Home arrow Cerita anak beranak arrow Kelebihan susu ibu
Kelebihan susu ibu PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Monday, 21 April 2008
Jumlah Hits: 411 kali



Masa anak aku yang pertama dulu, kurang sket kesedaran pasal susu ibu ni. Ada, bukanlah takde langsung. Cuma Yanie sendiri masa tu takde pengalaman lagi. Skill kureng bak kata orang tu. Danish plak masa kecik kuat sangat merusuhnya. Bila dia sedut susu tak keluar, after a few time dia mula dah fed-up. Mengamuk tak tentu pasal. Yanie pulak bila macam tu, mulalah depress, frustrated, dan ntah hapa lagi perasaan yang aku takleh nak describe. Dah la skill nak pegang baby pun terkial-kial jer. Aku yang menengok pulak rasa tention. Nak jer aku hambik, sumbat puting aku jer. (opss!) Situlah permulaannya perbelanjaan RM300 setiap bulan untuk beli susu lembu buat Danish.

Tapi anak kedua ni, kitorang dah mentally prepaired. Yanie pun dah bukan main lagi semangatnya untuk mempraktikkan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Abih buku-buku pa&ma di khatamnya. Tu tak campur 'group discussion' dengan forumnist PCM lagik. Siap ada 'personal coach' by SMS tu yang aku paling tak tahan tu. har! Har! So kali ni aku kena support (kononnya Danish arituh aku kureeeng skit menyapot dia). Okeih. Set! Tapi dalam pada tuh masa preparation untuk deliver, dia dah beli siap-siap susu lactogen for newborn dengan botol saiz kecik suh bawak sekali masa balik kampung dalam pantang nanti. Uik? Apa Mummy ni? Ari tu sket nyer berkobar-kobar lagik?!

"Takde... just in case la.. kalau susu takmo keluar macam Danish dulu" Tu alasan dia. Ah! Takde! Ada susu ker takde susu ker, tonyoh jer. Orang dulu-dulu takde pun stanby susu tin macam ni. Fuh! Aku plak yang semangat lebih-lebih. Aku tinggal cam tu jer susu tu. Haa.. nak support dari Daddy, ni Daddy dah bagi full support dah nih. Ahaks!

Inilah hasilnya...

Baru sebulan, berat Adi Akmal Faris dah cecah 4.7kg (bertambah sekilo dari berat masa lahir). Ni dah nak masuk 6 minggu, dia dah start pakai baju Danish masa Danish dah mula bertatih-tatih nak berjalan. Jumaat ni nanti check-up, aku budget cecah 5 kilo lebih pulak gamaknya. Haa.. jangan main-main. Ini esok umur dia setahun, tak kena gaya dia yang buli Abang Danish dia esok!

 

  • Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
  • Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
  • Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
  • la mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
  • Susu ibu memberikan khesiat terbaik untuk bayi.
  • Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah membancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada suhu yang sesuai.
  • Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.
 


Tulah.. Susu yang sebegini punya kualiti tinggi, Allah bagi free jer. Ini lagi nak susah-susah beli yang kat kedai. Pas tuh bila tak sesuai, kena tukar Brand. Nak yang okey sikit kononnya, harga pulak mahal. Bila dah terkesan dengan ekonomi (skang susu Neslac 1+ yg 1.8kg tuh ada kedai yang jual dekat RM60 setin. kalau main dengan Danish... tahan seminggu lebih jer tu) mula nak tukar brand lain lagi. Arghh!!

 
Buat para-para first timer... kuatkan semangat untuk menyusukan anak korang. Buat anak-anak pulak, ingat sket.. susu mak tu bukan RM60 setin nilainya. Jangan la sesekali derhaka. Buatnya dia tak halalkan susu yang korang minum, mati tak cium bau syurgalah jawabnya...
 


Share/Save/Bookmark
» 5 Comments
1"Uish Uish"
at Monday, 21 April 2008 17:45by Datin Paduka Norafesa
Uish uish... hebatnya Yanie nie.. bkn setakat senamrobik ada personal coach... breastfeeding pun ada personal Coach By Sms.. wakakakak.. saperlah agaknya tue, kan? Hehe.. go Yanie go...!!! Eiman dah setawun hari nie hidup dgn susu ibu (wlpn terpaksa compensate dgn susu Dupro time kat Taska).... Yanie boleh!!! Danish x mau join sekali ker? Gerenti Yanie berat jadi 56kg bln depan..ekekek...
2Comment
at Monday, 21 April 2008 19:17by rESt2Datin
"breastfeeding pun ada personal Coach By Sms.. " Haa.... tahu takper.... hahahhaa. Mujur bukan jenis yang kena subscribe 50 sen per SMS.
3Comment
at Tuesday, 22 April 2008 08:41by suzi
memang betul susu ibu ni takleh dpt kat kedai pon hehehe... tapi memang berkesan le. Anak yang minum susu ibu nih jarang demam.. selsema.. batuk dan sewaktu dengannya. Pastu bonus... mummy dia boleh slim sikit berbanding sebelumnya. Bonus untuk kaum bapa... tak perlu bangun malam untuk buatkan susu untuk anak... 
 
minum susu mommy pepuas tau faris... lebih sedap dari susu lombu... kekeke
4"Uish Uish 2"
at Tuesday, 22 April 2008 13:23by Datin Paduka Norafesa
Ahaksz.. kalau kena subscribe 50sen per sms rasanya bersamaan dengan kos lactogen atau dulac la.. heheh.. takper.. ada ilmu sampai-sampaikan..panjang-panjangkan.. kongsi-kongsikan... tryla bagi danish sekalik... lagi ok dari lactogen 3 aper.. heheh...nie Faris minum susu ibu, Daddy kena make sure Mummy makan cukup tau.. heheh..
5Comment
at Thursday, 24 April 2008 22:05by rEStiNPeaCe
to suzi: err... kalau tak bapa kena bangun buat susu ek memalam...? hahaa 
 
to Nora: Mummy nyer makanan, tak perlu risau. Cuma dia sendiri yg takmo makan. on diet katanya. hehehe.
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Title
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
< Prev   Next >

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 37
Semalam: 234
Bulan ini: 1342
Keseluruhan: 42811
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 281
Pages yesterday: 1588
Pages this month: 8705
Pages total: 343611
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 3 guests online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL