|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Saturday, 10 May 2008 |
Jumlah Hits: 237 kali
 Kali ni aku nak cerita tentang mak. Hanya tentang mak... Actually, takde apa yang menarik tentang mak. Mak biasa-biasa saja. Mak merupakan anak ke 7 dari bini pertama arwah to'ki. Tapi arwah ibu mak meninggal sewaktu mak masih kecil. Dengan kehadiran Tok Yah dan adik beradik tiri mak yang lain, maka belaian mesra serta kasih sayang hanya wujud dalam alam mimpi. Mak bukanlah berasal dari keluarga orang senang-senang. Lantaran itu mak tak mampu untuk meneruskan pelajarannya lebih dari darjah 6. Malah zaman persekolahan mak juga tidaklah terlalu indah. Dari usia 7 tahun mak terpaksa berjalan 10 batu untuk sampai ke sekolah. Terpaksa meredah ladang getah, meranduk anak sungai separas pinggang berarus deras sambil menjungjung bakul berisi buku sekolah. Seawal pukul 5 pagi keluar dari rumah, pukul 7 sampai kesekolah dengan baju basah. Perasaan takut dah jadi perkara nombor 2. Begitulah mak menghargai ilmu. Namun keadaan tak memberi izin untuk mak meneruskan pelajaran. Lantaran desakan hidup, Mak terpaksa berpindah dari sebuah rumah ke rumah lain menumpang saudara-mara. Mak leburkan cita-cita kerana perlu bekerja mencari rezeki. Apa yang dilalui oleh mak pada umurnya 12 tahun ternyata masih tidak mampu kami pikul walau telah berumur 20 tahun.
Malah lebih buta bila langsung sengaja meminta 'mak, aku nak ini, aku nak itu'. 'mak, orang tu ada ini, orang tu ada itu'. Kami yang buta. Kami lah katak yang cuba meniru gaya lembu.
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Thursday, 03 April 2008 |
Jumlah Hits: 196 kali
Sebulan betul balik kampung arituh masa Yanie berpantang, sempat la ajar Abg Long pasal blog. Actually Long takdelah buta terus pasal internet nih. Dia sendiri sebelum ni ada account friendster.. myspace.. main forum gak kat Speedfinger Portal.. email dia saja kalau campur yang sebelum-sebelum ni aku rasa dah dekat 10 dah. Hahaha. Cuma dalam bidang blogging ni jer yang dia lum explore lagik. Actually takdelah susah sangat nak mengajar long, sebab long sift dia, dia berani untuk explore tak kira lah mender tu dia tahu ker tak ker. Species Nadia gak ni, 'redah jer...'. Ahaks. Skang ni, edit theme sendiri pun dah terror. Kira dahsyat gak la tu. Suka baca blog Abang Long sebab dia suka masukkan entry pasal kisah-kisah agama kat dalam blog dia.
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Tuesday, 18 March 2008 |
Jumlah Hits: 396 kali
Dah 2,3 entry kena selang, kita berbalik semula pada kisah si gasing pangkah. Jika melihatkan pada perkembangan teknologi dan permainan komputer pada hari ini, aku rasa dalam 3,4 tahun lagi entry aku pasal gasing nih bolehlah dibuat bahan rujukan untuk tajuk thesis 'Permainan Melayu Lama Yang Dah Pupus'. Ahaks! Okey, buat rumah larik sudah. Melarik gasing pun sudah. So kenalah sediakan tempat untuk bermain. Dek kerana skang nih asyik hujan memanjang, so memang susah sikit nak cari lapang yang sesuai untuk bermain. Jadi Tenno suruh kitorang buat petak, kemudian tambun dengan tanah liat kat belakang rumah (yang korek masa buat lubang jamban dulu). Berpeluh jugak lah aku dengan Abang Long mengangkut tanah. Nak memenuhkan petak seluas 4 X 4 kaki dan setinggi 2 ke 3 inci tu pun dah nak 'longkat' kepala lutut dibuatnya. Dah siap tambun, kena ratakan pulak. Pas tuh kena hentak dengan kayu untuk bagi dia mampat. Huh! Berpeluh satu badan. Hilang lemak kat perut kalau exercise hari-hari macam ni.  Bila dah settle, Tenno suh aku taburkan garam kasar atas tanah mampat tadi. Ini tips dan petua untuk menjadikan tanah tu keras dan padat. Tenno kata tanah tu nanti boleh jadi 'keras cam batu'. Aku mushkil gak, tapi takleh lawan kata orang tua, nanti aku pulak yang jadi batu. So turut perintah jer la. Sambil menunggu tanah tu keras, kitorang pun teringin gak nak melepaskan gian. Ahaks. Kebetulan gasing pun dah siap 3 bijik, cukup untuk aku, long, dengan abah. Apa lagik?! Korang tahu cara-cara main gasing pangkah? Bukan main pusing jer tau. Ada cara-cara dan peraturan dia. Ni undang-undang untuk main gasing pangkah kalau ada cuma 3 orang. - Disebabkan cuma ada 3 orang, so tak cukup corum untuk main geng. So, sorang akan jadi 'Pacal' (kekadang orang sebut Pacai), sarang jadi menteri dan sorang akan jadi raja.
- Untuk menentukan peranan masing-masing, mula-mula sekali kenalah 'bertala uri'. Maksudnya, lawan gasing siapa yang berpusing paling lama. So masa ni, masing-masing akan cari lapang sendiri, dan memusingkan gasing seraca serentak. Uri atau tempoh pusingan gasing pangkah biasanya tidak lah selama seperti gasing piring yang dimainkan di Kelantan tu. Itu kerana gasing tersebut memang di design untuk bertanding siapa berpusing paling lama. Sdangkan gasing pangkah nih ada 2 peranan. Memusing lama, dan memangkah atau mematikan gasing lawan. So, kebiasaannya gasing pangkah punya Uri antara 2 ke 5 minit je.
- Gasing yang mati paling awal, jadi Pacal (sebutan 'c' sebagai cawan). Yang kedua, jadi menteri. Dan yang berpusing paling lama jadi raja pada pusingan berkenaan.
- Adat si Pacal, kenalah dia berpusing dahulu dan bersedia untuk di pangkah oleh gasing lain.
- Gasing menteri akan memangkah gasing Pacal. Sekiranya gasing Pacal masih berpusing selepas dipangkah, maka perlu berlawan uri pula antara gasing menteri tadi dengan gasing pacal.
- Raja akan memangkah gasing yang menang berlawan uri tadi. Sekiranya gasing Pacal yang lambat mati, maka raja akan memangkah gasing Pacal, dan pusingan seterusnya, otomatik si Pacal tadik akan naik pangkat sebagai menteri, dan menteri tadi turun pangkat jadi pacal pulak.
Ini secara simple la aku cerita. Dia sebenarnya ada perincian lagi, terutama jika time memangkah tak kena, dan sebagainya. Kalau main ramai-ramai, main geng, lain pulak cara dan undang-undangnya. Yang tu nanti kita cerita lain kali la pulak. Ni ada beberapa gambar yang sempat bini aku snap masa kitorang bertiga tegah main. Okey.. memula 'bertala uri'. Lawan gasing saper pusing paling lama. Tali gasing kena lilit kemas-kemas dan lilit sampai habis ke badan gasing untuk memaksimumkan pusingan dia. Time orang memusing gasing, jangan berdiri di belakang. Bahaya. Sebab libasan tali tu sama macam libasan ekor ikan pari. Boleh berbirat kalau kena badan. Untuk pusingan pertama, akulah yang jadi pacai. Long jadik menteri. Ni dia tengah nak memangkah gasing aku la ni. Masa ni long pulak turun pangkat jadi Pacai. Aku naik jadi menteri. Lawan uri ngan tenno kalah pulak. Tu la kelebihannya kalau memangkah cara 'layang'. Ia akan membuatkan gasing lawan tercampak jauh dan dalam masa yang sama uri gasing kita lebih panjang. Tengok tu Tenno punya step masa nak memangkah. Siap dengan kekuda tuh. Memang respek abih tenno punya skill. Memang patutla dia tak turun-turun dari pangkat raja. Huh! Salah satu skill yang perlu mahir, adalah menaikkan gasing yang sedang berpusing ke atas tangan. Ini penting bila gasing kita kena pangkah dan terpelanting jauh ke dalam semak atau kawasan berbatu. Untuk menyelamatkan urinya, kita perlu pindahkan dia ke kawasan tanah lapang yang keras. So satu-satunya cara, amik dengan tangan la. Tenno memang expert bab nih. Buat gasing berpusing atas tali la... atas kuku la... hish! Mang sungguh!! Time ni gasing aku (menteri) tengah bertala uri dengan gasing tenno (raja). Menengokkan keadaan gasingnya, tak nampak cam aku boleh menang walaupun aku dah jampi-jampi bagai. ceih! Masa ni pulak tengah lawan uri dengan long. Tu gasing aku baru lepas kena pangkah dengan dia la. tu yang tercampak jauh ke kawasan berumput tuh. Tapi akhirnya memang gak. Huh! Kamus Koi: Longkat = Tercabut sendi berbirat = calar-balar. Mang = Kerek
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Saturday, 15 March 2008 |
Jumlah Hits: 250 kali
3 kejadian besar berlaku hari ni. Mungkin kecil untuk orang lain, tapi dah cukup besar lah untuk aku. Hari ni hari besar untuk anak kedua aku, Akmal Faris. Sebab hari ni hari 'bercukur jambul' dia. Kalau Danish dulu, takde majlis-majlis pun. Aku cukurkan sendiri jer. Itu pun guna mesin. Tapi kebetulan time Faris ni, Teh bertunang, so aku 'tumpang' jer majlis kenduri dia tuh untuk buat majlis bercukur dia. Jemput orang untuk marhaban sekali. Kiranya, diadakan dengan penuh beradat lah. Ahaks. Hari ni hari besar bagi adik aku, Teh. Sebab hari ni merupakan majlis pertunangan dia dengan 'pakwe' dia. Salute jugak aku dengan diorang nih. Sebab aku memang dari dulu tahu diorang nih dah couple semenjak sekolah menengah lagi. Kalau di kira-kira, dah lebih 8 tahun dah. Eloklah bila endingnya macam ni. Aku dulu sebelum ending macam nih, ada 7,8 sad ending dulu. Ahaks! Sorang dah lepas, 4 lagi nak kena monitor. Huh! Hari ni hari besar bagi brader aku, ngOh. Sebab hari ni merupakan hari lahir dia. Happy birthday , ngOh. Nampaknya ni besday pertama dia sebagai laki worang. Ahaks.
Danish? Antara favourite function dia la kalau part-part ada kek ni. Mujurnya takde lilih jer. Kalau tak lagik la sakan nya. Aku? Masih tak sehat. Masih Demam. Dan masih takut kalau-kalau sakit aku berjangkit kat anak-anak aku.
p/s: sorry sebab beberapa gambor macam gampang sebab tangkap guna dopod. Yang okey tu, guna SE K800i.
|
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Monday, 04 February 2008 |
Jumlah Hits: 183 kali
Ahad arituh dapat arahan dari Tenno Gelap ngan Hitomi suh bawak Teh balik. Yanie aku suh tumpang rumah mama. Kesian dia. Dah nak sampai masa ni, takleh nak jalan jauh-jauh. Apa kes nya kali ni? Dragon family discover yang adik aku dah di 'black-magickan' dek sorang budak sabah sau tempat kerja dengan dia. Ermm.. memang cari onar sungguh... Tak gentleman sungguh la kalau minat kat adik aku sampai kena guna ilmu-ilmu nih. Kul 11 aku kuar dari rumah terus tuju ke Kampung Baru Subang untuk amik Teh dengan Andak. Dari subang pulak straight terus ke Chini tak singgah berenti makan pun. Sampai kampung dalam kul 6:30pm. Aku tengok Long ada duduk kat pangkin tepi rumah tengah mengadap buah rambutan. Musim buah weh kampung aku skang. Lepas salam semua, lepak ngan long kat pangkin. borak-borak hal Teh. "Ada?" Aku tanya Long kalau-kalau dia dapat trace apa-apa kelainan pada Teh. "Ntah la.. Long rasa biasa jer" Tak lama lepas tuh Tang keluar datang kat kitorang. Rupanya Mak dah bukak cerita. Teh nampak cam boleh accept. yang peliknya adik aku yang sorang lagi tu pulak yang beria takleh terima. Isk! Siapa yang kena nih? Malam tuh open table. Semua ada. Tenno Gelap pun ada. Bincang punya bincang, kuar satu keputusan. Teh dah takleh balik semula kerja. means that dia balik kali ni, memang balik terus la jawabnya. Nanti Tenno akan hantar wakil untuk pergi mengambil barang-barang dia yang tinggal. Isk. Kesian gak aku kat Teh sebab kena sacrificekan karier dia sampai tahap tu. Tapi aku sure family buat keputusan pun dah pikir panjang gak. Esoknya lepas lunch aku balik ke Nilai semula. Sampai-sampai jer Yanie mengadu baby tak banyak gerak. Risau gak. Skang banyak kes baby mati dalam perut walaupun dah capai usia 9 bulan. Dalam kepenatan yang teramat sangat, aku gagahkan jugak bawak dia gi hospital Putrajaya untuk check. kalau tak, nanti menyesal bagai nak gila pun dah tak guna. Dari kul 9 malam, sampai kul 11 baru siap. Doktor kata takde apa-apa. ermm.. okey la. penat nih. nak validate payment lagi... arghhhh!!!
|
|
|
Written by Eddie rEStiNPeaCe
|
|
Sunday, 13 January 2008 |
Jumlah Hits: 260 kali
Rakaman diatas dibuat masa preparation untuk kenduri kahwin ngOh. Kitorang tengah menyiapkan pangkin tempat lepak-lepak kat sebelah rumah. Aku, Abg Long, ngOh dengan Aie. Tetiba nampak ke Pokok Pisang Belalai Gajah Tenno Gelap. Terus keluar idea bengong. "Gi amik videocam" Kata Long. Aku terus tahu apa idea dia. Ni mesti nak buat dokumentari mengarut nih!! Tapi yang mengarut bab pokok pisang tu jer. Yang Badik dia pegang tuh memang Badik Lama betul. Bagi yang mengenal bab-bab senjata lama orang 'tori-tori' ni tahu lah. Long memang banyak menyimpan senjata-senjata lama macam nih. Keris pun ada 4,5 bilah. Keris Nogosostro pun ada sebilah. Arituh sama-sama dengan aku cari di internet untuk nak tahu sejarah keris yang ada pada dia. It end up to a few indon nyer forum yang memang purely discuss pasal keris-keris jawa. Ish! Pisang Belalai Gajah. Pada orang-orang KeyEl, aku rasa korang memang tak pernah jumpa pokok pisang species ni. Kalau korang nampak aku rasa sure akan kagum dan rasa ada elemen mistik padanya. Hahaha. Ni kalau masuk dalam buku 'variasari' nih sure orang percaya ni satu kejadian pelik. Padahalnya dah memang pisang species nih buahnya macam tu! Buah pisang species nih, rata-rata tandannya sepanjang satu meter lebih dan kadangkala mencecah sehingga 3 meter. Disebabkan terlalu panjang, buah pisangnya takkan masak serentak sebaliknya dia akan masak sesikat demi sesikat. Sesikat yang paling atas akan masak dahulu. So kita boleh amik makan. Nanti sesikat yang kedua pulak masak dan seterusnya. Apa motif Tenno Gelap tanam pisang species ni kat belakang rumah, aku pun tak pasti lah... Kamus: tori-tori = dahulu kala.
|
|
|