Home arrow Cerita anak beranak
Daddy, Mummy & Danish
Budak kecik dah tunjuk belang! PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 12 April 2008
Jumlah Hits: 312 kali

Ni lah hakikatnya. Betul-betul menurun bakat mummy dia! Hehehe. Sebab mummy dia jer yang suka main game-game tak menggunakan banyak kekuatan mental macam game Dynomite ni. Nak release tention katanya. Ker ikut nenek dia? Nenek Danish pun obses dengan Dynomite ni. Hak! Hak! Kompom!! Kuality gambar tak berapa memuaskan sebab aku record dengan camera phone (ala-ala file *.3gp awek melayu bertudung terlarang la jugak kualitinya). Itupun dah cuba smoothkan guna Cyberlink PowerDirector. Takat tu jer yang boleh di adjust.

 

Ni belum tengok skill dia menaip kat microsoft word lagi (dan juga menaip kat YM mummy dia). Ada bakat anak aku ni jadik hackers besok gamaknya. Yang aku tahu, masa umur dia setahun, dia dah pandai bukak cameraphone aku, tangkap gambar kaki dia, pas tuh selamba katok hijoo jer send mms ke Abesoff (upline mymode aku). Gamaknya pelik tahap dewa lah Abesoff bila dapat MMS gambar kaki budak kecik dari handphone aku. Sure dia ingat aku ada masalah mental.

Rupanya bukan saja minat muzik Danish ni (skang dah pandai ikut joget time lagu tema Akademi Fantasia! Hish! Jangan la gitu bro!) rupanya minat game pulak dah skang nih. Jangan aku jumpa ngko kat Arcade monteng sekolah bila dah besor esok sudah! 


 
Danish... jangan la demam... PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Sunday, 23 March 2008
Jumlah Hits: 269 kali

Hari ni dah masuk hari ke-4 Danish demam. Yang peliknya, asyik ON, OFF pulak demamnya. Satu masa suhu badan naik, bila beri makan ubat, ok. Badan berpeluh, dia pun aktif macam biasa huha sana huha sini, lari sana, lari sini. Tak sampai 4,5 jam, tetiber monyok. Nak berdukung.. Takmo letak langsung. Time tu start balik panas badan dia. Cool fever yang aku stock up satu kotak besar bawak balik kampung tadi aku dah gunakan kepingan yang terakhir. Ubat yang masuk kot montot tuh aku dah gunakan biji yang terakhir malam semalam. Yang ada cuma ubat sirap demam je. Aku pun dah mula tak yakin dengan kesannya bila melihat keadaannya 2,3 hari ni.



Mulanya ingatkan demam sebab nak tumbuh gigi. Memang kalau lihat, gigi bawah dia ada macam nak tumbuh lagi 2 batang. Tapi sebelum ni demam tumbuh gigi ni sehari dua je.  Yang ni cam dah lama sangat jer. Pulak tu ketara sangat. Malam jer, Suhu badan naik gila-gila. Tadi pun aku sukat sendiri sampai 39.6 celcius suhunya. Then bila bagi ubat paginya, by noon, dah ok. Memang nampak macam dah betul-betul sihat jer. Tak sampai pukul 3ptg, dah demam balik.

 Bila dia asyik merengek itu tak kena, ini tak kena, kekadang tu ilang jugak sabar aku. Merasa la kena tengking. Kalau ikutkan, nak aku tangan-tangan kan aje. Sorry.. Daddy tak sengaja. Daddy tahu Danish tak sedap badan. Cuma Daddy letih... Daddy ngantuk sesangat...
 
 Petang tadik aku bawak klinik Baharom kat DARA. Tutup pulak hari sabtu sampai kul 5 petang je. Tak boleh betul la aku kalau dia tak sihat macam ni. Bila melihatkan kebiasaan dia yang hyper active, ceria, tetiba moyok, merengek jer, isk. Tadi pun sebab dia tak nak duduk, asyik nak berdukung jer, aku bawak pusing-pusing dengan kereta. Sampai rumah, dia dah tidur. Sebab takmo mengejutkan dia, aku pun ikut tidur sekali dalam kereta. Dapatlah jugak sejam setengah dia tidur.

Bila dia tidur, tangan aku yang peluk dia terasa berbahang. Kekejap dia tersentak macam orang mengigau. Ya Allah.. kesiannya. Danish... cepat la sihat. Takmo lah nangis-nangis macam ni. Esok Ahad. Klinik sini memang takde yang bukak. Tapi kalau keadaan memaksa, aku henjut jugak ke Kuantan.


Danish cepat sihat yer.. Daddy nak tengok Danish happy, ceria, active cam biasa..

 
Dugaan Allah PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 01 March 2008
Jumlah Hits: 388 kali

Sehari dua ni, kelang-kabut betul hidup aku dibuatnya. Dari start Yanie discharged dari hospital Rabu aritu sampai hari ni. Satu demi satu planning kantoi. Khamis arituh kononnya nak settlekan MyKid Faris, terkantoi pasal aku tak jumpa cari surat nikah. Ntah mana disimpan dek Yanie aku pun tak tahu. Habis satu rumah aku selongkar dah macam baru lepas kena rompak dek penyamun jadinya. Dari kul 9 malam sampai ke pukul 1 pagi menggeledah tak jumpa. Tapi aku gamble jugak pergi slowtalk dengan officer kat JPN tu. Tapi tak boleh gak. Yanie memang tak larat nak balik rumah ni, dia lepak rumah mama. Jumaat ni nak -tak nak, dah kena balik Pahang.

Nak jadi cerita, tengahari tuh datang pulak misi dari hospital Putrajaya datang buat checking ke rumah. Ale-ale dia kata Faris ada tanda-tanda Jondis (Demam Kuning). So petang tu jugak dia suruh bawak balik Hospital Putrajaya untuk buat Blood test.

"Berapa bacaan yang melayakkan dia kena tahan ward?" AKu tanya.

"Dalam 200 keatas la." Kata Nurse tu.

"Bukan apa nurse.. anak first saya aritu dah kena macam ni. sampai 2-2 kaki, 2-2 belah tangan kena cucuk jarum untuk amik darah. Pas situ, sini. Pas sini, situ. Ale-ale doktor kata 'ooo anak encik tak teruk lagi, boleh bawa balik, jemur kat matahari." Senyap nurse tu. Tapi takleh nak salahkan dia gak. So aku decidde nak bawak private. Memandangkan masa takde. Kalau gi government, sure lambat nak tunggu result keluar. Dah la dalam keadaan Yanie yang belum cukup kuat ni.

Danish N Faris
Release tention aku bila tengok diorang tidur...

Bawak gi Az-Zaharah, Bangi petang tu gak. Check bacaan dia, 158. Tapi esok doktor suh bawak sekali lagi untuk check samada berkurang atau makin menaik. Balik tuh Yanie dah cam demam-demam dah. Bawak balik Nilai. Danish pulak sejak ada Faris ni, lain macam betul behaviour dia. 'Jeles' gila-gila punya. Kalau leh memang dia tak nak aku atau mummy dia duk mengadap Faris. Mulalah dia merengek. Isk! Bila lah baru dia leh accept kehadiran adik dia dalam hidup kitorang nih.

Plan nak balik kampung tadi tak kesampaian. Aku pun kekejap nak kena handle Danish, kekejap nak handle Faris. Mujur Lee ngan Ekram ada balik tengahari. Leh gak nak gi semayang Jumaat dulu. Balik tuh mama dah habis meeting. So Danish tinggal dengan dia. Bawak Faris gi Az-Zaharah untuk blood test lagi. hopefully menurun la demam dia.

Dalam wad Az-Zaharah, Bangi.

Wrong! test tadik bacaan naik sampai 209. Doktor bagi option untuk aku datang semula esok. Aku kata dari tunggu esok, kenapa tak masuk wad hari ni jer terus? Terus admited. Amik bilik yang 4 bedded punya, Dalam RM70 sehari. Bilik yang sama masa Danish kena Direa dulu. Then rushing pulak balik Nilai nak amik barang-barang baby dengan Yanie. Sambil tuh terus packing bebarang nak balik kampung bubuh siap-siap dalam kereta. Tengah kekemas, Yanie call nangis-nangis kata tak sampai hati tengok baby nangis dalam bilik treatment sebab nak susu. Bilik dengan bilik treatment tu jauh. So nak tak nak upgrade bilik single bed, dalam RM145 sehari. Aku sampai dalam pukul 11 malam tengok dia dah pindah bilik. Kalau bilik single ni dia kasi treatment baby dalam bilik yang sama. So senang untuk Yanie monitor. Bilik pun privasy sket siap complete dengan TV. Okey la. Takde la boring sangat.

Dalam kul 1 terpaksa balik tinggalkan Yanie dengan Faris. Nak settlekan kerja-kerja rutin mymode aku pulak. Esok ni tak tahu lah macamana. Balik ker tak kampung esok ni...........?

- Tokey C tutup untuk jangkamasa yang agak panjang sehingga kesibukan dapat dikurangkan.
- Kerja-kerja mengupgrade web, email education, followup dan sebagainya dihentikan buat sementara waktu.
- Terima kasih sebab beri sedikit ruang untuk aku bernafas.....


 
Buah Hati Pengarang Jantung Daddy (Part 2) PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Wednesday, 27 February 2008
Jumlah Hits: 1250 kali

Macam dah jadi makanan rasmi setiap kali Yanie nak beranak pulak nasi lemak bungkus ni. Kalau dulu masa time Danish, memang aku akan stanby nasi lemak waktu datang melawat time tengahari untuk makan sama-sama dengan Yanie. Tapi kebetulan tadi elnino melanda, so terlewat la sket. Kul 3 baru sampai sedangkan waktu melawat sampai kul 2 jer. Kalau nak masuk gak, tunggu lah kul 4 pulak nanti. Isk! Aku masuk selamba jer. Kat hospital putrajaya ni, kalau ngko kena tahan dengan sesapa tak bagi masuk, kata jer "Saya kejap jer ni.. nak hantar barang.". Dalam masa yang sama, bawaklah beg plastik sket. Ahaks!

 So sebab bukan waktu melawat, aku lepak kejap jer la kat atas. Niat nak makan dengan dia tak kesampaian la jawabnya. Yanie pun dah habis makan. SO aku turun, makan dalam keter sementara nak menunggu kul 4 petang. Nak balik Nilai, bukannya dekat.

So next time, kalau korang nampak aku makan nasi bungkus sorang-sorang, means Yanie nak beranak lagi la tu... Har! har!

Dalam keter sempat gak menuntut dengan Abg Long, macamana nak buat 'Air Selusuh'. Masa Danish dulu aku buat gak. Tapi main bantai jer. Baca Fatihah, 3 kul, ayat kursi, selawat. Gitu-gitu jer. Kali ni tanya betul dari orang yang arif. Long suh baca 'ayat jabalin' 7 kali. Sempat la buat pada air mineral sebelum aku naik semula.

Kul 4, aku naik balik. Yanie masa tuh dah start contaction selang 5 minit. Doktor masukkan ubat induse untuk bagi 'bukak jalan' cepat sikit. Sebab dari semalam still 3cm tak gerak-gerak. Nanti 4 jam lagi doktor akan datang balik pecahkan air ketuban dia. Aku ingat nak pecahkan sendiri jer. Tapi takut doktor kata membelakangkan dia pulak nanti (Hahaha stail cakap besar!)

Ha.. Ni time sakit la nih.

Time nih time ok. selang 5 minit, kembalilah keadaannya seperti gambar sebelum ni tadik.

Kul 6, makanan sampai. Terasa gak nak pau nasik ayam masak kari dia tu tapi mengenangkan dia nak guna tenaga banyak pas nih, aku control nafsu jer la.

Haa.. ni la gayanya orang tahan nafsu makan. Isk! Lambat plak mummy habiskan nasik dia. Tak terabis ker? Nakkan bantuan? (Rambut dah pendek skang. .. etettete)

Yanie dah habis makan. bergambor sakan dulu. Masa ni emmang takde gaya nak beranak lagik. SO akan pun dah planning nak balik jer, sambung main game Paraoh Cleopatra aku. Erkk!!

Danish menyerang tepat pukul 6:30 petang. Datang dengan nenek dan Untie El nya. Habis dia memekak kat dalam ward tu. Lari kehulu, lari ke hilir. Dulu time Yanie beranakkan dia, ada orang kat katil sebelah bawak anak-anak melawat dia buat bising macam ni la jugak. Time tuh nak jer aku grip kepala budak yang lari menjerit-jerit tu. Tapi kali nih, terkena ke batang hidung sendiri la pulak. Ish! Danish ni buat malu Daddy jer la..

Mummy lepak borak-borak ngan Untie El. Danish? Terpaksa dilarikan oleh nenek keluar untuk mengimbangi keadaan. Eh! Silap!! Bukan nenek bawak lari Danish.... tapi Danish yang tarik nenek ajak keluar nak gi Heagone!

Dalam kul 8 tu terus rushing balik Nilai. Aku planning nak stay umah Putrajaya malam ni. So nak gi amik laptop supaya aku leh buat kerja. So esok kalau Yanie deliver senang sikit aku nak berulang dekat.

1 Jam Selepas Itu..

"Abang.. Yanie dah nak masuk Labour room. Abang datang terus gi kat atas yer.." Suara Yanie dalam tepon terketar-ketar tahan sakit. Ish!! Grab laptop, sumbat dalam beg, terus Impak Maksima kejap. Kepada sesiapa yang menggunakan Highway Salak Tinggi - Putrajaya malam tadi, kalau ternampak orang bawak keter Gen2 hitam macam orang nak mampus, harap maafkan la dia.

Tak sampai 20 minit aku dah sampai Hospital Putrajaya dari Nilai. Huish! Terus isi borang untuk masuk temankan isteri kat dalam labour room dan tak sampai 30 minit, nurse panggil. Aku masuk jer bebetul time adengan 'push mengepush'. Tak sampai 5 minit, Cepluishh!

Alhamdulillah.. selamat keduanya. Aku syukur sangat. Tambah syukur bila semuanya berjalan lancar kali ni. Tak cam Danish dulu. Banyak sangat rintangannya.

Lama lepak dalam labour room tuh. Nurse tak kacau pun. Memang busy gila diorang. Dalam mada aku duduk dalam tuh saja aku rasa dekat 4 orang pulak yang beranak. Lepas sorang menjerit, sorang lagi. Lepas bilik no 1, nurse-nurse berkejar ke bilik no 2. Doktor ada 2 orang, tapi memang takleh nak handle. Yanie sendiri pun 2 orang Nurse jer yang sambut. Memang kelang kabut betul dalam tuh. Dari semalam memang ramai orang beranak. Sampai katil pun kena que. Ish!! Apa yang specialnya 9 bulan lepas ek? Huhuhu

Gambor ngan newborn baby. Cam yang korang nampak.. kain bedung baby tuh ada gambor menatang yang paling aku suka. Nenoeneno. Samalah hakikatnya cam Danish dulu. Dari plate makanan, sampai lah ke toys, semua katOk hijOo!!

Ni la dia makhluk yang duduk dalam perut Yanie selama 39 minggu. Kitorang dah decide nak bubuh nama dia Adi Akmal Farish. Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi kegembiraan ini.

P/s: Tadi siapa perempuan yang call aku dalam pukul 8:45 malam nak tanya pasal 'Macamana nak register downline mymode'. Sorry sebab kena sergah dengan aku. Ko call 3 kali aku tak angkat, aku ingat ko paham. Bila ko call kali yang keempat tu, tu yg emosional sikit. Sebab aku memang tengah busy sangat dan banyak mender nak kena settlekan tadi... Sorry. Tambah pulak bila ada sorang downline mengadu yg downline dia buat payment kat aku, pas tu kononnya aku amik register bawah aku sendiri (aku cukup pantang orang tuduh aku cam nih) bila aku check-check, orang tuh betul aku registerkan bawah dia, tapi level 2! Arghhh!! Tention! Ada lagik orang macam ni!!


 
Excited, nervous, takut? PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Tuesday, 26 February 2008
Jumlah Hits: 330 kali

Hari ni bangun betul-betul pagi! Lebih kurang kul 9:30am. Fuh~ Satu pencapaian yang agak bagus! Hahahaha! Cam gampang! Actually hari ni ada appointment dengan En Shah dari CIMB Seremban, pasal loan rumah Impiana Residence yang aku plan nak beli kat Putra Nilai tu. Dan kebetulan juga Yanie ada check-up hari ni. Dah masuk 39 minggu dah dia.

Mulanya aku nak pergi sorang jer interview tu. Sebab aku rasa sekejap jer. Pas tuh boleh amik dia, then bawak gi check-up kat Putrajaya. Ale-ale dia nak ikut plak. Ermm.. Tak kisah lah. Leh pusing-pusing JusCo sekali.

Good news is, bukan inverview apa, rupanya dia cuma nak explain pasal loan. Berapa layak, interest rate berapa, then sebulan kena bayar berapa, tu je. Pas tuh adalah a few paper nak kena sign. Basically dari apa yang En. Shah tu cerita tadik, CIMB cuma bagi 90% dari harga rumah (RM282,000). Which means dalam RM253,800 gitu. Dalam erti kata yang lain juga, another 10% tu (another RM28K) sendili mau ingatla!  Uhuk~ Uhuk~ Habih saving 2,3 tahun aku.. Monthly dalam lingkungan RM1,500++. Huish. Boleh kayuh ke ni? Har! Har! Ya 4JJI, kau murahkanlah rezeki aku anak-beranak. Yang paling tak best bila dia duk ulang-ulang tanya aku "Err... saya tak faham la... apa business En Adi tadi?". Isk!! Ada yang aku sumbat pamphlet pasal mymode dalam mulut dia ni kang!

Another good news, lepas check-up Yanie, doktor terus tahan masuk wad. Kebetulan pulak Danish demam. Dalam sibuk menyettlekn Yanie, sibuk gak nak gi klinik settlekan Danish. (Ntah apa kena buntat aku kali ni takut sangat ngan doktor, nak amik tempreture pun payah). Mujur nana ada. Kalau tak susah gak. 

Lepas hantar barang-barang Yanie, Danish balik ngan nenek dia. Susah kalau stay ngan aku sorang-sorang nak pulak time demam cam ni. Dah la aku nak kena stanby. Mana lah tahu kot tetengah malam kang pihak hospital call mengejut. Kalau aku sorang, chargas sikit. 

Balik, makan sensorang. Blur. Perasaan excited yang berbulan-bulan terpendam bertukar jadik risau... jadik takut... Inner Monologue dah start menggila. Selama ni depan Yanie aku bebuat cool je. Sebab aku tahu dia banyak sangat fikir pasal tu. Kalau aku tunjukkan risau aku, sure dia akan jadik lagi takut. Arghh!! Selisih.. Ya Allah... Selamatkanlah keduaanya. 


 
In-Advanced Melampau PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Tuesday, 19 February 2008
Jumlah Hits: 333 kali

Hari ni gi hantar Yanie gi check-up. Dia dah 38 minggu dah. So every week memang kena check-up. Aku tunggu gak doctor tu kata "Okey! Tak payah balik lah. Terus admit ward!" hehehehe. Tapi takde la pulak. Ahaks.

Cam minggu-minggu sudah, lepas drop mummy kat depan, aku ngan Danish akan cari parking. Pas tu port kejap dalam kereta sebab kebiasaannya on the way tuh Danish akan tidur dalam kereta. So aku akan tunggu dia bangun. Tapi hari ni tadi dia tak tidur pulak. tapi malas nak bawak terus masuk ke dalam klinik tu. Tak sanggup aku nak mengejarnya di celah-celah para ibu-ibu mengandung kat dalam tu nanti. Ini budak bukan biasa-biasa punya budak. Bangla baru sampai  Malaysia pun belum tentu sanggup jaga ni worang.

So... bawak dia gi "Heagone"... Heagone tu bahasa Danish la. Bahasa manusia bumi yang lain, 'Play Ground'. Ahaks.

Hari ni tadi cepat pulak mummy habis check-up. Sebab tak kena jumpa doktor katanya. So kawtim dengan nurse je. Nurse pun mungkin nak ke tandas check bedak kat muka okay lagi ke tak. Tu yang cepat sikit kot? Ahaks. Errmmm.... kemana kita yek?

 The Mines!!

hehehe. Mummy nak beli hadiah birthday daddy. in-advanced la kononnya. Padahal aku nyer birthday nun 31hb Mac. Bapak la lama nyer lagik. tapi tak kira! Dah orang nak belikan. (Sebab semalam dia kalah betting ngan aku duk teka muka pelakon kat iklan drama astro. Saper salah kena belikan LG Viewty. hahaha) Aku pun takdelah kejam sangat nak suh dia belikan aku LG Viewty tuh. Sajer jer memain. Kasi ingat supaya lain kali jangan berani betting sama hero.

Hadiah aku? Jeng-jeng-jeng! Boleh slash satu lagik item dalam wishlist aku. Memula ushar Zippo Classic High Polish Crome. Sampai kat kedai rambang mata pulak. (Memang dah jangka dah) Terus terambik Zippo Black Ice® 150ZL. Harga dalam RM140 sekali ngan Lighter Fluid dia (topup guna dwet aku sket. siam mummy). Good By Mr Cricket...

Pas tuh singgah kedai komputer jap. Beli CPU Fan & Heatsink untuk PC mummy. Sian dia. Ntah apa pasal bila 3,4 jam jer on PC pas tuh terpadam sendiri takleh bukak-bukak dah. Kena tutup semua suiz, tunggu dalam 30 minit, baru boleh on balik. Aku suspect sebab dia takleh panas. So try la tukar CPU Cooler dia tengok camana.

Balik, cam biasa duk layan Danish tengok channel Playhouse Disney (613) dia. Aku sampai dah terhafal nama-nama character kartun kat dalam tuh. Bananas In Pyjamas, Harry & His Bucket Full Of Dinosour, Pocoyo, dan tadi, aku sampai perasan yang siri Barney & Friends yang ditayangkan merupakan siri ulangan. Pergh!!

Note: Maybe i'm seems useless and lack of responsibilities. But cant describe how happy am I to be surrounded by the people that I love the most.


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Results 12 - 22 of 34
NukeSigs

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 146
Semalam: 247
Bulan ini: 1217
Keseluruhan: 42686
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1079
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 7915
Pages total: 342821
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL