|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Monday, 04 February 2008 |
Jumlah Hits: 262 kali
Ahad arituh dapat arahan dari Tenno Gelap ngan Hitomi suh bawak Teh balik. Yanie aku suh tumpang rumah mama. Kesian dia. Dah nak sampai masa ni, takleh nak jalan jauh-jauh. Apa kes nya kali ni? Dragon family discover yang adik aku dah di 'black-magickan' dek sorang budak sabah sau tempat kerja dengan dia. Ermm.. memang cari onar sungguh... Tak gentleman sungguh la kalau minat kat adik aku sampai kena guna ilmu-ilmu nih. Kul 11 aku kuar dari rumah terus tuju ke Kampung Baru Subang untuk amik Teh dengan Andak. Dari subang pulak straight terus ke Chini tak singgah berenti makan pun. Sampai kampung dalam kul 6:30pm. Aku tengok Long ada duduk kat pangkin tepi rumah tengah mengadap buah rambutan. Musim buah weh kampung aku skang. Lepas salam semua, lepak ngan long kat pangkin. borak-borak hal Teh. "Ada?" Aku tanya Long kalau-kalau dia dapat trace apa-apa kelainan pada Teh. "Ntah la.. Long rasa biasa jer" Tak lama lepas tuh Tang keluar datang kat kitorang. Rupanya Mak dah bukak cerita. Teh nampak cam boleh accept. yang peliknya adik aku yang sorang lagi tu pulak yang beria takleh terima. Isk! Siapa yang kena nih? Malam tuh open table. Semua ada. Tenno Gelap pun ada. Bincang punya bincang, kuar satu keputusan. Teh dah takleh balik semula kerja. means that dia balik kali ni, memang balik terus la jawabnya. Nanti Tenno akan hantar wakil untuk pergi mengambil barang-barang dia yang tinggal. Isk. Kesian gak aku kat Teh sebab kena sacrificekan karier dia sampai tahap tu. Tapi aku sure family buat keputusan pun dah pikir panjang gak. Esoknya lepas lunch aku balik ke Nilai semula. Sampai-sampai jer Yanie mengadu baby tak banyak gerak. Risau gak. Skang banyak kes baby mati dalam perut walaupun dah capai usia 9 bulan. Dalam kepenatan yang teramat sangat, aku gagahkan jugak bawak dia gi hospital Putrajaya untuk check. kalau tak, nanti menyesal bagai nak gila pun dah tak guna. Dari kul 9 malam, sampai kul 11 baru siap. Doktor kata takde apa-apa. ermm.. okey la. penat nih. nak validate payment lagi... arghhhh!!!
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Sunday, 13 January 2008 |
Jumlah Hits: 349 kali
Rakaman diatas dibuat masa preparation untuk kenduri kahwin ngOh. Kitorang tengah menyiapkan pangkin tempat lepak-lepak kat sebelah rumah. Aku, Abg Long, ngOh dengan Aie. Tetiba nampak ke Pokok Pisang Belalai Gajah Tenno Gelap. Terus keluar idea bengong. "Gi amik videocam" Kata Long. Aku terus tahu apa idea dia. Ni mesti nak buat dokumentari mengarut nih!! Tapi yang mengarut bab pokok pisang tu jer. Yang Badik dia pegang tuh memang Badik Lama betul. Bagi yang mengenal bab-bab senjata lama orang 'tori-tori' ni tahu lah. Long memang banyak menyimpan senjata-senjata lama macam nih. Keris pun ada 4,5 bilah. Keris Nogosostro pun ada sebilah. Arituh sama-sama dengan aku cari di internet untuk nak tahu sejarah keris yang ada pada dia. It end up to a few indon nyer forum yang memang purely discuss pasal keris-keris jawa. Ish! Pisang Belalai Gajah. Pada orang-orang KeyEl, aku rasa korang memang tak pernah jumpa pokok pisang species ni. Kalau korang nampak aku rasa sure akan kagum dan rasa ada elemen mistik padanya. Hahaha. Ni kalau masuk dalam buku 'variasari' nih sure orang percaya ni satu kejadian pelik. Padahalnya dah memang pisang species nih buahnya macam tu! Buah pisang species nih, rata-rata tandannya sepanjang satu meter lebih dan kadangkala mencecah sehingga 3 meter. Disebabkan terlalu panjang, buah pisangnya takkan masak serentak sebaliknya dia akan masak sesikat demi sesikat. Sesikat yang paling atas akan masak dahulu. So kita boleh amik makan. Nanti sesikat yang kedua pulak masak dan seterusnya. Apa motif Tenno Gelap tanam pisang species ni kat belakang rumah, aku pun tak pasti lah... Kamus: tori-tori = dahulu kala.
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Friday, 11 January 2008 |
Jumlah Hits: 322 kali
This posting suppose keluar awal lagik dari yang lelain. Tapi disebabkan ada masalah teknikal pada kamera, aku takleh nak access gambar-gambar yang ada kat dalam tuh. Setelah 2 tahun mengikat tali pertunangan, akhirnya kekandai koi nih menikoh jua akhirnya. Memula tuh risau gak. Al-maklumlah. Dia dah kena 'langkah' dek aku. Hehehe. Orang kata kalau melangkah bendul ni alamatnya 'lambat' la. Rupanya pantang orang tua-tua nih takleh apply kat orang jantan. Hehehehe. Majlis akad nikah dibuat pada hari sabtu, 22hb Disember 2008. Keesokannya kenduri besar a.k.a bekwoh (big work bak kata Aie) dibuat dirumah belah pengantin perempuan. Ke-isnisan harinya baru kenduri menyambut menantu di belah lelaki. Kenapa buat hari Isnin? Dont worry... we are felda people. Everyday is holiday! Hehehehe Semoga ngOh berbahagia dengan pasangannya. Hidup dalam alam rumah tangga nih kena banyak tolak ansur dan banyak bersabar. Gaduh-gaduh tu normal, cuma kenalah pujuk balik pas tu. Cewah.. aku nak mengajar orang plak~!
Ucapan dari Family dan rakan-rakan untuk Ngoh & Murni 
Skang nih tinggal 5 lagi 'bendul' untuk di settlekan. Susah betul nak menjaga adik-adik pompuan nih. Dalam keadaan social Islam Hadhari ni, menjaga adik-adik perempuan lebih susah dari menternak ikan keli (skang nih orang ternak ikan keli dalam canvas jer). Lepas hok ni esok, gamoknya senang la sket mok ngan aboh...
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Saturday, 13 October 2007 |
Jumlah Hits: 449 kali
Tahun nih paling awal aku balik raya ke kampung berbanding tahun-tahun lepas. Maklumlah. dua-dua 'JOBLESS'. So boleh la main cuti ikut dan jer. Aku balik kampung dari selasa aritu lagik. Cadangnya nak balik semalam. Tapi saja nak spend masa sket ngan kuarga mertua. Last day berbuka kat umah mama ngan abah di Putrajaya. Hari kitorang balik tu, Jalan raya memang lengang. Yer la.. orang lain khamis baru balik.
Apa yang menarik raya kali ni? - Raya ngan rumah baru. Selesa lah sikit. At least takde lah segan orang nak tumpang guna bilik air ker haper ker..
- Abg Long satu family beraya kat rumah. Alhamdulillah Long dah boleh terima aku, pandang muka aku, borak-borak. Walaupun tak macam masa kitorang kecik-kecik dulu.
- Pik tam yang tak pernah-pernah datang beraya pun ale-ale tahun ni turun ke Chini. Dan secara tak langsung jadi penyebab untuk Abang Long datang.
- Dah berpuluh tahun tak beraya rumah Mak Cu, Pakcik Usop, tetiber tahun nih tergerak hati nak pergi.
- Memember abah dari Block 1 ngan Blok 2 pun tahun ni tetiber ramai plak yang datang beraya kerumah.
- Danish dah leh jalan. Seronok bawak dia show-off ngan sedara-mara. Saja tak pakaikan dia sampin sebab senang nak masukkan det rayer dia dalam poket baju melayu. Hahahhaha.
- Dapat beri lebih sikit untuk orang tahlil kat kubur arwah tokki (blah abah). Nak gi tahlil ke kubur tokki belak mak ale-ale hujan lebat plak
Gambar raya tahun ni? Cam biasa... sure ada yang tak cukup korum. Tahun ni, abang long dengan family takde dalam gambar. Tahun lepas pun takde. Poksu plak pagi raya nak kena menziarah kubur dulu. Ngah tanya dia 2,3 kali takde plak dia kata nak balik chini. Tak dapat nak beraya ngan dia tahun nih. Family semua alhamdulillha, sihat. Sikit sebanyak aku dapat lihat erubahan dalam keluarga aku skang. Long, harap-harap dah leh terima apa yang aku kata sebelum ni semata-mata sebab aku sayang sangat dengan abang-abang aku. Tenno Gelap pun dah makin cool. Kadang-kadang merajuk gak bila dia capai motor mak, mak tanya dia 'nak gi mana'? Ahaks! Cute tul orang tua merajuk. Paling best bila tengok masa ngah salam minta maaf ngan dia, dia nasihatkan ngah supaya jangan malas makan ubat, biar cepat sihat. Aleeemak.. Cam tak cayer jer perkataan-perkataan tu keluar dari mulut Tenno. Abah.... dah lama kitorang tunggu nasihat-nasihat dari abah.....    Belakang: Aku, Danish, Yanie, Andak, Tang, Teh, Ngah Tengah: Ayahanda & Bonda Depan: Adik ngan Achik Yang takde: Family Long dan Kak Long beserta ngan anak-anak angkat mak (Poksu ngan Abg Bad)  Keluarga kecik aku. Tahun ni bertiga lagik. InsyaAllah, tahun depan beraya berempat pulak.    Keadaan Danish baru jer sebijik rumah beraya (kat rumah family tunang ngah). Camana nak collect duit raya kalau macam ni?! Ahaks!!
|
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Thursday, 04 October 2007 |
Jumlah Hits: 2900 kali
Makin lama makin tak senang duduk aku kat rumah. Kekejap terasa nak balik kampung. Kekadang tuh baru 2,3 hari duk rumah dah teringat nak balik sana semula. Lain betul rasanya. Ketenangan yang aku peroleh kat sana. Anak aku pun nampaknya memang exited duduk kat kampung. Macam-macam binatang dia leh tengok life kat sini selain dari hanya tengok kat Astro Animal Planet. Ada ayam... lembu... burung.. cicak... cengkerik... wah... acxitednyer dia!! Kat sini aku lupa problem aku. Takde tekanan. Sebab tu la jugak aku amik keputusan untuk beli rumah kat kampung. Kebetulan ada projek perumahan berkembar DARA tengah nak develop. Aku memang lama dah imagine hari tua aku nakti aku nak duduk belakang rumah kat buaian bawah pokok. Bukan tepi jalan mengidu asap exsos keter. Isk! Tak sabar nak balik kampung!!
|
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Saturday, 07 July 2007 |
Jumlah Hits: 609 kali
Ahaks.. Balik kali ni aku tengok abah dah UPGRADE reban ayam dia. Nampak gayanya dia amik gak sket idea dari aku sebelum ni. Agaknya reban yang lama tuh dah tak dapat nak menampung jumlah ayam yang ada. Mulanya dia 'lok' kan ajer. Tapi bila beberapa ekor dari ayamnya mengambil tindakan drastik dengan memogokkan diri tidur atas pokok rambutan sebelah rumah aku, baru dia buat reban yang baru. Kali ni agak besar dari yang lama dengan keselesaan, sistem pengudaraan dan saliran air yang jauh lebih selesa. Cewah~! Ni gambar reban lama. Kapasiti maksimum 20 ke 30 ekor ayam yang disumbatkan secara berlapis-lapis. Hah! Ni reban baru. Rumah panjang 2 tingkat. Rekabentuk mudah alih yang boleh di angkat-angkat. Dengan tingkap kecil di bahagian tepi untuk melihat keindahan sinaran bulan dan kerdipan bintang diwaktu malam. Rasanya patut dinaikkan kadar sewaan bulanan nih. Kalau tak silap aku ni dah kali ke 6 atau kali ke-7 abah buat reban ayam. Sebelum nih dah macam-macam design, dan macam-macam saiz dah. Dari ayam kampung, ke ayam sabung. Dari ayam sabung, ke ayam hutan. Tu belum camput dengan kandang si Badutt (Bear kitorang dulu), reban burung merpati (lama punya cerita ni). Ni dah balik semula ke ayam kampung balik. Kadang-kadang bila pikir balik, tenno concern pasal rumah ayam lebih dari rumah sendiri. Hehehe. Dalam lepak-lepak kat bawah pokok belakang rumah, aku nampak satu rak yg penuh dengan barang-barang komputer lama Hasil peninggalan Newborn dengan CC Allset. Errmm... Di mana silapnmya kita.......? Bangkai-bangkai monitor. Pinter dan scanner yg aku guna masa kat UiTM 8 tahun dulu pun ada gak kat situ. Ahaks!
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
|
| Results 7 - 12 of 18 |