Jumlah Hits: 384 kali
 Kali ni aku nak cerita tentang mak. Hanya tentang mak... Actually, takde apa yang menarik tentang mak. Mak biasa-biasa saja. Mak merupakan anak ke 7 dari bini pertama arwah to'ki. Tapi arwah ibu mak meninggal sewaktu mak masih kecil. Dengan kehadiran Tok Yah dan adik beradik tiri mak yang lain, maka belaian mesra serta kasih sayang hanya wujud dalam alam mimpi. Mak bukanlah berasal dari keluarga orang senang-senang. Lantaran itu mak tak mampu untuk meneruskan pelajarannya lebih dari darjah 6. Malah zaman persekolahan mak juga tidaklah terlalu indah. Dari usia 7 tahun mak terpaksa berjalan 10 batu untuk sampai ke sekolah. Terpaksa meredah ladang getah, meranduk anak sungai separas pinggang berarus deras sambil menjungjung bakul berisi buku sekolah. Seawal pukul 5 pagi keluar dari rumah, pukul 7 sampai kesekolah dengan baju basah. Perasaan takut dah jadi perkara nombor 2. Begitulah mak menghargai ilmu. Namun keadaan tak memberi izin untuk mak meneruskan pelajaran. Lantaran desakan hidup, Mak terpaksa berpindah dari sebuah rumah ke rumah lain menumpang saudara-mara. Mak leburkan cita-cita kerana perlu bekerja mencari rezeki. Apa yang dilalui oleh mak pada umurnya 12 tahun ternyata masih tidak mampu kami pikul walau telah berumur 20 tahun.
Malah lebih buta bila langsung sengaja meminta 'mak, aku nak ini, aku nak itu'. 'mak, orang tu ada ini, orang tu ada itu'. Kami yang buta. Kami lah katak yang cuba meniru gaya lembu.
 Seawal umur mak 15 tahun, mak dah berkahwin dengan abah, pasangan pilihan sendiri. Apalah jadinya jika pernikahan yang tidak diiringi restu sebagai menantu. Kehidupan mak tambah terhimpit dalam usaha untuk menumpang kasih dari seorang ibu yang merasakan dirinya punca derhaka seorang anak. Kelahiran si sulung seawal umur 16 tahun disangka ubat kepada luka namun makin perit derita jiwa. Masih terlalu awal untuk mak melalui segala dugaan, ujian, perit liku hidup yang terlalu beronak tajam ini. Namun mak tabah. mak tak tahu erti dipresi, yang mak tahu inilah takdir dan suratan yang mesti mak tempuhi. Di usia remaja mak dan abah membawa diri ke KL. Cuba membina hidup baru di penempatan setinggan di tanah haram. Dari gadis kampung yang membesar dengan selut, pokok getah, pacat dan deruan sungai akhirnya menjadi minah kilang. Berkat usaha mak, akhirnya berjaya membeli sebuah rumah teres kos rendah di PJ dengan harga RM11,000 pada masa itu dengan bayaran ansuran sebanyak RM60 sebulan. Keperitan hidup mak tak tamat lagi. Tapi mak tetap tabah. Tabah melayani karenah kami, tabah menangani karenah abah. Namun terlalu susah untuk aku memahaminya waktu itu. Mak terlalu berahsia. Disaat kutegur kenapa air matanya mengalir, jawab ibu cuma satu, "Mata mak masuk habuk...". Kedukaan mak hanya dipendam dalam lubuk hatinya. Tiada siapa yang boleh dijadikan tempat untuk mengadu.  Masa aku darjah 1, permohonan tanah rancangan abah diluluskan. Kami berpindah ke tanah felda. Dan dengan peruntukan 'duit kantin' sebanyak RM350 sebulan tak banyak mengubah nasib kami masa itu. Kami adik-beradik terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan baru. Tanpa tv, tanpa radio, dan gelap malam yang hanya diterangi dek lampu gasolin. Tapi langsung tak menggoyahkan hati mak yang dah cukup kental dengan semua ni. Bagi membantu pendapatan keluarga, mak mengambil upah menjahit baju. Salah satunya bakat dan kemahiran yang dianugerahkan Allah pada mak. Masa aku nak masuk tingkatan 1, aku ditawarkan ke asrama semai bakti, kuala lumpur. Seperti biasa abah memang tak pernah ambik pusing apa lagi nak hantar. Dengan 2 beg besar, baldi dan juga sebiji bantal kekabu, mak lah yang menghantar aku ke KL dengan menaiki bas ekspress. Inilah kali pertama aku akan berada jauh dari mak. Dikala mahu meninggalkan aku diasrama mak selitkan RM90 dalam tangan aku. "Buat belanja Dee" katanya. Aku tahu yang mak sendiri tak pasti samada duit itu cukup atau tidak untuk aku, tapi aku juga tahu bahawa itu sajalah duit yang mak ada. Sekali lagi mata mak dimasuki habuk. Mak terlalu mengambil berat tentang kitorang. Mak terlalu takut kalau kami merasakan mak tidak berlaku adil. Lantas dalam keadaan serba kurang mak cuba untuk memenuhi setiap permintaan anak-anaknya baik dari segi pendidikan, kemudahan, mahupun duit poket. Tapi kami terlalu buta dalam mensyukuri jasa mak. Malah lebih buta bila langsung sengaja meminta 'mak, aku nak ini, aku nak itu'. 'mak, orang tu ada ini, orang tu ada itu'. Kami yang buta. Kami lah katak yang cuba meniru gaya lembu.  Mak ada 2,3 rantai emas bersama-sama barang kemas yang lain hasil pencariannya berpuluh tahun. Tapi aku jarang sangat dapat tengok mak pakai. Aku sendiri tak tahu rantai ni rantai mak, atau milik Ah Seng tokey pajak gadai di Pekan. Sebab baru 3,4 hari aku lihat rantai tu di leher mak, tak lama lepas tu ia kembali ke tokey Ah Seng. Bertahun pula mak membayar bunga sebelum dapat menebusnya semula. Terlalu banyak sebab, terlalu banyak acara, dan kami hanya tahu bila kami mahukan sesuatu, pasti mak boleh mengotakannya selagi rantai berada dilehernya. Namun kami tak pernah berfikir bagaimana untuk membantu mak untuk mendapatkannya semula. Aku masih ingat disaat mak mengeluarkan air matanya semasa pernikahan aku. Dan kini barulah aku cukup matang untuk menilai erti air mata mak. Bukan mak sedih, bukan mak tidak gembira. Tapi aku tahu mak sedikit hampa bila merasakan anaknya yang bakal membantunya mengurangkan sensara kini bakal punya tanggungjawab sendiri. Namun senpat aku bisik ketelinga mak, "Dee kawin ker tak ker... Dee tetap takkan lupa tanggung jawab Dee pada mak.."  Sehingga kini, kami masih lagi menyusahkan mak. Lepas satu... satu. Dan sehingga kini aku masih gagal menyenaraikan apa jasa dan bakti yang aku telah berikan pada mak baik dari segi menyenangkan dia mahupun mengurangkan bebannya yang sedia ada. Tidak malah satu pun. Namun mak tak pernah minta... malah mak tak pernah bersungut walau sepatah ayat sekali pun. Bagaimana kami yang kononnya berpendidikan tinggi, bijak pandai ini, yang bising berbunyi ini salah itu tak betul ini, bukan sahaja tidak mampu menyaingi wanita tua yang hanya tamat pengajian darjah enam itu malah sehingga kini kami masih tidak mampu membuatkan dia hidup senang tanpa perlu bekerja untuk menampung belanja hariannya. Ya Allah.. hentikanlah penderitaan si tua itu. Limpahilah kebahagiaan dan keberkatan di hari-hari akhirnya. Bantulah aku untuk membalas jasanya dan menceriakan sisa-sisa hidupnya. Mak... Allah sahaja yang tahu bertapa bershukurnya aku menjadi anakmu.. Sesungguhnya walau keluar keringat darah sekalipun nescaya tidak dapat aku bayar walau setitik dari susu yang mak berikan pada aku. Catatan ini bukanlah untuk mak. Dan aku tak tulis untuk mak baca. Ia sekadar catatan peringatan untuk aku dan anak-anak mak yang lain, malah kepada semua insan yang masih punya ibu didunia ini supaya dalam rangka kita berusaha untuk memenuhkan tembolok sendiri dan mengejar kebahgiaan yang kita cari, jangan pernah lupa pada jasa seorang ibu. Manangislah sekarang sementara dia masih ada, Jumpa dan kucuplah tangannya, mohon ampun dari setiap tuturkata dan perbuatan yang minghiris hati bonda. Kerana pabila dia telah tiada lagi, tangisan air mata darah sekalipun tiada lagi erti....
» 3 Comments
1Comment at Monday, 12 May 2008 17:07
air mata aku bergenang baca entry nih...yg pasti...nasib mak kita lebih kurang sama... kalu asalnyer darik kg yg tercerok.... nasibnyer lebih kurang sama...
2Comment at Thursday, 15 May 2008 21:07
cerita awak sgt meruntun jiwa raga, sbb saya pon anak felda, 7 beradik. kesukaran mak ayah utk mmbesarkan kami 7 beradik agaknya hampir menyamai kesukaran yg dialami mak ayah awak. masa form 1, sy pon berada jauh dr keluarga, memilih utk belajar di KL, ASBKL to be specific! heh heh. bezanya cuma mungkin...sy masih bebas berjasa pada mak sbb i m still unmarried. ngeeeee
3Comment at Sunday, 18 May 2008 02:27
to zzzzz: moga-moga anak cucu kita esok tak rasa lagi apa yg kita pernah rasa. to zean: erkk.. dak ASBKL ker ni? batch bila? huk!
» Post Comment
|