Home
BLOG - Tukar Template Lagi PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Tuesday, 10 June 2008
Jumlah Hits: 260 kali

Kebelakangan ini semua orang nak ada BLOG sendiri terutama untuk tujuan peribadi mahupun Internet Marketing. Dan ini antara salah satu kelebihan blog berbanding statik website. Kita boleh menukar templete atau lay-out web kita bila-bila masa yang kita nak tanpa perlu bekerja keras. Tak kira samada anda menggunakan blogdrive, blogger, atau CMS joomla sepertimana yang digunakan oleh saya ini. Namun saya memerlukan 2 hari dah menguji hampir 15 template sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan template JA Drima keluaran JoomlArt ini. Kenapa jadi macam tu?

1) Kesesuaian Concept - Tidak dinafikan kesemua 15 template yang saya cuba semuanya cantik-cantik. Tetapi perlu diingat, ready made template sebegini selalunya dihasilkan oleh pereka untuk tujuan dan concept tertentu. Jadi perlu untuk kita sesuaikan mengikut keperluan dan concept kita sendiri. Sebagai contoh, business template atau gamers template sudah pasti kurang sesuai untuk digunakan sebagai template BLOG peribadi.

2) Lay-out - Saya secara peribadi lebih menitik beratkan Lay-out atau susun atur module dalam sesuatu template berbanding dengan graphics yang cantik semata-mata. Ini kerana lebih mudah untuk kita mengubah paparan graphics seperti logo serta background berbanding sekiranya kita ingin melakukan modifikasi pada coding structure sesuatu template berkenaan.

3) Cross-browser - Semalam ada beberapa template yang amat saya suka berlatar belakangkan warna dark grey seperti tema warna asal sebelum ini. Namun saya dapati sekiranya saya melayari menggunakan internet explorer, paparan akan hang dan error script akan keluar di beberapa link. Ada juga template yang menjadi 'senget' dan tidak seperti yang sepatutnya bila dilayari dengan Internet Explorer. Sebagai pengguna Mozilla Firefox, saya dah lama maklum mengenai problem-problem yang sering dihadapi oleh IE dan saya tak terkejut bila ada orang mengatakan "You should Dump Your IE" atau sebagainya. Jika kita bleh marah website yang coding htmlnya ditulis menggunakan Microsoft Frontpage yang tak mengikut W3C yang menyebabkan ianya senget-benget bila dibuka menggunakan firefox, maka kenalah juga kita fikir keadaan web kita bila senget-benget jika dibuka dalam IE walaupun IE yang salah.

4) Process loading yang lebih laju - Samada dari segi lay-out, image graphics, ataupun penggunaan module-module sampingan janganlah sampai menjejaskan prestasi loading BLOG anda. Pelawat mungkin akan menjadi bosan dengan paparan lembab dan terpaksa menunggu lama setiap kali click pada mana-mana link atau artikel di blog anda.

Kenapa guna background putih pulak? Sajer suker! Kalau di era 90-an dulu sibuk dengan web tulisan warna-warni dengan image gif animation yang berkelip-kelip, pengguhujung 90-an dengan web berlatar belakangkan warna hitam dengan tema ala-ala gothics, awal mellenium dengan kenaikan era populariti web menggunakan flash, skang ni 2008, kita back to basic... putih! Ahaks!


Share/Save/Bookmark
» 2 Comments
1Comment
at Wednesday, 11 June 2008 12:11by Mamat
Smart layout baru ni.. dapat mane bebanyak Joomla theme ni? Haha.
2Comment
at Wednesday, 11 June 2008 19:15by rESt2mamat
Kalau mamat nak, abang eddie ada banyak joomla themes yang cam ni siap ngan dia nyer sources. Tapi kena bawak thumbdrive 2 gb la. ahaks!
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Web Address
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
< Prev   Next >

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 22
Semalam: 179
Bulan ini: 1004
Keseluruhan: 21972
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 319
Pages yesterday: 1643
Pages this month: 6963
Pages total: 206604
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 1 guest online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsors

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL