Home arrow Home
Ofline agent more active? PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Mymode
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 20 December 2008
Jumlah Hits: 146 kali

Hari ni saya try service downline OFFLINE pulak. Tapi bukan service cara konvensional. Sejak dulu lagi saya memang tak suka bekerja cara konvensional dengan berjumpa prospek atau downline, bercerita dans sebagainya kerana pada saya cara itu sangat memenatkan dan merugikan masa. Hehehe. See? Downline yang ditaja secara konvensional (jumpa face to face) pun boleh di service dengan cara online tanpa keluar dari rumah! Masalahnya bukan tak tahu cara, susah dan sebagainya tetapi sama ada kita nak atau tak nak je.

Kebiasaannya saya service downline online yang berdaftar di web prepaid4u. Ia jauh lebih mudah kerana masing-masing ada mempunyai email dan lazimnya mereka-mereka ini mempunyai pengetahuan dalam bidang IT. Tetapi saya tak dapat nak dinafikan bahawa hampir separuh dari keseluruhan downline saya sebenarnya merupakan downline offline yang didaftarkan secara konvensional oleh upline mereka. Mereka-mereka ini kebiasaannya akan diabaikan dan hilang tanpa arah tuju. Lepas daftar, terus tak tahu nak buat apa. Upline pun malas tunjukkan dan sebagainya. Dan amat mengejutkan, dari respon dan reaksi yang saya terima nampaknya mereka-mereka ini lebih bersemangat dari apa yang saya jangkakan. So bagaimana saya buat?


 
Hai la perut PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Sehari Bersama Aku
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Wednesday, 17 December 2008
Jumlah Hits: 99 kali

Hehehhee.. Malas aku nak type apa-apa. Let the picture talk by itself. Hai la perut....


 
Review Filem: Cinta U-Turn PDF Print E-mail
User Rating: / 0
My Opinion
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 13 December 2008
Jumlah Hits: 100 kali

 Lama betul tak memberikan pendapat dalam me-review filem-filem tempatan ni. Rasanya kali terakhir pada 26 September 2005 untuk review filem KL Menjerit 1 . Wah lama giler! Abis tuh apa yang membuatkan aku nak menulis pasal filem plak tetiber hari ni? Hehehe. Actually there's something that so un-sangkereble on this film.

Cam biasa, aku kalau buat review filem, pastilah bukan filem-filem yang sedang hangat di panggung wayang (especially cerita melayu) tetapi kebiasaannya filem-filem yg dah sejuk, dah release VCD, DVD dan sebagainya. But it still not to late right? At lease for those yang tak tengok lagi, maybe this article can help you to decide whether it worth to buy this VCD or not Or at lease whether you want to download it or not? Tongue out

Antar filem lain yang release DVDnya hampir serentak dengan filem ini adalah filem Senario Episod 1 arahan Ahmad Idham. Dan secara kebetulan, dalam filem Cinta U-Turn juga turut menampilkan Mazlan Pet Pet dengan Azli Senario. Tapi kalau nak compare antara kedua cerita ni, baik korang pijak jer CD filem Senario Episod 1 yang korang beli tuh. That's the worse product that ever produced in the name of Senario and maybe the worse product that ever directed by Ahmad Idham also. Malah walaupun brand name Senario itu sendiri dah sinonim dengan ke-kelakaran dan ke-komediannya, namun filem Cinta U-Turn jauh lebih kelakar pada aku.

Aku tengok cerita Cinta U-Turn di computer je sambil buat kerja. Surprisingly, it manage to caught my attention from the beginning towards the end and I did laugh out loud on a few scene. Dah lama betul rasanya tak gelak bila tengok cerita-cerita komedi melayu ni. Biasanya aku gelak bukan sebab babak komedi tersebut berjaya mencuit hati, tetapi gelakkan kebodohan dan kegagalan barisan pelakon membawakan watak masing-masing disamping pengolahan script dan mutu arahan yang macam sampah. Dan apa yang lebih mengejutkan, ini merupakan sebuah filem arahan Prof. A Razak Mohaideen yang aku cukup anti sebelum ini dengan hasil kerja-kerja tangannya yang pada aku hanya layak di flush ke lubang jamban. Teringat aku pada review kejam yang pernah aku tulis untuk filem Hingga Hujung Nyawa satu masa dulu.

Aku tak sure dimana kekuatan filem ini. Tetapi sebagai satu filem komedi santai dan releks untuk ditonton, keseluruhan package filem ini sangat bagus. Mungkin dari segi jalan ceritanya juga tidak terlalu sambil lewa dan proses penceritaan agak pantas membuatkan tiada babak yang membosankan didalam filem ini. Malah watak Awie sendiri sangat berbeza dapat aku rasakan. Character komedi ala-ala bengong yang agak light tersebut berjaya mencuit hati dan jauh lebih berkesan dari mana-mana watak komedi yang pernah dibawakan sebelum ini. Malah jika dibandingkan dengan watak mak nyah yang pernahdibawanya dalam filem Apa Kata hati ternyata tercampak jauh ke langit ke 7.

Gandingan Awie dengan Mazlan pet-pet juga boleh dikatakan berjaya walaupun character Mazlan agak streotype dengan bunyi-bunyian ayam, trompet dan lain-lain tu. Dah la dalam Filem Senario Episod 1 pun macam tu jugak characternye. Aku takut lama-kelamaan orang mula muak dengan aksi streotype berkenaan sebagaimana aku dah mula muak dengan lawa-lawak copy dari cerita p.ramlee yang dibuat oleh Saiful Apek. Cuma aku agak terkilan dengan character yang dibawa oleh Jalaluddin Hassan yang pada aku seakan cuba meniru aksi dan charactor Proffessor Klon yang dibawakan oleh Aznil dalam Filem Cicakman. Come on.... cari la style sendiri!


 
Service downline Faris PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Mymode
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 12 December 2008
Jumlah Hits: 152 kali

Hari ni saya filtre semua downline anak no 2 saya, Faris. Network dia muda lagi. Baru ada dalam 521 orang je. Tapi kira okay la since Faris baru jer 9 bulan usianya tetapi at least dia dah ada income RRM400-RM500 sebulan. Dah lebih dari cukup untuk tampung belanja pampers dia. Tapi kalau kesemua 521 orang nih hidup dan aktif, lagi bagus. So, sama macam semalam, hari ni pun saya blast lagi SMS kepada semua downline dibawah network Faris. Kalau semalam kosnya antara RM60-Rm70 untuk menghantar 773 SMS, so saya anggarkan untuk 521 SMS ni kosnya antara RM40-RM50 lagi.

<Admin> Prestasi Gateway MyMode kini lebih laju. Ada Eload Celcom & Maxis (auto Topup). Tambah modal online guna CIMBclicks & CIMB Bazar. http://prepaid4u.net

 

Kenapa saya buat macam tu? Yakin ker diorang akan kembali aktif? Saya akan terangkan pasal tu kemudian. Persoalannya sekarang kenapa prestasi kumpulan merundum kaw-kaw punya bulan beberapa lepas dan mengapa berlakunya fenomena 'downline mati'? Dari penelitian aku, terdapat beberapa penyumbang kepada masalah ini dan diantaranya:

  1. Masalah Gateway lembab, selalu down dan respon yang terlalu lama menyebabkan agent fed-up
  2. Kesukaran menambah modal bila saluran yang ada cuma lebih mesra kepada pengguna akaun maybank sahaja
  3. Masalah pada Mail Server prepaid4u menyebabkan selama 2 bulan saya tidak dapat menghantar email follow-up, email education dan email wasiat yang kebiasaannya dihantar setiap bulan.

Akibat dari perkara-perkara ini, saya lihat banyak agent yang berputus asa, frust dan sebagainya. Tetapi satu perkara yang baik dalam mymode, keahlian kita adalah seumur hidup. Biar anda frust dan berhenti buat mymode selama 3,4 bulan sekalipun, tetiba bulan ke-4 terasa nak aktif semula, ianya tak menjadi masalah. Kita tak perlu register semula, bayar yuran sekali lagi atau sebagainya. Jadi kenapa menjadi masalah kepada saya untuk service dan menggerakkan semula downline yang sedia ada?

Kan ia ternyata lebih mudah dari mencari downline baru? Jika downline baru, saya perlu menerangkan kepadanya dari A sehingga Z supaya dia faham. Tetapi ini yang dah pernah jadi agent, tak perlu begitu kerana mereka semamngnya dah faham. Cuma mereka perlukan suntikan semangat dan bimbingan serta info terkini mengenai situasi dan keadaan perniagaan sekarang. Sama juga seperti perniagaan direct selling atau MLM lain yang mempunyai meeting setiap minggu. 2,3 kali tak pergi meeting jer, semangat dah mula drop. Tapi jika upline nya bagus, upline akan service, jumpa, bercerita dan memberitahu berita-berita terkini untuk update kepada downline-downlinenya. Sama ada usaha kita memberikan hasil atau tidak, itu bukan persoalannya.

Jika kita tanam pokok, kenapa perlu kita siram setiap hari? Adakah bila kita siram setiap hari kita boleh jamin pokok ini akan cepat tumbuh membesar dan berbuah dengan banyaknya? Sudah pasti tidak sebab tu bukan kerja kita. Itu kerja tuhan. Tapi tak boleh la kita biarkan pokok tu kering layu tanpa disiram. Sama lah juga kisahnya dalam perniagaan MyMode ni.


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 5 - 8 of 259

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 87
Semalam: 234
Bulan ini: 1392
Keseluruhan: 42861
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 626
Pages yesterday: 1588
Pages this month: 9050
Pages total: 343956
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 3 guests online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL