Home arrow Home
Bangun! Bangun!! PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Mymode
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Thursday, 11 December 2008
Jumlah Hits: 174 kali

Hari ni baru aku perasan credit airtime dalam prepaid handphone aku ada dalam lebih kurang RM350. Mang haih! Kalau masa-masa study bercinta dulu takmo plak dia ada credit macam ni dalam prepaid handphone! Apa tak nya. Setiap bulan aku mantain topup untuk diri aku sendiri RM100 untuk maintain leadership bonus aku. Padahal aku guna bukannya banyak. Setakat untuk SMS jer. So apa nak buat?

Hah... Terlanjur dengan prestasi gateway mymode yang semakin cemerlang ni, ada baiknya kalau aku kejutkan semula downline-downline aku yang dah 'lama tidur' tu. Kebanyakan diorang nih masa gateway bermasalah, diorang fed-up terus stop buat MyMode tanpa menyedari sekarang nih keadaan dah jauh berubah. Kalau mereka semua tahu, bangun, dan kembali aktif, maka dah tentu ianya sangat bagus untuk prestasi kumpulan.

So aku pun extract la semua list downline level 1 dan 2 di bawah aku yang masih berpangkat MA, MM dan CM (yang atas dari ni, sendiri mau ingat la kan?). Kesemuanya ada 773 orang. Mula-mula ingat nak send kepada semua downline level 3 sekali. Tapi memandangkan untuk level 3 sahaja dah ada dekat 4000 orang, so akan pendamkan saja niat murni tu. Tunggu lah kalau credit handphone aku ada RM1000, insyaAllah aku buat.

Start dari pukul 2 petang tadi, aku send 773 SMS kepada diorang dengan ayat cam kat bawah nih:

<Admin P4U> Prestasi Gateway MyMode 2x lebih laju. Ada Eload Celcom & Maxis (auto Topup). Tambah modal online guna CIMBclicks & CIMB Bazar. http://Prepaid4u.net

Sekarang dah pukul 8:30 pm masih berbaki dalam 100 SMS. Mujurnya aku send guna software Sony Ericsson PC Suite. Moga-moga ada yang dibukakan hati dengan peringatan yang aku berikan. Berapa kos SMS yang aku tanggung? Aku tak sure. Tapi rasanya dalam RM60 lebih kot? Aku rasa ianya setimpal dan berbaloi walaupun aku hanya berjaya mengejutkan 10% dari mereka.


 
Memang tiada kena mengena PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Internet Stuff
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Thursday, 11 December 2008
Jumlah Hits: 74 kali

Entry ni tiada kena mengena dengan kisah aku yang berhenti merokok dari start April 2008 arituh (kekadang pow gak sesebatang rokok orang buat lepas mengada) atau pun nak 'mendedahkan kemaluan' budak remaja perempuan dua orang yang masih bersekolah ni. Aku cuma tengah testing plugin thumbnail image preview untuk blog aku. Aku tengok semua orang lain guna cam best jer. hehehe. Jangan marah ek..

Kepada yang berminat dengan lightbox effect plugin ni, aku gunakan FBoxBot untuk joomla 1.0x

Kedua-dua gambar dah di'black metal'kan dan satu lagi matanya dah ditutup dengan daun untuk menutup identiti sebenar budak ni. See..? Kita plak beria yang tolong jagakan maruah diorang ni...

 
Tumbangnya seekor lembu jantan PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Sehari Bersama Aku
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Tuesday, 09 December 2008
Jumlah Hits: 87 kali

Faris takde dalar gambor sebark bertepek pader nenek 24jam Rayer Aji kali ni nampoknya koi tok balik kumoh di Cheni. Baru ngat baliknyer masa kenduri Teh ari ter. itu pun dah dekat dua minggu jugerk dah tergh. Kebetulan pulok Aboss (Aboh + Ex-Boss) buat korban tahun ni kat kampung Tok Papa di Pt Warijo Lintang, Batu Pahat. Koi ngikut je larh. Bukannnyer selalu balik ke saner.

Mulanyer planning nok balik ari jerk. Gi pagi lepas sembahyang rayer, pas tuh balik lepas orang sembeleh lembu. Haa ni Aboss nyer planning la nih. Dia lagik sempoi. Ket nyer sebark ke merasa tok berapa nok logik jerk plan dier tergh, jadik komer uboh. Balik petang Ahad tergh. Kurang-kurang nyer dapat gerk tidur ban semalaman.
Hujan dari komer mula sampei nyet-nyet jerk. Lembu yang bajetnyer nok turun lori petang, malar ngan ari baru sampei. Malar tergh hujan start lebat. Jangan kabor la ke sedark nyer tidur. Memandangkan koi ni la first time boleh tidur tanpa memikir ker hey budok bayor nok register MyMode. Koi sound dah yang saper bayor hari ni, koi daftarkan dia esok jerk. Pohpaleh nikmatnyer rasa..

Bangun esoknya koi tok terus mandi. Hujan bapok lebatnyer diluor. Dari malar tadih lagik. Orang dumoh habih pakat tok gi semayang rayer belaker. Tunggu punya tunggu, Kat pukul 11 baru slow sket ujan nyer. Dah la nunggu ker pok iman hok njadi tukang sembelihnyer pulok. Pader kirer bapok la ramei nyer orang dumoh nih. Ket nyer sorang pun tok terkelebei nok myembelehnyer. Si Pok Imam pulok ander 6,7 ekor lembu nok sembeleh ari yang samer jugok. Amboih pohpalihla busy nyer dier ari nih gamoknya. Har! Har!

Dari pukul 11 lebih tergh koi, uncle Sairee, uncle fendy dengan cik yon cuba nok numbang kan lembu. Makin lama makin ramai yang nolong. Yang datang nengok sajer tuksoh ceriter la. Baler kater koi. Njadi ker payoh pulok dah. Komer ari ter masa nyembelih lembu Aqiqah Danish ngan Faris, bertiga berempat jer nyettle ker. yang njadi ker payoh, memasing nok ngikut kpaler memasing. Hok ni kater gini, hok tu kater gitu. Njadi ker susoh nok tanjung kaki dedua beloh serentok nanti ker jatuh. Macar la lembu tu nok mbior ker. Koi kabor doh, dapat tanjung sebeloh jer kaki depan pas ter ser tali lagik tanjung sebeloh kaki belakang pun dah boleh bagi tumbang. Eeeiiii tak mboh nok dengor. Haa bior ke lantok.

Last-last bila dah jatuh lembu, ha banteinyer memasing pakat-pakat takut nok gi nambat kaki lembu ter pulok. Pasaannya nok gi dekat pun takut. Nyampoh betul. Koi jugerk la yang blagok njadi hero ari tergh.

Biler dah dapat ikat semer kaki, baru la Cik Abu dengan yg lelain nolong. Pohpaleh pwok-pwok ni. Ramei sesajer jerk. Masa orang nok nyembeleh gitu jugek. Letih koi nyuruh tolong tekan bahu lembu tergh jangan bagi dier nglupor. Banteinyer memasing nengok dari jauh jerk. 2 orang jer yg nok megang lembu. Aper ke boktannyer gitu?

Lembu settle kena sembeleh dalar pukul 12 lebih. Ander Eyam rekod dengan camera phone dia. Ket nyer mungkin terlalu hardcore. Position koi tempat yang samer macar masa nyembeleh lembu kat kota tenno 2 minggu lepas, megang bahu kaki depan dan dalar masa yang sama kena narik kerendut leher lembu tergh untuk nyenangkan tukang sembeleh. Makner nyer, koi orang yang paling dekat dengan mata parang tok imam ter.

Settle nyembelih, baru mandi. Ader jugek nolong melapoh. Ket nyer melapoh guna pisau maiden, bukan nyer weih... Lepas mandi tergh doh pakei baju molek, koi tak mboh dah la nolong. Seroh ke aok mer la pulok. Koi nunggu jer la sup tulang siark. Lepas makan, terus gerak balik.

Ni gambor area rumoh Tok Papa. Beh jer gaya dier. Tok macar cheni, ladang berbatu jauh dari kawasan rumoh. Diorang nih, rumoh terus dalar ladang. Pas tu pulok ladang diorag bersih jerk. Cuma masalohnya, dalar masa kitorang balik tuh, dah ada 4,5 rumoh sekeliling tu naik dek air. Dan kalau hujan berterusan lagi sari jer macar ari nih, koi rasa rumoh tok papa pun kena. Ai jawark nyer tak lepas pulok la nok balik.

Sekian sajer entry rayer korban koi untuk kali ni. Mintok maaf bebanyok, koi cakark pahang dan usoh ngader nok suruh koi translate mender yang koi tulih dalar nih. Hahahaha.


 
GPS Aplication: Antara Garmin VS MapKing PDF Print E-mail
User Rating: / 0
My Opinion
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 06 December 2008
Jumlah Hits: 151 kali

Kepada pengguna PDA atau Pocket PC, I think u guys gonna like this entry. Maybe can give you some idea and help you to make decisions. Tadi aku ada meeting dengan MFactor. Biasanya kat The Mines tapi hari ni nak tukar suasana buat kat Leisure Mall, KL. Dan aku sememangnya tak pernah pergi dan langsung tak tahu jalan. Dalam ertikata lain, buta terus! So one more time depending 100% on GPS.

Memandangkan dah lama tak guna Dopod D810 aku ni since aku start guna SE K850i, memang aku pun tak perasan yang versi Maps GPS aplikasi MapKing 2007 yang aku gunakan adalah last update pada October 2007. Guest what? Akibat terlepas 1 selekoh sahaja membuatkan aku berpusing-pusing dalam town untuk cari u-turn. Ada tempat yang dah tak boleh buat u-turn, tapi GPS application yang aku gunakan kata boleh u-turn. Tak ke gila tu? Ni la akibatnya kalau tak update peta since KL punya jalan within 1 year memang banyak boleh berubah.

But luckily, no matter how, dia berjaya hantar aku ke Leisure Mall. No Doubt that if I go alone without it there's no way that I can find it. So balik jer tadi, terus cari update maps untuk MapKing 2007. Rupanya dah ada 2 update yang aku terlepas. Maps August 2008 dan yang latest adalah versi 30 September 2008. At the same time sempat survey yang mana lebih bagus antara Garmin dengan MapKing?


GARMIN                                                           MAPKING 2007

Kalau dilihat dari 2 imej diatas, nampak roadmap Garmin jauh lebih cantik kan? Tapi dari segi praktikal, road map pada aplikasi MapKing 2007 jauh lebih user friendly dan tidak mengelirukan. Tapi untuk menentukan perisian mana yang lebih bagus bukan hanya berdasarkan pada paparan peta, tetapi juga pada support service termasuklah pengemaskinian peta versi terkini. Sama seperti antivirus juga. Tak kira sehebat mana sekalipun, namun sekiranya virus patternnya tidak diupdate dengan pattern terkini, so takde maknenyer!

Jadi aku pun servey antara MapKing dan Garmin, yang manakah menggunakan dan mempunyai maps yang lebih terkini... (Baca selanjutnya)


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 9 - 12 of 259

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 224
Semalam: 247
Bulan ini: 1295
Keseluruhan: 42764
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1554
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 8390
Pages total: 343296
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 1 guest online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL