Seperti yang semua tahu virus/ worm/ trojan/ spyware dan segala macam jenis dan gelaran lagi pada script-script programming yang tak mendatangkan manfaat ni sangat mudah menjangkiti thumdrive (pendrive, flashdrive atau apa juga nama yang korang gelar). Especially for those yang menggunakan public PC seperti komputer di Lab faculty atau perpustakaan sekolah (yang boleh dikatakan tempat beranaknya virus-virus ni). Jadi once thumbdrive korang dah ter-infected, jadi kalau lepas pada tu korang cucuk kat mana-mana PC lain, korang hanya akan menyebarkan virus tersebut ke PC lain pula.
Dan andai kata PC tersebut ada antivirus dengan pattern terkini, maka file-file korang yang dah terinfeksi mungkin akan dikuarantinkan. Tambah malang bila file-file tersebut adalah file-file penting seperti thesis atau assignment-assignment korang. Lebih malang bila itulah saja satu-satunya salinan file yang korang ada tanpa ada satu backup file pun di komputer lain. Trust me, I know that feeling~!
Jadi antara solution yang paling mudah adalah menjadikan thumbdrive kita sebagai 'write protected'. Jadi bila mana kita cucuk flash disk tersebut ke mana-mana PC sekalipun terutama yang mempunyai virus (antara yg terkenal satu masa dulu adalah JambanMu dan MaxTrox) ia tidak boleh 'menyalin diri mereka' (duplicate themself) ke dalam pendrive kita.
Tapi sekarang bukan itu sebab aku mencari solution untuk menjadikan thumbdrive aku 'write protected'. Benda ni penting untuk aku kerana aku ada sebatang Pendrive yang aku muatkan dengan set-set installer yang biasa aku gunakan samada untuk repair PC rosak ataupun untuk kegunaan sendiri. Sebelum ni aku gunakan CD. Cuma masalah yang aku hadapi kadang-kadang laptop yang dihantar CDRom nya dah tak boleh berfungsi. Jadi Thumbdrive merupakan salah satu alternatif memandangkan kapasiti yang lebih besar dan rata-rata PC dan laptop memang semuanya ada port USB. Cuma masalahnya VIRUS!
So aku jumpa solution ni di internet juga. Selain dari korang beli PenDrive yang sememangnya dah didatangi dengan tongle ON/OFF protection, atau built-in security software, sebenarnya ada trick mudah untuk menjadikan thumbdrive kita write protected. Dari pemerhatian aku, ada 2 cara;
- Dengan mengedit registry pada PC kita (yang mana pada aku agak lari dari motif sebenar. Sebab thumb drive hanya jadi write protedted bila di cucuk ke komputer sendiri dan bukannya bila dicucuk ke PC lain.)
- Dengan membuat satu 'Dummy file' untuk menggunakan sepenuh keluasan 'free space' yang masih tinggal dalamthumbdrive kita. By this way, walau sekecil manapun virus tersebut dia tidak boleh untuk masuk ke pendrive sebab tiada ruang kosong.
Okey.. bagaimana caranya? Firstly kita kena make sure berapakan freespace yang tinggal dalam thumbdrive kita.
Bukak My Computer, 'right click' pada thumb-drive korang dan klick 'Properties'. Kita akan dapat lihat paparan seperti diatas. Perhatikan pada size Free Space (warna pink) dan salin angka tersebut.Kemudian buka 'command promt'. Jika guna XP, simply type 'cmd' pada kotak run. Tetapi untuk VISTA atau Win 7 korang perlukan Administrator access untuk activity ni nanti. jadi di start menu pergi ke All Program>Accessories>Command Promt (right click dan pilih 'Run as administrator')
dalam command promt tadi type: fsutil file createnew F:\KatokHijOo 1300594688
"F" adalah drive bagi thumbdrive aku. Untuk korang mungkin D, E atau huruf lain. Jadi check betul-betul.
"1300594688" adalah ruang free space pada thumdrive aku (rujuk gambarajah sebelumnya). Jadi untuk korang, nombornya tak sama. Check dulu seperti mana langkah yang telah diterangkan sebelumnya.
Korang akan dapati lampu LED pada thumbdrive korang berkelip-kelip. Mungkin lama, dan mungkin sekejap bergantung kepada saiz free space tadi. Tunggu sehingga selesai. Settle!
Abih tu kalau dah thumbdrive jadi write protedted, macamana kita nak OFFkan semula function tu?
Senang jer.. Delete jer la file 'KatOkHijOo' tu tadi.. Pas tuh kalau nak ONkan semula, repeat je step-step tadi.
Plan nak bawak anak bini ke Port Dickson ni sepatutnya dah dibuat 2 minggu lepas. Ntah macamana idea tu boleh timbul. Gamaknya mungkin jugak sebab dah 4 tahun duduk Nilai, tapi sekali pun aku belum pernah bawak diorang pergi PD (walaupun dah 2,3 kali diorang pergi tapi dengan nenek dan untie el diorang). Tapi arituh aku duk delay-delay sambil ngadap kerja depan komputer, ale-ale dah pukul 5. mulalah rasa macam dah petang sangat la pulak.
So Ahad lepas dari tengahari tu Mummy dah start masak awal-awal. Kononnya nak makan tepi pantai la. Tapi macam biasa, aku lengah-lengah dah nak dekat pukul 2. Ahaks! Kalau menunggu sampai PD baru nak lunch, maunya masing-masing kebulur dulu ni karang! Hehehe.
"Makan dulu la kat rumah. Leceh nak makan nasik tepi pantai ni. Habis pinggan masuk pasir karang" tetiber keluar alasan tu kat mulut aku. Ahaks! Tapi logik gak per?
Lepas makan terus gerak gi PD. Yanie call Eyam tanya pantai mana yang best untuk mandi. laju jer Eyam jawab...
Baru je siap download movie The Storm Warrior II ni semalam. Balik rumah pun tak sabar-sabar nak tengok. Terus sorang-sorang aku mengadap movie tu sampai kul 3 pagi. Sebelum aku nak review sket pasal movie ni, suka aku nak cerita sejarah aku sendiri dengan 'Pedang Setiawan' ni.
Komik ni release masa aku form 2 (1993) kalau tak silap. Masa tu serentak keluar dengan beberapa komik lain karya Ma Wing Shing seperti Raja Rimba dan beberapa komik dari otai lama, Tony Wong. Dan masa di asrama, aku salah seorang yang mengumpul komik Pedang Setiawan ni dari siri pertama selain Jagung, Makyan, Toyol, Dayat, dan beberapa orang lain (tak ingat dah). Time tu sayangkan buku komik ni mengalahkan sayangkan buku text. Sampai turun ke foyer (lobby asrama) pinjam binding machine untuk nak bindingkan buku-buku komik ni. Hah! Sendiri mau ingat la kalau dah sampai ke tahap tu kan?
Sampailah ke form 5, rak buku kat rumah penuh dengan komik je. Tenno Gelap pun dah pandang slack je kat aku. 2,3 kali ugut nak bakar komik-komik aku sebab tak pernah nampak aku baca buku pelajaran. Adeh~! Bila aku stop follow komik-komik tu (sebab kewangan masa tu) aku ingat takde dah lah. Rupanya ngOh pulak yang sambung follow komik-komik tu masa aku di UiTM. Time tuh karya-kayra Wat Yat Leung plak yang bermaharajalela di pasaran terutamanya siri yang paling popular, Pendekar Laut. Sampai lah sekarang ni... siri komik yang kitorang follow dari tingkatan 2 ni masih belum tamat-tamat lagik dan masih ada dipasaran setelah 16 tahun lebih. Aku dah stop beli komik.. ngoh dah stop beli komik.. dan yang last sekali Long. Dari harga senaskah cuma RM1.50 sampai lah sekarang ni aku pun tak tahu berapa ringgit senaskah. Rasanya lebih RM4 dah kot? Kalau kumpul-kumpul duit tu, dah boleh beli exora cash dah gamaknya. Ahaks!
Read more: Sinambungan Hikayat Pedang Setiawan - The Storm Warrior II
Artikel ni sepatutnya di releasekan 3 minggu lebih awal dari ini, tapi takde kesempatan untuk aku nak mengupdatekannya. So cerita dah basi gak la.
Dalam keadaan kutipan yang tak menentu dek kerana kami bergantung sepenuhnya kepada pelanggan yang terdiri dari pelajar-pelajar IPT yang berada disekitar seperti Twintech, Bidari College, Kolej Tekad dan GMI akhirnya dapat juga kami menyimpan sikit demi sedikit dari keuntungan bulanan untuk digunakan bagi menambah 4 set PC baru di BumiCyber.
Biasalah... dilema yang ditanggung kalau bukak premis yang bergantung sepenuhnya dengan student IPT, time diorang cuti beerti 'no business' la. Baik yang bukak CC, kedai makan, hatta kedai dobi sekalipun. Itulah risiko yang terpaksa diambil.
Actually spec untuk PC yang aku tambah ni takdelah Hi-end sangat. Biasa-biasa je memandangkan CC kitorang ni bukanlah target market untuk golongan gamer tegar. So tak perlu graphics card pun setakat nak main game-game biasa macam counter strike, nfs underground II, warcraft III, red-alert 2 dan lelain tu. So aku cuma beli spec AMD Sempron 2.7GHz dengan 2GB DDRII memory je. Dengan padanan LCD wide screen 19" kosnya baru dalam RM1,100 untuk setiap set sesuai dengan budget yang ada.
For those yang masing tertanya-tanya especially 'the unwanted one' used to be called as PUNK BOYZ (Uwek~! Korang ingat lagi ker nama group ni? Hahaha) tentang persoalan "Siapakah yang punca segala onar sehingga kita semua dibuang dari Asrama Felda Semai Bakti Kuala Lumpur (ASBKL) 17 tahun yang lalu" aku dah jumpa data soheh nya!
Ahaks! Ini berlaku semalam bila aku spring cleaning PC aku. Mulanya hajat nak mencari semula surat yang aku pernah tulis masa cuba fight satu kes dengan Tribunal of Consumer berkaitan dengan alat belajar bahasa inggeris yang dikeluarkan oleh company Linguaphone satu masa dulu. Sebab aku nak guna semula template surat tu untuk buat satu tuntutan dengan pihak Farezah Interiors & Trading iaitu satu company yang memberikan perkhidmatan pemasangan Grill pintu yang sangat hampeh dan service after sales yang macam gampang. Sebaliknya aku jumpa semula cacatan journal yang aku pernah tulis (snap semeloon teloon) yang mengisahkan perjalanan hidup aku sejak masuk ke asrama sehinggalah aku dibuang sekolah, sampai lepas pmr, tukar 2,3 sekolah, dan sampailah ke kisah aku bekerja di kilang 'getah' di Kulim Kedah masa aku umur 16 tahun.
Page 1 of 65
Main Menu
Login Form
Shouting Area
Important: Shoutbox ni aku bubuh untuk pengunjung dan kawan-kawan semua senang nak berkomunikasi ngan aku. BUKAN untuk korang jadikan PAPAN IKLAN. Harap Maklum. HeheheShoutMix chat widget
Latest Comments
- Komen oleh: SYAHIRA
Lagu dan Lirik Wali Band - Yank (Ya...
hai,leh kenal?
- Komen oleh: SYAHIRA
Lagu dan Lirik Wali Band - Yank (Ya...
HAI,LEH KENAL - Komen oleh: SYAHIRA
Lagu dan Lirik Wali Band - Yank (Ya...
lagu ni best giller - Komen oleh: msl,na
Lagu dan Lirik Wali Band - Cari Jod...
lagu nie saa...ngat sedaaaaap...huhu - Komen oleh: amalina
Tambah modal MyMode MYeCASH melalui...
assalamualaikum... saya nk thu pe yg dimksudkan dengan statistic????????????
Visitors Counter







![]() | Today | 317 |
![]() | Yesterday | 1442 |
![]() | This week | 2946 |
![]() | Last week | 8507 |
![]() | This month | 10258 |
![]() | Last month | 30839 |
![]() | All | 166077 |
,








