Home arrow Cerita anak beranak
Daddy, Mummy & Danish
Apa perasaan bila kena iiieeeekkkk PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Tuesday, 03 July 2007
Jumlah Hits: 332 kali


Video ni aku jumpa bila sedang kemas-kemas file dalam video cam aku. Adik ipar aku yang record. Aku pun tak perasan mulanya. Ket bila tengok-tengok balik, lawak la pulak. Masa ni umur Danish 8 bulan lebih kalau tak silap.

Actually ieeekk nih kalau kita nak suruh dia luahkan something yang dia masukkan dalam mulut dia. Tapi nampaknya anak aku ni dah 'tersalah konsep' la pulak... Ahaks~!


 
Siapa tak sayang bini...? PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Monday, 17 July 2006
Jumlah Hits: 664 kali

Where does this words came from? It's true that this is the fact of married couple, but whut does it means actually? (please dont just transelate it by words because it can be done by a dumb as well) Anybody knows?

Me myself can't imagine how can I keep saying 'I love you' to my wife everyday even I know she expecting it to be like that. For me, I've told you once, then it should be enough la.. But then, if we dont tell her, she will say "Abang dah berubah.." or even worse, "Abang dah ader awek lain..." Isk!!

I'm a man with his simple mind. Love cannot be measure from how frequent did you say you love your couple? Love must be more presentable rather than just words. If you see one beautiful lady being scold by her husband and for sure you will say "Apa punya bodo la... bini sket punya cun macam tu pun nak marah... kalau aku..." but at the same time ur wife got her weakend smack. The point is, no matter what I do, or no matter how do I react, that is because I love my wife so much. My 'plutonic words' is just like a butterfly kisses up yer neck.

After this long, finally I understand. It came from th men's egoistic behaviour and their general attitude itself...

And the thing is... whut's actually the point for me to write all this?! @#$%^&*()(*&^%$

 
Aku - suami, ayah dan anak PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 17 June 2006
Jumlah Hits: 303 kali

Tengahari tadi sebelum sembahyang Jumaat bebudak office datang melawat baby. Sampai 3 bijik kereta yang turun. Habis bebudak unit monitoring pun turun gak. Mujur aku dah suruh mak stanby beehun goreng. tapi aku tak layan lama sebab diorang datang tuh elok aku nak kuar gi masjid sangat dah. Biarlah. diorang datang kannya nak nengok aku, tapi nak nengok Yanie ngan baby.

Balik Semayang, terus bawak baby gi Klinik Pakar An-Nur kat bangi. Dari semalam nampak cam muka baby ader sikit kuning. risau gak aku. Malas nak bawak ke klinik putrajaya. Makan tahun nak menunggu turn. So bila nama klinik pakar nih aku expect doktornya pun pakar-pakar la jugak. Aku silap!!

Sampai jer nurse guide aku untuk naik ke tingkat 2. Nak amik darah baby buat blood test. Aku duduk dari luar. Tapi still boleh nampak dari cermin bilik tu. 3,4 orang doktor ngan nurse pompuan kerumun baby. Meraung-raung la budak tuh biler doktor tuh cuba cucuk kaki dier nak amik darah. Dekat 15 minit tak siap-siap lagik. Sampai serak-serak suara baby. Agaknya naik hancur tapak kaki anak aku! Lepas setengah jam baru siap. Tunggu pulak result. Dekat pukul 5:30 baru kuar result. Ikut bacaan tu 5.7.

Bila bawak jumpa doktor kat bawah (lelaki) dier cam mushkil. Sebab bacaan tu agak rendah bila melihatkan keadaan baby. Dia mintak izin aku untuk buat sekali lagi blood test takut-takut human defect tentang bacaan tadi tu. kali nih dier cucuk tangan pulak. Tapi doktor nih okey pulak. Senyap jer baby nangis pun tak. tak sampai seminit siap. Bila result keluar, dier kata tinggi bacaannya. terus dier buat report untuk admit ke hospital putrajaya. Well.. kalau masuk wad sini, kurang-kurang aku kena sediakan seribu. Mana nak cekau?

Pukul 7:30 sampai kat unit kecemasan Hospital Putrajaya. Tup-tup dier kata bacaan tuh belum melayakkan baby untuk ditahan di wad. Dia suh aku bawak balik jer. Tapi bila melihatkan keadaan baby, sekali lagi doktor pompuan kat sini pulak mintak izin nak buat blood test sekali lagi. Ya Allah.... apa la malangnya nasib baby.. Sekali lagi dier meraung. Agaknya doktor pompuan nih memang bodoh-bodoh sket gamaknya.

Kul 8:30 result keluar, dier kata esok datang lagi pukul 10 pagi. Tangan baby dua-dua ada plaster kesan kena jarum. Kedua-dua tumit kaki pun kena plas ter jugak. Kalau esok dier nak chek darah baby lagi aku sendiri tak tahu kat mana pulak dia nak cucuk....

Balik rumah mak cerita abah sakit kat kampung. Adik aku yang tnggal kat sana yang call bagitahu. Arituh memang teruk abah demam. sampai kurus dibuatnya. 3 minggu tak lalu nak makan nasik. Tapi pas tuh elok kejap. Ni datang balik sakitnya. Arituh aku nak balik, sibuk ngan Yanie masuk wad pulak. Ni nak balik, sibuk ngan baby. Yanie pun baru seminggu dalam pantang. Aku tahu mak serba-salah. Antara nak menjaga Yanie, dengan nak menengokkan keadaan abah dikampung. Aku? Arghh!! Hilang pertimbangan aku dibuatnya. Antara tanggungjawab aku sebagai seorang anak.... suami... dan seorang bapa....

 
Buah Hati Pengarang Jantung Daddy.. PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 10 June 2006
Jumlah Hits: 365 kali

Semalam pukul 5:45am baru dapat lelap mata. Memang time-time gini kena stanby. Takut nanti aku tak sedar kalau pihak hospital call. Aku ni kalau dah tidur, selisih sikit jer dari orang mati.

Pukul 7:30am Nana call. Mujur dier call ke telepon rumah. Bunyinya 14 kilometer pun boleh dengar.

"Abang Eddie!! Abang Eddie! Yanie nak beranak!!" Huh?! Aku tak tahu ayat dia apa lepas tuh sebab sedar-sedar aku dah kat bawah shower. Kepala mantul jer lagik ni. Dapat 2 jam jer tidur. Ntah macamana aku leh sampai kat hospital pun aku tak sedar. Agaknya 3,4 orang malaikat tolong drive nak menyampaikan aku kesini.

masuk jer dalam hospital nampak mama duk kat senti. Aku terus jumpa nurse yg tercongok kat kaunter tuh.

"Saya suami Elyani." terus dia bawak aku masuk tengok yanie terbaring jer atas katil kat labour room tuh. Biler nampak yang perut dier still besar cam semalam aku tahu dier blom bersalin lagik.

"Camana?"
"Dah bukak 3 cm. Air banyak kuar pagi tadi.." Menyengeh jer dia. Excited sangat. Aku? Jangan cerita! Tak sabar nak tengok camana rupa makhluk Allah yang akan keluar dari perut bini aku ni nanti. Lagi sejam kot?

Silap! Selang 5 minit yanie kena contraction. Siap kena sedut gas tahan sakit lagik. Isk! Nak menyampaikan pukul 10:00am baru bukak 5cm. Yanie dah give up.

"Abang cakap ngan nurse abang... kata nak operate. Yanie tak tahan dah..." Serba salah aku.

"Isk!! Jangan cakap macam tu... Tarik balik cakap tu. Istighfar banyak-banyak mintak Allah mudahkan bersalin. Kita cuba normal dulu.." Kata Kak Sal.

Menyampaikan pukul 11:00 am, baru bukak 7. Start dari pukul 11 jugak contraction yanie yang tadinya selang 5 minit skang dah jadik selang seminit. Aku tengok graf kat mesin sebelah katil Yanie tu turun naik tak hingatnya.

Pukul 12:30tgh tu nurse cek lagi. dah bukak 9cm. Come on Yanie. bertahan ek.. 1 cm jer lagik... tapi Yanie dah tak larat sangat. dier nak push jugak. Seksanya dia Allah jer la yang tahu. Sekarang baru aku tahu kenapa bila orang sakit nak bersalin dosanya gugur macam daun...

Tepat pukul 12:52tgh baby selamat keluar. Sekali lagiaku menyaksikan bertapa besarnya kuasa Allah. Sakit Yanie serta merta hilang bila nurse letakkan baby atas perut dia. Aku pulak tersengih bagai nak krem mulut. Syukur.. semuanya selamat..

Lepas diorang bersihkan baby, pakaikan baju semua nurse panggil untuk aku azankan. Moga-moga azan ini merupakan sound yang pertama dia dengar sebaik sahaja lahir kealam dunia. Moga-moga suara azan ini dapat menghindarinya dari mendengar segala fitnah dunia.

Kelahirannya benar-benar membuatkan aku rasa kehidupan ini lebih bermakna...

 
Xcited, Happy, Nervous, Panic, Takut... PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 09 June 2006
Jumlah Hits: 1196 kali

  Sejak Yanie kena tahan wad selasa arituh aku dah tak boleh nak describe aku nyer feelings. Masa hantar dier ke klinik arituh sajer jer nak check sebab baby tak Yanie... sesakit pun bley senyum.banyak gerak. Sebab doktor dah pesan kalau sampai kul 9mlm kalau pergerakan baby kurang dari 10 cecepat bawak hospital. Agaknya side effect dari ubat selesema yang yanie telan kot?

Start dari arituh aku dah tak lena takleh nak tidur. Pukul 2 mata duk terkebil-kebil lagik. Tengok bebudak spastic kat channel 15 pun dah tak boleh nak consentrate. Isk!!

Lepas melawat Yanie tengahari tadi terus singgah masjid putrajaya, semayang Jumaat. Mintak doa ngan Allah supaya yanie ngan baby selamat. Ustaz kater dulu doa tengah sujud masa sembahyang jumaat nih senang makbul. Walhal setiap nafas yang aku hembus nih semua doa untuk keselamatan dia.

Tadi dalam pukul 8 mlm doctor masukkan ubat induce Yanie yang ke-3. Doktor kater takde jalan lagik. Baru bukak 1 cm. Dah 3 hari tak gerak-gerak. 1 cm jer. Confuse gak aku. Berkesan ker ubah yg doctor bagi nih? Kalau sakitnyer bukan main lagik (apa yang aku rasa based pada menengokkan keadaan Yanie la). Kesian plak biler nengok dia sampai menangis-nangis tahan sakit. Aku nak teman tak dibagi dek 'Mak Guard' pulak. Dah masuk 3 kali kena halau sebab stay lebih dari waktu melawat.

Nasik lemak pun kiree oraitlah!!Tetiap kali melawat Yanie, aku beli nasik lemak sebungkus 2 bungkus. Lapor beb. Ni jer la time aku nak makan. Yanie dah tentu mengadap nasik yg pihak hospital sediakan. At least dapat gak lagi makan-makan bertemankan bini. Ahaks!

"Esok doktor check lagi pukul 7... masuk ubat yang ke-4. Tengahari tuh kalau tak bukak-bukak jugak, ceaser." yanie pandang aku. Aku tahu dia redha jer. Bagi dia yang penting baby boleh keluar. Tengah dalam mood touching tuh tetiba langsing diselak.

"En.. lelaki tak boleh tunggu. Ni wad perempuan.." Ak en naa... aku tahu lah. Kalau wad lelaki, aku sendiri pun confuse kenapa bini aku dimasukkan kesini. Buduh!!


Bergambar selepas di halau dek 'Mak Guard'. Hampess...

 
Maafkan abang... PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Monday, 27 February 2006
Jumlah Hits: 354 kali

Orang kata anak pertama simbol AIR, Anak kedua TANAH manakala anak ketiga ni simbol API. Dan aku dari kategori ini. Hampir segenap ruang dalam diri aku dipenuhi kemarahan, dendam, kebencian, buruk sangka, panas baran dan aura membunuh biru kehitaman~!

Aku sedar keadaan ini. Dan aku sudah berusaha untuk ubah. Risau kalau-kalau dunia sekeliling aku kontang akibat dari kepanasan yang aku lahirkan. Tapi api tetap api. Ia perlukan air untuk padam. Bertuahnya aku kerana mendapat insan bersimbol AIR untuk jadi pendamping. Malangnya si AIR kerana mendapat aku... Sifat penyabarnya meredakan kemarakan si API. Ia tidak seperti angin yang hanya membesarkan lagi kemarakan api. Sejuk pelukannya membuatkan API hilang sifat. Namun sampai bila si AIR mampu bertahan....? Minta lahir seorang lagi AIR bagi menampung kemarakan si API....

*** someone have to teach me 'bout ANGER MANAGEMENT~!

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Results 23 - 33 of 34

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 44
Semalam: 234
Bulan ini: 1349
Keseluruhan: 42818
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 322
Pages yesterday: 1588
Pages this month: 8746
Pages total: 343652
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL