyak petrol naik 78 sen, nak gelap mata aku dibuatnya. Giler haper ni? Well, ni kali ke-7 Dolah naikkan harga minyak semenjak tahun 2004. Alasannya? Korang leh baca semula entry yang pernah aku tulis masa minyak naik 30 sen pada tahun 2006 dulu. Tak jauh beza. Eh! Rasanya baru semalam dan dua tiga hari lepas pemimpin-pemimpin Islam Hadhari ini berkata jangan percaya spekulasi bahawa harga minyak akan naik kan?! Sebulan yang lepas heboh pasal demonstrasi rakyat indonesia membantah harga minyak di sana naik kepada RM1.90. Ini kita? Nah ngko... naik terus ke RM2.70. Sempat aku maklumkan kat memember dalam YM list aku suh diorang tuang minyak sebelum kul 12. Bukanlah leh selamat dari pengaruh kenaikan minyak pun. Cuma at least leh la survive untuk 2,3 hari dengan minyak yang ada dalam tank tu. Ada sorang mamat reply message aku
Dan hari ni jugak aku menghabiskan masa 2 jam beratur sepanjang 3 rantai (3 rantai ni dalam lebih kurang 5 ratus ela la. Senang kata, lebih kurang 5 tiang letrik jauhnya). Bukan nak mendapatkan tiket transformers, tapi sebab nak beli minyak. Hala balik, aku tengok jam dah jadik dekat 2 kilometer dari petronas. Mati lah saper yang beratus ni bila sampai2 kat petrol pump, minyak dah habis. Ada sebijik Esso kat sini, awal-awal dah tutup kedai. Tak tahulah samada betul-betul minyak dia dah habis, atau sengaja dia nak simpan untuk esok supaya leh jual dengan harga baru. Teruskan membaca... Salah ke kalau aku kata minyak naik sebab lemahnya kerajaan mentadbir sumber kewangan negara? Well... pada pyokong-pyokong BN, tak perlu nak jelaskan pada aku kenama kerajaan 'terpaksa' mengurangkan subsidi.. tak perlu cerita pasal beban subsidi 56billion dan sebagainya. Cukuplah korang bodoh untuk menerima statistik-statistik yang macam tu. jangan nak bodohkan aku sekali sudah. Anyway, masing-masing preparelah untuk penarikan sepenuhnya subsidi minyak selepas ini. Beerti kita mungkin akan membeli minyak petrol dengan harga RM4 seliter pulak lepas ni. Stoplah dari berikan alasan harga minyak dunia naik sebagai alasan sebab dari dulu sampai sekarang aku tak reti-reti nak cari dimana rasionalnya. Kalau aku tanam padi, dan harga padi naik, sudah pasti akulah orang yang paling bahagia atas muka bumi ni. Dn dah pastinya sedara mara aku bagi beras percuma jer. Kenapa pulak bila harga padi naik, sedara mara aku terpaksa bayar lebih pulak?
Nak tahu cerita kelakar? Minyak naik 78sen seliter. Katakan sehari kita guna 10 liter sehari, sebulan dah 300 liter. Beerti kenaikan yang kita tampung sahaja telah mencecah RM234 sebulan. Jika setahun, jumlah kenaikan dari harga asal yang kita tampung ini adalah sebanyak RM2,808 (beerti RM3,720 belanja minyak kalau purata 10 liter sehari). Ini tak termasuk urusan lain seperti nak balik kampung, keluar bercuti dan sebagainya. RM625 setahun leh pujuk rakyat ker? Bagaimana agaknya kerajaan boleh come out dengan keputusan macam ni? Senang... Bila orang tu tak pernah rasa macamana keluarkan duit dari poket untuk tuang minyak (dan kalau ada pun, hujung bulan leh isi borang claim, siap leh claim lebih pulak tu lagik), tak pernah rasa bayar tol, tak pernah rasa macamana nak menjalani hidup dengan gaji RM800 sebulan... (pendapatan per kapita malaysia berapa? RM1400? RM1800? Tak kisah lah. Sebab bagi aku gaji RM2000 sebulan pun skang ni belum tentu boleh survive kat KL ni). Dari sekaya-kaya manusia hinggalah semiskin papa kedana terpaksa menerima harga baru ni!
Hai... melingkup la cepat kerajaan yang ada. Moga Allah dapat gantikan dengan kerajaan yang lain pulak. Selama ni kita ditakut-takutkan dan dimomok-momokkan kononnya kalau kerajaan bertukar tangan, huru-hara Malaysia ni. Betul ker? Tapi masih takde bukti kan? Yang aku tahu erajaan yang sedia ada yang banyak rekod memporak perandakan rayat skang nih.
Perdana menteri juga mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung. Satu struktur tarif baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak. Berkuatkuasa 1 Julai ini, pengguna bawah 200 kwj (kilowat-jam) setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang RM43.60 akan membayar kadar seperti sekarang selagi mereka kekal jumlah penggunaan.Kumpulan pengguna ini terdiri 59 peratus isi rumah di Semenanjung. Bercakap dalam satu sidang akhbar petang tadi, Abdullah berkata, bagi jumlah penggunaan antara 0 hingga 400 kwj sebulan (kediaman) - kadar tarif bagi 200 kwj pertama sebulan ialah 21.8 sen satu kwj; 201 hingga 400 kwj berikutnya 34.5 sen satu kwj. Caj minimum bulanan RM3. Bagi jumlah penggunaan lebih 400 kwj sebulan (kediaman), kadar tarif bagi 50 kwj pertama ialah 30 sen satu kwj; 501-600 kwj berikutnya 39 sen satu kwj; 601 -700 (40 sen), 701-800 (41 sen), 801-900 (43 sen) dan 901 kwj ke atas (46 sen). Caj minimum sebulan RM3.Manakala pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus. Bagaimanapun, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi 200 kwj setiap bulan. Kenaikannya adalah 18 peratus.Bagi kategori-kategori lain:Tarif B (tarif perdagangan voltan rendah) bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 38 sen. Caj minimum bulanan RM7.20. Bagi penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 40.8 sen. Caj minimum sebulan RM7.20.Tarif C1 - tarif perdagangan am, voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM24.8. Bagi semua kwj 29.6 sen. Caj minimum bulanan RM600.Tarif C2 - tarif perdagangan puncak/luar puncak voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan dalam tempoh puncak RM36.60. Bagi semua kwj dalam tempoh puncak 29.6 sen. Bagi semua kwj dalam tempoh luar puncak 18.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.Tarif D - tarif perindustrian voltan rendah - bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 34.2 sen. Caj minimum bulanan RM7.20. Bagi jumlah penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 36.6 sen. Caj minimum bulnan RM7.20.Tarif Ds - Tarif perindustrian khas - (untuk pengguna yang layak sahaja) 34.4 sen per kwj. Caj minumum RM7.20Tarif E1 - tarif prindusrian am voltan sederhana bagi setiap kilowatt kehendak maksimum sebulan RM24.6 satu kilowatt bagi semua kwj 28 sen per kwj. Caj minimum bulanan RM600.Tarif E1s - tarif perindustrian khas (untuk pengguna yang layak sahaja) bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM19.1. Bagi semua kwj 27.2 sen. Caj minimum bulanan RM600. TNB akan mengumumkan struktur baru tarif elektrik dalam satu sidang akhbar esok. Trackback: MMUTA LIGAT & Tranungkite
» No Comments
There are no comments up to now.
» Post Comment
|
| < Prev | Next > |
|---|
| Hari ini: | 20 |
| Semalam: | 179 |
| Bulan ini: | 1002 |
| Keseluruhan: | 21970 |
| Max.daily visits: | 1380 |
| occurred: | 2008-7-16 |
| Max.monthly visits: | 9793 |
| occurred: | 2008-7 |
| Pages today: | 305 |
| Pages yesterday: | 1643 |
| Pages this month: | 6949 |
| Pages total: | 206590 |
| Data bermula: | 2008-06-12 |
|
|