Jumlah Hits: 142 kali
Sekali lagi aku sekeluarga berangkut ke kota naga pada 18hb arituh. Kali ni untuk meraikan adik keempat dari keluarga Tenno, iaitu Teh. Esok, 22hb pagi dia akan dinikahkan dengan pemuda pilihan dia. Agak respek jugak bila diorang ni dah berkapel semenjak sekolah menengah lagi. Aku kira, dekat 8,9 tahun jugak rasanya. Giler. Aku masa memuda dulu kalau 8,9 tahun tuh, maunya dah dekat 8,9 awek jugak. Har! har! Tapi kali ni berbeza sket. Sebab selain dari serentak dengan majlis cukur jambul dan berendui puteri kesayangan ngOh, aku sendiri ambil kesempatan untuk buat aqiqah untuk anak-anak aku si Danish dan Faris. Tumbang lembu sekor. Ujian pertama, bagaimana nak mengangkut list barang yang sama panjang dengan 2 helai kertas kajang untuk masuk dalam kereta Gen2 aku. Kalau aku longgokkan, for sure orang ingat aku balik kampung dengan Van agaknya. Nilah antara barangan yang aku bawak. Disamping keperluan harian untuk aku empat beranak untuk 2 minggu, turut bersama-sama dengan satu set komputer dan jugak 6 dulang hantaran perkahwinan (siap ada kek lagik!). Not to mention, car seat Danish kat tempat duduk belakang which already took half of the space. Sampai kat kampung, aura bekwoh telah dirasai. Dari kerja-kerja mengangkut khemah, kerusi meja dan sebagainya, sampailah mencari umbut kelapa. Ntah kenapa lain macam besar pulak kenduri kali ni. Kalau masa aku dulu 3 khemah jer. masa abg ngah pun 3 khemah jer. Ini zaman Teh, sampai 6 khemah tenno naikkan. resepi masakan pun semua buat style masakan kampung. Korang takkan jumpa 'Nasi minyak' dengan 'ayam masak merah' pada kenduri kali ni. yang ada gulai rebung, sambal perut, sayur umbut kelapa, daging goreng kunyit, dan ulam-ulaman serta sambal. Ni gambar Danish dengan aksi ntahhaperdanntahmana ditirunya. Pelamin ni Teh sewa mak andam. So takdelah air tangan aku kat sini. Kalau masa kenduri ngOh dulu, memang aku dengan long si tukang yang membuat tapak pelaminnya. Ni beberapa gambar masa mengambil umbut kelapa. Bukan senang ooo nak tumbangkan pokok kelapa yang dah 30-40 kaki tinggi. Kena panjat, ikat ngan tali, pas tuh tarik reramai sambil sorang potong batang dengan chainsaw. Kalau tak buat macam tu, takut tumbang hempap rumah pulak. Kitorang, sampai-sampai jer dan makan kelapa muda dulu. Kerja lum start lagik. Ahak! Cerita pasal lembu pulak, puas jugak Tenno pergi mencari. Maklumlah. dekat-dekat nak raya koprban ni, sekor lembu yang 'terjegil' tulang-tulang rusuknya laksana anak tak cukup makan kat afrika pun diorang boleh tekan sampai RM2300 ke RM2800. Dan syarat beli lembu untuk aqiqah atau korban ni, masa beli tak boleh la kita tawar-menawar. So nak tak nak, dekat 4,5 'cowboy' gak lah abah terpaksa pergi bertanya. Sampai lah member dia tolong carikan, dapat sekor yang mana tuan yang nak jual dengan harga RM1600 jer sekor. Aku cakap 'jer' bukan sebab bagi aku RM1,600 tu murah, tapi sebab compare ngan harga tuan-tuan lembu yang lain. Pada halnya, 2,3 tahun lepa, setahu aku harga lembu antara RM900 ke RM1200 jer sekor. Di sebabkan sekor lembu boleh aqiqah kan 7 orang, so aku bubuh sekali nama anak ngoh dan abg long untuk cukupkan 7 orang. Kira Ayah Der belanja lah. Aku yang sembelih sendiri. Hehehehe. Takdelah. Aku cuma tolong pegang kaki depan dengan leher jer masa Pak cik aku sembelih. Dari start sembelih, sampai lah melapah aku mengadap. Besok hari besar. So memang aku akan busy giler. Kenduri belah malam ni tadi pun dah macam nak relai tempurung lutut ni rasanya. esok ntah lah. Lagi 3,4 hari aku akan update untuk kisah 2,3 hari esok pulak.
|