Home arrow Home
Spring Cleaning Merdeka 51 PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Sehari Bersama Aku
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 30 August 2008
Jumlah Hits: 367 kali

Nama Artis: Jason Mraz Featuring 50 cents - DJ Joe & DJ Izzo
Lagu: I'm Yours (Remix Version)


Hari ni tetiber angin rajin ler pulak. Dek kerana rimas dengan suasana tempat kerja aku yang bersepah, so dengan tak teragak-agak aku buat keputusan untuk mengemas workstation aku. Dan 'tengku' pun dapat lah berehat sekejap bila aku shutdown dia sementara aku nak mengemas wayar-wayar yang berselirat di bawah meja tu. Bukan tak harap kat mummy tapi daddy memang tak kasi orang kemas tempat daddy nih. Kang ada jer menda yang daddy nak guna tetiba hilang tak tahu simpan kat mana. Tu yang malas tuh.

Aku start mengemas dari lepas lunch, sampailah kul 4 kira-kira 2 jam lebih. Kalau nak di convert dengan jumlah kalori yang terbakar agaknya lebih kurang 2 dulang nasi minyak gamaknya. Ni termasuklah dari aktiviti mengemas, mengelap, mem-vacuum, menyusun dan memilih mana sampah, mana dokumen penting. Lihatlah gambar sebelum dan selepas ini


Gambar sebelum


Gambar selepas..

Huh! Cam takde perbezaan pun!! Ni yang daddy malas nak mengemas nih! Mujurnya tengah-tengah ngemas, daddy jumpa something! Jeng jeng jeng!! 

 
Mudah, ringkas dan pelbagaikan alamat web anda PDF Print E-mail
User Rating: / 1
Internet Stuff
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Wednesday, 27 August 2008
Jumlah Hits: 364 kali

Nama Artis: D'Reborn
Lagu: Taman Rashidah Utama (Gangstarz Final Version)


Saya ingin kongsikan servis percuma untuk memendekkan dan mempelbagaikan alamat web anda kepada alamat yang lebih pendek ringkas dan menarik seperti yang ditawarkan oleh zonestraits.com

Cara-caranya:

  1. Mula-mula register account terlebih dahulu di http://www.zonestraits.com/ dan pastikan email yang digunakan adalah betul.
  2. Setelah selesai pendaftaran, Login menggunakan Email dan password (bukan password email, tapi password yg anda set semasa mendaftar tadi)
  3. Klick TAB 'Domain(s)'
  4. Klick 'Add Domain'
  5. Pilih 'Add from available domains'
  6. Tulis alamat ringkas yang anda mahu gunakan dibahagian 'Subdomain', contoh: mymode
  7. Klick button 'Check Availabality' dan masukkan 5 digit security code kemudian klick 'Continue to Register'.
  8. Klick semula pada domain yang baru anda create tadi, Contoh: mymode.jiwang.my
  9. Pilih 'URL Forwarding + MX record management' dan kemudian klick button 'Save Service'.
  10. masukkan data sepertimana contoh dibawah:
        • Target URL isikan dengan alamat web replika anda, contoh: http://www.prepaid4u.net/index.php?id=login
        • Title tulis ikut kesesuaian, Contoh: Business SMS Prepaid Terunggul Di Malaysia
        • META Keywords tulis 'keywords' yg berkaitan dengan web anda contoh: prepaid, sms, mymode, prepaid4u, bisnes prepaid, prepaid sms, prepaid topup, reload prepaid
        • META Description tulis penerangan tentang web anda contoh: Web yang mengajar anda bagaimana memanfaatkan handphone sebagai penjana sumber kewangan sampingan 5 angka
        • Klick button 'Update'.

Selesai. Kini anda boleh membuka web anda dari alamat domain baru yg anda create tadi contoh: http://mymode.jiwang.my


 
Antara Belit-in Utama, Barita Hairan & Utusan Meloya PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Politik Malaysia
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Monday, 25 August 2008
Jumlah Hits: 270 kali

Belit-in Utama dah sama macam Barita Hairan & Utusan Meloya. Sampai bila la diorang ni nak sedar yang rakyat sekarang nih dah bijak menilai? Sampai bila dia nak sedar yang sekarang ni teknologi maklumat tanpa sempadan dah memberikan rakyat lebih pilihan dalam mencari dan mengkaji bagi memastikan berita mana benar dan berita mana palsu? Ingat ni tahun 1998 ker? This is 2008 la brother!

Tak serik lagi ke kalah teruk masa PRU12 sebab 'melampau' sangat menggunakan media perdana untuk meraih undi kononnya sehingga orang jadi MUAK?

This picture is transparent and suit to any background color. Feel free to copy & publish this at you blog if you feel the same.

Oh ya. Dah baca tentang Ustaz Ramlang Porigi? Alah... Imam Masjid Wilayah yang jadi saksi sumpah laknat si SayFool tu. Ni bukan kisah dia dari 'Pembantu Hal Ehwal Islam' tetiber naik pangkat jadi Imam Masjid Wilayah. Tapi ni berkenaan pengakuan dan Penjelasan Uztaz Ramlang Porigi mengenai sumpah saiful. Berita mengenainya juga boleh dibaca melalui blog DSAI .

Kenapa berita-berita begini tiada dalam Belit-In Utama? Lu pikir lah sendiri Nabil!


 
Berborak dengan caller ringtone PDF Print E-mail
User Rating: / 1
Lawak Seram
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 23 August 2008
Jumlah Hits: 304 kali

Tuan punya suara: Dian Sastrowardoyo
Audio: Hotlink Caller Ringtone

Ini lah dia Caller Ringtone yang sudah hampir setahun aku gunakan untuk nombor handphone Hotlink aku. Sebelum ni aku tak pernah suka atau setuju kalau bini aku sanggup subscribe caller ringtone RM3 sebulan. Tapi bila terdengar tone yang ni, langsung aku tertarik nak guna. Sedar tak sedar dah dekat setahun duk membayarnya. Ahaks!


Inilah dia tuan punya suara Caller Ringtone aku tu - Dian Sastrowardoyo
 

Kepada yang biasa menghubungi aku, mungkin korang dah biasa mendengar caller ringtone ni. Apa yang nak aku kongsikan disini adalah pengalaman aku sepanjang aku menggunakan caller ringtone ni. Memang banyak yang kelakar sebenarnya,

  1. Tenno Gelap (Abah aku) call. Bila aku angkat jer, dengar suara dia cakap dengan mak aku "Ntah...? Budak Indon yang angkat...". Tu kang ada yang dia ingat dia call salah nombor plak tu kang.
  2. Kebetulan sebelum ni, memang ada dak perempuan Indonesia yang kerja jaga Butik bini aku. Abis tu masa balik kampung mak tanya aku "Kenapa tiap kali telepon ke Der (Uda), pekerja Yanie tu yang angkat?" Hah! lagi haru!
  3. Adik aku call. Bila aku angkat telepon diorang leh sound "Laa.. kenapa Der angkat cepat sangat. Orang nak dengar suara Indon tu.. Hik hik hik" Hampeh! Call aku semata-mata nak dengar aku nyer Caller ringtone rupanya!
  4. Downline mymode call. Aku angkat dengar dia duduk berborak dengan caller ringtone aku "Betul ker ini nombor 017.. bla.. bla.. bla.." Selamba aku sound dia "Akak borak dengan saya punya Caller Ringtone ker?" Gelak sakan dia.
  5. Orang pejabat peguam yang uruskan loan rumah aku terpaksa delay untuk tandatangan agreement sebab setiap kali call, ada minah Indon kata aku tidur lagi. Selamba aku cakap "Ooo.. memang la.. office saya bukak pukul 2 petang."
  6. "Hello.. ini nombor En. Adi ker..?" Dengar orang tanya macam nih dengan caller ringtone aku memang perkara biasa la.
  7. Kalau orang call aku pagi, biasanya bini aku akan angkat. Langsung bila dia cakap "Hello.. hello.." orang yang call tu senyap jer sebab dia ingat bini aku ni pun caller ringtone jugak. Hampeh! Hahaha

Itu mana yang sempat bercakap dengan aku. Mana yang bila dengar jer suara awek Indon angkat terus letak telefon pun aku rasa tak kurang juga banyaknya bila aku tengok hari-hari tak kurang dari 10 ke 20 misscall kat handphone aku. Kekadang terasa gak nak tukar Caller ringtone lain. Cam sesetengah orang tu, sebulan kekadang 2,3 lagu tukar. Tapi buat masa ni belum ada 'sound' yang betul-betul menarik minat aku lagi.


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 37 - 40 of 259

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 41
Semalam: 234
Bulan ini: 1346
Keseluruhan: 42815
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 302
Pages yesterday: 1588
Pages this month: 8726
Pages total: 343632
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL