Friday, March 12, 2010

SDKD Power Search

Mari kita pakat gelakkan orang tak sempurna sifat!!

Jangan marah dengan tajuk entry aku dikala ada pihak yang bergelak berguling-guling sambil mengaut keuntungan dengannya.

Lately ntah apa sabab-musabbabnya, mungkin dek kerana cuaca panas yang melampau ni buat otak semua pengiat-pengiat drama ni jadi cair sampai meleleh-leleh ikut telinga dalam melahirkan drama-drama yang kononnya lawak dengan menampilkan karekter-karekter orang yang tak berapa sempurna sifatnya.

Kalau sebelum ni sibuk dengan Halimah Jongang, siap dengan soundtracknya sekali "Jongang~ jongang~ jongang~! Halimah jongang~!" skang ni muncul pulak satu lagi karekter baru diketengahkan oleh ASTRO, Fatimah Juling! Jadi bersiap sedia sajalah selepas ini dengan drama-drama yang sinonim dengannya seperti Narimah Bibir Sumbing, Jamilah Tempang, Habibah Pekak,  Zaitun Rongak, Shakila kaki untut dan sebagainya. Lepas tu boleh lah kita layan gelak sampai pecah perut!

Apalah tak sensetif sangat jadinya orang-orang zaman ni. Dari 10 orang yang ketawa dengar lagu halimah jongang, ada berapa orang jongang yang akan turut gelak? Atau soalan yang lebih tepat, ada berapa orang jongang yang akan jadi bahan gelak dek lagu jongang~ jongang~ jongang~ ni tadi? Kalau yang jongang tu mak korang ker... kakak korang ker... atau adik korang yang masih bersekolah ker... try to imagine macamana budak-budak ni nak menjalani hidup dia. Dia punya self-esteem.. self confident... bila hari-hari kat kelas kena 'menganjing' dek member-member sekelas. Habis budak-budak jongang, skang budak-budak juling pulak yang jadi mangsa.

Aku rasa NGO-NGO OKU patut saman jer la penggiat-pengiat drama yang PANGANG LAUT macam ni. Dalam banyak-banyak material yang boleh dijadikan subject matter untuk menghasilkan karya, boleh pulak benda-benda macam ni yang dijadikan bahan.

** Bak kata Sudin: "bikin la cerita lain... cerita emas ka .. cerita ayam ka.. cerita ikan belaga ka.. cerita kumbang terbang ka.. tak boleh ?"

 

Abang ni ROCK ker?

Rambut panjang mesti 'mat rock'. Klise giler kan? No wonder why ada customer CC Bumicyber yang 'terjah' Abg Long dengan soalan

"Abang ni rock yer?" Erk!! Kalau korang yang kena soal macam ni, apakah jawapan yang paling sesuai untuk dijawab? Budak ni ikhlas ker nak tahu? Dia tahu tak apa yang dia tanya? Apa jawapan yang dia expect kita akan jawab? Adakah patut kita jawab "Ya... abang memang dari dulu rawk!!" kang di bantainya kuar pulak statement "Dah la tu abang... abang tu dah tua.. tobat-tobat lah!" Har! har! kan haru?!

Abih tu nak jawab guanner? "Takdelah dik... rambut panjang tak semestinya rock. Kan rock tu cuma salah satu genre music. jadi macamana kita nak samakan personality dengan cabang music. seolah-olah kita melabelkan orang yang berambut panjang takkan dengar lagu jamal abdillah atau ibnor reza.. lagi pun bla.. bla.. bla.." rasanya budak tu pun tak bersedia untuk dengar jawapan panjang lebar macam tu. "Leks la bro.. gelabah la lu. orang tanyer sikit jer.." Eheks!

Then how? senang jer... kalau aku, aku cuma jawab macam ni:

"Abang bukan rock, abang Pendekar Laut!"

 ** Dalam nak mendapatkan semula mood untuk membloggingkan diri diwaktu-waktu darurat ni, maka akan banyaklah artikel-artikel tak berkualiti begini yang akan aku publishkan! Hahahhahaha

   

Saleum Lagu Aceh dalam OST Ketika Cinta Bertasbih

Nama Artis: Mukhlis
Tajuk Lagu: Saleum (salam) OST Ketika Cinta Bertasbih 1


Lama aku tak menjenguk dan mengupdate blog. Jadi sementara nak dapat balik semangat untuk menulis dalam blog ni, layan je lagu emO dari Aceh yang ada dalam salah satu scene semasa persandingan aweknya si fadhil dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih 1.

Susah jugak bila suka lagu, tapi tak tahu tajuk dan tak tahu siapa penyanyinya. Biasa sangat terjadi kalau dengar lagu-lagu dalam filem ni. Tambah malang pulak bila tajuk lagunya atau lagu itu sendiri tiada dalam senarai OST rasmi filem tersebut.

Macam-macam keyword try search akhirnya barulah jumpa. Sedikit info mengenai lagu ini, tajuk lagunya adalah Saleum yang beerti 'salam' nyanyian asal oleh Nyawoeng (ker mukhlis?). Tapi yang versi untuk dalam filem Ketika Cinta bertasbih tu ia dinyanyikan semula oleh Indra Helmi

Lirik lagu Indra Helmi - Saleum (OST Ketika Cinta Bertasbih 1)

Salamu’alaikom warahmatullah

Jaroe dua blah ateuh jeumala
Kedua belah tangan di tas jemala

Jaroe lon siploh di ateuh ule
sepuluh tanganku ini di atas kepala

Meuah lon lake bak kawom dumna
Mohon maaf kuhaturkan kepada semuanya

Jaroe lon siploh di ateuh ubon
Sepuluh tanganku ini diatas ubun

Salamu’alaikom lon tegur sapa
Salam alaikum, ku tegur sapa..

Jaroe lon siploh beu ot sikureng
Jari tanganku yang sepuluh kuangkat sembilan

Syarat ulon khen tanda mulia
Sebagai syarat, tanda mulia

Jaroe sikureng lon beu ot lapan
Jari sembilan kuangkat delapan

Geunan to timphan ngon aso kaya
Ganti timphan dengan isi srikaya

Jaroe lon lapan lon beuot tujoh
Jari tanganku yang delapan kuangkat tujuh

Ranup lam bungkoh lon jok keu gata
Sirih dalam bungkus ku serahkan pada tuan

JavaScript is disabled!
To display this content, you need a JavaScript capable browser.

   

Bagaimana nak set write protected pada thumbdrive

Seperti yang semua tahu virus/ worm/ trojan/ spyware dan segala macam jenis dan gelaran lagi pada script-script programming yang tak mendatangkan manfaat ni sangat mudah menjangkiti thumdrive (pendrive, flashdrive atau apa juga nama yang korang gelar). Especially for those yang menggunakan public PC seperti komputer di Lab faculty atau perpustakaan sekolah (yang boleh dikatakan tempat beranaknya virus-virus ni). Jadi once thumbdrive korang dah ter-infected, jadi kalau lepas pada tu korang cucuk kat mana-mana PC lain, korang hanya akan menyebarkan virus tersebut ke PC lain pula.

Dan andai kata PC tersebut ada antivirus dengan pattern terkini, maka file-file korang yang dah terinfeksi mungkin akan dikuarantinkan. Tambah malang bila file-file tersebut adalah file-file penting seperti thesis atau assignment-assignment korang. Lebih malang bila itulah saja satu-satunya salinan file yang korang ada tanpa ada satu backup file pun di komputer lain. Trust me, I know that feeling~!

Jadi antara solution yang paling mudah adalah menjadikan thumbdrive kita sebagai 'write protected'. Jadi bila mana kita cucuk flash disk tersebut ke mana-mana PC sekalipun terutama yang mempunyai virus (antara yg terkenal satu masa dulu adalah JambanMu dan MaxTrox) ia tidak boleh 'menyalin diri mereka' (duplicate themself) ke dalam pendrive kita.

Read more: Bagaimana nak set write protected pada thumbdrive

   

Page 1 of 82

Shouting Area

Important: Shoutbox ni aku bubuh untuk pengunjung dan kawan-kawan semua senang nak berkomunikasi ngan aku. BUKAN untuk korang jadikan PAPAN IKLAN. Harap Maklum. Hehehe

ShoutMix chat widget

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday494
mod_vvisit_counterYesterday1056
mod_vvisit_counterThis week6390
mod_vvisit_counterLast week8527
mod_vvisit_counterThis month13715
mod_vvisit_counterLast month36210
mod_vvisit_counterAll202280

Your IP: 38.107.191.119
,
Visitors Counter

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Disclaimer

Important: This private blog is totally belongs to me. I paid for the domain and hosting, I develope it and I am the one who wrote the content. So if you are not agree with some part of it, just keep reading this statement again and again. Peace~