Home arrow Home
Danish's Computer Lesson PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Daddy, Mummy & Sons
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Tuesday, 16 September 2008
Jumlah Hits: 338 kali

Nama Artis: Boboi & Rudy
Tajuk: Komputer Baru


Pada usia Danish 2 Tahun 3 bulan, apa yang Danish dah tahu pasal komputer? Antara yang Danish dah pandai sebut dan faham apa kebendanya mender tu:

1) Beebok (keyboard)
2) MeeMos (Mouse. Tapi dier sebut MeeMos sama cam dia sebut Mickey Mousel)
 3) Pearkeh (Speaker)
4) Pearteh (Printer)
Paling lawak bila dia sebut 'calculator'. aku sendiri tak reti nak eja. Tapi memang kelakar giler sound nya.
 
Apa lagi? Errmm.. Dulu Masa umur dia setahun lebih dia layan game Dynomite. Tapi tu memang nampak sangat dia main hentam klcik mouse tu ikut dan jer. Tapi skang nih dia dah pandai main game PinBall plak. Ahaks! Mulanya aku ajar game PinBall tu sebab malas nak install game Dynomite la. Kalau dia main game PinBall ni senang sket aku, sebab mana-mana komputer pun ada game ni. Tak payah aku nak install-install lagik. Tambah lagi aku dah ajar dia camana nak bukak sendiri game tu, camana nak kasi fullscreen, camana nak restart game, camana nak control, pas tuh kalau tersalah klick button windows, aku suh dia klick semula guna mouse kat game tu, pas tuh klick button F4.

Antara nama-nama button pada keyboard yang dia dah faham nama dan kegunaannya:
1) F2 (untuk start new game bila main game PinBall dia)
2) F4 (untuk kasi fullscreen game PinBall dia)
3) Button Windows
(untuk keluarkan start menu untuk nak bukak game PinBall dia)
4) Down arrow (bila dah bukak start menu, dia akan klick down arrow sampai kat icon PinBall)
5) Enter (bukak game PinBall dan kalau keluar stat record dia dah tahu kena click enter)
6) Button 'Z' dengan slash '/' (untuk control game PinBall)
7) Spacebar (Untuk start game)

Skang ni bila dia dah 'addicted' dengan PinBall, yang jadi mangsa mummy dia la. Baru jer duduk depan PC dia pun datang, "Mie... puti..." (Translate: Mummy... tepi..). Ahaks! Sib baik dia tak berani kacau PC aku. Skang ni tak pasal-pasal mummy kena kongsi PC dengan Danish dah pulak.

Balik kampung kelmarin, ceh! Bukan main lagi dia 'show off' dengan sepupu-sepupu dia yang lain, main game kat laptop ayah ngoh dia. Nanti aku uploadkan video yg aku sempat record masa first time Danish men PinBall.

Daddy? Daddy tahu main PinBall kat computer masa umur daddy 19 tahun. Danish umur 2 tahun 3 bulan dah leh buat record melebihi 900,000 point untuk game PinBall. Sealed


 
TAG Ramadhan dari Makcik Aiskerim. PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Internet Stuff
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Sunday, 07 September 2008
Jumlah Hits: 326 kali

Anyway, ada yang masih tak tahu apa fungsi TAGGING? Selain dari boleh menjalinkan silaturrahim antara blogger2, actually ia baik untuk SEO dan juga pagerank blog kita. Sebab, lebih banyak backlink dari web lain ke blog kita, maka lebih mudah untuk web kita di crawl oleh bot-bot search engine dan sebagainya.

Kenapa nakkan pagerank web kita tinggi? Aku yakin kebanyakan blogger skang dah tahu bagaimana nak memanipulasikan blog sebagai pendapatan sampingan seperti meletakkan PPC program seperti google adsense, nuffnang, advertlets dan sebagainya. Jadi lebih ramai pengunjung, lebih tinggi peratusan yang melawat iklan-iklan berkenaan atau iklan-iklan anda korang sendiri. Neway, jangan buang masa, straight to the TAG by Makcik Aiskerim

This is the most simple tag i ever get seen. Adeh... tapi for thos yang malas nak menjawab TAG berupa soklan-soklan, leh la buat sama-sama tag ni:

  1. Copy gambar smiley kat bawah then post it into ur blog
  2. Tag pada min of 5 other bloggers [muslim] yang anda kenal who will then tag minimumnya pada 5 other bloggers.
  3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka utk bgtau yg diorang dah kena tag.
  4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tag

I was tag by Makcik Aiskerim

5 people that I hope can do this to
1. Joe
2. Hydrolark (memang aku sajer suka eja Hydro)
3. Tang a.k.a rin0x
4. Firdauz
5. Anyone who got nuthin to update in your blog at the meanwhile


 
Parut dimuka Danish, luka di jiwa daddy PDF Print E-mail
User Rating: / 1
Daddy, Mummy & Sons
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 06 September 2008
Jumlah Hits: 717 kali

 Hari ini tidur aku dikejutkan oleh angkara seekor kucing. Hari ini hati aku jadi pilu angkara seekor kucing. Hari ini aku takkan dapat malihat anak aku sama seperti dulu angkara seekor kucing. Hari ini juga persepsi aku pada binatang yang kononnya cute itu berubah sama sekali.

Inilah Tiger! Seekor kucing yang 4 tahun dulu kesejukan ditinggalkan ibunya di kawasan pasar Precint 8 Putrajaya yang mama kutip, bela, bagi makan, bagi minum, bagi tempat berteduh segala...

Semalam Danish ikut Untie El dia balik rumah nenek. Overnight kat sana. Sempat ber-YM dengan dia malam tu. Tak aku sangka rupanya itulah imej terakhir muka Danish yang cute, putih, licin yang aku pernah tengok.

Hari ini aku terjaga bila yanie suruh Danish sambung tidur. Aku buat tak tahu jer. Dalam hati "Dah balik Danish... paginya..? biasa time ni Danish tak bangun tidur lagi.. " Tapi bila 3,4 kali mummy dia suruh tidur dia tak nak tidur, aku pun bangun.

"Abang jangan marah dia bang.. dia luka tu.." Pesan yanie awal-awal. Takut aku marahkan Danish agaknya. Dari jauh masa tu la baru aku nampak seakan darah mengalir dari pipi Danish. Terus aku capai. Ingatkan luka biasa jer. Rupanya yang aku nampak cam darah mengalir tadi itulah bekas lukanya. Kata Yanie, Tiger tiba-tiba terkam masa Danish tengah tidur dalam selimut...

Dulu 'abah chini' ada bawak balik anak musang yang dia kutip dari ladang. Maknya mati kena tembak. Jadi sebab kesian, abah bawak balik anak musang tu bela kat rumah. Dari belum celik mata kitorang jaga, bagi makan, ajar minum susu dengan makan nasik gaul ngan ikan (treat cam kucing la). Tapi bila dah besar, kantoi makan ayam aku dalam reban. Langsung takde belas kesian jam tu jugak aku rejam dia dengan lembing.Mati kat dalam reban tu jugak.

Tapi itu sebab dia kacau ayam aku jer baru... Sekarang ni kita bukan cerita pasal ayam, ini anak aku. Kucing ni dah tinggalkan parut kat muka anak aku. Bukan dekat kepala lutut... tapi dekat muka. Mujur tak kena mata. Sayu sangat hati aku bila tengok parut dia. Sekang memang dia masih belum mengerti apa-apa. Dia tetap boleh senyum, tetap boleh ketawa. Harap bila dia besar, dia boleh terima kenyataan parut yang dia akan lihat dicermin sehingga ke akhir hayat dia ni.

Kalaulah mender ni jadi depan mata aku... Allah sahaja lah yang tahu apa nasib kucing tu... Harap-harap bila aku pergi rumah mama, kucing tu dah takde.


 
1 Funny Story, 1 Sad Story PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Politik Malaysia
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Thursday, 04 September 2008
Jumlah Hits: 255 kali

Nama Artis: The Fabulous Cats
Lagu: Bawaku Terbang


Watch Belit-in Utama last night guys? Perasan tak ada satu cerita kelakar? Kalau dah sampai bini aku pun boleh ketawa... aku rasa cerita kelakar la tu. Cerita pasal apa? Alah... Tentang "media perlu berani melaporkan cerita yang benar..."

It is damn good actually, the funny thing is when it came out from Pak Lah mouth.



What is the sad story?

Dah masuk 8 bulan. jangan kata nak jumpa semula adik Sharlinie.. penjahat nyer pun tak dapat-dapat lagi. Tambah memilukan bila kisahnya dilupakan cam tu jer. Barang kali polis kita sibuk dengan perkara-perkara lain seperti mengawal traffic dari pergi ke parlimen... menghalang orang ramai dari berhimpun dan berdemonstrasi walau secara aman... menjaga pilihanraya... dan sebagainya.


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 33 - 36 of 259

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 204
Semalam: 247
Bulan ini: 1275
Keseluruhan: 42744
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1442
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 8278
Pages total: 343184
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL